Monday, June 6, 2011

MENAGIH JANJI YANG TAK PASTI

Seronok cuti-cuti begini
rasa mahu terus bersara
dari alam pendidikan yang kian mencabar
adakala rasa mahu terus bercuti
merehatkan minda yang amat serabut

Tentunya kawan seperguruanku pun begitu
menjalani cuti yang penuh tenang dan damai
bersama anak-anak bersantai di rumah
adakala terasa lebih mudah jaga anak sendiri
dari jadi BIBIK di sekolah

Bagi ibu yang bekerja
cuti sekolah amat membebankan
mungkin ada yg menghantar anak ke kg
dijaga nenek atok yang dah tua
itulah jalan mudah mereka

Maka rasalahhhhhh
betapa selama ini
guru itu tugas terlalu berat
selain menjadi pendidik
dalam tidak sedar ,guru juga pengasuh
menjaga anak anda dari 7 pagi hingga 1 t.hari
tapi sedikit kesilapan guru....
ahhhh...dimaki hamun guru itu
dicaci,herdik dan pelbagai kata nista dilempar

Bila gaji guru dinaikkan RM50
berkokok satu dunia
pernahkah terfikir
andai satu hari saja semua guru mogok
tidak ke sekolah...
bayangkan......
ke mana ya...nak letak anak-anak
maka semua ibu ayah di Malaysia
terpaksa cuti sama
dan 1 Malaysia pula lumpuh
pejabat lengang

Tapi kita guru
tidak pernah mahu terpikir berbuat demikian
kerana kita utuh kukuh memegang AKU JANJI
tidak akan menunjukkan sikap sedemikian
dan akan kekal,kuat dan akur dengan pemimpin
maka adakala perlu juga didengar
mahupun cuma dikerling pada kami
yang meminta tidak selalu
yang mengharap hanya sedikit
sekadar mahu menambah duit ubat demam anak-anak
yang cuma ingin sekelumit
buat membayar upah lebihan masa pada pengasuh
kerana guru itu perlu pulang lewat
kerana tugas yang tidak pernah habis
dan semakin bertambah

Tapi siapa ya yang mahu peduli
pada mintaan dan harapan kita pendidik
maka...carilah kita pendapatan tambahan
berniaga kecil-kecilan
kelas tambahan di rumah
dan apa saja untuk tambahan wang saku
pada zaman canggih ini
apalagi yang hidup di kota besar
kita buat dengan senyap
kerana yang kita pinta tak tentu dapatnya

Semuga semua pendidik tak akan kecewa
malah tak akan putus asa
dalam mendidik dan mencurah bakti
kerana kita ada dunia lain
yang kekal abadi
dan di situ ada doa anak-anak didik kita
yang akan mendoakan kita sepanjang hayat
kerana itulah kita masih di sini

MENAGIH JANJI YANG TAK PASTI
tapi
ADA DOA MENGHARGAI JASA KAMI

No comments: