Thursday, December 13, 2012

KSSR-DIDIK HIBUR


Didik Hibur
oleh:
Dr . Zailah Zainudin, IPG Kampus Raja Melewar

Pengenalan.
Didik hibur adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan murid-murid. Walaupun murid seronok tetapi objektif pengajaran dan pembelajaran masih dapat dicapai seperti yang ditetapkan. Oleh itu, guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran agar isi kandungan mata pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan

Latar Belakang Didik Hibur
Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran bermula apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang memutuskan bahawa PPSMI dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjelang tahun 2012.

Kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur di sekolah rendah untuk merealisasikan hasrat transformasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Adalah diharapkan pendekatan didik hibur dalam bilik darjah akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif serta berpusatkan murid. Justeru pengajaran guru akan lebih mudah dihayati dan difahami oleh murid.
 
Definisi
Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati

Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi secara sistematik dan terancang.

Ciri-Ciri Didik Hibur
Antara ciri-ciri didik hibur dalam pengajaran adalah seperti berikut:
 
(i)     Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.
 
(ii)     Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur.
 
(iii)     Murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif, gembira dan tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya.
 
(iv)    Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan  pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.
 
(v)     Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti p&p.
 
(vi)    Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.
 
(vii)    Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.
 
(viii)    Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik  dalam keadaan terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik.
 
(ix)      Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya dalam keadaan terkawal.
 
(x)       Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.
 
Faktor Yang Mempengaruhi Pelaksanaan Didik Hibur.
Guru:
Kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu adalah terletak kepada kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan perancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai guru, beberapa perkara berikut perlu dipatuhi, iaitu:
 
( i )   Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakut atau menggerunkan murid
 
( ii )  Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid.
 
(iii)   Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak.
 
(iv)   Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik.
 
(v)    Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti.
 
(vi)   Guru boleh membuat pelbagai suara.
 
(vii)   Boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik.
 
(viii)  Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian.
 
(ix)   Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian mendadak
 
(x)   Guru atau fasilitator seorang yang fleksibel

Aktiviti
Kejayaan didik hibur secara kerkesan bergantung kepada aktiviti yang dirancang. Walau bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira oleh guru semasa merancang aktiviti didik hibur dalam bilik darjah, iaitu:
 
( i )   Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar.
 
( ii )   Jalankan aktiviti yang murid-murid sedia ketahui berdasarkan silang budaya yang sama.
 
( iii )  Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan masa pembelajaran yang sesuai atau waktu yang fleksibel.
 
( iv )  Aktiviti didik hibur boleh dilaksana, dijalan dan diselesaikan bersama murid-murid tanpa ada banyak masalah atau halangan.
 
( v )  Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara murid.
 
( vi )  Sediakan peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti oleh murid.
 
( vii ) Aktiviti didik hibur yang dirancang juga perlu memberikan kepuasan kepada mereka yang menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin murid.

Penutup
Pada dasarnya amalan penyerapan didik hibur bukanlah perkara yang baru dalam siri pendidikan negara. Untuk tujuan penegasan istilah didik hibur digunakan secara jelas sebagai komitmen yang bersungguh-sungguh kerajaan untuk mengaplikasikan pendekatan ini yang diadaptasikan menerusi pendekatan ‘Fun Learning’ yang digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran
 

KSSR -MENAAKUL


Apakah Kemahiran Menaakul?
Apakah itu menaakul (reasoning)? Sebenarnya pelbagai istilah boleh digunakan bagi menerangkan apakah itu menaakul (reasoning). Antara istilah yang biasa digunakan ialah pemikiran kritikal (critical thinking), pemikiran aras tinggi (higher-order thinking), penaakulan secara logic (logical reasoning) atau penaakulan mudah (simply reasoning).

Istilah-istilah tersebut digunakan secara berbeza berdasarkan kepada bidang yang dibincangkan. Namun demikian, daripada pelbagai jenis bidang tersebut ianya mempunyai perkaitan dan kesamaan. Kemahiran menaakul biasanya digunakan dalam proses menyelesaikan masalah dan ia merujuk kepada kebolehan kognitif seseorang yang melibatkan pemikiran secara sistematik dan abstrak. Kemahiran berfikir dalam aras yang lebih tinggi adalah semakin penting dan perlu bagi pembangunan modal insan bagi abad ke 21. Bagi menyediakan rakyat ke arah tersebut, perubahan kepada tahap pemikiran pelajar-pelajar di sekolah harus segera dilaksanakan. Usaha-usaha tersebut adalah sangat diperlukan daripada pihak guru-guru di sekolah dalam menerapkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru-guru perlu lebih kreatif 
dalam memberikan aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar kepada pelajar sebagai asas dalam melahirkan pelajar yang mampu membuat penaakulan secara logik dan sistematik yang mana akhirnya mereka mampu bersaing dalam dunia pekerjaan yang semakin mencabar. Pemikiran secara kritikal sperti menjalankan kajia, membuat hubung kait dan menilai segala aspek permasaalahan dari pelbagai situasi adalah amat perlu bagi melahirkan pelajar yangberfikiran aras tinggi.

Setiap pelajar mempunyai potensi kearah pemikiran aras tinggi dan kemahiran menaakul merupakan satu asas dalam mengembangkan potensi tersebut terutamanya dalam matematik. Untuk menjadikan pelajar itu lebih yakin dan mampu menjana idea pembelajaran sendiri, mereka perlu berkembang dalam kebolehan berfikir secara logic dan bertindak dengan lebih kreatif. Untuk membekalkan situasi pembelajaran berkenaan berlaku, adalah penting penekanan diberikan kepada kemahiran menaakul dalam apa jua aktiviti pembelajaran yang dijalankan.

Dr . Zailah Zainudin, IPG Kampus Raja Melewar menerangkan Kemahiran Menakul adalah seperti berikut:

Pemahaman dan penguasaan kemahiran kritis, kemahiran kreatif dan strategi berfikir akan menjadi lebih mudah sekirannya seseorang individu berkebolehan membuat penaakulan secara induktif dan deduktif. Melalui penaakulan secara induktif seseorang boleh membuat satu kesimpulan atau pengitlakan, manakala penaakulan secara deduktif seseorang boleh membuat pertimbangan dari satu situasi umum ke beberapa contoh atau situasi yang spesifik. Kemahiran menaakul ini bertindak sebagai pelincir semasa menggunakan kemahiran kritis, kreatif dan startegi berfikir.

Definisi Membuat Penaakulan
Kemahiran membuat pertimbangan secara logik, rasional, adil dan saksama.

Kemahiran digunakan untuk Meningkatkan keberkesanan:
(i)    Membuat interpretasi, analisis, sintesis, penilaian, pengitlakan dan kesimpulan.
(ii)   Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
 
Penaakulan Induktif
Langkah Penggunaan:
(i)     Teliti beberapa contoh atau situasi yang spesifik
(ii)     Perhatikan cirri yang sepunya
(iii)    Buat satu kesimpulan atau pengitlakan
 
Penaakulan secara Deduktif
Langkah Penggunaan:
(i)     Teliti situasi umum
(ii)    Daripada situasi umum dapatkan contoh atau situasi yang spesifik
 

Monday, December 10, 2012

CERITA IKAN,NORZULIYANTI,BABY HARJIT DAN SANISAH

 Pagi tadi sedang melayari FB,terpandang ikan percik yang Yanti masak.Aduhai...budak ni.Buat air liur akak meleleh.Dia bakar dalam pemanggang ajaib tu lahhh.Akak tak ada pemanggang ni.Jelezzzz akak ni.Mesti beli jugak lah nampaknya.


                                            Inilah ikan percik Yanti yang amat sedap

Akak dan Baby Harjit yang memang suka makan ni,bukanlah main ghairah sekali untuk cuba jugak resepi Yanti ni.
Lalu,akak pun ke kolam akak.Ikan apa nak masak ni.Ikan kap ada,talapia ada,rohu pun ada.


                                                                 Ini kolam ikan akak

Akak pun mulalah menangguk ikan.Akak dapat 4 ekor.Tak cukup.Tangguk lagi 2 ekor.Dapat 5 ekor talapia dan sekor rohu.

                                          


                                                               Inilah ikannye


                                                                  Ni,nak masak asam pedas.ha ha


                         
                                                  Proses mandi limau.Untuk awet muda



                                                       Bersedia untuk masuk sauna



                                                        Pemanggang AJAIB akak




                                                            Proses melumur santan



         
                                                              Proses pengeringan

Maka...masaklah.ikan akak tu.Bagai baunyer sampai kat sek 20,Sanisah antar pulak buah pulasan.Macam kau tahu pulak yang akak suka buah ini.





Maka..dapatlah Sanisah rasa ikan percik akak yang tak sesedap ikan YANTI.Apa-apa pun terima kasih kat Yanti sebab berjaya mengorbankan 6 ekor ikan di kolam akak hari ini.Dan yang paling semangat,akak kena beli PEMANGGANG AJAIB itu secepat mungkin.Alangkah bertuahnya,kalau ada orang nak hadiahkan akak sempena ulang tahun akak yang ke 48 pada 4 jan depan.Ha ha.Cepat-cepat,sapa nak hadiahkan akak.Akak mesti sayang kamu lebih.he he.PERASAN!!!!!!

Itulah cerita akak.......IKAN KEKEK MATI DI SAUNA

Saturday, December 8, 2012

TAHAJUD CINTA




Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga
Ku haus di tengah laut
Lemas mencari tempat berpaut
Kirimkan aku kekuatan
Serta pedoman dikesesatan
Ku sunyi dalam gembira
Perih pedih tanggung derita
Sungguh aku bukan wali
Yang suci dari hina dan benci
Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga..
wooo..ooo
waaa…haa
Terlalu lama aku mencuba
Terlalu banyak cinta yang ku damba
Tiada yang sempurna hanyalah fana
Tuhan.. ampuni hambaMu
aa….
hmmm….
woo.. Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga..
Ku rebah di dada malam
Memecah dendam yang lama diam
Ku tanggalkan baju dunia
Dakapku dengan selimut syurga
Ya Tuhanku hanya padaMu
Tempat mengadu segala rindu
Limpahiku rahmat kasihmu
Dalam Tahajjud Cinta bersujud

MUARA KASIH





Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati dan tetap setia

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntun mu kepada ku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali... padamu

Aku ada kerna engkau ada
Tercipta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku berhujung padamu

Kemanapun kan pasti kembali o..

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali...

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasa
Sesuatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu... biarkan aku merasuk dalam hati cinta..





Monday, December 3, 2012

CINTA KITA-SONATA MUSIM SALJU




Mendengar lagu ini
Airmataku mengalir
Wajah suami yang kurindui
Datang bagai lajunya arus sungai

Mengamit memori semasa bersama
Dan kami akan bersama selamanya
Dan kukuh cinta kami berdua
Bagai Tembok Besar Cina

Membaca lirik lagu ini
Hatiku pilu bercampur bahagia
Cinta kami masih utuh
Dan akan tetap utuh selamanya

Menjelang 7 dec
Ulang tahun perkahwinan kami
Selama 27 tahun kami bersama
bagai baru semalam kami bertemu

Kusimpan kukuh cinta kita
Kupahat pada pelamin kasih
Walau kita selalu terpisah
Perpisahan itu menguatkan cinta kita
Berdua...

Sayang..adakala aku pasrah
Pada tiap perpisahan kita
Yang hanya sekejap
Dan kerana kuat cinta kita
Aku juga kuat menanti kau pulang

Memori bersamamu
Kita susah bersama
Menangis bersama
Kita redah payahnya hidup

Kita makan apa sahaja
Kita lindung atap yang bocor
Kita berjalan melintas danau
Kita menangis dalam kepayahan

Segalanya,kita kuat bersama
Kita jadikan pondok usang
Sebuah mahligai indah
Dan kita bahagia di dalamnya

Kerana cinta itu
Aku lahirkan putera dan puterimu
Aku didik mereka
Menjadi insan berguna

Tiada hadiah indah dariku
Andai aku pergi dulu darimu
Jagalah zuriat kita ini
Kerana..
Merekalah lambang cinta kita

Doaku dari jauh
Muga cinta kita
Tidak akan digugat
Walau apa yang datang

Kerana....

CINTA KITA BAGAI SONATA MUSIM SALJU







Sunday, December 2, 2012

Durian Salju


Durian Crepe ni bagai sunami melanda Malaysia.Akak ,mula-mula malas gak nak buat.Tapi kerana suka memasak,akak juga mahu mencuba.Memang sedap.Tapi bagi yang berminat.Ada masanya,orang tak suka,sebab dia dok dalam lempeng.Ha ha.Nanti nak cuba,letak dalam benda lain lak.Mungkin org suka.Apa-apa pun akak guna resepi akak sendiri.Sebab aku tak reti ikut bancuhan orag lain.Apa pun terima kasih pada rakan blogger yang amat bijak dalam hal memasak ni.
Ok,jom kita buat Durian Salju ni..

   
Jom gi cari durian dulu.Akak suka yang kuning cam ni.Rasa nya bila digigit...mmm sodapp!!!
Kopek,dan tanggalkan isinya dari biji.Akak pakai garpu ngan pisau.Sebab tak beli sarung tangan.Jadi isi durian akak kasar kasarlah.Sedap bila digigit.Simpan jap dalam peti ais,dalam bekas bertutup.

                                                           
Gi kedai BAGUS kat Sek. 13,beli pulak yang ni.jangan salah beli.Mula-mula akak beli yang lain.Aduhhh...salah.Gi kali ke2,baru jadi.he he.Punyalah semangat.Haa..masukkan dalam apa-apa yang korang ada tu,pemukul telor ke,senduk kayu ke..he he.pukul sampai kembang tau.kembang sesangat.macam ni tau

 Mari kita buat,lempeng dia.
5 sudu tepung gandum+3 susu tepung custard+3 sudu tepung ubi+1 biji telur+2 sudu planta yang dah cair+ 2 sudu gula + sedikit vanila+sedikit pewarna kuning +susu cair 1 cawan+1 1/2 cawan air
(semua di atas,masukkan dalam blendar,blend dan tapis)

Panaskan kuali.Kuali yang tak melekat tulah.He he.Sapukan kuali dgn planta sikit.Pastu,masukkan bancuhan tepung tadi.Pusing2kan kuali,mcm nak buat kuih dadar.Akak telangkupkan dalam piring plastik.Yang bawah tu ke ataslah.yang atas tadi ke bawah.Bayang2kan lah cam ne.Sejuk kan.Buatlah berulang kali.Penat gak buat ni tau.Kalau salah bancuh,melekatlah dia.Kena banyak sabar tau.

Bila lempeng dah sejuk,sapukan whipping cream tadi,sikit je.pastu,letak durian di atas cream.pastu,letak cream lagi.lipat mcm buat lepat.Nak belajar melipat ni,gi kat Blog Cahaya Cintaku.
lepas tu simpan dalam peti ais.dah sejuk baru makan.

Inilah hasil lepat durian salju akak.