Sunday, December 27, 2009

Balik Kampung

Jumaat 25 dec
pulang kejap ke Kedah
jumpa ibu mertua dan atuk
semua sihat..alhamdulillah
perjalanan selamat walaupun sesak
nasib tak bertembung dengan kemalangan ngeri itu

sampai kampung relax
hirup udara nyaman.
orang kedah kata musim timur
kering dan berangin
malam..sejuk

27hb..buat bubur asyura
orang kedah punya bubur lain
tak macam bubur Shah Alam
sedap gakkk

Pukul 1 petang bertolak balek ke Shah Alam
Pukul 7 malam sampai rumah
Malam...bakar kambing
makan dengan sos lada hitam
rehattttt....

Thursday, December 24, 2009

Masih mahu bercerita.

Aduhai
lama tidak bermanja dengan blog
mahu rasa tidur dan berehat sahaja
jauh perjalanan masih lagi terasa letihnya
minggu depan dah mula ke sekolah
meeting guru kali pertama untuk 2010
apakah tahun depan banyak cerita sedih pilu
atau tawa ria seperti selalu
dan yang lepas-lepas

Dalam meniti usia menghitung tahun
untuk aku bergelar pesara
rasa macam mahu saja bersara awal
duduk di rumah menghabiskan waktu-waktu tua
berehat sahaja di atas sejadah

Rasanya sudah tidak berdaya untuk mendidik
anak-anak yang banyak memberi cabaran
kawan-kawan yang banyak memberi dugaan
kerenah demi kerenah alam pendidikan
yang banyak peliknya.....

Entah....
berdayakah aku sebagai guru
mendidik anak bangsa
yang berbilang bangsa
yang adakalanya
dengki pada bangsa sendiri
entah.....

Sunday, December 13, 2009

Bertugas

Hari ini hari pertama Fikri
Mula menjalani praktikalnya
Awal dah bangun
Haaa....
Bertugaslah
Belajar hidup susah
Menjalani hidup sebagai pekerja

Itu baru praktical
Tak payah fikir gaji
Rumah kereta yang nak dibayar
Rasalah peritnya

Ayah ibu yang menjaga kamu
Perlu fikir semua
Rumah,kereta,makan pakai anak-anak
Fikirlah......

Monday, December 7, 2009


Sampai Dubai pkul 10 pagi.Terus ke ABC Arabian Suites Dubai.Kami keletihan,terus tidur.Malamnya kami keluar ke Kota Dubai menghayati malam di Dubai.Sungguh indah....
Menghabiskann malam di Dubai Mall tidak dapat diucap dengan kata-kata.
Esoknya...kami jelajah Dubai.Banyak tempat menarik kami lawati.Dubai adalah sebuah bandar moden yang ulung di dunia.Sungguh kaya...
Malamnya...kami pun pulang ke KL jam 3 pagi...Sampai di KLIA pukul 2 petang.Selamat pulang ke Malaysia...


Hari ke6 dan ke7
Kami meneruskan perjalanan ke Birmingham.Di sana kami menghabiskan masa berjalan sekitar kota sahaja.Tidak lama di sini.Kami pulang ke London untuk ke Dubai pula.Sempat pusing-pusing kota London untuk mengucapkan Good Bye.Entah bila dapat datang semula...Malam jam 2 pagi kami terbang ke Dubai.Selamat tinggal London.

Hari ke 4 dan ke5
Kami menyewa MPV menuju ke Manchester.Tidur di Premier Appt.Dari situ,kami jelajah seluruh Manchester,Liverpool,Leeds dan New Castle.Amat indah pemandangan di sana.Rumah mereka,bangunan sejarah,kebersihan dan segalanya diambil berat.Tidak aku jumpa sampah berlonggok,remaja melepak,bunyi motor memekak telinga....hairan...ke mana pergi remaja England.
Tempat menarik sekali ialah di Liverpool.Tidak dapat kugambar dengan bicara.Nikmatnya rasalah sendiri bila anda ke sana.Anak-anakku amat gembira bila dapat bergambar di Stadium Manchester dan Liverpool.Mungkin ini bagai mimpi yang menjadi kenyataan setelah lama berangan-angan.
Di Leeds dan New Castle,kami tidak lama.Sampai dah malam.Pusing-pusing keliling,kami pulang semula ke Manchester.Kami habiskan malam di shooping mall Manchester saja...Besar sungguh...tak habis jalan pun..

Hari ke2 dan ke3 di London,cuaca kurang baik.Hujan serta kesejukan membataskan pergerakan kami.Kami menggunakan perkhidmatan London Sightseeing Tours.Menaiki bas dua tingkat,jelajah seluruh Kota London,sukar untuk kami lupakan.Banyak gambar kami ambil.Anda boleh lihat di Facebook saya.Kami melawat Big ben,London Eye,Buckingham Palace,Menaiki Cruice menyusuri sungai Thames.....semuanya indah belaka.Rasanya tidak terulang sejarah itu.Mungkin itu sekali dalam hidupku.

Kenangan di London


26/11/2009
Perjalananku bermula di sini.Menaiki Emirate satu kenangan yang tidak akan dilupakan.Sampai di London,udara sejuk menanti kami.Setelah ke Earls Courts,kami jelajahi malam di kota London...amat teruja dan indah.Bandar moden dan penduduk yang telah lama maju merungkai persoalan...kenapa manusia ini maju.Aku telah tahu jawapannya.Menaiki underground train,kami jelajahi malam penuh sinar cahaya di london.Pulang lewat jam 12mlm.ami berehat di appt. Earls Courts.

Wednesday, November 25, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA


Maafkan segala kesalahanku....
Halalkan makan minumku
Doakan kesejahteraan kami sekeluarga

Persiapan Terakhir..

Tinggal satu hari sahaja untuk kami bersiap-siap sebelum bertolak ke England.Aku ke klinik mencari bekalan ubat untuk aku dan anak-anak.Risau jugak...mana tahu..kot semput nanti.Sempat jugak mencari rendang yang sudah siap dimasak.Boleh jugak cicah dengan roti.Nak buat sendiri dah tak larat.kemudian lari pula ke bank....ambil sedikit wang..tukar ke pounds.sikit je duit England.Apa nak beli ni...ahhh..jalan ajalah kat london tu...murah beli.mahal tak payah..he he
Apa-apa pun aku akan menulis di blog lagi.Daaaaa...

Tuesday, November 24, 2009

DOA AKU SEORANG IBU

Malam-malam begini
aku tidak lena
bangun....
menulis lagi
hati rasa sunyi
terkenang anakku..
anakku sipari-pari juga
apa sedang kau buat

Paling kurindu...
pada sipari-pari
amat kurindu
entah mengapa
kasihku makin menebal

Hai....sipari-pari
kenapa aku begini
mengapa tuhan jadikan
aku....merinduimu
ahhhhhh.....keluh kesah

Selamat Malam Si Pari-pari

KAWAN-KAWAN



Indah bersama kawan-kawan
tidak mungkin kulupakan

Saturday, November 21, 2009

CUTI SEKOLAH BERMULA

Cuti sekolah dah pun bermula.Isnin hingga Rabu masih perlu ke sekolah atas arahan.Menghabiskan kerja-kerja yang perlu sebelum cuti panjang.Aku bertugas di bilik APD.mengemaskini fail-fail bilik APD.Ada banyak perkara perlu diserahkan kepejabat juga.
Aku juga mahu bertemu kawan-kawan sebelum meneruskan perjalanan jauhku.Memohon maaf sempena Aidil Adha.Terima kasih pada kawan-kawan FB yang tak jemu-jemu melayan kerenahku.Terima kasih pada pentadbir juga.
Saya sayang kamu semua..

