Tuesday, June 12, 2012

SEBUAH SENYUMAN UNTUK ANDA



Lama sudah tidak berblog
andai yang singgah,cuma cerita lama dan biasa saja
hari-hari yang dilalui jua seperti yang selalu
tiada yang baru,cuma ada kenangan

Cuti sekolah sudah berlalu
memulakan hari-hari mendatang adakala bagai tidak upaya
entah kenapa
dalam usia yang hampir setengah abad
menjadikan diri dan semangat adakala beransur pudar

Namun,untuk anak-anak didik
kugagahi jua tersenyum
jua pada teman kawan sealiran
meniti hari-hari mendatang penuh berliku
segalanya perlu dilakukan
walau apa tenaga dan usia menghalang

Adakala,senyum dilempar pun
macam malas dan tidak bermaya
adakala suara anak-anak didik jua bagai tidak kedengaran
adakala senyum mereka bagai tidak bererti
kejam sungguh aku ini

Namun ,,perlahan aku mahu bangun semula
melawan jiwa kacau dan gundah gulana
melawan rasa letih dan bosan
dan aku perlu berlari semula
walaupun langkahku perlahan cuma

Adakala bila kaki melangkah ke tempat bertugas
mahu berpatah balik dan hilang semangat
adakala melihat air di kolam itu
bagai kering dan hilang segala
adakala,aku rasa amat sempit
melalui lorong-lorong alam pendidikan ini
adakala jiwa rasa resah
bagai haluan yang dilalui tiada hujungnya

Ada masa jiwa selalu bertanya
apa yang perlu dilakukan
menjadi aku seorg pendidik
yang adakala tiada rasa kepuasan
adakala jiwa bertanya
apa yang mahu dalam perubahan
yang dididik mana haluan
yang mendidik mana tujuan

Kekadang jiwa rasa marah
yang dikata mahu,tapi tak jadi
yang dikata perlu tapi tak pasti
yang dikata wajib tapi disunatkan
yang dikata mesti tapi..nanti dulu
yang dikata nak buat tapi hanya atas udara

Kekadang aku rasa bagai boneka
ditendang ke sana ke sini tanpa haluan
rasa macam pelik dengan tugasan
rasa mahu lari ke lain arah
ahhhh...jahatnye hatiku

Tapi..mungkin aku cuma emosi
miskin dalam ilmu
tidak pandai dalam menjalani tugas
rasa pengalaman 24 tahun,cuma sekadar pandai mengajar
tapi mungkin kurang dalam mengenal erti mendidik

Apa pun..aku cuma insan biasa
masih mahu belajar walau tidak ada upaya
masih terpahat erti sabar dalam hidup
dan masih mahu memohon ampun pada semua
untuk mengubat hati yang mahu patah
dan mahu terus bersemangat semula


No comments: