Friday, March 23, 2012

ANTARA TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Hari ini pertemuan dengan GB dan guru tahun 1.Hari ni jugak ada Kem Bestari Solat.Memang agak meletihkan tapi kerana tugas,semua perlu dipikul.
Pada perjumpaan dengan GB hari ini,tiadalah perkara yang baru.Cuma GB mahu kami bersedia pada hari Isnin untuk menyampaikan Wang RM100 kepada parent tahun 1.Ada beberapa perkara yang GB sentuh.Tentunya tentang tugas dan tanggungjawab yang amat penting untuk diambil berat.
Adakala,sekali pandang,memang perkara yang selalu dipesan.namun kita manusia ni,mmg perlu selalu diingat.Bukan apa,kita selalu alpa dalam keghairahan.
GB mengingatkan beberapa perkara:

1.Guru perlu sentiasa perihatin dalam semua hal.Mesti masuk ke kelas tepat waktunya.Kekadang perkara buruk yang nak berlaku,diluar jangkaan kita.Kalau berlaku sesuatu yang melibatkan nyawa,payah untuk kita jawab,kalau masa itu masa kita bertugas,dan kita tidak berada di kelas.

2.Parent sekarang sentiasa melihat,menunggu dan mengintai tiap langkah kita.Perkara kecil pun dibesarkan tanpa usul pereksa.Maka kita sebagai guru,perlu berdepan dengan gelagat mereka.Yang pasti,jangan kita salah langkah.Buat apa yang kita mesti buat.Itu adalah amanah.

3. GB juga berpesan,janganlah bekerja kerana takutkan GB dan semua pentadbir.Kita datang bertugas dengan hati yang ikhlas.Kita bertugas kerana Allah.Datanglah ke sekolah dengan ikhlas mahu mendidik anak-anak.Apa yang kita buat sentiasa dilihat Allah.

4. GB juga memohon maaf,andai beliau terkasar bahasa dan tersilap bicara.Beliau menegur bagaikan seorang ibu yang meleteri anak-anaknya.Jangan disimpan di dalam hati.Buang jauh-jauh rasa tersinggung dengan bicaranya.Apa yang dilakukannya demi rasa tanggungjawab seorang Ketua.

Pulang ke rumah, terkenang aku.Itulah orang lama/tua.Marahnya tidak ke mana.Hatinya tidak semarah bicaranya.Adakala,dia sendiri tidak tahu apa yang dicakap.Segala leterannya,cuma bagai menegur yang rasa matanya tidak mampu melihat kesilapan kita,yang sentiasa kita ulang.Bukan senang menjaga kita yang ramai ini.Yang kecil,begini gayanya,yang besar/dewasa/tua begini lakunya.

Maka,pada adik-adik,terimalah tiap teguran dengan hati dan fikiran positif.Yang kita rasa teguran itu macam kurang boleh kita terima,berbincanglah semula dari hati ke hati.Bagi aku mudah sahaja.Andai aku rasa teguran itu betul dan aku salah,maaf sahaja aku pinta.Dan berjanji untuk cuba tidak ulangi lagi.Andai teguran itu,macam tidak boleh aku terima,aku diam sahaja dan biarlah segalanya berlalu bersama angin yang bertiup.

Dalam usia yang 3 tahun ke arah setengah abad ini,hidup bagai melalui liku-liku ranjau ,duri,lurah dan gunung.Penuh cabaran.Selagi kita berkhidmat di bawah seorang ketua,kita perlu ikut arahannya.Tak suka,tak perlu banyak bicara,angkat kaki dan cari arah baru.Hidup bukanlah lama sangat.Jangan matikan diri kita sebelum ajal menjemput.Hiduplah dengan senyuman dan hati yang riang,walau hati kadangkala tercucuk duri.Anggaplah.setiap yang kita tak suka itu,bagai garam pahit yang singgah sebentar di bibir dan berlalu bila air kita teguk.Anggaplah,andai hati kita luka,luka itu akan sembuh bila kita melihat bunga-bunga di taman.Rawat cepat hati kita,agar lukanya tidak lama dan bernanah,yang akhirnya menjadi barah yang boleh membunuh kehidupan kita.

Yang paling penting,kita ada keluarga.Masa kita juga untuk kebahagian keluarga.Pandai-pandailah mengatur hidup.Anak dan suami adalah harta.Jadilah insan terbaik yang disayangi semua.

INSAN YANG BERJAYA ADALAH INSAN YANG PANDAI MEMBAHAGIAKAN SEMUA ORANG. MENGEMBIRAKAN HATI-HATI YANG DUKA DAN SENTIASA SENYUM WALAU HATINYA SENDIRI SEDANG TERLUKA.

SALAM SAYANG,KASIH ABADI UNTUK SEMUA.