Saturday, April 28, 2012

DI MANA CUCU CICIT KITA BERLINDUNG ESOK?

Negaraku tak besar mana pun,tapi aman dan damai
































































Setiap tahun MERDEKA di sambut

























































ENTAH KENAPA PERKARA INI TERJADI























































































DI MANA CUCU CICIT KITA 20 TAHUN AKAN DATANG
mahu sangat jadi begini
selepas payah jerih moyang kita dulu
berperang merebut negara dari penjajah
mahukah kita di JAJAH lagi?













pondok cucu kita kah ini?
cicit-cicit kita kah ini?
tak mustahil kalau ini terjadi
kerana kalau ia terjadi
generasi kitalah hari ini
yang mencorakkannya
bukan salah moyang kita dulu - dulu


FIKIR-FIKIRKAN

TANAH INI TANAH KITA
DITANAM KITA.,DIBAJA KITA , DITUAI KITA
DIRACUN DIBAKAR KITALAH JUA







Wednesday, April 25, 2012

TETAMU SENJA




Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
bila cukup detik kembalilah kita kepadaNya
kita datang ini kosong tangan kosong dada
bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang
dan kenal jalan pulang
bawalah bakti mesra
kepada Tuhan kepada insan

Pada tetamu yang datang
dan lupa jalan pulang
usahlah derhaka pula
pada Tuhan pada insan

Bila kita lihat
manusia lupa tempat
atau segera sesat
puja darjat puja pangkat

Segera kita insaf
kita ini punya kiblat
segera kita ingat
kita ini punya tekad

Bila kita lihat
manusia terbiar larat
hingga mesti merempat
ke laut biru ke kuning darat

Harus kita lekas sedar
penuh pada tugas
harus kita tegas
sembah seluruh rasa belas

Kita datang ini
satu roh satu jasad
bila pulang nanti
bawa bakti padat berkat

Nukilan pena: A.Samad Said


Tuesday, April 24, 2012

PINJAMKAN AKU NYAWAMU



Kau hadir dalam hidupku bagai sebatang lilin
dalam malam kelam kau beri aku cahaya
kau datang bagai mentari pagi
terang beri cahaya pada semua

Kau hadir dalam hidupku semalam
bersama wajah penuh sayu
memanggil cintaku yang kaku
dan kau beri aku sebuah harapan

Dalam meniti hidup bersama
kau jaga aku dengan penuh rasa cinta
kau belai aku dalam malam-malam sepi
kau lenakan aku dalam alunan rindu

Kita layari bahtera ciptaan
bersama bunga-bunga cinta kukuh
kita semai benih-benih cinta abadi
lalu tercipta zuriat indah di lipatan hati

Ada kala,istana kita goyah
kita paku bersama kukuh semula
adakala angin bertuip juga
tidak kita jadikan ia taufan melanda

Ada kala kasih kita layu
kita siram segar semula
ada kala cinta kita kering
kita siram ia basah subur kembali

Sejujurnya.....aku selalu berharap
cinta kita akan kekal subur mekar
bagai kuntum mawar yang wangi
dan akan abadi selamanya

Izinkan aku menyimpan kasihmu
izinkan aku menyimpan hatimu
izinkan aku menumpang cintamu
izinkan aku memaut rindumu

Sesungguhnya....
terima kasih kerana menjagaku
terima kasih kerana beri aku kasihmu
terima kasih menjadikan aku suri hatimu
terima kasih lindung hidupku

Tanpamu....
aku bagai musafir
mencari -cari cinta dan kasih
mencari-cari rindu hatiku
dan mati aku tanpa dirimu

TERIMA KASIH SUAMIKU
KERANA .....
KAU PINJAMKAN AKU NYAWAMU



Sunday, April 22, 2012

BUNGA CINTAKU







Lahir kamu bawa cahaya
Puteri tunggal yang kami nanti
Lahirmu memang payah
Tapi mudah dalam membesarkan kamu
Kami semua rasa syukur

Di azan maghrib kamu melihat dunia
di sambut gembira ayah dan ibu
syukur,atas kurnia
dan dewasalah dalam senyuman



Kini sudah dewasa
sudah anak dara puteriku ini
sudah pun berada di tahap yang baik
sudah pun pandai membawa diri

Setiap minggu ayah ibu menjenguk di asrama
sudah pandai menutup aurat...syukur
sudah tahu hukum halal dan haram
sudah tahu rasa malu pada lelaki

Hari ini,aku tak perlu cuci bajunya lagi
sudah pandai cuci sendiri
tak payah gosokkan baju
sudah pandai buat sendiri

Adakala...sudah pandai bicara politik
aduh....kadangkala tak sangka padanya usia
membangkang yang nampak tak suka
pandai pula menilai atasan
apa jua pendapatnya kami dengar
naluri remaja ,masa depan perlu dipandang
yang salah,perlu ditegur
takut terlepas,terjebak ke arah salah

Adakala...hati tertanya
mana arah puteriku esok
masa depan perlu disusun
agar hidup tidak sengsara

kadanagkala terpikir jua
siapa bakal menantuku esok
bolehkah menjaga puteriku ini
membawa kasihnya sampai ke syurga
siapalah aku seorang ibu
hanya doa dan harapan
muga sinar sentiasa bersamanya
jadilah anak yang soleha
jaga maruah diri
kerana itu harga seorang wanita.

Untuk puteriku
ingat sentiasa pesan semua
yang baik jadikan tauladan
lembut selalu dalam bicara
agar kita selalu disayangi orang
jangan bicara tinggi-tinggi
bicaralah yang kecil-kecil
walau kita kaya harta
jangan miskin budi pekerti

Pada yang tua tundukkan diri
rendahkan diri bila bicara
tolong bantu pada yang memerlukan
jangan bongkak sombong hasad dengki
jadilah seperti bayu malam
sejukkan semua hati rakan dan teman
selimutkan mereka,bila malam dingin
berikan cahaya pada mereka yang kegelapan

INGAT, jadilah BUNGA CINTA di hati semua.

Wednesday, April 18, 2012

MENCARI MUTIARA DI PINGGIR SENJA


Dalam usia ke arah senja
aku mencari erti kehidupan
aku yang sudah lama singgah
mencari sebuah pengertian
dalam hidup seorang aku

Dalam usia ke arah yang semangkin pendek
aku terus mencari
erti kedamaian dan ketelusan
dalam diri seorang aku

Lautan yang luas sudah aku harungi
gunung tinggi sudah aku daki
lembah berduri terus aku jelajahi
kota batu masih aku diami
dan aku terus mencari

Hidup sememangnya memang payah
bagi yang mahu mencari sebuah kejayaan
tapi mungkin mudah
bagi yang menadah minta simpati
untuk menjadi seorang insan
perlu pengorbanan tinggi dalam apa bicara

Adakala,jalanan kita tersungkur di simpang
patah balik,lurah berliku menanti
adakala tersungkur lagi
luka kaki dan berdarah
perlu bangun dan terus berjalan
walau payah tapi perlu teruskan

Siapa mahu pimpin tangan
pimpin hati dan bawa pergi
hanya kasih dan sayang insan
bawa kita terus berlari
dan capai cita yang lama diimpi

Adakala,aku mahu jadi Tuah
Jujur lurus walau terfitnah
adakala mahu juga jadi Jebat
mahu engkar pada kata yang tidak benar
adakala mahu jua jadi lalang
ikut mana haluan angin bertiup
tapi siapa kita insan biasa
diajak datang,disuruh pergi

Adakala aku mahu jadi pokok
hasilkan buah manis madu
adakala mahu jadi permata zamrud
ikat cincin di jari manis
mahu saja jadi bunga
madu di hisap lebah berjasa
mahu saja jadi angin
sejukkan badan di panas mentari

Siapa aku di hati semua
mahu segala yang baik yang manis
adakala pahit jua datang bertandang
cukuplah aku menjadi insan
sekadar mencari sebiji mutiara
walau cuma mutiara belaan
kerana siapa aku mahu ke laut dalam
mencari mutiara berkualiti jutaan
kerana aku tahu
aku cuma ada perahu kecil
yang mampu dikayuh di gigi air

Syukur....
biar mutiara belaan yang aku ada
tapi  kan  kugilap menjadi bersinar
dan dapat bersama di jari manis
walau cuma hanya di pakai
pada majlis yang tidak gah
tapi ia tetap bersinar
di jari manis seorang aku

DALAM MENITI SENJA-SENJA YANG BERLABUH.

Tuesday, April 17, 2012

BOLEHKAH BERDIET TANPA SENAMAN?






Badan dah mula rasa berat.
Kaki pula dah rasa sakit.




Nampaknya dah kena ambil diet semula lah
Dah kena banyak makan buah-buahan



Dan sayur-sayuran juga.



Kenalah jugak masak sup sayur.



Mungkinkah anda akan dapat mengurangkan berat badan dengan hanya mengurangkan pengambilan makanan, mengambil ubatan tertentu tanpa melakukan apa-apa aktiviti fizikal?

Anda mungkin dapat mengurangkan berat badan dengan hanya ‘berlapar’ tetapi tidak mungkin mendapat bentuk badan yang diidamkan.

Risikonya pula, berat badan anda akan naik mendadak apabila anda kembali makan seperti biasa.

Jangan terperanjat jika anda mengalami pelbagai masalah yang berkaitan dengan organ badan dalam tempoh masa beberapa tahun.

Pakar Pemakanan Hospital Pantai Ampang, Norsyamimi Ahmad berkata, program mengurangkan berat badan tanpa senaman amat tidak logik.

“Senaman amat perlu untuk mengeluarkan tenaga daripada makanan jika tidak, ia akan ditukar menjadi lemak,” katanya semasa ditemui baru-baru ini.

Bagaimanapun senaman perlu dilengkapi dengan penjagaan makanan bagi memberikan berat badan yang ideal.

Sebenarnya bukan semua orang boleh melakukan senaman terutama bagi mereka yang dikategorikan sebagai morbit obes – jika bacaan Indeks Jisim Berat Badan (BMI) melebihi bacaan 40 (berbanding 19 hingga 25 yang biasa) serta mempunyai masalah kesihatan.

“Kaki pesakit morbit obes tidak mampu menampung berat badan.

“Jadi mereka boleh memulakan dengan diet kalori sangat rendah iaitu hanya mengambil 800 kalori sehari,” katanya.

Mereka yang menjalankan diet berkenaan perlu mendapatkan pemantauan berterusan daripada doktor atau pakar pemakanan di wad.

Cara mengurangkan berat badan paling baik adalah dengan menjaga makanan dan melakukan senaman.

“Kita perlu seimbangkan makanan yang kita makan dengan senaman yang dilakukan bagi mendapatkan berat badan ideal,” katanya.

Nursyamimi berkata, senaman yang biasa dilakukan seperti berjoging, berjalan kaki semasa membeli-belah yang menyebabkan kadar degupan jantung tinggi selain pengeluaran peluh meningkat.

Selain berjalan, berkebun selama setengah jam boleh membakar sebanyak 100 kalori.

“Bagaimanapun semua aktiviti senaman dan makanan bergantung kepada usia dan berat badan seseorang,” katanya.

Apa yang perlu dilakukan adalah memastikan apa yang kita makan.

Bagi diet yang betul, pesakit perlu makan ikut waktu, memilih makanan yang betul dan pastikan kalori yang perlu diambil setiap hari.

Nursyamimi berkata, sarapan pagi tidak boleh ditinggalkan dan pesakit perlu mengambil lebih protein dan fiber seperti telur, ikan dan ayam.

Menu sarapan bagi wanita adalah sebiji telur separuh masak, dua keping roti berserat, buah-buahan, milo atau susu dengan oat. Manakala bagi lelaki pula adalah sebiji telur separuh masak, tiga hingga empat keping roti berserat, buah-buahan, milo atau susu dengan oat.

Bagi makan tengahari pula, ambil 1/3 nasi, 1/3 ikan, ayam atau daging dan 1/3 sayur-sayuran serta sebiji atau sehiris buah-buahan.

Sementara makan malam lebih kurang sama dengan makan tengahari.

Bagaimanapun diet ini perlu diubah mengikut tahap kesihatan seseorang seperti diabetes, pesakit jantung dan penyakit kronik lain.

“Perlu diingat, pastikan waktu makan setiap hari adalah lebih kurang sama. Bermula dengan sarapan pukul 7 hingga 9 pagi, makan tengahari pada pukul 12.30 hingga 2.30 petang dan makan malam seelok-eloknya empat jam sebelum tidur atau sebelum pukul 8 malam,” katanya.

Dr. Nursyamimi berkata, diet tanpa senaman atau dikatakan sebagai ‘yo-yo diet’ biasanya akan menyebabkan berat badan turun naik mendadak kerana kehilangan otot.

Diet ini menggunakan otot untuk ditukar kepada tenaga kerana otot dua kali lebih berat berbanding lemak.

“Diet sebegini amat tidak digalakkan,” katanya.

Mereka yang mengamalkan diet berkenaan mempunyai risiko bertambah berat badan dua kali ganda, kerosakan buah pinggang, haid tidak teratur, mood tidak betul, tekanan darah tidak stabil dan paras gula dalam darah menurun sehingga kadang-kala boleh pengsan.

Biasanya penurunan berat badan yang ideal adalah 10 peratus dalam tempoh enam bulan.

Diet paling popular sekarang adalah pengambilan protein tinggi dan rendah karbohidrat tetapi diet ini tidak boleh diambil berterusan kerana akan memberikan kesan kepada buah pinggang.

“Biasanya ia hanya dilakukan selama 60 hari dan diikuti dengan senaman seperti berenang, berbasikal atau joging mengikut kesesuaian,” katanya.

Dalam tujuh seminggu, pastikan lima hari dengan masakan bakar, kukus atau sup sementara hari lain dengan goreng atau bersantan.

Mengenai pusat pelangsingan badan, pil penyerap dan membakar lemak serta teh herba, Nursyamimi berkata, ia hanya akan berkesan jika menjaga pemakanan selain senaman.

Sebenarnya apa yang berlaku hanyalah pembuangan air atau menyerap semua lemak yang ada dalam badan.

“Kadang-kala kita rasa lapar tetapi sebenarnya kita hanya dahaga. Jadi pastikan sama ada kita benar-benar lapar dengan meminum air,” katanya.

Beliau menasihatkan mereka yang ingin mengawal berat badan agar menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum bertemu dengan pakar pemakanan bagi mendapatkan diet yang betul.

“Ini kerana diet berlainan bagi individu mengikut tahap kesihatan masing-masing,” katanya.

Kredit: Utusan.com.my

Khasiat Madu  (info dari madu Khaula)


Melalui pelbagai kajian yang dilakukan, Madu mempunyai pelbagai khasiat .

khasiat madu
khasiat madu

Antara khasiat- khasiat madu ialah:
  1. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
  2. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C di dalam madu asli.
  3. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.
  4. Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
  5. Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.
  6. Membantu menyempurnakan kesihatan yang berkekalan.
  7. Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
  8. Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
  9. Menguatkan tenaga batin.
  10. Memudahkan proses penghadaman dan lawas buang air.
  11. Mempercepatkan penyembuhan luka atau kesan pembedahan sembuh.
  12. Memulihkan batuk dan lelah yang dialami.
  13. Memulih,  menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
  14. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
  15. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
  16. Menghindarkan badan letih dan lesu.
  17. Mengurangkan kesakitan bila datang haid.
  18. Baik untuk perempuan bersalin.
  19. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
Ini merupakan antara khasiat madu yang telah banyak terbukti oleh masyarakat kita. Semoga dengan perkongsian ini, kita dapat pelbagai manfaat.

Wednesday, April 11, 2012

KAU SINGGAH SEKEJAP DI HATI KAMI






Sayang,
kau datang dalam rahim ibumu
membawa harapan yang amat tinggi
kau diam dalam rahim ibumu
bagai memberi harapan yang tidak tahu capainya
kau datang dan tinggal dalam naluri ibumu dengan riang

Sayang,
ibumu bawa kamu dengan semangat
ibumu dodoi kamu dalam lena dakapan kasih
ibumu bawa kamu dalam derita sengsara
tapi senyum tetap di bibir biar hati keluh kesah

Sayang,
kau hampir di beri padaNya lebih awal
tapi ibumu mahu melihat kau hadir dalam hidupnya
biarpun cuma sekejap
walaupun nyawa digadai

Sayang,
doa demi doa ditadah
harapan terus diberi
lahirmu diharap
wajahmu mahu ditatap

Sayang,
dalam gelisah dan redha
ibumu berjuang untuk membesarkanmu di dalam rahim ciptaan Illahi
dengan denyut jantungmu
ibumu harungi hidup bersamamu selama 38 minggu
dengan penuh semangat.

Sayang,
11/4/2012 jam 4.57
kau hadirjua
tapi hadirmu tanpa suara
kau pergi,semasa di rahim ibumu
tidak mahu melihat kami
walau cuma seminit dua

Sayang,
kami pasrah
setiap yang terjadi adalah ketentuan
wajahmu comel kami tatap
bersama iringan airmata
pergilah sayang
ibumu amat kuat
bersama ayah dan abang-abangmu
bergembiralah di syurga
dan nantilah ibumu di sana

Sayang,
terima kasih kerana hadir
terima kasih kerana memberi denyut rasa nadi pada ibumu
terima kasih kerana memberi rasa sayang pada kami
terima kasih kerana sudi hadir dalam dakapan ibumu

Sayang ,
TERIMA KASIH
KERANA HADIR DALAM HIDUP KAMI
WALAU SEKEJAP
DAN KAMI HANTAR KAMU
DALAM DAKAPAN RINDU
KE SYURGA......