Monday, May 14, 2012
ANTARA NYAWA DAN PERMATAMU....
Kau bagai sebatang lilin
memberi cahaya menerangi semua
adakala kau bagai seorang ratu
dalam hati anak-anak
Bicaramu lembut biar bernada keras
kasih sayang ,kau tak pernah tamak
mencurah segala untuk anak-anak
biar adakala kau begitu lelah
Adakala kau sanggup berlapar
berkongsi walau sesuap nasi seteguk air
tidurmu jua tidak lena adanya
bila anak-anak tidak sihat badannya
Di kala anak-anakmu mengucap sayang
kau adalah insan paling bahagia
walau tidak ada hadiah diberi
cukup sekadar ingatan ucapan
Adakala hati ibu itu terlalu terasa
bila anak-anak bersikap "nakal"
jauh di sudut hati naluri
sentiasa bermain kata maaf di bibir
Tidak ada hati seorang ibu
mahu marah apalagi benci
pada anak yang adakala terlupa
dan menjauh diri darinya
Ibu yang mengerti amat memahami
dunia kini bukan dulu mahu bergantung harap
cukup sekadar anak bertanya khabar
sihat tidak ibu,walau sebulan datang menjenguk
Ibu mana mahu lihat
anak derita tanpa doanya
ibu mana mahu lihat
anak sengsara tanpa sayangnya
Adakala ibu merintih
pada yang Esa menagih rasa
buat anak permata hatinya
walau luka jiwa derita
Tangan layu seorang ibu
sentiasa menadah mohon restu
untuk anak pujaan jiwanya
walau rindu amat membara
Adakala ibu merintih
kenapa anaknya beralih rasa
tidak mahu jenguk dia
atau merajukkah sianak itu
lama tidak datang bersapa
Namun janganlah anak gundah gulana
ibu tua tetap setia
menanti kalian pulang padanya
hanya sekadar pulang seketika
Buat kita sebagai anak
jangan lupa kasihnya ibu
juga cinta ciptaan ayah
pulang walau cuma berkata
"ibu,sihat ke?"
Jangan lupa jasanya ibu
lahirkan kita amat derita
antara nyawa dan diri kita
nyawa digadai pilihan kata
Besar sungguh kasihmu bonda
antara duri,ranjau dirasa
demi anakmu sanggup segala
biar nyawa taruhan kata
Untukmu ibu,hadiah dari kami
sekuntum bunga buatmu sayang
doa jua kami tadahkan
muga bahagia di mana sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment