Sunday, October 1, 2017

MASAK BERSAMA MAK TOK




Mari kita masak.Cara Mak Tok mudah dan senang.

SAMBAL TEMPOYAK


Cili kering di blender bersama bawang besar dan bawang putih
Ikan bilis digoreng
Panaskan minyak,tumis cili
masukkan garam dan gula
goreng api perlahan
Patahkan serai,masukkan dalam sambal
Bila cili hampir garing,masukkan ikan bilis dan tempoyak
goreng sampai kering

DAGING GORENG BEREMPAH



Sekilo daging direbus/dihiris nipis/digoreng
Angkat daging
Tumis bawang besar/bawang putih
Masukkan rempah kurma/serbuk lada hitam/serbuk jintan manis
Masukkan gula/garam
Masukkan sedikit air,kacau kering
(agak-agak aje semua bahan yer)
Bila semua dah sebati,
Masukkan daun sup/daun bawang/hirisan cili besar/cili api
Siapppp





LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI

Assalamaualaikum.Lama sudah tidak berblog .Baru hari ini mahu kukongsi cerita ku.Keindahan dalam kesedihan yang tidak terungkap.Di sini kukongsi segalanya.....

Ucapan Saya:
Gagah perkasa abang berkumis
Dara jelita mengerling rindu
Terima kasih pengerusi majlis
Memberi ruang buat diriku

Yang saya hormati,
Pn.Zubidah bt Hj Joha Guru Besar sks 20
Pn.Shamsiah bt Sulaiman PK Pentadbiran
Pn.Asmah bt Saleh PK Hem
En Mohd Fauzi PK Kokurikulum
Pn Ranjinta Kaur a/p Arjun Singh
Pekerja sekolah dan semua anak murid yang disayangi

Assalamualaikum .Salam 1 Malaysia
Syukur saya kehadrat Illahi kerana masih memberi nafas buat saya,slepas menjalani pembedahan
3 minggu lepas. Terima kasih Ya Allah krana terus memberi peluang untuk saya berdiri di sini
dalam suasana yang paling indah.

Di kesempatan ini,saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah terutama
kepada Puan Zubidah kerana sudi mengadakan majlis khas untuk saya.Penghargaan tertinggi buat
Badan Kebajikan Guru dan Pekerja SKS 20 yang bersungguh-sungguh mengadakan majlis yang cukup meriah ini.Kalian buat akak menangis.Hajat hati tak mau menangis.Mana mungkin hati tak tersentuh.Kalian amat baik.Tq Ustaz Mahadir.

Majlis perpisahan ini merupakan majlis persaraan yang sangat indah dan penghargaan yang sangat tinggi buat saya. Tidak mungkin akan saya lupakan detik detik terakhir yang cukup nostalgia dalam hidup saya ini. Tentunya saya akan merindui anda sekelian bila kita sudah tidak bertemu.Namun apakan daya.Kita sudah sampai di persimpangan.Kita perlu berpisah untuk seketika atau mungkin selamanya.Jalan kita mungkin dah tak sama,tapi andai kukuhnya ikatan kasih sayang,mungkin kita boleh bertemu di ruang yang berbeza dalam ikatan rindu yang sama.

Ramai bertanya kenapa saya bersara awal? Semalam 4hb 1 umur saya 52 tahun.Kalau cikgu menaiki tangga sambil membilang jumlah anak tangga,itu tandanya dah dekat nak kena isi borang. Masalah kesihatan saya tidak mengizinkan saya untuk meneruskan khidmat saya, Saya tidak mampu untuk terus bertugas dan mendidik walaupun bidang ini sangat saya gemari dari kecil.

Hari ini genaplah saya bertugas selama 28 tahun,3 bulan 1 hari,Bermula 1/7/88 - 2/1/2017.Sepanjang perkhidmatan ,saya bertugas di 4 buah sekolah.11 tahun Di N9,7 tahun di Melaka dan 10 tahun di Sek 20 Shah Alam.Selama 10 tahun di sekolah ini, tidaklah banyak jasa saya.Sekadar guru biasa-biasa sahaja.Namun yang penting setiap kelas yang saya ajar,saya mesti pastikan anak murid saya mesti berada di kelas yang terbaik. Saya juga bersyukur,kerana tugas murni ini saya dianugerahi Perkhidmatan Cemerlang sebanyak 2 kali.Syukur.

Saya bekerja untuk mencari rezeki.Dengan semua pentadbir saya boleh bekerja,Saya memegang satu prinsip,di mana sahaja saya bertugas,selagi saya bekerja di bawah arahan seorang pentadbir,saya akan hormat beliau dan saya akan jadikan sahabat. Terima kasih kepada semua pentadbir.Andai di hati ada rasa tak cinta,maafkan saya,kerana kekadang saya terlupa yang saya mawar berduri.Nak dibuang ada sedikit wangi,nak dekat berduri,nak tebang tak tinggi-tinggi.Jadi biar saya undurkan diri.

Saya menyusun jari sepuluh dari hujung rambut ke hujung kaki andai bicara saya selalu melukakan.Saya hanya insan biasa.Melakukan kesalahan yang kekadang tidak diduga.Andai dulu hati saya pernah luka,sudah saya maafkan pada insan-insan yang melukan hati ini.Kita manusia biasa.Adatlah kalau sesama kita ada luka melukakan.

Kepada murid-murid Cikgu Anie,maaf cikgu pohon sebab menjadi guru yang garang. Cikgu doakan muga kamu berjaya di masa depan.Hormatilah ibubapa dan guru -guru.Jangan sombong.Merendah diri itu bukan menjadikan kita peminta sedekah,sombong itu tidak jua menjadikan kita kesayangan ramai.

Buat rakan guru puisi dari saya
Jangan menyesal teman
Andai kita pernah bertemu
Kenang aku dalam langkahmu
Jangan pernah melupakan
Bahawa kita pernah bersenda tawa
Mengukir kisah manis bersama

Kita kekadang hanyut dalam pujian
kekadang kita tersangkut di ranting berduri
Aku kan pergi dengan langkah sendu
Dan akan bertemu entah di purnama bila
Bungkus pengalaman yang kita kenal
cerita semula bila kita bertemu

SAYONARA

Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di dalam taman
Junjungan budi kenangan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman

Assalamualaikum ,salam sayang

CIKGU ANIE