Monday, November 16, 2009

CINTA LUAR BIASA



Sungguh indah cinta ini
hanya yang memahami
tahu apa makna cinta ini
menumpang kasih yang entah
siapa empunya diri
merasa hangat cinta suci
dari hati yang cukup luhur...

Wednesday, November 11, 2009

SEBELUM MENGEMBARA

Riang hati anak-anak bila suamiku membawa pulang tiket yang sudah dibeli untuk kami sekeluarga.Aku pun tumpang gembira.Sudah lama kami mahu membawa anak-anak berjalan ke negara orang.Mula-mula mahu ke Beijing saja,tapi suamiku mahu membawa kami menjelajah seluruh England.Untuk beberapa minggu ini aku agak sibuk di hujung minggu.Membeli pakaian musim sejuk untuk kami semua.Malas nak fikir panjang,kami shooping aje kat Universal Traveller.Aku memilih pakaian yang agak memuaskan hati semua anak-anakku. Kami juga ke kedai kasut,mencari kasut untuk Fitrah.Cerewetnya dia.Pusing-pusing diSunway,,aku penat..dan kami pun pulang.Suamiku sibuk mengatur perjalanan.Kami pergi tidak melalu travel agency.Suamiku juga sudah menempah hotel di London.Sememangnya 26 nov terlalu lambat bagi anak-anakku.Begitu jua aku....he he...Muga percutian yang dirancang ini berjalan baik.

Sunday, November 8, 2009

KENANGAN SILAM

Ahhhhhh!!!!!!!! hujan-hujan begini
ingatanku semasa zaman kecil
bermain di anak sungai
mengail ikan,puyu,keli,putih
mandi di sungai....

Abah...mendalamkan parit
untuk laluan air yang melimpah
tapi,,,tiga hari hujan tak henti
banjir...

Aku tidak ke sekolah
duduk di dalam rumah
makan ubi rebus
cicah sambal dan ikan masin
kopi 0 panas

terkenang aku..
emak goreng ikan keli
masak sambal
sedap!!!!

Bila kukenang
airmata genang dipipi
susah hidup anak-anak kampung dulu
tapi semangat amat kental
mahu berjaya dalam hidup

untuk anak-anakku
rasalah sedikit
keluhan dan rintihan kami
keluh kesah membesarkan kalian
mahu menjadikan kalian yang terbaik
buat bekalan kalian di masa depan

Ingat anak-anakku..
Hidup perlu banyak pengorbanan
perlu punya hati yang kuat dan cekal
untuk kau terjah segala rintangan
perlu ada....Kesabaran

Saturday, November 7, 2009

2 MINGGU LAGI

2009,kulalui sebagai pendidik hampir kepenghujungnya.2 minggu lagi akan bercutilah anak-anak didikku.Aku sebagai pendidik pula mula menarik nafas sedikit lega.Keluh kesah mendidik juga nampaknya hampir berakhir sudah.Ahhhh...penat juga jadi pendidik ni.Sudah 22 tahun aku bergelumang dengan tugas ini.Jauh di sudut hati aku belum puas sebenarnya.Itulah seorang guru.Walau sudah bersara pun mereka akan rindukan alam persekolahan.Suara anak-anak didik di sekolah tidak sama dengan suara anak-anak di rumah.Walau pun penat ,aku tetap rindu pada anak-anak didikku.Apa lagi bila lihat anak-anak itu berjaya.Yang tak berjaya pun,ia telahku bekalkan sedikit nasihat supaya sentiasa bersyukur dengan kebolehan yang Allah anugerahkan.Muga tahun depan aku tetap bersemangat menerima pelajar baru pula...

Thursday, October 29, 2009

GG / IPAN

SEKADAR RENUNGAN

Sekadar hendak kita hanya berangan-angan
Sekadar buat kita hanya menipu diri sendiri

Kejayaan bermula apabila
kita berfikir untuk berjaya

When you want something
you must FOKUS

Friday, October 16, 2009


Suamiku dan sahabat
ada cerita di sebalik senyum
makan BBQ kambing
cari pisau ,tak jumpa
kukata di kedai lagi
lalu.....
tinggal budaya KL
jadi orang kampong
pegang dan gigit sahaja
terima kasih kawan
sekali- sekali kita pulang
ke zaman kita susah dulu
atok lapah kambing
kita cicah air asam......
sedapppp
kalian berdua juga
terima kasih
menjadi pemandu pelancong
yang berjiwa suci bersih
we love you

terima kasih kerana sudi datang
budimu kukenang

Thursday, October 15, 2009



kusemai kasihmu
di pasu hatiku
kubaja dengan
kasih dan sayang
kusiram dengan
warna-warna cinta
lalu...........
berdaun sayang
berbunga cinta
harum bak kasturi
menghias malam-malam tuaku
muga kita akan selalu
berbulan madu
bercanda kasih....
dan kita akan pergi bersama
muga kau tidak akan
merana tanpaku
dan aku tidak akan
derita tanpamu
suamiku,
jangan tinggal aku
kita pernah berjanji
hidup mati biar bersama....

Sunday, October 4, 2009

GUNA AKAL BUKAN PERASAAN

Anak-anakku
Ingat pesan orang tua
Diam itu lebih baik
Banyak bercakap banyak silapnya

Kawan itu bukan semua sahabat
Sahabat sejati sukar dicari
Hari ini kita bercerita hal peribadi orang
Mungkin esok peribadi kita dijual jaja

Rumah tangga jangan bagi goyah
Kalau goyah,cari paku yang longgar
Jangan beritahu orang rumah nak roboh
Nanti dikata "kau bodoh cari tukangnya"

Anak-anakku
Kawan ketawa......aduh,ramainya
Bila menangis,ada yang memujuk
Pujuk ikhlas atau pura-pura....kau tahu?

Justeru anak-anakku
Pastikan gula kau beli tidak bercampur garam
Garam kau beli tidak bercampur hempedu
Kerana garam dan gula ...bila bercampur
Payau rasanya!!!!!!!!!!

Thursday, October 1, 2009

SNOW WHITE


Apa nak kata
Kalau dah suka bergaya
Pinjam kat kedai pun jadi
Untuk kenangan!!!!!!!!

Wednesday, September 23, 2009

ADIK BERADIK


Beginilah.....
Tiada ramai
Cuma 4...tapi perang selalu
SiSnow White selalu dibuli
Abang-abang ganas belaka...

LELAKI

Sungguh lelaki mereka ini
Seorang ayah bersama anak-anak lelakinya
Aduh!!!
Siayah seperti hero juga
Rasa muda bagai belasan tahun......
Raya 2009
Semua sudah berusia....

Thursday, September 17, 2009


TAHAJJUD CINTA

Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
Lemas mencari tempat berpaut
Kirimkan aku kekuatan
Serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
Perih pedih tanggung derita
Sungguh aku bukan wali
Yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga

Woo...ooo
Haa...aaa

Terlalu lama aku mencuba
Terlalu banyak cinta yang ku damba
Tiada yang sempurna hanyalah fana
Tuhan.... ampuni hambaMu

aaa......
hmm....

Woo...kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
Memecah dendam yang lama diam
Ku tanggalkan baju dunia
Dakapku dengan selimut syurga

Ya Tuhanku hanya padaMu
Tempat mengadu segala rindu
Limpahiku rahmat kasihmu
Dalam Tahajjud Cinta bersujud

Wednesday, September 16, 2009

BUAT PUTERIKU SIPARI-PARI



Puteriku
Masih kau ingat ceritera semalam
Masih kau rasa waktu gembira
Masihkah pedih luka di hati
Masihkah basah pipi dik airmata

Bangun sayangku
Bangun dan jenguk sinar cahaya
Walau masih di balik awan kelabu
Bangun bersama hati kuat,gagah berani

Apa dikisah ceritera sedih itu
Masih ada yang sayang kamu
SiTua ini,Umi dan Abah
Bangun Puteriku,,jalan dan terus berlari

Puteriku
Untuk apa kau perlu bersedih
Ketawalah bersama rakan-rakan
Gembira bersama dunia
Ahhhh....dunia masih ada cahaya

Semuga di Aidil Fitri ini
Hatimu kan berbunga
Mengharumi ruang hatimu yang masih sedih
Dan akan ada sinar kasih buatmu

Ingat Puteriku SiPari-pari
Bila kau menangis di malam raya
Aku juga.....
Sedang menangis bersamamu....

SELAMAT HARI RAYA PUTERIKU SIPARI-PARI






Saturday, September 12, 2009



BUAT ANAK-ANAKKU

PUTERA GAJAH
PUTERA LANDAK
PUTERA LEBAH
PUTERI SNOW WHITE

Ingat pesan ayah ibu
Dunia ini satu dan tidak kekal
Masa berlalu pantas
Banyak perkara perlu dibuat

Di dunia perlu ada bahagia
Walau cuma seketika
Perlu dicari ilmu itu
Untuk hidup sempurna

Akhirat..paling perlu
Tetap kekal dan abadi
Perlu ada bekalan juga
Untuk menemui KEKASIH
Yang amat kita rindu sejak lahir
Nama yang kita sebut
Walau tidak kenal rupa dan suara
Itulah KEKASIH kita

PUTERA PUTERIKU
Ingat pesan ayah ibu
Marah kami bukan benci
Hanya mahu yang terbaik
Hanya mahu yang terpuji
Walau tidak menerima
Sebarang anugerah

PUTERA PUTERIKU
Jasa kami tak perlu dibalas
Cukup kasih sayang dan ingatan
Yang tak pernah pudar
Biarpun kami tua dimamah usia

DUHAI ANAK-ANAKKU
Jangan lupa pesan kami
Di mana kamu berada
Setinggi mana kamu terbang
Tempat akhir kita,tetap di bumi

INGAT PESAN AYAH IBU


















TUNGGU-TUNGGU ADA LAGI

Ha ha ha.... aku bebenornye tgh bosan ni.....
Kau orang raye tahun ni ,raya ke???????
Aku macam malas je nak raya, entah...
Aku tak de mood lee

Tapi aku nak raya jugak
Nak balek kampong,mana aku ada kampong
Kampong aku kat Shah Alam. Kampong tu ke???
Kira kampong lee tu

Apa-apa pun,berhati-hati di jalan raya
Jangan jadi SUPER REMPIT
Mati nanti tak sempat ngucap wei!!!!!!!

SELAMAT HARI RAYA



BERMAAF-MAAFAN

Kau marah aku eh.......kau marah eh
Wei!!!!!! kalau kau marah,kau pandang aku
Kau ingat aku burung.... memang burung pun
Sombongnye kau ni,tak padan burung

Dulu kau cakap kau sayang aku
Nak terbang bersama ,membelah awan kononnn
Sekarang.....pandang pun tak mau
Nape? aku tak cantik kee

Dulu kau cakap kau suka aku
Nak terbang gi syurga,kononnn
Sekarang..... muka pun dah masam
Macam tempoyak........masammmmm

Wei!!!!!! kau boleh pandang aku tak????
Pandang,pandang pandang
Leher aku dah sakit ni
Kau tak puasa ke ,yang gaduh-gaduh ni

Kalau kau marah aku......... tak peee
SEMPENE RAYE NI AKU NAK CAKAP....
Ampunkan aku,maafkan aku
Aku banyak buat salah pada kau

Kau kena maafkan aku
Mane tahu ,kot-kot raya ni aku mati...
Haaa....nangislah pulak kang
Kau nangis yee......
Haaa...kau dah maafkan aku lah tu

SELAMAT HARI RAYA






Friday, September 11, 2009

Snow White

Puteriku Snow White
Ahh...itu panggilan ayah buat puterinya
Manja...
Puteriku yang seorang

Snow White?
Kerana tidurnya tidak lasak
Berdisiplin dan agak cerewet
Jimat dan berdikari

Barangnya...... jangan diusik
Pinjam ...jangan kau harap
Hadiah pemberian siapa saja
disimpan dengan penuh kasih sayang

Hartanya.....
Baju semasa baby
Disimpan baik sebagai kenangan
Jangan dibuang.....

Snow White
Besar bagai puteri kesayangan kami
Tanpanya......
Matilah dunia kami!!!!!!!!

Thursday, September 10, 2009

UNTUK GURU THN 6

Ahh.......legaaa!!!!!!!
Menarik nafas panjang
Selesai tugasan untuk tahun 2009
Hilang beban di kepala selama 1 tahun
Pergi sudah UPSR yang dinanti..

Anak-anakku melompat dan menjerit gembira
Habis sudah dugaan di alam sekolah rendah
Berlari,bersorak melepaskan tekanan
Tersenyum,gelak yang memanjang
MERDEKA...

Di satu sudut sekolah,
Sekumpulan pelajar perempuan melabuhkan punggung
Melepaskan lelah menjawab soalan-soalan
Terukir senyum memandangku
Aku menyapa"hai,tak balek?"
"Kejap cikgu,rehat jap"

Ada rasa gundah di hati mereka
Susah agaknya soalan tadi,detik hatiku
Ahh....kau dah berusaha anakku
Serahkan semua pada Allah menentukannya

Untuk semua guru Tahun 6,
Terima kasih atas usaha dan pengorbanan kalian
Penat lelahmu tiada nilainya
Muga suatu hari nanti budi kalian akan diberkati
Jadilah kalian lilin yang tidak akan padam
BUAT SELAMA-LAMANYA

Wednesday, September 9, 2009

Penat

Ahh....
Penat hari ini
Ke sekolah.... murid tahun satu direhatkan
Guru Tahun 1 mengadakan bengkel
Projek Tahun 2010...awalnya wei Pn.Norsima
Sempat juga mengedarkan biskut raya
Aku belajar menjadi usahawan kecil-kecilan
Masyukkkk...lepas beli bunga api!!!!!

Seronok gak berniaga ni
Mulut mesti manis macam gula
Muka...lagi kena manis macam madu
Apa pun biskut mendapat sambutan......
Tahun depan nak kembangkan perniagaanku ini...
Perancangan 2010....
TUNGGUUUUU

Ahhh....
Hilang jugak letihku
Sempat juga call siputera gajah...sihat
Semuga hilang semua letih dan esok...
Ada bengkel lagi menanti!!!!!!

Monday, September 7, 2009

GOOD LUCK (UPSR)

Esok.......
Anak-anakku berjuang
Menempuh ujian pertama dalam hidup
Terus gagah anak-anakku.....
Jangan takut pada onak duri

Esok........
Anak-anakku berperang
Menempuh arus gelombang
Terus mara anak-anakku ......
Jangan gentar harungi samudera

Esok......
Teruskan berjuang dan terus berjuang
Duhai anak-anakku

untukmu siputera gajah

Putera Gajah
Kau besar,otak pun besar
Kau kuat makan,hanya yang sedap
Kau puteraku yang amatku sayang
Kau menjaga
hatiku,ayahmu
Kau anak yang baik
Dimarah tak melawan
Kot benci tak ditunjuk
Paling gerammm.....kau diam...matikan diri

Putera Gajah
Kau amat disayang oleh semua orang
Mak,ayah,adik-adik,siputeri dan kawan-kawan
Pandailah menilai kasih sayang kami
Tiada batas sempadan
Tiada emas berlian yang setanding
Tiada selautan mutiara hitam kuning di lautan
Begitu tinggi nilai kasih sayang kami

Putera Gajah
Hanya harapan
Jadi yang terbaik antara yang terbaik
Jadi yang terbilang antara yang terbilang
Jadi yang soleh antara yang beriman
Jadikan mimpi emak dan ayah satu realiti.........