Wednesday, October 26, 2011

SEKUNTUM PUISI DI LAMAN HATI



Di keindahan malam
aku bersama puisi syahdu
mencari sebuah pengertian kasih
menilai sebuah kasih sayang abadi
bersama bayu lembut dalam hujan renyai
sejuk malam teman bicaraku

Mencari malam-malam penuh indah
aku lebih suka mengabdi diri bersamaNya
mencari erti hidup yang sudah senja
mencari erti hidup yang sudah berlalu
menilai diri siapa aku hari ini
menilai diri siapa aku semalam yang lalu

Bersama bulan,dilindung awan hitam
mencari seorang aku yang masih kabur
mencari seorang aku yang masih lemah
dalam kekuatan diri yang adakala hatinya rapuh
yang kadangkala hatinya cepat tersentuh
dan aku masih terus mencari diri

Bersama turun embun di pohon
aku terus mahu mencari diri
erti kebenaran seorang isteri
dalam lipatan hati seorang suami
adakah telah sempurna menjadi isteri
yang cintanya abadi buat suami
menjadi isteri,juga hamba pada insan bergelar suami
adakah aku sudah menjadi isteri sempurna
dan aku masih menilai diri

Aku masih mahu menilai
adakah sempurna aku sebagai ibu
memberi kasih sayang,pendidikan dunia akhirat
pada anak-anak cinta abadiku
cukupkah aku mendidik anakku
atau aku mungkin gagal dalam sebahagiannya
dan aku masih mahu menilai diri

Dalam aku menilai erti kesempurnaan
aku masih mahu terus menilai
siapa aku di hati teman
bolehkah aku menjadi teman sejati
menjadi lilin pada seorang teman
semasa dalam sukar dan lara
bolehkah aku menjadi awan pelindung
pada teman perlukan aku
pada teman perlukan bantuan
masihkah aku....

Dalam gelap malam berteman bintang
aku masih di sini menilai diri
siapa aku...
adakah aku cukup sempurna
sesungguhnya....
aku hanya insan biasa
mencari cermin melihat diri
masih lemah
masih kurang
masih perlu belajar
masih perlu menunduk diri
masih perlu bantuan orang
masih perlu dahan tempat bergayut

Dan sesungguhnya
aku cuma insan biasa
mencari damai di hati
mencari erti sebuah pengorbanan
dan akan terus mencari

SELAGI ADA NYAWA DI BADAN

No comments: