Thursday, August 21, 2014

ANDAI YANG PULANG ITU AKU-MH17



Sepurnama sudah berlalu
pesawat itu ada aku
mendarat bukan ditempatnya
dan entah...
aku sudah tiada agaknya
dirumah...
suami/isteri
anak anak menanti
doa dan airmata sentiasa mengiringiku
mereka menanti aku
yang entah bila pulangnya
saban waktu
mereka doakan
agar aku pulang
seperti aku yang dulu
doa itu termakbul jua
yaaaaa..
aku pulang..dan pasti pulang
tapi tanpa suara dan ketawa
aku pulang sekujur tubuh
buat tatapan seluruh dunia
buat tatapan suami tercinta
buat tatapan ibunda tersayang
buat tatapan anak anak buah hatiku

Terimalah aku seadanya
kebumikan aku seindahnya
doakan aku seikhlasnya
terima kasih kalian..
kerana mencari cari aku
untuk dibawa pulang kepersada negaraku
untuk aku sama-sama meraikan negara merdeka
Sampaikan salamku pada semua
pada rakyat Malaysia kecintaanku
pada semua yang merindui aku
terima kasih atas segalanya.

Selamat tinggal sayang
izinkan aku pergi dulu
kerana 'Kekasihku' sudah menanti
Jangan kau tangisi
Kerana kita berpisah sementara
dan akan bertemu ESOK
di dunia yang kekal abadi

Andai Yang Pulang Itu Aku
Play Video
instrumental
www.youtube.com
instrumental

Wednesday, August 6, 2014

SEBUAH HATI DALAM SEBUAH CINTA

Semalam
adalah hari hari yang indah
semalam
adalah sebuah senyuman
semalam
juga ada tangisan
semalam
ada sebuah mimpi
dan semalam
semua sudah berlalu
hari ini
jangan tanya
cinta tetap ada
antara kuat atau rapuh
terletak pada hati
jawapan tak perlu tahu
hati penentu segala
















Wednesday, July 16, 2014

HATIKU SEORANG PENDIDIK

Dulunya....
Kerjaya pendidik menjadi impian
Seorang aku anak kecil di bangku sekolah
Melihat guru mengajar
Menjadikan aku bagaikan gila
Dan terus menjadikan Kerjaya guru
SATU IDAMAN

Lalu.....
Aku rintis onak duri
Segala halangan aku terjah
Aku daki gunung,turuni luruh
Tersungkur...aku bangun merangkak dan..
Terus bangun berlari
Biarpun adakalanya aku rebah lagi di persimpangan

Kini...
Gelaran Guru itu sudah aku punya
Dan sudah 27 tahun aku laluinya
Yang pasti,,sudah ribuan muridku berjaya
Yang gagal tetap jua menjadi manusia
Antara yang gemilang,terbilang
Antara yang kecundang,bernasib malang
Amanah itu sudah aku laksanakan

Memori 27 tahun..
.
Antara aku dan murid
Tersemai rasa kasih dan sayang
menjadikan aku insan yang mahu terus mendidik
Walau adakala keletihan menjenguk
Dalam usia yang hampir setengah abad
Masih mahu terus berkorban
Adakala hati tersentuh
Pada kata nista "parent's"
Yang menyalah tafsir pengorbananku
Namun aku tetap berdiri teguh
Pada prinsip hidupku
"ANAK KAMU ANAK AKU"

Antara aku dan kawan setugas....
Sudah kujalin rasa rindu
Pada semua rakan sejawat
Yang sama menjadi pendidik bangsa
Untuk merealisasikan impian negara
Membentuk jati diri seorang insan
Yang bukan hanya untuk kepentingan Negara Dunia
Malah untuk bekalan di Akhirat nanti
Apalah ada pada sebuah kepahitan
Yang kekadang singgah sekejap di pahit hempedu
Yang adakala terluka ,terguris,berdarah
Cuma sekadar,dugaan  kecil sesama insan sejawat
Apalah ada pada gaduhan kecil adik-beradik
Sebumbung mencari rezeki
Dan esok lusa bisa tersenyum semula
Dan kita ketawa menangis lagi dan lagi
Cuma ...
Untuk semua teman seperjuangan
Jadikanlah sekolah itu
Tempat segalanya
Di situ gedung ilmu
Yang amat luas,besar dan terlalu kaya
Tempat itulah menjadi bukti
Kita adalah amanah Allah yang sangat BESAR
Yang kita akan jawab ESOK
Adakah kita sudah jalankan AMANAH itu
Dan di sana,kita akan di persoalkan...
Dan di situ jualah
Medan kita untuk terus berjuang
Mencari pahala sebanyak mungkin
Agar mati kita sentiasa ditangisi murid
Mati kita menjadi cerita sedih murid
Dan muga ada selalu AL FATIHAH untuk kita
AMINNNNNNN

Dan untuk hari-hari seterusnya
9 tahun yang akan datang
Aku akan cuba teruskan
Menjadi pendidik juga pengasuh
Pada anak-anak bergelar serikandi
Dan putera berjiwa kental
Yang akan menjaga kedaulatan negara
Yang tidak tahu nasibnya esok
Agar bersedia menjaga bumi merdeka
Muga tidak tergadai dek majunya dunia...

Sejambak Mawar Buat Kalian




Monday, April 7, 2014

DUBAI -nov dec 2013

Emirates-Memang penerbangan yang best






































Penginapan kami selama sebulan
GLORIA HOTEL-DUBAI INTERNET CITY
Memang terbaik dan selesa

Gambar gambar yang diambil untuk tatapan dan kenangan

Manisan yang banyak terdapat di Dubai

























Keindahan Dubai








Sunday, March 16, 2014

KULERAI DENGAN KASIH  DAN SAYANG
Tali tersimpul kulerai
Kutarik dengan kasih sayang
Kubicara bagi mengerti
Kususun madah bersebab
Kucari punca kenapa
Sayang
Bukan mudah jadi yang tua
Tidak juga kalian yg muda
Antara kita terikat cinta
Patah kanan , kiri terasa
Penat letih, suka duka
Biar kita rasa bersama
Ketawa biar seiring
Menangis jgn biar sendirian
Antara kita ada rasa rindu
Antara kita ada rasa sayang
Jgn kerana sedikit cermin yg retak,
Kau buang terus ia
Boleh lg diguna
Ditampal diikat
Wajah kita ....
Masih bisa tersenyum
Cermin usang itu
Sesekali masih bisa diguna
Buat melihat bedak diwajah
Yg adakalanya tidak rata
Sayang
Tidak salah kan
Andai yg tua ini
Memohon ampun dan maaf
Andai aku silap melipat baju
Kaki tangan terjulur
Lipatan tak cantik kemas
Maklomlah....
Tanganku sudah tidak kuat
Mataku sudah rabun
Yang pasti
Cintaku Tetap kukuh Abadi



















 


Saturday, March 15, 2014

DEMI SEBUAH KASIH SAYANG
Demi kasih dan ikatan sayang
Antara kita bergelar manusia
Tidak memandang agama bangsa
Marilah bersatu hati
Tanpa memandang buruk pun siapa
Pinjamkan sekejap hati sucimu
Dan kita memohon pada yang Esa
Agar pulangkan yang Dia ambil sementara
Kerana Dia sedang menduga kita
 
### PRAY 4 MH 370### 

Friday, March 14, 2014

         APA NILAI KITA?

  1. Banyak yang luar
    Datang bertamu
    Mencari yang hilang
    Membantu apa terdaya
    Mereka juga singgah tinjau kita
    Lihat lihat tapi tak usik
    Jangan suka jgn gelak
    Buka mata buka minda
    Tgok lihat kita sengketa
    Nak susun susun
    Nak atur atur
    Nak letak cucu cicit kita
    Di mana esok!!!!
    Nak bawak tanah kita
    Yg kecil tak besar mana
    Nak letak bangsa kita
    Di penjuru mana
    Kita selalu kata
    Engkau salah aku betul
    Engkau itu aku ini
    Engkau engkau, aku aku
    Nahhhh!!!!!
    Mahu kita gadai maruah
    Mahu kita gadai tanah
    Mahu kita gadai agama
    Ambil kata orang tua
    Cakap siang pandang pandang
    Cakap malam dengar dengar
    Hari ini kita dewasa
    Nunnnn esok,
    Mana duduk cucu cicit kita?
    Yang pasti, nilai kita hari ini
    Di Mata Dunia
    ?????????

Saturday, March 1, 2014

DUBAI 2013

Segalanya indah
kucipta sebuah memori
dan disini .....
kasihku terus terpahat