Friday, July 21, 2023

Bakawali

Bakawali bunga yg cantik kembangnya hanya beberapa jam ditengah malam.. Pokok ni dah lama saya tanam daunnya panjang taklah cantik sangat daunnya.. bunga akan keluar berputik dalam 4,5 hari baru kembang mekar
putik bunga keluar ditepi daun. memang unik Bila sampai masa dia mula kembang tunggulah kekdg terlupa.. esoknya dah layuuuu

Monday, March 7, 2022

Covid Fighter 2022

 Bermula 28/2/2022

Seisi rumah demam 
Dari mana bermula
Itu kita simpan dalam memori
Jgn persalahkan sesiapa
Ia ujian dari Allah
21/2 tahun kita menjaga SOP
Yg penting..
Apa nak buat bila dah positif?
Caranya mudah.
Bersyukur pada Allah. Redha, Tenang
Jaga emosi terutama yg berisiko
Ambik gambar keputusan rtk, pcr 
Isi dlm Mysejahtera
Relak, minum air bnyk. Baca info info
Ambik bacaan oksigen , tekanan darah ,suhu, bacaan kencing manis kalau ada
Jgn panik.
Kalau keaadaan nmpk teruk, susah bernafas, demam tinggi, letih lesu, pergi ke CAC terdekat. Dari situ ada arahan seterusnya.
Yg perlu ke Pusat Kuarantin atau hospital, boleh mohon dgn doktor untuk hantar sendiri. Tak perlu ambulan ambik di rumah.
Pastikan katil ada untuk anda.
CAC akan sentiasa call anda kalau anda kategori berisiko.
Yg tak berrisiko, kekal di rumah
Jangan rasa takut atau risau bila anda dijangkiti.
Allah sentiasa ada. 
Anak anak, jiran jiran, sahabat sahabat, jangan melarikan diri! 
Virus ni bukan hantu!! 
Berilah semangat. Anggap mcm demam biasa
Teruskan kehidupan
Pantau diri sendiri
Yg diarah masuk ke ward atau ke pusat quarantin
Pergi. Anda disambut dengan senyuman gembira
Di situ hilang stress
Setiap jam semua dipantau
Kita dapat rehat
Jgn lupa cari ilmu di situ
Kita lebih tenang
Kemudahan semua ok
Keadaan sekarang tak mcm sebelum vaksin
Dalam 4 hari dah boleh balik
8/3/2022
Saya sudah pulang
Keluarga kami semua dah sihat
Esok 9/3 berakhir quarantin kami
Saya yg di PKKN sg buloh
Dah berada di rumah
Sudah sihat. Cuma batuk batuk masih ada
Alhamdulillah
Terima kasih atas semua doa doa yang tiada henti
Saya bersyukur, kami dapat lalui ujian Allah ini dengan penuh tenang. Sangat tenang. 
Terima kasih Allah
Allah permudahkan urusan kami sekeluarga
# setakat ni Rafiq tidak positif. Syukur. 
    Semuga terus dilindungi

👇🏽Hospital SG Buloh



                                                👇🏽














Wednesday, April 28, 2021

CERITA AKU

Lama sungguh aku meninggalkan BLOG ini.

Entah kenapa

Hari ini Ramadhan ke17

Aku mula menulis kembali

Menyusun bait bait kata

Yang dulunya sentiasa di jari

Usia yang menjangkau 56

Menjadikan aku mungkin malas bicara

Mungkin mengejar dunia itu

Bukan lagi impianku

Tapi minat mendalam dalam penulisan

Membawa aku berkarya semula

Yahhhhhh.........

Aku akan bicara dan terus bicara

Untuk hari hari mendatang

Jangan lupa singgah di lipatan cintaku!!!!!!!!









Nuzul Quran


 

Assalamualaikum

DOA MALAM NUZUL QUR'AN:

Bismillahirrahmanirrahim

Allaahumma nawwir quluubanaa bi tilaawatil qur aan, wa zayyin akhlaaqonaa bijaahil qur aan, wa hassin a'maalanaa bi dzikril qur aan, wa najjinaa minan naari bi karoomatil qur aan, wa adkhilnal jannata bi syafaa'atil qur aan.

Maksud Doa Ini:

"Ya ALLAH sinari hati kami dengan membaca al Quran. Hiasi akhlak kami dengan kemuliaan al-Quran.

Baguskanlah amalan kami dengan berzikir serta bertadarus al-Quran. Selamatkanlah kami dari api neraka dengan kemuliaan al-Quran. Masukkanlah kami ke dalam syurga Mu dengan syafaat al-Quran."

