Wednesday, July 16, 2014

HATIKU SEORANG PENDIDIK

Dulunya....
Kerjaya pendidik menjadi impian
Seorang aku anak kecil di bangku sekolah
Melihat guru mengajar
Menjadikan aku bagaikan gila
Dan terus menjadikan Kerjaya guru
SATU IDAMAN

Lalu.....
Aku rintis onak duri
Segala halangan aku terjah
Aku daki gunung,turuni luruh
Tersungkur...aku bangun merangkak dan..
Terus bangun berlari
Biarpun adakalanya aku rebah lagi di persimpangan

Kini...
Gelaran Guru itu sudah aku punya
Dan sudah 27 tahun aku laluinya
Yang pasti,,sudah ribuan muridku berjaya
Yang gagal tetap jua menjadi manusia
Antara yang gemilang,terbilang
Antara yang kecundang,bernasib malang
Amanah itu sudah aku laksanakan

Memori 27 tahun..
.
Antara aku dan murid
Tersemai rasa kasih dan sayang
menjadikan aku insan yang mahu terus mendidik
Walau adakala keletihan menjenguk
Dalam usia yang hampir setengah abad
Masih mahu terus berkorban
Adakala hati tersentuh
Pada kata nista "parent's"
Yang menyalah tafsir pengorbananku
Namun aku tetap berdiri teguh
Pada prinsip hidupku
"ANAK KAMU ANAK AKU"

Antara aku dan kawan setugas....
Sudah kujalin rasa rindu
Pada semua rakan sejawat
Yang sama menjadi pendidik bangsa
Untuk merealisasikan impian negara
Membentuk jati diri seorang insan
Yang bukan hanya untuk kepentingan Negara Dunia
Malah untuk bekalan di Akhirat nanti
Apalah ada pada sebuah kepahitan
Yang kekadang singgah sekejap di pahit hempedu
Yang adakala terluka ,terguris,berdarah
Cuma sekadar,dugaan  kecil sesama insan sejawat
Apalah ada pada gaduhan kecil adik-beradik
Sebumbung mencari rezeki
Dan esok lusa bisa tersenyum semula
Dan kita ketawa menangis lagi dan lagi
Cuma ...
Untuk semua teman seperjuangan
Jadikanlah sekolah itu
Tempat segalanya
Di situ gedung ilmu
Yang amat luas,besar dan terlalu kaya
Tempat itulah menjadi bukti
Kita adalah amanah Allah yang sangat BESAR
Yang kita akan jawab ESOK
Adakah kita sudah jalankan AMANAH itu
Dan di sana,kita akan di persoalkan...
Dan di situ jualah
Medan kita untuk terus berjuang
Mencari pahala sebanyak mungkin
Agar mati kita sentiasa ditangisi murid
Mati kita menjadi cerita sedih murid
Dan muga ada selalu AL FATIHAH untuk kita
AMINNNNNNN

Dan untuk hari-hari seterusnya
9 tahun yang akan datang
Aku akan cuba teruskan
Menjadi pendidik juga pengasuh
Pada anak-anak bergelar serikandi
Dan putera berjiwa kental
Yang akan menjaga kedaulatan negara
Yang tidak tahu nasibnya esok
Agar bersedia menjaga bumi merdeka
Muga tidak tergadai dek majunya dunia...

Sejambak Mawar Buat Kalian




No comments: