Monday, February 18, 2013

SEKADAR BICARA


Kekadang hati mahu bicara
tentang dunia yang pelik
tentang alam yang ajaib
tentang penghuninya yang entah apa nak kata

Ada kala..hati nak bersuara
tentang perangai dan laku
tentang adat dan budaya
yang tak sehaluan dan sealiran

Kekadang mahu saja bertemu muka
tanya apasal kau gini dan gitu
mahu saja usik mulut yang lancang
tuduh tanpa takut pada dosa

Adakala....diam ajelah .kata hati
dah lama diam..tapi dah mula nak cabut uban aku
nak pijak kepala aku kot
jangan aku diduga begini

Adakala...aku rasa dicabar
sebab aku diam ,,,dan ketawa saja
tapi...jgn lupa lah kawan
sekali aku hempas,kau akan kenal aku sampai mati

Tapi...siapa kita nak cakap dan pikir mcm itu
tidak terdidik begitu dek asal keturunan
biar berlembut pada yang keras
biar beralah ..tapi tak kalah

Senyum ajelah kan?
apa kisah pada kata bicara nista
anggaplah mereka sakit dan perlu rawatan
kita pula bertaubatlah selalu selagi sempat

Ingat aku pada pesan arwah ayah
bila kita dinista,diam sahaja
tadah tangan dan berdoa
ampunkan mereka dan doakan mereka bahagia

Ingat aku pada pesan arwah emak
selagi ada mulut,itulah fungsinya
bercakap ikut lembut lidah
lupa yang mencatat kiri dan kanan

Ingat aku pada pesan arwah mertua
selagi ada telinga yang tak tuli
dengarlah yang baik sahaja
yang jahat-jahat,tepis dan letak kapas

Apa-apa pun
aku adalah aku yang sentiasa biasa sahaja
hidup ikut alunan ombak
adakala aku lembut
sesekali hempas jua aku ke pantai dgn ganas

Namun di hatiku
tidak pernah ada dendam yang lama
rasa bersalah selalu dan mahu mohon maaf setiap hari
bukan apa..takut pada balasan esok
jauh sungguh Padang Mahsyar nak aku cari
manusia-manusia yang aku pernah sakiti
takut sungguh aku
balasan Tuhan...ohhh...amat takut

Justeru..ampunkan segala dosaku
dan andai ada dosa kalian padaku
lama sudah aku maafkan
jangan risau dan gundah
tiada sekuman dosa kalian pun padaku

Ya Allah...ampunkan aku...












No comments: