



Datang lagi bulan suci
suci antara bulan-bulan
bersama membawa khabar sedih gembira
membawa banyak kenangan abadi untuk dikenang
buat selamanya aku seorang guru
Dalam meniti hari-hari penuh liku
ada masa tersangkut kaki di akar menjalar
di tebing sungai tidak bertepi
lalu jatuh aku tersungkur di gigi air
basah,luka dan ada darah yang mengalir
Ada ketika dalam aku merentasi danau dan rimba
tersadung aku pada batu tajam berlumpur duri
lalu rebah dan payah mahu bangun memandang langit
tangan tidak tergapai ranting rapuh
dan aku terus tersungkur dalam kesakitan yang amat
Ada ketika,dalam meniti bibi-bibir resah
hati bertanya,apalah aku ini
menanti bulan bintang yang wujud siang tidak di harap
datang malam tidak di nilai cantiknya..
Ada masanya..bagai dirasa
perih pedih menjadi mentari
panas di hambat gelisah,sejuk tidak mungkin itu mentari
adakala hadir bagai lilin
entah bila mahu dapat senyuman dibalas
bila derita bakar diri entah bila mahu dikata kaulah pujangga
Begitu...kata alam
bila nurani berbisik...tapi tidaklah bicara
hati bagai diruntun,mahu bicara dinilai
dan di situ hakim mula bicara
dan bicaralah....biar bayu senyum
ada kata-kata mengubat luka parah hati sang kembara
sedetiknya...
hati cuma ada satu
untuk dikongsi ramai
derita,suka,menangis dan ketawa
dayakah ia?
Segalanya adalah kekuatan
menadah bayu dan embun yang kian tercemar
namun bayu masih terus di perlu
dalam menjadikan alam sejuk dan nyaman
biarpun kehadiran embun cuma seketika
hilang malam,pergi ia membawa diri
bila sinar mentari datang lagi
Dan aku juga bagai daun
menanti embun saban malam
membasah debu-debu kota
dan akan cuba segar buat selamanya
dalam menanti waktu-waktu akhirku
Agar gugurku nanti
TIDAK BERSAMA DEBU-DEBU YANG TERPALIT PADA DAUNKU UNTUK KE SANA