Saturday, June 30, 2012

HERBALIFE


Start Now Pack
Pakej Pengurusan Berat Badan berasaskan Shapeworks.

Terdiri daripada:
Satu set Formula 1 – campuran shake soya berkhasiat tinggi
Satu set Formula 3 – serbuk protein soya dan whey untuk pembentukan tubuh
Satu set Campuran teh herba Tea mix – untuk mempercepatkan pengeluaran bahan buangan badan.
Kombinasi produk-produk ini merupakan kunci kepada kepantasan penurunan berat badan dan pembentukan tubuh seperti yang anda inginkan.

Cara Penggunaan set Start Now Pack ini adalah amat MUDAH
Untuk menurunkan berat badan dan mengembalikan tenaga anda:
  • Gantikan Sarapan dan Makan Malam dengan HERBALIFE Shake (Satu sudu Formula 1 + satu sudu Formula 3). Nutrisi dan kalori yang dibekalkan daripada shake ini adalah lebih daripada mencukupi bagi tubuh anda. Anda tidak merasa lapar.
  • Nikmati makan tengahari anda seperti biasa.
  • Minum Tea Mix yang menyegarkan 3-4kali sehari pada bila-bila masa yang diperlukan. Anda akan merasa lebih dahaga daripada biasa. Ini kerana sistem tubuh anda memerlukan air untuk membantu membuang bahan-bahan yang kumuhan badan yang lebih banyak daripada biasa. Minum air kosong dengan kuantiti yang lebih banyak. Setiap 25kg berat badan anda memerlukan 1 liter air untuk membolehkannya berfungsi dengan baik.
Set Start Now Pack ini boleh digunakan dengan cara guna berlainan untuk mencapai matlamat:
1. Menurunkan berat badan
Produk yang dicadangkan (Formula 1, formula 3 & tea mix)
2 shake + sekali hidangan
(Sebagai gantian sarapan pagi dan makan malam, Tengahari makan biasa)
Sarapan pagi—milk shake (400ml air kosong+3 sudu besar formula 1)
Tengahari —makan biasa (kurangkan lemak)
Makan malam—milk shake
Membancuh Tea Mix (500ml air kosong+1 sudu kecil tea mix) Minum 4 kali sehari(2000ml)
Tambahan lagi air kosong 2000ml sehari
Keseluruhannya sebanyak 4000ml(4 Liter) utk tempoh sehari.
2. Menambah Berat Badan
Produk Yang Dicadangkan (Formula 1, formula 3 & tea mix)
3 kali shake dan 3 kali makan biasa sehari
Sarapan pagi—milk shake (300ml air kosong+1 sudu besar formula 3 digoncangkan terlebih dahulu, tambahkan 2 sudu besar Formula 1 dan goncangkan sekali lagi)
Hendaklah diambil bersekali sarapan.
Makan Tengahari seperti biasa
selepas makan tengahari Minum shake dalam 30 minit
Makan malam seperti biasa
selepas makan malam Minum shake dalam 30 minit
Membancuh Tea Mix
(500ml air kosong+1 sudu kecil tea mix) Minum 2 kali sehari(1000ml)
Tambahan air kosong sebanyak 2000-300 ml sehari (2-3 Liter)
Keseluruhannya sebanyak 4000ml(4 Liter) utk tempoh sehari.


3. Mengekalkan Berat Badan, Kesihatan Serta Ibu Mengandung
Produk Yang Dicadangkan (Formula 1, formula 3 & tea mix)
2 kali shake dan 2 kali makan biasa sehari
Sarapan pagi—milk shake (400ml air kosong+1 sudu besar formula 3 digoncangkan terlebih dahulu, tambahkan 2 sudu besar Formula 1 dan goncangkan sekali lagi)
Makan tengahari - makan biasa
Makan malam—makan biasa
Sebelum tidur—milk shake
Membancuh Tea Mix (500ml air kosong+1 sudu kecil tea mix)
Minum 2 kali sehari(1000ml)
Tambahan air kosong sebanyak 2000-300 ml sehari (2-3 Liter)
Keseluruhannya sebanyak 4000ml(4 Liter) utk tempoh sehari.
Bagi perempuan mengandung sekiranya tidak mahu mengambil Tea Mix, hendaklah amalkan minum air kosong 3000ml sehari.
(Formula 1 datang dengan pilihan perisa: vanilla, chocolate strawberry, tropical fruit dan cappuccino – anda boleh memesan mengikut perasa kesukaan anda)
Info Lanjut Mengenai Produk
Formula 1

