Saturday, July 30, 2011

Indahnya Ciptaan Allah Slideshow

Indahnya Ciptaan Allah Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ Indahnya Ciptaan Allah Slideshow ★ to . Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"




Sungguh indah ciptaanmu
menjadi aku insaf akan kebesaranMU

Dalam Memori Slideshow

Dalam Memori Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ Dalam Memori Slideshow ★ to Dubai, Kuala Lumpur and Liverpool. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

Friday, July 29, 2011

Mutiara Hatiku Slideshow

Mutiara Hatiku Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ Mutiara Hatiku Slideshow ★ to England and Kuala Lumpur. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

Tuesday, July 26, 2011

HARUM SYURGA DI WAJAHMU ANAK






Pernahkah kalian memegang tangan anak yatim?
pernahkan kalian usap pipi anak yatim?
pernahkah kalian bertanya makan apakah kamu di rumah hari ini nak?
pernah kah????

tahukah kamu...
dikalangan murid kita,ada anak yang tidak makan berlauk sedap
hanya nasi yang lauk telur dan ikan masin
tidurnya entah berbantal atau apa selimutnya
yang mungkin malamnya tidak indah ,dan tidurnya bersulam airmata

tahukah kita...
entah apa makan minum murid kita di waktu pagi
entah apa belanja nya ada atau tiada
melihat kawan makan diwaktu rehat dan dia menelan air liur
tahukah kita.....

Mungkin kita rasa kita tidak perlu ambil tahu
pandailah ibunya atau ayahnya menguruskan anak mereka
kerana..dalam jiwa kita sentiasa berkata
"aku pun ada anak"

Memanglah begitu..
manusia akan lupa bila sudah tinggi di awan
lupa bahawa rezeki itu adalah manis untuk dikongsi bersama
makan bersama anak yatim,berbual bersamanya
bercerita tentang hidupnya...
amat indah kalau kita dapat berkongsi segala yg kita ada

Tapi adakala hati dan jiwa kita lupa
kita berada di awan tinggi
tidak perlu malah tidak layak bersama
apa lagi mereka adakala berbaju buruk dan busuk
belajar pula...malas dan lembab
maka..apa perlu kita dekati mereka

Namun ...aku amat bersyukur
ditugaskan menjaga mereka
adakala mahu menarik diri tetapi hati tidak kesampaian
mungkin,ini amanah dari ALLAH yang perlu aku jaga
maka andai aku menolak tugas ini
bermakna aku tidak pegang amanah ALLAH
ampunkan aku

Bila aku dengar ada majlis anak yatim tahun ini
hati aku melonjak gembira
apalagi ada sisipan untuk anak-anak tahun 6
menumpang solat hajat UPSR
kadangkala kita tidak sedar
kenapa majlis ini perlu digandingkan
atau kenapa berbalah dan tarikh ini dipilih
segalanya punya HIKMAH yang tersembunyi

Dari apa yang dapat aku bayangkan
anak-anak yang sempurna punya ayah ibu
dapat melihat kekurangan anak yatim ini
maka...akan tertanam sikap mahu belajar dengan kuat
kerana suatu hari nanti mereka juga akan kehilangan ayah ibu
anak-anak dapat diserapkan nilai hormat,dan sayang-menyayangi
menghargai ayah ibu selagi adanya mereka
mengajar anak kita,agar sentiasa merendah diri
walau berada di awan tinggi,istana mewah,keliling rezeki melimpah
ajar anak agar menghargai segalanya

Maka inilah yang mahu aku perjuangkan
biarpun aku tahu aku dikata nista
walaupun aku anggap aku menumpang majlis orang
tapi...aku amat mahu dan teramat ingin
anak-anak yatim ini menadah tangan mendoakan anakku dan anak-anak lain
agar mencapai impian cemerlang dalam UPSR
Ya ALLAH....
aku dapat bayangkan tangan kecil ini menadah bubur yang diberi
dengan rasa amat gembira kerana mereka diraikan
lalu kesyukuran itu mereka menadah tangan mengucap terima kasih
dan mendoakan keberkatan untuk semua gurunya
aduhhhhh...hancur luluh hatiku..
apa ada pada tangan kecil miskin itu
apa ada pada tangan yang menadah itu

Tapi kita lupa pada janji ALLAH;
menceriakan wajah seorang anak yatim
dari rasa hiba sendu mereka
keberkatan yang amat tinggi akan kita dapat
aku sanggup lakukan apa sahaja demi itu

Terima kasih pada kawan-kawan tahun 6 dan guru-guru lain
yang dalam tidak suka mungkin,terpaksa tinggalkan keluarga
hanya untuk 1 malam Ramadhan
bersama anak yatim dan anak-anak tahun 6
hadirlah dengan penuh rasa syukur dan rendah diri
ikhlaslah dengan apa yang kita lakukan
kerana ALLAH amat memandang tinggi terhadap insan
yang meraikan anak yatim

Bukalah hati dan redhalah
jangan jadikan majlis ini penghalang
andai kalian rasa tidak perlu hadir
jangan memaksa diri...
datanglah bersama hati yang putih bersih
dan jadikan majlis itu majlis paling indah dalam hidup kalian

Sesungguhnya,,budi dan keikhlasan kalian
amat tinggi darjatnya di sisi ALLAH
dan muga apa yang kalian buat dengan ikhlas tanpa keluhan
balasannya amat besar ALLAH janjikan

Rebutlah tugas ini..walau hati rasa berat
akan tenang segalanya andai hadirmu dengan senyuman
kerana

ADA HARUM SYURGA DI WAJAH SI YATIM KECIL

Monday, July 25, 2011

ANTARA SAHABAT DAN PERSAHABATAN




Bicara aku lagi,sekadar memenuhkan minda
menulis di hati kosong bisu
dalam bait-bait rindu pada teman
yang baru ketika lalu ketawa bersama
dan kini sunyi kerana kesibukan masa mungkin
atau kerana haluan perahu tidak lagi sama
atau mungkin gelodak jiwa kerana aku tersilap bicara

Adakala persahabatan yang kita bina tidak kukuh
adakala hati mudah bicara tanpa fikir ada hati lain terluka
menjaga erti persahabatan bukan mudah...
adakala kita hadapi hadapi teman yang menjengkelkan
tetapi..persahabatan itu mempunyai nilai yang amat indah

Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman,suka dan duka
dihibur, disakiti, diperhati,dikecewa,diabai, dibantu
dan adakala dibuang jauh
Proses dari teman menjadi sahabat bukan mudah
semua orang memerlukan sahabat,namun tidak semua orang
berhasil mendapatkannya.

Adakala kita amat bahagia bila mempunyai sahabat
dalam masa gembira,maka ramailah sahabat
adakala dalam ada sahabat setia,jiwa tertusuk duri jua
namun segalanya mungkin tidak disengajakan

Mempunyai teman sejati seorang adalah lebih baik
dari beribu teman mementing diri
dalam masa susah,kita kenaL teman
dalam masa memerlukan teman,kita kenal teman sejati

bukan susah mengenal teman
mencari teman sejati jua tidak sukar
apabila kita dalam kepayahan
ada teman mahu menangis bersama
dalam kita dalam kebuntuan,
ada teman beri kata semangat
dalam kita perlukan hati sebersih salju
ada teman datang bawa penyejuk jiwa
dalam kita panas ,sedih,pilu
ada teman menyabarkan kita

Aku ada teman sejati mungkin
seorang bukan seagama mungkin
dari dulu...sudah lama dulu
sentiasa memberi nasihat,tunjuk ajar
menyejukkan hati panasku
memberi bantuan amat banyak

teman ini ( Buatmu )
aku amat sanjung tinggi
tidak pernah menyakitkan hatiku
amat pengasih dan amat luhur hatimu
mungkin ini sahabat sejati
yang lama sudah aku cari-cari
tidak perna mahu menagih balasan
mahu diberi selalu ditolak

Aku harap persahabatan ini akan terus kukuh
walau sekuat besi...tidak berkarat dimahah suhu panas hujan
muga ia akan lebih kukuh walau sekuat mana gelombang menghempas
kita tidak akan goyah..patah..dan hancur

Dan aku juga mula mahu menjadi sahabat
pada insan selalu dikhianati
mahu menjadi awan pelindung
buat insan yang kerdil ini
mahu jadi payung,lindung bila ditomah keji
mahu aku jadi lilin ,bakar atau terbakar bersama
aku mahu jadi sebaik mungkin
belajar dari banyak kesilapan orang dan yang aku buat
menjadi penyayang dan menangis demi insan lain
mahu melihat ada cahaya di hutan kelabu
tidak akan berundur..dan pegang pada kata pertama

Aku akan cuba...untuk tidak melatah
pada angin-angin ribut yang sering melanda
aku mahu berdiri teguh,pada kaki tua dan semangat bara
aku mahu jadi bayu,lembut pada terik mentari petang
mahu jadikan gurun gersang,bagai lurah hijau subur nyaman
aku mahu jadi segalanya
sebelum ajalku datang melambai
kerana

AKU MAHU JADI CAHAYA YANG SENTIASA DINANTI BILA MALAM MENJENGAH.
DAN MAHU MENJADI SINAR BILA PAGI DATANG BERKUNJUNG.

Saturday, July 23, 2011

SIAPA GADIS MANIS INI?



siapa gadis ini...
harap ada cahaya di masa depan
jadi yang terbaik antara yang terbaik
jadi yang terindah antara yang terindah
muga sentiasa kekal dan abadi

Friday, July 22, 2011

BUNGA INDAH DI POHON BERDURI



Indah sungguh.Amat indah.Teramat indah...INDAH
lihat bunga ini.Sungguh indah ciptaan Allah
walaupun berpohon duri,
tapi hujungnya berbunga dan amat menarik
pernah tengokkk

apa nak aku kaitkan dengan pokok berduri berbunga indah?
inilah juga manusia..insan yang berdurikan hati
berwajah cantik..hati berduri
wahhhh!!!!!...apa cerita ni

tidak ada yang baru..yang suka-suka sahaja
mengingati sesama insan
saja mengisi blog kosong ini
buat menenang dada berombak
buat sejukkan hati penuh asap
buat kawan senyum sendiri

ada masa..perlu jadi duri
tapi aku tak suka duri
sakit bila tercucuk
ada masa aku suka bunga
cantik..apalagi bunga mawar...harum

adakala aku mahu lari dari mawar
memang cantik harum..tapi bahaya didekati
adakala kita lupa pada duri
bila mendapat sejambak mawar merah
hadiah dari tersayang
tapi ..bila mawar kering
tinggal duri menyucuk jari
kita marah....dan kita buang

tapi tak payahlah jadi mawar berduri
mari jadi timun
timun sedap,lembut dan ranggup
menjadi ulam cicah sambal belacan
tak ada timun,tak lengkap nasi lemak
tak ada timun.tak sedap burger dan laksa

biar jadi garam
masin tapi amat berguna
tanpa garam...tutup restoran
tanpa garam,tidak ada masakan lazat
tanpa garam..kita semua akan kurus
kerana tidak selera nak makan

mari jadi awan
tanpa awan.amat panas
tanpa awan.tiada hujan
awanlah pelindung isi alam

mari jadi angin,tetapi jangan jadi taufan
angin sejukkan badan bila cuaca panas
angin bertiup membawa awan menuju gersang
dan kerana angin...tanah gersang menjadi basah

mahu jadi apa kita ya
pilihan di tangan kita
mahu jadi batu...
tentu di lempar pada anjing gila
mahu jadi semut
bukan semua semut orang suka
disembur racun,mati tergoleklah semut

maka jadilah yang baik-baik
yang berprasangka baik
yang merendahkan diri bila rasa bersalah

ha ha ha..
aku amat rasa bersalah
tekadang menjadi angin taufan sekejap
sunami pun aku jadi sekejap
bukan apa...hatiku berduri sekejap
aku kan manusia
selalu lupa diri
lupa lah pulak aku cuma duri semalu
cantik kembang disentuh malu sedih
aku kan burung kelicap
bising-bising hisap madu di bunga
aku kan durian
kulit berduri tapi isiku sedap

maaflah...kalau aku selalu jadi sewel
sekadar mahu mencari kepuasan(bukan utk aku seorang)
untuk semua
rasa macam nak jadi lilin
bakar diri utk orang lain
adakala nak jadi gula
dimakan bila rasa pedas
adakala nak jadi kipas
sejukkan badan orang lain bila mereka panas

rupa-rupanya..
jgn berangan nak berbudi
adakala budi tak diterima
adakala orang tak suka lilin
sebab dah ada letrik
adakala org tak mahu dikipas
sebab dah ada air-corn

maka jadilah apa yang aku ada
kerana kita tidak boleh jadi orang
atau memuaskan hati semua orang
kerana kita adalah kita
dan cuba menjadi kita selamanya

MAAF ANDAI AKU SESEKALI BERDURI

DUGAANKAH INI?



ha ha...kartun...
memang amat kartun
tengok kartun tu,tetunggeng,terbang,dan berbagai gaya
seronok jadi kartun,kalau ia memang kartun
tapi kalau mengatun...ketawalah pecah perut

memang hidup amat pelik
aku juga pelik.
ingat nak kunyah batu...nak kunyah jugak
ingat nak terus jadi semut hitam,tapi nak jadi semut putih jap
adakala..bertanya diri..jahat ke aku
kalau tujuan menegakkan pohon kelapa yg macam nak tumbang
salahkah aku...kalau sekali sekali menjerit
bila tengok bola pihak lawan masuk gol sendiri
salahkah aku kalau sesekali menegur
selepas bukti terpatri

salahkah aku,andai aku bertanya untuk kepastian
dan rasa macam perkara dibuat hebat tapi pelik
salahkah aku,andai aku menyuara pendapat
ehhhh.....salah tu...salah?

kalau salah...mana benarnya..
marilah cerita
aku mahu kepastian
tapi..alah..siapa aku
diam-diam duduk.Jangan bising
memekak aja...diam.boleh diam?

ha ha..aku manusia biasalah
ada mulut,telinga 2,mata 2
hati dan jantung masih berdengup
boleh diam ke...ok .aku diam
tak boleh...nak cakap jugak

sekadar mahu berbicara
bukan senang jadi ikan kecil dilautan besar
amat payah.Berenang di tepi-tepi aje
Ingat...jangan cuba nak berenang ke tengah
takut ditelan ikan besar
dilambung tinggi gelombang

tapi hatiku sasa...mahu berkawan dgn ikan besar
bukan lupa diri...tapi mahu kemajuan
walau tidak boleh hampiri kapal besar
cukup sekadar dipinggiran perahu kecil
aku mahu dan mahu dan akan terus mahu mencuba

adakala aku terlupa diri..
alahai..ikan bilis aku rupanya
mahu memakai sirip jaws,mahu berekor duyung
perasannnnn..
tapi..jiwa aku besar
aku mahu hampiri sekadar mahu bersuara
berkata pada ikan besar;
hei! awak tersilap lautan laa
ini Selat Melaka,bukan Laut Cina Selatan
di sini laut tenang,awak kena berada di lautan luas..

itu sahaja yang aku nak bisik
bukan pun berhajat nak kuasai laut besar
kerana aku sedar...
aku tak layak pun berenang jauh
hanya setakat dipersisir Selat Melaka

tapi pengalaman berkawan dengan jaws dan duyung besar
mengajar aku jadi berani
berenang melintasi selat-selat
yang berbatu karang dan berombak ganas
dan adakala aku pernah tersadung batu-batu keras
tapi aku gagah bangun dan terus berenang
menyusuri anak-anak air berliku

maka aku mohon maaf,andai dayunganku salah haluan
tapi rasanya pendayung kalian juga tersangkut rumpai
maka tidak salah andai aku datang menolong
mahu leraikan rumput itu
agar kita dapat berenang bersama
di lautan yang serupa
tapi berbeza cetek airnya

aku cuma insan biasa
adakala pedih mata melihat
adakala sejuk panas telinga mendengar
tapi aku cuma mahu bicara
agar lautan kita tidak dipandang sepi
agar lautan kita dipandang gah
oleh pengembara lautan luas

dan aku cuma sekadar bicara
kerana aku amat mengerti

AKU BUKAN PELAUT HEBAT.TAPI AKU ADA SEMANGAT

Thursday, July 21, 2011

SEMUT HITAM DI GOLD COAST MORIB







Semut...wah ..tajuk maha hebat.
sana semut,sini semut
ada banyak semut
aku mula suka kaji tentang semut
dah lama aku tengok semut
ada semut besar,kecil,putih,merah dan hitam.

Kau tahu semut
budak umur 2 tahun pun dah kenal semut
bila dia gigit ...sakit
semut api...sakit dan gatal

Di Gold Coast..masa aku LADAP
semut menjadi bualan dalam ladap kami
memang semut dah lama dijadikan contoh
dalam apa suasana
mahu berjaya jadi macam semut
mahu hidup senang,jadi macam semut
segalanya ikut macam semut
hebat sungguh semangat semut ni ya..

Di Ladap..aku belajar tentang semut
Ustaz Ghazali membuka ruang minda tuaku
menerap nilai semut dalam diri
dalam ketawa berderai
ubat mengantuk keluar cerita semut

Ustaz Ghazali mula bicara
Jangan bercakap,jangan menyampuk dan jangan berbual-bual bila orang sedang bercakap
supaya fokus semasa orang bercakap
dapat dan faham
dewan sunyi...tak berani kami bersuara...senyap
sambung Ustaz lagi
manusia mampu dengar 20 minit pertama
orang yang tak pandai-pandai ialah
orang yang bercakap di majlis ilmu
haaahhhh...sonyap kau orang...

sambung ustaz lagi..
kita mestilah berlapang dada
tidak berfikiran negatif
tidak fikir yang buruk sahaja
fikir positif
sentiasa bersangka baik
jangan fikir serong-serong
fikir dengan otak bersih!!!

sambung ustaz lagi...
ikhlas
apa yang buat mesti ikhlas
jangan nak tunjuk-tunjuk
jangan kata
haaa....ni aku buat
kalau aku tak buat...
haaa..tak jadilah majlis nihhh
salah tuuuu..
maka kat sini keluar cerita semut hitam

Kita mesti jadi semut hitam
hitam gelaplah warna kulit tu
tak ada putih langsung
gigi pun kira hitam
amat hitammmmmmm
dahlah hitam,semut duduk bertenggek atas batu hitam
batu tu ,hitam berkilat
amat hitammmm..
ha..bayangkan.nampak ke semut tu
batu tu pulak licin...amat licin
aku...bayangkan dalam kubur ajalah masa tu
tambah ustaz lagi
semut dibatu hitam itu berada dalam malam yang gelap pekat
tiada bulan bintang....
aduhaiiii....kat Africa pun tak gelap begini
apalah yang Ustaz ni nak cerita ni
hantu,toyol atau pontianak

tetiba tangan manusia terasa sakit
rupanya semut hitam tadi gigit tangan
mungkin kita terpegang badannya
baru kita tahu...kat situ ada semut..

Maka...begitu lah dalam dan simboliknya cerita semut hitam
mesej apa nak disampaikan???

Kita manusia suka cerita dan tunjuk-tunjuk
kalau boleh nak cakap satu dunia
AKU BUAT KERJA TU,AKU BUAT KERJA NI
AKU YANG BUAT TU,AKU YANG BUAT NI
buat aje tak cakap dengan orang tak boleh kee
biar Allah sahaja yang tahu apa kita buat
BUAT,SENYAP DAN KITA SORANG JE YANG TAHU
kalau pun orang tahu,bukan dari mulut kita
haaa....itulah maksudnya cerita semut hitam tu...

Banyak yang boleh difikirkan...antaranya
Jangan cerita keburukan orang
sebaiknya kita simpan dan sorokkan buruk kawan
jangan aibkannya

Jangan persendakan orang/kebolehan orang
Jangan menjatuhkan martabat orang

Bertugaslah dengan betul dan menepati masa
Jangan curi tulang atau melalaikan tanggungjawab
Gaji yang diterima pastikan halal
Barang siapa yang makan/minum dari rezeki yang halal
maka jernih hatinya,lembut jiwanya

Maka...aku pun terus tekun mendengar
APA ITU GURU
haaa...aku tahu guru itu cikgu
mengajar kat sekolah
jadikan murid itu pandai

Kata Ustaz..
GURU ITU
DIGUGU DAN DITIRU
digugu ni bahasa jawa kot.Aku kena cari ni
Ditiru tu...aku fahamlah
segala perbuatan guru tu adalah menjadi ikutan murid
salah guru mengajar,salahlah penerimaan murid
Maka kenalah jadi guru baik
yang menjadi contoh cemerlang.
KEMENJADIAN MURID KERANA KEMENJADIAN GURUNYA

Kesimpulannya:
semut-sentiasa berkerjasama
lebah-hinggap di kuntum bunga dan putik buah
hisap madu dan tebarkan kebaikan pada seluruh manusia sejagat
ikan-tetap pendiriannya.Walaupun hidup di lautan masin ,namun isi ikan yang kita makan,seperti itu juga...tidak masin.Kecuali dibuat ikan masin.

