Tuesday, July 2, 2013

PELAMIN CINTA UNTUK MAMA



Sekuntum bunga dilahirkan di utara tanah air
Menjadi dewasa berlari comel di desa
Membawa diri menjelajah seluruh negara tercinta
Menjadi pendidik pilihan jiwa mahu berjasa
Maka di sini mencipta pelbagai ceritera

Menjadi isteri dan ibu pada sebuah istana
Membesarkan putera puteri belahan jiwa
Adakala tersadung kaki jatuh jua
Bangkit dan terus berusaha untuk keluarga
Itulah mama yang kuat dan berhati wira

Dalam kepayahan menjadi seorang guru
Apalah bicara yang bisa kita susun manis
Selain kata pendorong penguat semangat
Melangkah berusaha untuk didik anak bangsa
Menjadi zuriat berguna buat pengganti yang tua
Meneruskan langkah membina negara nusa

Dalam menjalani hidup sebagai mama dan guru
Tetiba patah sayap di pertengahan jalan berliku
Papa diambil sebelum segalanya belum puas dicapai
Namun takdirNya penentu segala
Tinggallah mama untuk mendewasakan semua

Menjalani hidup sebagai pentadbir
Membakar hati dan semangat
Menjaga yang ramai,murid dan guru
Menjadikan mama berhati batu bertulang besi
Keringat yang mengalir menjadi panas sejuk
Yang ada kala beku seketika

Namun... kepayahan,kepahitan,kesakitan
Perlu diredah,mesti dipunggah menjadi realiti
Yang pasti ia perlu di lalui walau beronak duri
beranjau,berlurah....mesti di lalui

Kata orang,
Setiap yang bermula ada akhirnya
Setiap yang pahit ada manis di hujungnya
Setiap yang sedih,ada tawa hujungnya
Setiap yang payah,ada senang akhirnya

Ternyata,
Sedih mama sudah berakhir
Lelah mama sudah tiada lagi
Tangis mama sudah kering di pipi
Luka hati mama sudah mula sembuh
Derita mama sudah terlerai
Berat bahu mama,sudah ringan rasanya
Dan mama sudah boleh mengukir senyum legaaaaa
Mama boleh ketawa gembira

Mama...
Tiada hadiah besar berharga dari kami warga sekolah
Hanya hadiah hadiah kecil manis yang tidak boleh dibawa pergi
Sekadar kenangan manis(pahit jangan dibawa ya mama)
Kenanglah kami dalam airmata dan tangis mama
Kenanglah kami dalam doa doa mama sepanjang waktu
Rindulah kami selalu yer mama


Mama,
Jangan buang kami  dari lipatan hatimu
Ampunkan segala dosa-dosa kami
Andai hati mama selalu terguris
Jari sepuluh kami susun pohon ampun
Bagi kami,segala kata kata mama
Yang mungkin adakala menguris
Sudah lama kami maafkan
Yang kami tahu,marah mama sebagai ibu
Teguran mama dalam nada keras
Bagai bunga bunga cinta penghias taman
Tidak kami simpan di hati
Kalau ada pun
Sebagai wangian kasih
Buat ingatan dan semangat

Mama,
Pergilah dengan gembira
Usah dikenang cerita semalam
Yang pahit buang jauh
Yang manis mama simpan di hati
Yang pasti ,kami akan merindui suara mama
Yang pasti , kami akan kenang jasa mama

Akhir kata....
Bunga melur di tepi muara
Hidup subur pohon selasih
Tiada ucapan manis bicara
Untuk ungkapan terima kasih

Hanya...
PELAMIN CINTA UNTUK MAMA

Salam Kasih Salam Sayang Dari Kami
Seluruh Warga Sek Keb Seksyen 20














LAGU UNTUK MAMA






(gambar: dari rakan -rakan FB -tq Baby Harjit.Pic pelamin U mmg cantik)









Saturday, April 27, 2013

APA ADA PADA SEBUAH RINDU




Melihat bulan di tepian jendela
hati diragut rasa rindu
pada semua yang disayang
suami tercinta,putera dan puteri tersayang
dan gugurlah airmata kerinduan

Gelisah hati seorang ibu dan isteri
meruntun bagai ombak memukul pantai
dan jiwa mula rasa resah
menanti suara-suara memanggil

Namun apakan daya
segalanya adalah mainan hidupku
terpisah jauh menjadi rutin hidup
dan airmata,bagai peneman malam tidurku



Tuesday, April 2, 2013

Wednesday, March 13, 2013

GUGURMU PAHLAWAN DI BUMI MERDEKA

Dalam riuh kita ketawa gembira
Dalam indah manis kata bicara
Sedang kita diulit rasa manja kata manis
Bersama insan tercinta.
Sedang makan bersama keluarga
Sedang bercerita kisah cinta dulu-dulu
Sedang bergolek ketawa bersama anak isteri
Sedang riang berbicara ,merancang sebuah majlis perkahwinan
Oooohhhhhh....semalam

Tetiba..entah mengapa
Di sudut sana....
Gelombang lautan berkocak hebat
Mahu dikata sunami
Hujan peluru yang jatuh ke bumi
Tidak tahu asal bicara apakah ini
Datang yang tidak diundang
Membawa bencana yang amat menyedihkan

Maka...tinggallah sayang,isteriku
Tinggal yer anak ayah..jaga ibumu
Tinggal yer mak,ayah,hanya sekejab
Tinggal yer kekasihku..kita akan bersama
Maka..tinggallah semua...mereka pergi berjuang
Hanya harapan dan airmata mengiringi perjuanganmu

Namun...janji Allah itu pasti
Rupanya pergimu tidak kembali
Tinggalkan isteri tangis sendu
Tinggalkan anak-anak,tiada mengerti
Tinggalkan ayah ibu menyambung usia tua
Tinggalkan cinta hati,,di pelamin anganan

Apalah yang dapat kami berikan
Sekadar Al Fatihah bicara hati
Apalah yang mampu kami bantu
Sekadar doa mengiringimu pahlawan
Melihat wajah-wajah kalian yang gugur
Hanya bisa melihat
Derita kalian tidak dapat dikongsi

Sebagai rakyat Malaysia
Kami bangga denganmu pahlawan
Kami hargai darahmu yang mengalir
Tumpah di bumi merdeka ini
Muga sejarah ini akan kekal abadi
Dan kalian akan tercatat dalam sejarah negara
Sebagai pahlawan yang gugur  berjasa

Pergilah pahlawan
Muga kalian tenang di sana
Kami sentiasa berdoa
Agar roh kalian ditempatkan bersama yang syahid
Senyum kalian akan tersemat
Di hati kami semua.
AL FATIHAH







Monday, February 18, 2013

SEKADAR BICARA


Kekadang hati mahu bicara
tentang dunia yang pelik
tentang alam yang ajaib
tentang penghuninya yang entah apa nak kata

Ada kala..hati nak bersuara
tentang perangai dan laku
tentang adat dan budaya
yang tak sehaluan dan sealiran

Kekadang mahu saja bertemu muka
tanya apasal kau gini dan gitu
mahu saja usik mulut yang lancang
tuduh tanpa takut pada dosa

Adakala....diam ajelah .kata hati
dah lama diam..tapi dah mula nak cabut uban aku
nak pijak kepala aku kot
jangan aku diduga begini

Adakala...aku rasa dicabar
sebab aku diam ,,,dan ketawa saja
tapi...jgn lupa lah kawan
sekali aku hempas,kau akan kenal aku sampai mati

Tapi...siapa kita nak cakap dan pikir mcm itu
tidak terdidik begitu dek asal keturunan
biar berlembut pada yang keras
biar beralah ..tapi tak kalah

Senyum ajelah kan?
apa kisah pada kata bicara nista
anggaplah mereka sakit dan perlu rawatan
kita pula bertaubatlah selalu selagi sempat

Ingat aku pada pesan arwah ayah
bila kita dinista,diam sahaja
tadah tangan dan berdoa
ampunkan mereka dan doakan mereka bahagia

Ingat aku pada pesan arwah emak
selagi ada mulut,itulah fungsinya
bercakap ikut lembut lidah
lupa yang mencatat kiri dan kanan

Ingat aku pada pesan arwah mertua
selagi ada telinga yang tak tuli
dengarlah yang baik sahaja
yang jahat-jahat,tepis dan letak kapas

Apa-apa pun
aku adalah aku yang sentiasa biasa sahaja
hidup ikut alunan ombak
adakala aku lembut
sesekali hempas jua aku ke pantai dgn ganas

Namun di hatiku
tidak pernah ada dendam yang lama
rasa bersalah selalu dan mahu mohon maaf setiap hari
bukan apa..takut pada balasan esok
jauh sungguh Padang Mahsyar nak aku cari
manusia-manusia yang aku pernah sakiti
takut sungguh aku
balasan Tuhan...ohhh...amat takut

Justeru..ampunkan segala dosaku
dan andai ada dosa kalian padaku
lama sudah aku maafkan
jangan risau dan gundah
tiada sekuman dosa kalian pun padaku

Ya Allah...ampunkan aku...












Friday, February 15, 2013

CARA MENGHENTIKAN DENGKURAN



(TERIMA KASIH PADA EN.SUHAIME-Maaf..saya share dari Blog Tuan)




Ada masalah berdengkur semasa tidur? Orang Kedah kata “mengeruh”. Selalunya bila badan letih sangat, kita akan mengeruh (berdengkur) bila tidur. Ada yang mengeruh perlahan dan ada yang mengeruh kuat.
1. Ramai orang menganggap berdengkur merupakan perkara biasa saja. Berdengkur disebabkan oleh halangan di dalam saluran pernafasan berpunca daripada kedudukan badan yang tidak betul semasa tidur.
2. Satu lagi disebabkan oleh pengumpulan lemak di kawasan muka dan leher terutama bagi yang berbadan besar.
3. Berdengkur mungkin juga disebabkan oleh alahan. Bagi setengah orang yang alah kepada habuk atau makanan tertentu   boleh menyebabkan berdengkur.
4. Semasa sedang tidur, kita masih memerlukan pengaliran oksigen yang betul. Ini penting bagi mengurangkan berdengkur dan seterusnya mendapatkan rehat yang cukup setiap malam. Orang kata, tidur yang berkualiti.
Tidur yang berkualiti dan betul-betul nyenyak boleh terganggu disebabkan oleh gangguan dengkuran .
5. Sebenarnya ada cara semulajadi bagi menghentikan dengkuran. Aku ada masalah berdengkur bila tidur, jadi aku cari maklumat dalam internet. Inilah maklumat yang aku dapat jumpa .
1. Amalkan Senaman pernafasan
Pernafasan akan menjadi lebih mudah jika anda mempastikan otot-otot leher, kerongkong dan rahang sentiasa dalam keadaan baik. Amalkan menarik nafas panjang bagi melapangkan laluan pernafasan anda dan ini mengurangkan risiko ia tersumbat semasa anda sedang tidur.
2. Berurut
Rehat yang secukupnya boleh mengendurkan otot-otot tubuh yang tegang dan membuatkan kita dapat tidur dengan lebih nyenyak. Tetapi urutan dapat membantu mengurangkan ketegangan dan tekanan pada otot-otot utama yang mungkin menjadi penyebab kepada kesukaran untuk tidur nyenyak.
3. Mengurangkan bahan-bahan alahan yang terdapat dalam bilik tidur
Alahan boleh menjadi penyebab kepada dengkuran dan menimbulkan kesukaran untuk bernafas. Pastikan cadar dan selimut anda bersih daripada habuk dan hama. Sentiasa pasang alat penapis udara sepanjang siang dan malam bagi mendapatkan udara yang bersih dan segar.
4. Tidur menggunakan bantal peluk
Postur tidur yang selesa dan betul akan membuatkan tulang belakang kita berada pada kedudukan yang betul. Cara ini juga akan mengurangkan halangan pada saluran ke paru-paru dan nasal. Tidur mengiring dengan meletakkan bantal peluk membantu kita mengekalkan posisi tidur yang sihat.
5. Pastikan jika anda alah pada sesuatu jenis makanan
Ramai yang tidak menyedari jika mereka alah pada sesuatu jenis makanan kerana ini juga boleh menjadi punca kepada halangan pada kerongkong dan saluran nasal. Jika pastikan kita ada alah pada sesuatu jenis makanan dan cuba kurangkan pengambilan makanan jenis tersebut perlahan-lahan.
6. Kurangkan berat badan
Bagi mereka yang gemuk, sebaiknya turunkan berat badan kerana lemak yang terkumpul di sekitar kerongkong dapat dihindari. Cara ini bukan sahaja dapat membantu mengatasi masalah dengkuran tetapi kita akan dapat tidur nyenyak serta personaliti kita akan turut nampak lebih menarik dan memikat.


SENDIRI BUKAN BERMAKNA SEPI

Datang lagi
suasana yang sendiri
melalui hari-hari sepi
bersama tugas dan bicara
bersama rindu dan resah

Menjadi biasa sudah
dengan rutin begini
gembira bila ada
sepi lagi bila berpisah
segalanya biasa sudah

Tidak apa-apalah
sekadar sekejap
sekadar melangkau pulau
sekadar kilometer yang ratusan
sekadar sepurnama
tidak apa-apalah

Esok pasti datang lagi
bila bulan berarak lalu
melintasi warna-warni bintang
terang gelap ada suluhan
tidak apa-apalah
sabar yer duhai hati

Muga segalanya tetap indah
tetap ada tarian-tarian
nyanyian-nyanyian burung
dan bersama angin dan bayu malam
terungkai segalanya
bagai lepaskan segala memori duka
dan tidak apa-apalah kan...







Tuesday, February 12, 2013

SANTAI

Cuti CNY agak panjang jugaklah.Aku tak kemana pun.Menghabiskan masa di rumah dan berehat sahaja.Demam dan batuk yang panjang buat badan letih dan malas nak ke mana -mana,

Bukan senang dapat cuti dan berehat panjang .Lagi pun suami balek bercuti dari outstations.Masa adalah lebih baik di rumah sahaja.

Melihat pokok-pokok di rumah yang dah penuh dengan bunga dan haruman semerbak,amat seronok.Bagai aura yang menyihatkan.Melihat ikan berenang di kolam pulak,menyejuk mata memandang.















Sungguh damai.Seronok jugak duduk di rumah.Bersantai dan menikmati suasana aman keliling.Syukur.








Saturday, January 26, 2013

INSAN CEMERLANG,JIWA TENANG,HATI SENANG




 Kita adalah insan
Menumpang atas dunia
Aku dengan caraku
Yang sederhana

Kita adalah hamba
Berbakti pada Yang Esa
Aku mencari sinar
Keredhaannya

Kita sama sahaja
Bezanya cuma amalan kita
Engkau dan juga aku
Saling perlukan

Oh cinta yang murni
Sebagai ikatan
Yang kukuh di hati
Demi masa depan
Jangan dihancurkan
Hidup yang indah ini
Akibatnya merana

Jangan hancurkan
Hidup yang indah
Kita adalah hamba Yang Esa

Indah sungguh bait-bait kata lagu ini.Inilah sedikit dari pengisian LADAP 1 kami hari ini.Sebanyak sedikit tercuci jugalah minda dan hati.Memang kita insan yang perlu diingat dan mengingati sesama sendiri.Selagi bergelar manusia,kita tidak boleh lari dari melakukan kesilapan.

Namun dalam apa suasana,kita perlu teruskan hidup.Memang kita akan selalu hadapi pelbagai masalah,dan kita akan stress.Tapi kita perlu pandai tangani masalah strees ini.Sebagai orang beragama...agama apa sajalah,kita ada TUHAN tempat mengadu.Pada kengkawan yang memahami dan mengerti ,adalah salah satu tempat melepaskan stress kita.Tapi awas,jangan salah pilih teman,makan diri dan  takut,kita jadi bahan fitnah mereka.Apa-apa pun lah,kekuatan dalam diri amat penting.

Kadangkala,kita perlu akur,akan kesilapan yang kita buat.Perbaiki diri dan jangan ulangi kesilapan.Biarlah orang nak kata apa sahaja,kita redhakan ajelah.Sekurang-kurangnye,kita dah nampak jalan lurus yang tidak berliku.Mereka yang masih di dada gelombang,masih terus terkapai-kapai mencari daratan.Tak apalah.Kita kena pujuk hati kita.Kena jadi kental.Kalau setakat duri-duri jalanan,kita tak boleh hadapi,bagaimana mahu ikut ke lurah penuh ranjau dan ular berbisa.

Ayuhhh....jangan gentar.Dalam hidup,kita kena ada "TARGET".Nak ke arah itu,bukan senang.Banyak rintangan yang perlu kita lalui.Nak jadi cemerlang,bukan mudah.Bukan setakat duri kecil nak dipijak-pijak....banyak lagi laluan-laluan sukar perlu dihadapi.Dan bila kita kuat menghadapinya...insyaallah,kita akan capai apa yang kita inginkan.

TAPI JANGAN LUPA...walau apa pun motivasi diberi..yang penting,tanya diri...mahu berubahkah kita.Atau setakat memenuhkan apa yang perlu dipenuhkan.Hati kita...masih kosong.Kita masih di takok lama.Hati masih itu-itulah.Jumpa masih tak bertegur sapa.Cakap I lOVE U,MAAFKAN SAYA..harap panas itu sampai ke mati.Tak cuma hanya sehari,dua hari..paling lama seminggu mungkin.

Segalanya..bermula dari hati.Memang mudah kata SAYA BOLEH..Pengisian ke arah itu perlu bersama niat di hati.MAHU BUAT?BOLEH BUAT?...cuba dulu.Perlahan-lahan.Jangan kalut...takut patah di tengah jalan,bersama semangat yang terjunam ke bumi..Apa pun ...relax..cuci minda.cuci hati.Pelan-pelan atur langkah.Silap atau tergelincir,,merayap dulu,merangkak,pelan-pelan duduk,pegang dinding atau apa sahaja,bangun.Jangan terus berlari..kerana belum tentu saraf anda masih berfungsi.Jalan pelan-pelan,berhenti,jalan lagi...dan cubalah berlari semula.

Apa-apa pun...kekuatan dalaman sangat penting.Bersama doa,bergeraklah.Jua iringan semangat dari hati...buatlah apa pun.Ikhlas itu penting.Kita buat kerja kita.Usikan-usikan suara belakang tabir,itu bukanlah urusan kita.Kita serahkan diri kita pada ALLAH.Hanya dia yang tahu apa kata isi hati kita.Jangan gundah .Kan kita dah janji,nak buat sebaik mungkin.Ingat!!!kita kena ikhlas dalam apa sahaja.Kan kita dah janji..mahu bersama menuju ke "TARGET" kita.Maka...ayuh.Jangan patah hati,patah semangat.Terus buat apa yang kita sedang buat.INGAT..ALLAH lihat apa kita buat.Tak perlu tunggu org lain datang lihat.Pujuk hati kita.Kata pada diri.Aku buat sebab aku diamanahkan.Dan ALLAH suka melihat apa yang kita buat,kalau ia jalan untuk kebaikan.Maka...
jangan SENTAP bila ditegur.Kan teguran itu untuk membina jati diri kita.Dan kita perlu sayang kengkawan yang sudi menegur kita.Tak perlulah sangat rasa diri hebat.Tanya diri kita,ADAKAH AKU HEBAT DI SISI ALLAH.Itu sudah cukup.

Wah.!!!!!..LADAP tadi taklah banyak mcm ni.Tapi bila digabungkan 2 pakar motivasi tadi,maka inilah yang boleh dibuat kesimpulan.

Sebelum berundur,mari kita sama-sama fikirkan:
Jika ada 100 orang yang cemerlang
aku adalah antaranya.
Jika ada 10 orang cemerlang
akulah orang yang pertama
Jika ada seorang cemerlang
akulah orangnya.....

Nak tambah sikit
Mahu juga cemerlang di sisi ALLAH.

Sahabat yang sudi mendengar resah hati kita,sudah cukup meringankan beban.                     


Mohon maaf andai kita pernah melakukan kesilapan.Andai selepas itu kita tak dimaafkan,itu bukan urusan kita lagi.Berdoalah mencari keredhaan ALLAH.                           




































































Friday, January 25, 2013

2013

Wah.... agak lama jugak tak berceloteh di blog.
terlalu sibuk rupanya
menjalani hari-hari sebagai pendidik
apatah lagi tahun ini memegang sedikit jawatan
nak kata berat,sedikit ringanlah

Menjadi manusia yang kira baru belajar
menjadi ketua buat adik-adik Tahun 1
alhamdulillah...
atas bantuan dan kerjasama yang adik-adik guru berikan
dapatlah agak jalankan beberapa aktiviti dengan baik

Sibuk di sekolah,di rumah sebagai ibu
tidak dapat lari dari kesibukkan
melayan anak dara akak FITRAH
persiapan yang tak pernah cukup
untuk ke asrama

Memang selalu rindulah pada budak seorang ini
kawan dan teman kelahi sepanjang cuti sekolah
dan bila sekolah dibuka
sunyi rumah tanpa suaranya....

Dah jadi kakak di asrama
harap bertambah matang
dan pandai menilai erti hidup
mmg nyata...dia amat matang
dan mahu terbang jauh...lepas SPM nanti...
Doakan dia yer ..pembaca budiman
agar menjadi gadis manis berilmu
sopan dan muslimah sejati..

Pada anak murid tercinta
apalagi yang perlu diukir bicara
mengajar ajalah mereka
sedaya mampu
muga gaji yang akak dapat
halal semuanya

Tak baik kan,mengeluh kata penat.,
apa lagi..marah dan benci
kekadang rasa juga dalam hati
tersebut juga ..kita hanya insan biasa
manalah suci benar hati ini
masih ada kotoran2 yang perlu dibersihkan

Muga tahun ini,dapat sedikit mencuci hati
sekadar membuang daki2 semalam
buat diisi ilmu Allah yang agung
muga sentiasa dirahmati
dan diterima amal ini oleh yang empunya alam

Untuk melewati hari-hari yang mendatang
rindu juga pada keindahan alam
untuk pembaca yang sudi singgah
ikhlas dari akak....





CREAM PUFF

Kongsi dari Dapur Mama-Rakan blogger.TQ

Cream puff


Bahan-bahannya :
(untuk 28 biji cream puff)

125 gm self raising flour atau tepung gandum
2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur

Bahan-bahan untuk inti jagung :

1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 cawan jagung dalam tin
1/2 cawan tepung kastard
5 sudu besar gula

Cara-cara untuk buat puff :

Panaskan air, gula dan butter dalam periuk sampai mendidih. Masukkan tepung, kacau hingga adunan tak melekat pada periuk. Sejukkan. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan lebih kurang 30 minit. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipekan inti jagung.

Cara-cara untuk membuat inti :

Kacau tepung kastard dengan air. Masukkan kedalam periuk bersama susu cair dan gula. Kacau hingga naik wap. Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak. Biarkan sejuk sebelum dimasukkan kedalam puff. Selamat mencuba.:)

Makaroni Bakar

Dari dapur Mama

Makaroni bakar


Bahan-bahannya :

2 camca besar minyak masak
2 camca besar jintan manis, digiling halus
2 camca besar jintan putih, digiling halus
1 cm halia, digiling
2 camca besar rempah kari daging
1/2 cawan air
250 gm daging kisar
100 gm bawang goreng
375 gm makaroni, direbus dan disejat
2 1/2 cawan pati santan
5 biji telur
2 tangkai daun sup, dihiris halus
1 cawan sayur campur
2 camca besar tepung gandum, dibancuh bersama air
garam dan serbuk perasa jika suka.

Cara-cara membuatnya :

1- Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan giling, rempah dan sedikit air. Kacau sehingga rempah garing.

2- Masukkan daging dan kacau rata. Apabila hampir kering, angkat.

3- Masukkan bawang goreng, makaroni, pati santan dan telur yang dipukul sedikit, daun sup, sayur campur, bancuhan tepung, garam dan serbuk perasa.

4- Sediakan acuan yang dilengser dengan minyak dan bakar makaroni 30 minit pada suhu 190 darjah celcius.