Nutritious Mixed Soy Powder Drink (550g)
Asas Nutrisi Selular dan Pengurusan Berat Badan.
Mengandungi 55 jenis nutrisi dan 15 jenis herba terbaik.
Ditawarkan dengan 5 perasa enak:
  • Dutch Chocolate
  • French Vanilla
  • Cappuccino
  • Tropical Fruit
  • Strawberry
Fakta Nutrisi
Saiz Hidangan: 2 Sudu Besar (25g)
Hidangan untuk Sebekas: 22
Asas Nutrisi Selular dan Pengurusan Berat Badan
Pengedar dan pelanggan di seluruh dunia sudah mengetahui tentang Formula 1 Nutritious Mixed Soy Drink sebagai cara efektif untuk menguruskan berat badan, dan sekarang perubatan dan sains juga menyokong penggunaan produk-produk pengantian makanan seperti ini. Satu artikel dari Arkib Perubatan Dalaman melaporkan penyelidik-penyelidik dari Sekolah Perubatan Universiti of Nevada mengkaji pengantian makanan dan membuat kesimpulan bahawa cara pengantian makanan ini adalah cara terbaik dan efektif untuk mencapai berat badan yang terbaik atau ideal untuk semua orang.
Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink dirumus bertujuan sama ada untuk:
  • Mengawal berat badan anda dengan Program Pengurusan Berat Badan ShapeWorksTM , atau
  • Memperolehi tubuh badan yang sihat dengan Nutrisi Selular
Rumusan unik protein soya ini mengabungkan karbohidrat, lemak sihat, vitamin, mineral dan herba khusus bagi tubuh badan anda mencapai tahap kesihatan yang terbaik dan menstabilkan berat badan pada tahap ideal.
Formula ini dicipta untuk mengantikan 2 kali hidangan anda sehari jika anda ingin menurunkan berat badan dengan memberikan tubuh anda dengan nutrisi yang lengkap dan seimbang. Ini menjadikan program pengurusan berat badan Shapeworks menjadi sangat berkesan. Untuk mereka yang perlukan makanan tambahan di samping makanan yang mereka ambil, shake penuh nutrisi ini boleh diambil setiap hari atau sebagai pengantian agar tubuh anda mendapat semua nutrisi penting untuk mencapai kesihatan keseluruhan.
Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink boleh dicampur dengan susu tanpa lemak, air soya atau jus buah-buahan untuk menjadikan bancuhan shake yang lazat. Anda juga boleh mencipta resipi shake anda sendiri dengan mencampurkan buah-buahan segar dan rempah. Untuk penerangan lanjut, baca label.
Formula 1 ditawarkan dalam 5 perasa: French Vanilla, Tropical Fruit, Dutch Chocolate, Cappucino dan Strawberry.
Butiran Perbincangan
· Pengurusan berat badan yang selamat dan berkesan: Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink telahpun dicipta dengan formula sains berteknologi tinggi sebagai penganti makanan untuk membekalkan tubuh badan kita dengan nutrisi utama untuk pengurusan berat badan, membekalkan tenaga yang kita perlukan seharian, meningkatkan stamina atau daya tahan dan ketumpatan otot.
· Pengabungan dengan produk lain: Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink boleh digunakan dengan produk Pengurusan Berat Badan ShapeWorksTM yang lain dan juga semua produk-produk nutrisi tambahan Herbalife yang lain.
Tahukah anda?
Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink telah menjadi produk utama Herbalife di titik permulaan sejarah Herbalife. Penubuhan Herbalife oleh Mark Hughes, yang pada permulaannya menjual produk ini daripada bonet keretanya. Hari ini, Formula 1 menjadi produk pilihan terbaik di dunia.
Fakta Pintas
· Mengenyangkan, memberikan kepuasan mutlak dan membekal tenaga
· Setiap hidangan mengandungi 8.65 grams protin soya
· Kaya dengan serat-serat makanan
· Mengandungi vitamin-vitamin dan mineral-mineral termasuklah anti-kotoran penting Vitamin A, C dan E.
Bahan-bahan: Protein soya pencilan, fruktosa, lecitin soya, minyak soya, gamguar, serabut oat, perisa biskut, bran jagung, kalsium sitrat, fruktooligosakarida, selulosa, protein susu, silicon dioksida, dekstrosa, kalium fosfat karagenan, gam xantan, vanilla, magnesium oksida, minyak kanola, asid askorbik, ferus fumarat, sitrus pectin, serbuk madu, dl-alfa tokorefil asetat, niasinamida, serbuk pasli, serbuk campuran papaya, zink oksida, kuprum glukonat, vitamin A palmitat, asid pantotenik, vitamin D, campuran antioksidan (dl-alfa tokoferil asetat, askorbil palmitat, lesitin), piridoksida hidroklorida, sianokobalamina, mangan karbonat, riboflavin, tiamina, asid folik, kalium iodide, natrium selenit, biotin.
Mengandungi kondisioner makanan dan bahan perisa yang dibenarkan.
Arahan: Hanya kisar atau kacaukan 2 sudu besar (25gram) ShapeworksTM Formula 1 dengan 240ml susu tanpa lemak, jus atau minuman kegemaran.
Untuk kesihatan keseluruhan: Disyorkan untuk menganti satu hidangan setiap hari dengan shake lazat ShapeworkTM Formula 1.
Untuk pengurusan berat badan: Disyorkan untuk menganti dua hidangan dengan shake lazat ShapeworkTM Formula 1.
Untuk hasil Maksimum: Gunakan produk ini bersama-sama dengan ShapeWorksTM Formula 3 Blended Soy and Whey Protein Powder.
*Produk ini tidak bertujuan untuk mengesan, merawat, mengubat atau mengelakkan sebarang penyakit, ia cuma masuk akal bahawa apabila kita memberikan nutrisi dan zat-zat makanan yang lengkap kepada tubuh badan kita, ciptaan Tuhan yang Maha Kuasa ini akan berfungsi baik untuk melawan atau menghindar penyakit dengan amat berkesan.
 Formula 3


Blended Soy and Whey Protein Powder (240g)

Kunci kepada pengekalan berat badan jangka panjang.
Membina otot secara efektif untuk pembakaran lemak berkesan.
Kunci kepada pengekalan berat badan jangka panjang
Protein, khususnya blok-blok Pembina protein yang dipanggil “asid amino”, ialah komponen penting didalam setiap sel dalam badan. Sel sistem imun, kulit, rambut dan otot semuanya bergantung kepada protein untuk berfungsi dan tumbuh dengan betul.
Ramai orang yang berdiet kerap mengurangkan pengambilan protein untuk mengurangkan kalori dan mengekalkan berat badan. Ini boleh membawa kepada kelemahan yang bukan sahaja menganggu kesihatan, tetapi juga boleh mencetuskan ketidakseimbangan nutrisi dalam badan anda yang boleh memperlahankan pengurusan berat badan dan akhirnya membawa kepada penambahan berat badan, satu keadaan yang dirujuk sebagai “yo-yo diet”.
Untuk mengelakkan diri daripada mengalami “yo-yo diet”, anda perlu memberikan badan anda dengan nutrisi yang lengkap dan salah satu nutrisi terpenting ialah protein.
Butiran Perbincangan
· Berita baik untuk orang yang berdiet: Menambah tambahan serbuk Protein ke dalam Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink mempertingkatkan pengambilan protein tanpa menambah lemak ekstra atau kalori dari karbohidrat.
· Pengurusan berat badan dengan kuasa protein: Satu atau tiga sudu besar rata serbuk ini sehari boleh menambah sehingga 15 gram protein berkualiti tinggi. Ini akan menambahkan rasa kenyang dan membantu pengambilan protein yang mencukupi.
· Impian ahli bina badan: Untuk pengangkat berat, Blended Soy and Whey Protein Powderialan pilihan yang sangat baik untuk membantu meningkatkan pengambilan protein. Pengangkat berat boleh mengunakan Formula 1 Nutritious Mixed Soy Protein Powder, tambahkan susu, buah dan dua sudu besar Blended Soy and Whey Protein Powder dan dengan mudah mencapai 25 gram protein seperti yang disyorkan untuk shake pengantian selepas senaman.
· Pelbagai kegunaan: Blended Soy and Whey Protein Powder adalah amat sesuai untuk dicampurkan dengan shake, minuman, sup dan kuah pasta. Ia mudah larutdalam minuman panas atau sejuk, menjadikan makanan itu hidangan yang lengkap.
· Gabungkan dengan produk-produk lain: Blended Soy and Whey Protein Powder boleh digunakan bersama Program Pengurusan Berat Badan ShapeWorksTM dan keseluruhan keluaran produk-produk Herbalife yang lain.
Tahukah Anda?
Menurut United States Food and Drug Administration, soya memberikan profil protein yang SEMPURNA. Kacang soya mengandungi semua asid amino yang penting untuk nutrisi manusia, yang mesti dibekalkan dalam diet kerana badan manusia tidak boleh menghasilkannya. Produk-produk protein soya boleh digantikan dengan makanan berasakan haiwan – yang juga mempunyai protein sempurna tetapi lebih cenderung untuk mengandungi banyak lemak, terutamanya lemak tepu – ini mengakibatkan kita terpaksa melakukan banyak penyesuaian untuk diet-diet yang lain. Blended Soy and Whey Protein Powder juga mengandungi protein soya yang berkualiti tinggi.
Fakta Pintas
· Membantu mengekalkan pengambilan protein yang cukup dan mengikut kuantiti yang disyorkan
· Mengandungi lebih kurang 5 gram protein bagi setiap sudu besar.
· Turut mengandungi protein soya, mengandungi isoflavona yang penting untuk nutrisi yang sihat.
· Mengandungi whey protein, satu sumber cystine dan methionine, yang mana penting untuk penjagaan otot.
· Tidak mengandungi lemak, gula, karbohidrat, yis, kolesterol, garam, laktosa, pemanis atau pewarna tiruan.
· Sesuai dicampurkan sama ada dalam minuman, panas mahupun sejuk.
Bahan-bahan: Protein soya isolate, pati protein whey, perasa asli dan silikon dioksida.
Mengandungi kondisioner makanan dan bahan perisa yang dibenarkan.
Cadangan Hidangan: Satu sudu besar (satu hidangan) membekalkan 5 grams protein. Ambil 2 hingga 4 hidangan setiap hari. Formula tidak berperasa dan tidak dimaniskan ini amat sesuai dicampurkan bersama dengan shake Formula 1 atau dikacau di dalam makanan dan minuman lain, termasuklah makanan bijirin, yogurt, sos dan sup.
Untuk hasil terbaik: Wanita sepaturnya mencampurkan 1 hingga 2 sudu besar (10 gram protein) Blended Soy and Whey Protein Powder ke dalam setiap ShapeWorksTM Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink dan untuk lelaki, campurkan 2 hingga 3 sudu besar (15 gram protein).
 Tea Mix


Tea Mix-Lemon and Hibiscus (50g)
Minuman herba yang menyegarkan, pembakar lemak terbaik.
Secawan bersamaan dengan 20 minit erobik!!
Berkurun lamanya orang telah menikmati kebaikan teh panas dan sejuk. Salah satu daripada minuman yang paling digemari di dunia, teh boleh menenangkan, menyegarkan, merangsangkan, mententeramkan dan mengembirakan bergantung kepada apa jenis teh yang anda pilih.
Teh adalah minuman yang menyegarkan dan snek sambil menunggu hidangan seterusnya. Hakikatnya, teh hijau yang menjadi bahan utama dalam Tea Mix, boleh menolong untuk melindungi badan kita daripada radikal bebas, dan ia juga amat berkesan membantu kita melangsingkan badan. Ia membekalkan polyphenols dengan agen pembersihan dan lain-lain manfaat yang menyihatkan di samping khasiat yang merangsangkan.
Kajian telah mendapati Teh Hijau, salah satu daripada minuman tertua yang diketahui manusia, boleh mempercepatkan pembakaran kalori dan lemak disamping memainkan peranan penting dalam pengawalan komposisi badan. Penyelidik di University of Geneva di Switzerland mengkaji 10 lelaki muda yang sihat untuk enam minggu dan mendapat keputusan yang mana mengambil ekstrak teh hijau membakar lebih banyak kalori berbanding yang tidak mengambilnya. Penyelidik mempercayai sebatian teh hijau yang dipanggil flavonoids mungkin akan mengubah cara badan mengunakan hormon yang digelar norepinephrine, yang mana mempercepatkan pembakaran kalori.
Ambil Tea Mix setiap hari dan secara otomatik anda telahpun membekalkan tubuh anda dengan teh hijau!
Teh juga boleh membantu anda mencapai matlamat pengurusan berat badan anda. Terdapat sejenis teh yang boleh berbuat demikian dengan cara yang efektif. Dengan mengabungkan keajaiban herba purba dengan teknologi moden hari ini, HERBALIFE telah menghasilkan ShapeWorksTM Tea Mix. Minuman teh lazat ini sangat sesuai untuk diminum diantara waktu makan dan ia memberikan rasa kenyang dan memberikan tenaga segera. Teh ini akan mengurangkan rasa ketagihan terhadap kudapan atau makanan ringan yang biasanya berkalori tinggi dan akan menyebabkan kegemukkan. ShapeWorksTM Tea Mix bukan hanya untuk orang berdiet. Ia juga untuk orang yang mahukan keseronokan meminum minuman yang menyegarkan, baik untuk tubuh dan kerohanian mantap.
*Juga terdapat dalam bekas 50g atau 100g.
Kombinasikan dengan produk lain: ShapeWorksTM Tea Mix amat sesuai untuk dikombinasikan dalam Program Pengurusan Berat Badan ShapeWorksTM dan dengan semua produk-produk nutrisi yang lain.
Tahukah anda?
Teh hijau adalah minuman purbakala selain air yang diminum oleh kebanyakan umat manusia di seluruh dunia. Minuman yang biasa ini telahpun di berikan nilai yang amat tinggi berkurun-kurun lamanya disebabkan oleh kebaikannya terhadap kesihatan. Ia kaya dengan agen pembersihan badan, yang mana membantu melindungi badan kita dari kotoran dan kesan yang membahayakan.
Fakta Ringkas
  • Minuman yang menyeronokkan, diadunkan dengan 5 bahan tumbuhan semulajadi.
  • Setiap hidangan bebas dari sebarang kalori.
  • Sangat enak diminum sejuk ataupun panas.
  • Melengkapkan Program Pengurusan Berat Badan ShapeWorksTM.
Bahan-bahan: Maltodextrin, fruktosa, ekstrak orange pekoe, ekstrak tea hijau, ekstrak kupasan lemon, ekstrak biji cardamom, ekstrak malva sylvestris dan serbuk bunga raya.
Mengandungi kondisioner makanan yang dibenarkan.
Arahan: Campurkan 1/2 sudu teh (lebih untuk memenuhi keperluan rasa anda) ShapeWorksTM Tea Mix dengan 200ml hingga 240ml air sejuk atau panas dan nikmatilah ia.
*Ia berbentuk serbuk yang sangat halus dan amat mudah untuk larut.

Saturday, June 23, 2012

Bacaan Al Quran Yg Sgt Merdu

Sungguh besar kuasamu ALLAH



Adakala kau beri aku kekuatan
dan ambil sekejap semangatku
kau beri aku dugaan 
aku kuat harunginya

Adakala
kau beri aku rasa sakit
aku hadapi dengan sabar
aku cuba tidak mengeluh 
dan sentiasa bersyukur

Kerana aku tahu
segalanya ada ketentuan
segalanya ada hikmah
dan segalanya adalah kurniaanmu


Kadang kala
KAU sembunyikan matahari
KAU berikan pula petir dan guruh
Kita menangis..



Tetapi adakala kita lupa
hilangnya matahari
datangnya petir dan guruh
dan bila semuanya sudah tiada



KITA AKAN MELIHAT KEINDAHAN PELANGI

Surah Al Mulk dan terjemahan.

Monday, June 18, 2012

GAMBAR EKSKLUSIF BARANGAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Saya kongsi cerita ini.Terima kasih.

Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek. Ya Allah … betapa sederhananya baju pemimpin dunia yang suci dan agung ..!!



Rasa nak menitik air mata melihat pakaian dan barangan peribadi Rasulullah SAW. Baginda yang sememangnya mendapat tempat di Syurga tertinggi pun begitu zuhud sekali.
Kita begitu sibuk mengumpul harta dunia sedangkan hidup di dunia hanya sementara sahaja. Kehidupan di Akhirat adalah kehidupan yang kekal. Jika di dunia yang fana ini kita begitu
cintakan dunia, layakkah kita nak masuk Syurga. Adakah kita mampu
menahan siksaan api neraka?
Gambar-gambar ekslusif ni dikongsikan dengan tujuan supaya kita muhasabah diri kita. Kita ikhlas berbelanja seluar Levi’s yang berharga RM200 +, RM60-RM70 untuk sehelai t’shirt, berapa ratuskah yang kita
ikhlas keluar untuk jalan Allah?
Kita sanggup menonton siaran langsung bolasepak dari menghayati Maal Hijrah, kita sanggup bersengkang mata mengadap laptop dari sembahyang tahajjud, kita mengagungkan pemimpin yang macamana? Kita mengamalkan
riba dalam jual beli, kita tak kisah halal haram dalam kehidupan. Kita
menghina mereka yang ingin memperjuangkan Islam . Ya Allah tunjukkan
kami jalan yang benar dan ampunkan dosa kami.
Sama-sama peringat.




Sebahagian dari baju Gamis Rasulullah yang telah robek.


Baju,tongkat dan barang-barang Rasulullah SAW





Bekas tapak kaki Baginda Rasulullah SAW




Sandal Rasulullah S.A.W



Cop surat rasmi Rasulullah SAW.


Serban-serban yang pernah dipakai Baginda




Beberapa helai rambut Rasulullah SAW


Mangkuk tempat minum Nabi Muhammad SAW


Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.


Peninggalan gigi dan rambut Baginda Rasulullah SAW.


Bendera Rasulullah SAW



Topi perang Rasulullah SAW


Busur panah Rasulullah SAW








Pedang-pedang yang pernah digunakan Baginda.



Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir


Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius



Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7



Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan



Surat Nabi SAW kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah



Makan Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW



Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad SAW


PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW



Keranda dan makam Nabi Agung, Nabi Muhammad SAW
Subhanallah, kita beruntung dapat menatap gambar barangan Rasulullah SAW. Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Muzium Topkapy di Istambul Turki,
Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat
merasakan kelazatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga
kerinduan kita semakin memuncak kepada Nabi Muhammad S.A.W, Kekasih
Allah …

(Terima kasih En.Ahmad Saiful.Izinkan saya kongsi gambar-gambar ini.
Walaupun pakaian Baginda nampak begitu,saya tetap membayangkan Baginda dengan berpakaian HEBAT
dan GAGAH .)



Siti Nurhaliza & Musly Ramli-Di mana suara burung kenari (Istana cinta)

Siti Nurhaliza & Musley Ramlee - Dalam Air Terbayang Wajah (live)

siti nurhaliza & musly ramli

Dealova

Dato' Siti Nurhaliza di Anugerah Juara Lagu Full

Tuesday, June 12, 2012

SEBUAH SENYUMAN UNTUK ANDA



Lama sudah tidak berblog
andai yang singgah,cuma cerita lama dan biasa saja
hari-hari yang dilalui jua seperti yang selalu
tiada yang baru,cuma ada kenangan

Cuti sekolah sudah berlalu
memulakan hari-hari mendatang adakala bagai tidak upaya
entah kenapa
dalam usia yang hampir setengah abad
menjadikan diri dan semangat adakala beransur pudar

Namun,untuk anak-anak didik
kugagahi jua tersenyum
jua pada teman kawan sealiran
meniti hari-hari mendatang penuh berliku
segalanya perlu dilakukan
walau apa tenaga dan usia menghalang

Adakala,senyum dilempar pun
macam malas dan tidak bermaya
adakala suara anak-anak didik jua bagai tidak kedengaran
adakala senyum mereka bagai tidak bererti
kejam sungguh aku ini

Namun ,,perlahan aku mahu bangun semula
melawan jiwa kacau dan gundah gulana
melawan rasa letih dan bosan
dan aku perlu berlari semula
walaupun langkahku perlahan cuma

Adakala bila kaki melangkah ke tempat bertugas
mahu berpatah balik dan hilang semangat
adakala melihat air di kolam itu
bagai kering dan hilang segala
adakala,aku rasa amat sempit
melalui lorong-lorong alam pendidikan ini
adakala jiwa rasa resah
bagai haluan yang dilalui tiada hujungnya

Ada masa jiwa selalu bertanya
apa yang perlu dilakukan
menjadi aku seorg pendidik
yang adakala tiada rasa kepuasan
adakala jiwa bertanya
apa yang mahu dalam perubahan
yang dididik mana haluan
yang mendidik mana tujuan

Kekadang jiwa rasa marah
yang dikata mahu,tapi tak jadi
yang dikata perlu tapi tak pasti
yang dikata wajib tapi disunatkan
yang dikata mesti tapi..nanti dulu
yang dikata nak buat tapi hanya atas udara

Kekadang aku rasa bagai boneka
ditendang ke sana ke sini tanpa haluan
rasa macam pelik dengan tugasan
rasa mahu lari ke lain arah
ahhhh...jahatnye hatiku

Tapi..mungkin aku cuma emosi
miskin dalam ilmu
tidak pandai dalam menjalani tugas
rasa pengalaman 24 tahun,cuma sekadar pandai mengajar
tapi mungkin kurang dalam mengenal erti mendidik

Apa pun..aku cuma insan biasa
masih mahu belajar walau tidak ada upaya
masih terpahat erti sabar dalam hidup
dan masih mahu memohon ampun pada semua
untuk mengubat hati yang mahu patah
dan mahu terus bersemangat semula