JADILAH SEPERTI SEMUT HITAM TAPI HATI PUTIH BERSIH SEPERTI SALJU

Tuesday, July 12, 2011

ANTARA ECHO ,DRACULA DAN FEDERAL HIGHWAY





13 julai adalah sejarah. Aku MC hari ini kerana temujanji dengan PPUM. Atas kesihatan yang memaksa aku ke sana,aku memontengkan anakku FITRAH. Hari ini kena pereksa jantung.Almaklumlah dah tua.Nafas selalu tersekat-sekat. Takut jugak mati mengejut...adehhh...tak sempat bermenantu aku nanti.

Pada mulanya nak naik teksi aja.Tapi tahulah...naik teksi pi balek RM50.Sayang duit aku. Lagi pun pagi-pagi teksi tak mau hantar. Suamiku outstation. Hati berbelah bagi.Dalam hidup aku tak pernah bawak kereta sejauh melebihi 10 km.Apalagi kalau nak ke PPUM. Dari malam tak senang hati.

Fitrah kata..bawak aja lah mak oiiii...mak ni..penakut..Amboiiii..jahatnya mulut.Awal pagi jam 8,aku keluar rumah.Wahh..bawak kereta.Ingat nak parking kat depan
kedai depan taman tu aje.Tapi aku terus aje bawak kereta dan masuk Federal Highway...adohhhh!!!!!mati-mati..sesaknya jalan.Sejuk kaki aku.Meleleh embun badan aku.Pecah semua lemak tepu aku.Nak pusing balek...aku dah panic...

Kita parking kat subang parade je Fitrah.Pas tu kita naik teksi.Aku dah takut nihhh.
Naya tak sampai PPUM.Dalam pada takut-takut...aku terus jugak.Mak,tak parking kat subang ke???tanya Fitrah...Laaa...dah terlepas lah dik!!!! aduhhhh...Jalan memang sesak giler.

Aku tarik nafasssss...hembusssss....tekan minyakkkk.....broooommmmmm...FEDERAL HIGHWAY AKU PUNYERRRR.....Wahhhhh...semangat aku datang.Muka KITTY,SANISAH,YANTI,MENI-MENI,KWN KILANG KICAP,SUHAIZA,LIM,AMUTHA,MARINA,HUDA,ILLA...TETIBA MENJELMA DALAM KEPALA OTAK AKU.Inilah mereka yang selalu bagi semangat kat aku.

Akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....aku sampai ke PPUM.Adehhhhhhh...Memang sejarah lah.Tak sangka..kerana semangat anakku FITRAH juga...aku sampai ke PPUM...Syukur.syukur. Hari ini aku berjaya jugak.

Lepas menjalani rawatan ECHO dan ambil darah...makan kat Secret resepi(meraikan kejayaan melintasi Federal Highway) ha ha..lawak tol aku nih...Lepas tu aku pun balek ke Batu 3 dengan gagah perkasanya...hu hu.oooo jap,aku singgah jap kat Subang Parade beli baju...he he

Sampai rumah,aku senyum sendirian.Senyum bangga yang teramat.Aku mahu kongsi cerita ini dengan suamiku nanti.Mlm nanti aku mesejlah...

Kesimpulannya ,bolehlah aku bagi sedikit ilmu:

1. hidup perlu ada semangat.Semangat yang kuat mengatasi segala rasa takut.

2. adakala hidup perlu berdikari.Tidak perlu bergantung selalu dengan suami.Belajar
sendiri dan selalu anggap kita boleh buat.

3. semangat anak kecil perlu kita sanjung dan cuba buktikan bahawa semangat yang anak
anak berikan itu..adalah bermakna

4. dalam menjalani hidup,perlu kekuatan dalaman yang amat kental.Bila semangat kental
itu sudah terpahat dalam hati...kita akan berani dan pasti berjaya

5. Selalu ingat kepada Allah kerana kekuatan kita adalah redha dariNya.Terima kasih
TUHANKU kerana kau beri aku kekuatan.

6. Suami adalah segala-galanya...Redha suami juga adalah keberkatan.Terima kasih
Abang.Kaulah sumber kekuatanku.Kau banyak mengajarku menjadi wanita kuat walau
pun kau selalu tiada di sisi.

BEGITULAH AKU.AKU ADALAH AKU.

Wednesday, July 6, 2011

TENTATIF PROGRAM LADAP 2011(GOLD COAST RESORT ,MORIB)




16 JULAI 2011

9.00-9.30 - Pendaftaran

9.30-10 - House keeping.
Perasmian LADAP oleh Puan GB

10 - 12 - Slot 1
Sekolahku Sayang ....dot...dot...dot..
(En.Othman Mohammad-JPNS)
(En.Ahmad Tan Sri Hassan-JPNS)

12 - 1 - Makan Tengahari

1 - 3 - Slot 2
Lakonan Dalam P&P
(En.Azizul Abd Ghani-YB SKSek.20)

2.00 - Check in -keluarga (suami atau isteri guru-ambil kunci pada suria)
(semua guru tidak dibenarkan keluar dari bilik kuliah)

3 - 3.30 - Check in guru/solat zuhur
(haaa... masa ni uruskan anak-anak dan pasangan di bilik)

4 - 5.00 - Minum petang/asar

5 - 7.00 - Senamrobik/ telematch/riadah
(haaa...masa ni nak berendam sampai kecut pun ok)

7 - 8.00 - makan malam/maghrib

8 - 10.00 - Slot 3
Cemerlang Di Rumah,Gemilang Di Sekolah
( Hj.Mohamad Ghazali Hj Hamzah - JPNS)

KUDAPAN MALAM......TIDURRRRRRR

17 JULAI 2011

7 - 8 - Sarapan pagi

8 - 10 - Slot 4
Etika dalam Perjawatan Awam
(En.Sukri Darus -GPK SK Sepang )

10 - 11 - Kudapan Pagi (Check Out untuk Guru)

11 - 12 - Pelaporan -Piala Raja Muda kali -1

1.00 - CHECK OUT-FAMILY......BALEK RUMAH


Inilah tentatif yang terkini.Andai ada sebarang masalah berurusanlah
dengan Puan Suria.

Sekiranya ada masalah yang kecil,itu perkara biasa.Mari kita sama-sama
berbincang.Untuk memuaskan hati 100%,tentunya tak dapatlah.

Biasalah....akan berlaku rasa tidak puas hati...maka anggap itu perkara biasa.
Kita pergi dengan gembira,dan balek dengan gembira.
Harap tidak ada sesuatu yang mencacatkan perjalanan LADAP kita.
Sebarang kekurangan harap dimaafkan

Selamat Berladap

SEKOLAH KITA WAJAH KITA

MANAKAH HALUAN JENERASI AKAN DATANG



9 JULAI 2011

Satu tarikh yang amat keramat
tarikh yang kita mahu lihat mungkin
menyaksikan satu perhimpunan ciptaan manusia
yang tidak pasti apa mahu mereka

Andai jadi perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil(BERSIH)
maka jadilah ibu kota dengan warna-warni kuning,merah dan putih
Yang sudah bagai berada di kota Bangkok
maka jadi apalah kita nanti
yang buat perhimpunan bukan calang manusia
cerdik pandai hasil ajar didik kaum guru seperti kita

Apa yang tidak diajar disekolah?
pelbagai adap budaya,nilai murni
macam-macam kursus guru pergi
untuk dipupuk dalam diri tiap murid kita
macam-macam kem motivasi diujudkan
untuk ditanam,dipahat,disuntik di jiwa pelajar

Namun segalanya...entah mana pergi nilai itu
payah sungguh mahu mengerti erti KEDAMAIAN
mahu melihat ramai yang mati
mahu melihat negara kecoh
dan mahu melihat porak peranda
kerana semuanya mahu ikut rasa hati
mahu bergelar JUARA mungkin

Adakala terfikir juga
jumlah bangsa manakah yang paling ramai?
malu aku mahu bicara
kerana aku juga MELAYU
tapi itu sudah lumrah politik
ada perkara perlu diikut
ada perkara perlu ditentang
Aku cuma mahu bicara
andai terjadi maka
ia menjadi medan perpecahan sesama Melayu
yang terbesar dalam sejarah negara
apa yang lebih malang...
gelombang perpecahan ini berpunca daripada
usaha memenuhi cita-cita POLITIK

Apa-apa pun yang mungkin berlaku
implikasi terhadap jiwa remaja dan anak-anak
wawasan 2020..diimpi Mahadhir..
akan dibawa dalam mimpi anak jenerasi akan datang
sikap keras,kasar ,kejam dan dendam
tertanam dalam diri mereka
kukuh,teguh dan kental
maka...di mana nilai murni yang dilaung-laungkan
bagai menyiram air di daun keladi

