Monday, June 18, 2012

GAMBAR EKSKLUSIF BARANGAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Saya kongsi cerita ini.Terima kasih.

Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek. Ya Allah … betapa sederhananya baju pemimpin dunia yang suci dan agung ..!!



Rasa nak menitik air mata melihat pakaian dan barangan peribadi Rasulullah SAW. Baginda yang sememangnya mendapat tempat di Syurga tertinggi pun begitu zuhud sekali.
Kita begitu sibuk mengumpul harta dunia sedangkan hidup di dunia hanya sementara sahaja. Kehidupan di Akhirat adalah kehidupan yang kekal. Jika di dunia yang fana ini kita begitu
cintakan dunia, layakkah kita nak masuk Syurga. Adakah kita mampu
menahan siksaan api neraka?
Gambar-gambar ekslusif ni dikongsikan dengan tujuan supaya kita muhasabah diri kita. Kita ikhlas berbelanja seluar Levi’s yang berharga RM200 +, RM60-RM70 untuk sehelai t’shirt, berapa ratuskah yang kita
ikhlas keluar untuk jalan Allah?
Kita sanggup menonton siaran langsung bolasepak dari menghayati Maal Hijrah, kita sanggup bersengkang mata mengadap laptop dari sembahyang tahajjud, kita mengagungkan pemimpin yang macamana? Kita mengamalkan
riba dalam jual beli, kita tak kisah halal haram dalam kehidupan. Kita
menghina mereka yang ingin memperjuangkan Islam . Ya Allah tunjukkan
kami jalan yang benar dan ampunkan dosa kami.
Sama-sama peringat.




Sebahagian dari baju Gamis Rasulullah yang telah robek.


Baju,tongkat dan barang-barang Rasulullah SAW





Bekas tapak kaki Baginda Rasulullah SAW




Sandal Rasulullah S.A.W



Cop surat rasmi Rasulullah SAW.


Serban-serban yang pernah dipakai Baginda




Beberapa helai rambut Rasulullah SAW


Mangkuk tempat minum Nabi Muhammad SAW


Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.


Peninggalan gigi dan rambut Baginda Rasulullah SAW.


Bendera Rasulullah SAW



Topi perang Rasulullah SAW


Busur panah Rasulullah SAW








Pedang-pedang yang pernah digunakan Baginda.



Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir


Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius



Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7



Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan



Surat Nabi SAW kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah



Makan Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW



Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad SAW


PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW



Keranda dan makam Nabi Agung, Nabi Muhammad SAW
Subhanallah, kita beruntung dapat menatap gambar barangan Rasulullah SAW. Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Muzium Topkapy di Istambul Turki,
Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat
merasakan kelazatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga
kerinduan kita semakin memuncak kepada Nabi Muhammad S.A.W, Kekasih
Allah …

(Terima kasih En.Ahmad Saiful.Izinkan saya kongsi gambar-gambar ini.
Walaupun pakaian Baginda nampak begitu,saya tetap membayangkan Baginda dengan berpakaian HEBAT
dan GAGAH .)



1 comment:

Puan Rohani said...

segalanya mengajar aku erti bersyukur