Sunday, May 22, 2011
DI SINI KAMI MENGUKIR JANJI
Dulu................
kita datang ke sini
hanya berbekal sehelai baju
dalam sebuah beg yang lusuh
dan sehelai batik umi
buat penghilang rindu
tangan umi kulepaskan
airmata umi kukesat..
kupeluk umi erat
bagai tidak mahu kulepaskan
umi....usah menangis
aku pergi buat meringankan beban umi
kesian umi....sejak tiada ayah
umi lelah sekali
lalu aku meminta izin utk ke sini
mencari ilmu dunia dan akhirat
Di sini aku bersama yang lain
duduk sebilik bertujuh
bagai adik beradik seibu sebapa
membawa nasib sama
buat meneruskan hidup
kami diajar segala
menjadi anak baik dan soleh
riang ria,tawa tangis
kami bersama
dalam meniti hari-hari mendatang
kami membawa diri bagai sudah biasa
adakala kami gembira
adakala kami bergaduh
ada kala kami menangis
kami mandi bersama
kami makan bersama
kami solat bersama
kami tidur bersama
dan kami bertujuh
mahu ke menara gading bersama
sungguh indah khayalan kami
mahu membina istana buat umi
mahu pakaikan umi baju cantik
mahu jadikan umi ratu dalam diri kami
ahhhh.....kami sentiasa bermimpi mungkin
namun.....cahaya sinar yang kami harap
rupanya...mendung berarak lalu
tiba-tiba...istana tempat kami berteduh
bagai digegar raksaksa
istana yang kami sayang
tiba-tiba gelap dari pandangan
di mana adik-adikku
dalam hujan renyai.....
kami hilang..
kini baru kami sedar
rupanya kami sudah disemadikan
bagai sebuah janji
mahu ke menara gading bersama
rupanya janji kami tidak tinggal janji
kami disatukan dalam lahad yang sama
tinggallah cikgu
tinggallah umi
tinggallah kawan-kawan
maafkan aku umi
tidak bisa bina istana buatmu
tidak sempat pakaikan umi baju cantik
tidak kesampaian mahu memegang segulung ijazah
kerana...
kami sudah dijemput
menemui Dia kekasih hati
kami sudah diundang
bersama bidadari cantik
maafkan kami umi
namun....
kami gembira di sini
bersama kawan-kawan
yang setia
usah sedih kalian
kami bahagia di sini
syukur...
sesungguhnya......
DI SINI KAMI MENGUKIR JANJI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Bleh masuk pertandingan nie...
Post a Comment