Maka....di mana anak-anak kita akan datang
di mana pelapis cendiakawan yang akan lengkapkan
hasrat Mahadhir( Mantan PM yang aku kagumi)
lelapkah mata mantan semua PM
Aku cuma insan kerdil
seorang pendidik berjiwa patriotik
tidak mungkin dapat duduk semeja
dengan mereka berpangkat dan kaya jutawan
aku guru cuma seorang pendidik
yang ajar baca tulis
dan selalu meniup semangat di jiwa muridku:

JANGAN BERGADUH SESAMA SENDIRI
NEGARA KITA KECIL SAHAJA
RAMAI KELILING MEMERHATI DENGAN SENYUM
MENANTI BILA MAHU MENGAMBIL BUMI BERTUAH INI
MAKA ,
MAHUKAH KITA GADAI BUMI INI
APA JADI JENERASI ANAK CUCU KITA
YANG SEMANGATNYA SUDAH KITA TANAM SEMANGAT "BAKAR,BAKAR,BAKAR"

MAKA,MARI KITA FIKIR,APA PERLU KITA BICARA?

KEMANAKAH HALA TUJU JENERASIKU 30 TAHUN MENDATANG.
MASIHKAH DI BUMI MERDEKA ATAU MUSAFIR DI BUMI SENDIRI.

Saturday, July 2, 2011

ANTARA SEMUT DAN DURI.YANG MANA SATU SAKIT?

Haaaaaahhh....tarik nafas lega.Selesailah sudah larian 1 malaysia.Aku bersyukur kerana semuanya sudah selamat.Makanan dan minuman pula mencukupi.Air sarsi kak ani kantin...aduhhhhh....sejuk sedap.Bertong-tong.Bagai boleh dibuat air penawar panas badan,panas hati...aikkkk...ishhhhh....aku dan kau,kau,dan kau saja yang tahu.

Sesekali seronok gak macam ni.Menari senamrobik ala-ala hindi,tarian sarawak yang unik,bersenam sambil membuang peluh bercampur toksin....alahai...gini-gini boleh buat aku kurus.Tapi...itu panggilan kantin,bagai PANGGILAN PULAU yang amat berhantu.Makanan bagai OTEL 5 BINTANG. Menu bagai berada di negara bersalji...uwehhhhh...telor mata,sosej kukus,beans,mee hoon,nasi goreng,nugget,timun dihiris nipis,kuih karipap,roti bakar....bla..bla...bla...adehhhhh.1gm berat turun...jap lagi 2 kilo berat naik...sudah aku kabo...kantin tu amat UNIC.Maka usah nak datang jual ubat kurus kat kami....kami guru bagus.Kami beli.Kami makan/minum DIET tu....tapi..mata kami buntang ..kira macam bulat mcm telor mata tulah jugakkk.

Dalam sedap cerita makan...kat padang pulak.Lepas terima hadiah..budak-budak ada main-main lah kiranya..Kat padang kami ada banyak semutlah pulak.Agaknya dia tak rela menjadi tuan rumah PIALA RAJA MUDA kot...atau dia malu nak jumpa Raja Muda Selangor nanti gamaknya.Aihhhhhh.....Ada pulak sedikit duri menjalar-jalar kat padang tu...Tercucuk kaki...hati...adoiiii...syakit!!!!!!

Ceritera antara semut dan duri....GB kena gi tengok nihhh...amat bahaya.Nanti budak-budak bersenam,kena gigit,bengkak badan....aduhai....komplen lagi...payahh.Gi tengok Puan Guru Besar.Ada busut semut kot kat tengah padang tu!!!!!!

Tak banyak sangat ceritalah ari ni.Biasa-biasa aje.Aku ingin ucapkan terima kasih pada semua kengkawan yang balik sama ngan aku.Kul 12.20 t.hari.Yang balik terawal,mereka ada sebablah kot.Harap semua selamat.Bagi yang tergigit semut atau digigit semut,harap sapu ubat cepat-cepat.Bagi yang tercucuk DURI...haraap lukanya tak dalam.....ha ha.ha Gelak tak baik kan!!!

CUMA AKU NAK TANYA

ANTARA DURI DAN SEMUT YANG MANA SAKIT?