Ya Allah… Ya Rahman Ya Rahim..Ya Mujib...

Aku memohon kepada-Mu, Muliakanlah kami.

Bahagiakan Keluarga kami.

Kuatkan iman kami.

Berkahi rezeki kami.

Beri kenikmatan dalam beribadah.

Hiasilah hati kami dengan kesabaran dan kasih sayang,

Yaa Allah ya Rabbil Izzati..

Jadikan kami termasuk orang yang Engkau RAHMATI dalam 10 hari pertama Ramadhan.

Yang Engkau AMPUNI dosa2nya dalam 10 hari yang kemudian.

Yang Engkau BEBASKAN dari api Neraka dalam 10 hari terakhir.

Dan Engkau beri kesempatan kami untuk bermunajat kepada-Mu di malam Lailatul Qhadar.

Kabulkanlah do’a-do’a kami, peliharalah kesihatan kami dan berilah kecintaan kami kepada Mu dan kepada Al quran..

Aamiin... Yaa Rabbal Aamiin

SALAM NUZUL QURAN DAN SELAMAT BERIBADAH UNTUK 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

C&P



Monday, February 3, 2020

KERINDUAN DALAM KEDAMAIAN

Lama aku membisu
Mencari jalan-jalan kedamaian
Singgah singgah di lorong beronak
Mencantas duri yang tajam tajam
Menebas pohon pohon bercabang
Daun daun yang hampir kering

Kekadang bila lama sudah tidak mencantas
Dahan dan daun kering dan patah
Kekadang terlupa dalam kesibukan dunia yang sementara
Lalu terlupa aku pada jalanan menuju abadi
Ohhh!!! Tuhan
Sungguh aku berdosa


Monday, April 29, 2019

MENUJU JALAN LURUS TIDAK BERLIKU


Kekadang
Duduk memerhati
Gelagat manusia...
Aku menjadi seperti hilang pertimbangan
Untuk menjadikan dia seorang teman
Sekadar letak di sisi atau mahu simpan di hati

Kekadang
Melihat bicaranya,tulisannya
Membuatkan aku duduk berfikir
Di mana mahu kuletak dia
Di hatiku atau sekadar teman jalanan

Adakala
Bicara kita melambangkan siapa kita
Tutur bicara biar bersopan
Mencorat isi hati biar bertempat
Fikir dulu sebelum mencatat
Agar tiada hati rasa tenat

Adakala
Bila mahu berbicara
Fikir dulu baik buruknya
Hati ini jangan diikut katanya semua
Hati ini kekadang jahat jua
Mengajar kita menambah dosa

Sesungguhnya
Siapalah kita
Menumpang sementara di bumi Allah
Rezeki itu adalah kurniaanNya
Antara miskin,sederhana dan berada
Syukurlah apa yang dikurnia
Ingatlah.. ia hanya SEMENTARA

Sesungguhnya
Apalah harta itu
Sekadar mewahnya di dunia
Yang berada..jangan rasa bongkak
Yang berada jangan rasa kita ada segala
Allah kekadang menduga
Riak kah kita dengan kelebihan yang ada
Atau sujud syukurkah kita atas kelebihan dikurnia

Hati ini..
Adakala jadi jahat
Rasa bangga dan sombong
Rasa kita berkuasa
Rasa kita bagai raja
Tidak boleh ditegur sapa
Tidak boleh dinasihat
Kita aja rasa betul
Kita rasa dunia ini kita punya
Kita rasa kita ada semua
Rumah besar,kereta besar
Jentik jari semua dapat

Hati ini
Adakala menjadi sombong
Tidak memandang pada yang kurang
Tidak bersyukur apa yang ada
Terlalu jahat hati kita

Untuk itu..
Kita masih ada ruang dan masa
Didik ia menjadi bersih
Didik ia merendah diri
Didik ia menjadi cantik
Memandang ke depan dengan syukur
Apa yang dikurnia cukuplah adanya

Untuk itu
Tidak salah mendengar
Bila ada bicara mahu menasihat
Ada bicara mahu membimbing
Ada bicara mahu menegur
Tidak ada ruginya kita mendengar
Tidak ada ruginya kita berbincang
Bicara bicara yang indah itu
Apa lagi bicara itu dari yang tua
Cedoklah ilmu dari mereka
Walau tak semua bicara itu indah
Tetapi pahit itu kekadang ada penawarnya

Siapalah kita
Yang mahu menilai mereka
Diri kita juga banyak kelemahan
Diri kita banyak celanya
Diri kita banyak buruknya
Banyak sungguh kekurangan kita

Umur kita sudah tua
Esok lusa matilah kita
Apa yang mahu kita bawa
Menemui KEKASIH yang abadi
Memikirkan itu...
Menjadikan kita mahu mengabdikan diri
Hanya padaNYA
Tanpa memikir manusia manusia keliling
Tapi hidup ini perlu berteman

Maka susunlah kehidupan
Mencuba menjadi yang terbaik
Mencuba menjadi yang terindah
Mencuba menjaga semua hati
Agar bicara kita tidak melukakan
Agar langkah tidak salah haluan
Agar jalanan kita lurus
Menuju dunia abadi
KEMATIAN












Sunday, April 28, 2019

HEI !!!! ORANG KATA , AKU KATA



Orang kata kerja guru itu lelah
Hari hari dari kecil sampai tua pergi sekolah
Aku kata jiwa aku memang indah
Setiap waktu ada guru dan murid ketawa berdekah
Walau kekadang naik darah

Orang kata cikgu itu gajinya kecil
Layaknya bawak kereta kancil
Wah!!! sedap mulut nak kena kutil
Aku kata guru itu kaya
Banyak ilmu penuh di dada
Hari hari pakai baju penuh gaya
Murid gembira ayah ibu bahagia

Orang kata guru itu banyak cuti
Wah!!!! kenapa awak suka dengki
Sesuka rasa ngumpat ikut hati
Aku kata cikgu suka cuti
Bawak buku balik rumah macam bawak roti
Dekat rumah sambil makan ingat GB
"siapkan kerja walau awak tengah cuti"
Kau mana tahu,jangan suka dengki dengki
Nanti anak cucu belajar tak reti reti
Eja kaki dia sebut daki
Eja lari dia sebut lori
Kekadang cikgu rasa nak mati
Dapat murid sebegini
Namun guru tetap baik hati

Selamat Hari Guru

SENYUM SEORANG TEMAN


(Buat teman guru yang telah pergi)

Kamu hadir dalam kehidupan kami
Membawa bersama senyuman
Di waktu bila pun
Sentiasa memberi ajaran dan teguran
Memberi sokongan dalam apa yang kami lakukan
Bertanggungjawab walau kamu dalam keletihan

Entah..
Dalam tenang malam
Tika menerima berita pemergianmu
Hati kami luluh,pilu dan sedih
Bagai tidak mahu percaya

Teringat senyum yang pernah kau hadirkan
Terbayang ceritaa-ceritamu yang lucu menghiburkan
Kagum dengan sikapmu yang sederhana
Segalanya indah tentang kamu

Kini
Segalanya menjadi kenangan
Akan kami pahat di hati menjadi memori abadi
Pulanglah teman
Bertemu penciptamu
Jangan hiraukan tangisan kami
Semuga Allah menempatkan kamu di sisi terbaik
Di syurga terindah
Ya Robbi,ampunkan segala dosanya
Amin.Alfateha



Sunday, October 1, 2017

MASAK BERSAMA MAK TOK




Mari kita masak.Cara Mak Tok mudah dan senang.

SAMBAL TEMPOYAK


Cili kering di blender bersama bawang besar dan bawang putih
Ikan bilis digoreng
Panaskan minyak,tumis cili
masukkan garam dan gula
goreng api perlahan
Patahkan serai,masukkan dalam sambal
Bila cili hampir garing,masukkan ikan bilis dan tempoyak
goreng sampai kering

DAGING GORENG BEREMPAH



Sekilo daging direbus/dihiris nipis/digoreng
Angkat daging
Tumis bawang besar/bawang putih
Masukkan rempah kurma/serbuk lada hitam/serbuk jintan manis
Masukkan gula/garam
Masukkan sedikit air,kacau kering
(agak-agak aje semua bahan yer)
Bila semua dah sebati,
Masukkan daun sup/daun bawang/hirisan cili besar/cili api
Siapppp





LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI

Assalamaualaikum.Lama sudah tidak berblog .Baru hari ini mahu kukongsi cerita ku.Keindahan dalam kesedihan yang tidak terungkap.Di sini kukongsi segalanya.....

Ucapan Saya:
Gagah perkasa abang berkumis
Dara jelita mengerling rindu
Terima kasih pengerusi majlis
Memberi ruang buat diriku

Yang saya hormati,
Pn.Zubidah bt Hj Joha Guru Besar sks 20
Pn.Shamsiah bt Sulaiman PK Pentadbiran
Pn.Asmah bt Saleh PK Hem
En Mohd Fauzi PK Kokurikulum
Pn Ranjinta Kaur a/p Arjun Singh
Pekerja sekolah dan semua anak murid yang disayangi

Assalamualaikum .Salam 1 Malaysia
Syukur saya kehadrat Illahi kerana masih memberi nafas buat saya,slepas menjalani pembedahan
3 minggu lepas. Terima kasih Ya Allah krana terus memberi peluang untuk saya berdiri di sini
dalam suasana yang paling indah.

Di kesempatan ini,saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah terutama
kepada Puan Zubidah kerana sudi mengadakan majlis khas untuk saya.Penghargaan tertinggi buat
Badan Kebajikan Guru dan Pekerja SKS 20 yang bersungguh-sungguh mengadakan majlis yang cukup meriah ini.Kalian buat akak menangis.Hajat hati tak mau menangis.Mana mungkin hati tak tersentuh.Kalian amat baik.Tq Ustaz Mahadir.

Majlis perpisahan ini merupakan majlis persaraan yang sangat indah dan penghargaan yang sangat tinggi buat saya. Tidak mungkin akan saya lupakan detik detik terakhir yang cukup nostalgia dalam hidup saya ini. Tentunya saya akan merindui anda sekelian bila kita sudah tidak bertemu.Namun apakan daya.Kita sudah sampai di persimpangan.Kita perlu berpisah untuk seketika atau mungkin selamanya.Jalan kita mungkin dah tak sama,tapi andai kukuhnya ikatan kasih sayang,mungkin kita boleh bertemu di ruang yang berbeza dalam ikatan rindu yang sama.

Ramai bertanya kenapa saya bersara awal? Semalam 4hb 1 umur saya 52 tahun.Kalau cikgu menaiki tangga sambil membilang jumlah anak tangga,itu tandanya dah dekat nak kena isi borang. Masalah kesihatan saya tidak mengizinkan saya untuk meneruskan khidmat saya, Saya tidak mampu untuk terus bertugas dan mendidik walaupun bidang ini sangat saya gemari dari kecil.

Hari ini genaplah saya bertugas selama 28 tahun,3 bulan 1 hari,Bermula 1/7/88 - 2/1/2017.Sepanjang perkhidmatan ,saya bertugas di 4 buah sekolah.11 tahun Di N9,7 tahun di Melaka dan 10 tahun di Sek 20 Shah Alam.Selama 10 tahun di sekolah ini, tidaklah banyak jasa saya.Sekadar guru biasa-biasa sahaja.Namun yang penting setiap kelas yang saya ajar,saya mesti pastikan anak murid saya mesti berada di kelas yang terbaik. Saya juga bersyukur,kerana tugas murni ini saya dianugerahi Perkhidmatan Cemerlang sebanyak 2 kali.Syukur.

Saya bekerja untuk mencari rezeki.Dengan semua pentadbir saya boleh bekerja,Saya memegang satu prinsip,di mana sahaja saya bertugas,selagi saya bekerja di bawah arahan seorang pentadbir,saya akan hormat beliau dan saya akan jadikan sahabat. Terima kasih kepada semua pentadbir.Andai di hati ada rasa tak cinta,maafkan saya,kerana kekadang saya terlupa yang saya mawar berduri.Nak dibuang ada sedikit wangi,nak dekat berduri,nak tebang tak tinggi-tinggi.Jadi biar saya undurkan diri.

Saya menyusun jari sepuluh dari hujung rambut ke hujung kaki andai bicara saya selalu melukakan.Saya hanya insan biasa.Melakukan kesalahan yang kekadang tidak diduga.Andai dulu hati saya pernah luka,sudah saya maafkan pada insan-insan yang melukan hati ini.Kita manusia biasa.Adatlah kalau sesama kita ada luka melukakan.

Kepada murid-murid Cikgu Anie,maaf cikgu pohon sebab menjadi guru yang garang. Cikgu doakan muga kamu berjaya di masa depan.Hormatilah ibubapa dan guru -guru.Jangan sombong.Merendah diri itu bukan menjadikan kita peminta sedekah,sombong itu tidak jua menjadikan kita kesayangan ramai.

Buat rakan guru puisi dari saya
Jangan menyesal teman
Andai kita pernah bertemu
Kenang aku dalam langkahmu
Jangan pernah melupakan
Bahawa kita pernah bersenda tawa
Mengukir kisah manis bersama

Kita kekadang hanyut dalam pujian
kekadang kita tersangkut di ranting berduri
Aku kan pergi dengan langkah sendu
Dan akan bertemu entah di purnama bila
Bungkus pengalaman yang kita kenal
cerita semula bila kita bertemu

SAYONARA

Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di dalam taman
Junjungan budi kenangan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman

Assalamualaikum ,salam sayang

CIKGU ANIE