Thursday, December 29, 2011

CONTOH FAIL PBS

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (tq pada sekolah di bawah)


MBMMBI (MEMERTABATKAN BAHASA MELAYU MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS

Kementerian beri 5 alasan MBMMBI dilaksana pada 2012

Oleh Azrina Ahzan
bhnews@bharian.com.my

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran semalam mengemukakan lima sebab bagi menjawab persoalan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dilaksanakan pada 2012, bukan pada 2010 seperti didesak beberapa pihak.

Lima alasan itu berkaitan penyediaan buku teks, menggubal kurikulum, latihan kepada guru, mengenal pasti buku rujukan yang sesuai dan menyediakan perkakasan seperti makmal Bahasa Inggeris (BI) yang mencukupi.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata tempoh yang panjang juga dapat memastikan segala kelemahan sewaktu pelaksanaan program Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak berulang.
"Kementerian Pelajaran memerlukan tempoh sekurang-kurangnya dua tahun untuk menyediakan segala keperluan seperti buku teks, kurikulum, latihan kepada guru, menambah jumlah guru, mengenal pasti buku rujukan yang sesuai dan lain-lain perkakasan seperti makmal BI.

"Tempoh yang panjang itu juga perlu bagi mengelakkan kecelaruan di kalangan pelajar kerana selama ini mereka mengikuti pengajian mengikut dasar PPSMI, selain memastikan guru benar-benar bersedia melaksanakan dasar baru ini," katanya pada sidang media mengenai hasil mesyuarat meja bulat panel MBMMBI di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan beberapa pihak yang mahu MBMMBI dilaksanakan tahun depan dan bukannya pada 2012 berikutan keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI pada Julai lalu.
Mengenai dasar PPSMI, katanya, guru besar dan pengetua diminta memastikan guru terus melaksanakan dasar itu hingga 2012, sejajar keputusan Kabinet.

Beliau berkata, guru yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan tindakan kerana melanggar dasar ditetapkan kerajaan.

"Guru besar dan pengetua perlu memantau keadaan kerana dasar PPSMI akan kekal sehingga 2012.

"Lagipun, perkara ini tidak sepatutnya berlaku (mengajar dalam BM) kerana sukatan pelajaran, perisian komputer dan buku teks subjek Sains dan Matematik masih dalam BI," katanya.
Mengulas tindakan sekolah mengadakan peperiksaan dalaman dalam BI, Alimuddin berkata, kebanyakannya membabitkan sekolah di kawasan bandar kerana sekolah di luar bandar selalunya memilih mengadakan peperiksaan dalaman dalam dwibahasa iaitu BM dan BI.
Berita Harian Online: 20 Ogos 2009

Sunday, December 18, 2011

CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG BAIK



ciri-ciri pemimpin
Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya, iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. Pemimpin (atau Ketua Jabatan) secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada rakan sejawatnya kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau lebih. Seorang daripadanya cuba membimbing dan mendorong yang lain dalam usaha mencapai matlamat sistem. Dalam proses perhubungan Ketua Jabatan dan kakitangan, terdapat banyak aspek yang perlu diberi perhatian.
Misalnya, bagaimanakah seorang Ketua Jabatan mempengaruhi tingkah laku kakitangan supaya dapat menghasilkan output yang sempurna. Sebagai contoh dalam situasi sekolah misalnya, pengetua/guru besar dan guru-guru berusaha melahirkan pelajar yang sempurna dari segi mental, fizikal, rohani dan jasmani. Seorang pengetua/guru besar mesti mempunyai ciri-ciri kepimpinan, agar mendapat kerjasama dan diterima oleh semua kakitangan di sekolah.
Apabila seseorang itu berjaya memimpin, ini bermakna dia berjaya mempengaruhi anggota-anggota yang lain di dalam organisasi itu. Kebolehan mempengaruhi bergantung kepada unsur yang penting iaitu kuasa yang ada pada seseorang itu. Mengikut Dr Robiah Sidin (1988), dalam bukunya ‘Asas Pentadbiran Pendidikan’, beliau menegaskan bahawa secara umumnya ada dua jenis kuasa yang boleh dipegang oleh seseorang pemimpin itu. Pertama, kuasa yang datang dengan jawatannya di dalam organisasi itu dan kedua, kuasa yang berpunca daripada keadaan dirinya sendiri atau kuasa individu. Kuasa yang bersangkut paut dengan jawatan adalah penting kerana memberi kepercayaan kepada anggota-anggotanya. Walaubagaimanapun untuk seseorang itu kekal menjadi pemimpin dia mesti juga mempunyai kuasa yang berunsurkan kebolehan tersendirinya. Ini termasuklah:
1. Mentaliti
  • Kebijaksanaan atau kebolehan membuat perhitungan yang jauh sebelum bertindak dengan menilai antara yang baik dan buruk berdasarkan pertimbangan ilmu dan pengalaman.
  • Keberanian atau kesungguhan serta kesanggupan menghadapi cabaran dan masalah serta risiko, baik yang berpunca dari luar diri atau dalam diri sendiri.
  • Mempunyai inisiatif atau tindakan yang dimulakan sendiri tanpa menunggu orang lain dating kepadanya minta bertindak.
  • Mempunyai kreativiti sendiri, terutamanya dalam menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam organisasi.
2. Kemasyarakatan
  • Kesediaan memberi dan menerima pendapat.
  • Sikap positif dan terbuka.
  • Daya penggerak dan semangat juang yang kuat.
  • Kebolehan berkomunikasi secara berkesan.
3. Moraliti
  • Mempunyai disiplin diri yang unggul.
  • Kebersihan jiwa terutamanya dari segi keadilah, amanah, ketenangan, kesabaran, keteguhan pendirian dan ketahanan diri.
  • Iman yang teguh, terutama orang yang beragama Islam.
Antara ketiga-tiga ciri yang dinyatakan, moraliti adalah yang terpenting untuk menilai seseorang pemimpin sama ada baik atau buruk, berkesan atau tidak, boleh bertahan lama atau tidak.
Pemimpin memerlukan juga sikap tertentu untuk mempengaruhi orang lain. Perkara yang paling penting ialah pemimpin harus mempunyai pengertian dan tanggapan yang tajam terhadap individu-individu yang saling berurusan dengannya. Selain daripada itu seorang pemimpin juga harus mempunyai:
  • Empati; iaitu kebolehan untuk memahami perasaan orang lain dan bersimpati.
  • Kesedaran; akan kelemahan dan kekuatan dirinya sendiri. Sedar tentang bagaimanakah dirinya dianggap oleh orang lain. Hanya apabila ini berlaku maka barulah kepercayaan kebolehan dirinya akan timbul.
  • Kebolehan: untuk melihat secara objektif akan masalah-masalah dan tingkah laku anggota-anggota lain. Pemimpin harus bersikap adil boleh memberi analisa yang adil dan tidak emosional.
Selain itu, sekiranya seseorang itu ingin menjadi pemimpin yang baik, dia hendaklah mengamalkan perkara-perkara yang diketahui, dilihat dan diterima sebagai baik:
  • Seseorang pemimpin harus bersedia untuk belajar dari siapa sekalipun apa yang dia tidak tahu kerana kepimpinan itu sesuatu yang boleh terus menerus dipelajari dari latihan dan pengalaman.
  • Seseorang pemimpin mesti berani memberi jawapan yang tegas kepada sesuatu yang difikirkan baik atau tidak baik kepada organisasinya.
  • Seseorang pemimpin yang baik berupaya memudahkan semua kerja, dengan menjadikannya kerja-kerja biasa yang boleh dilakukan oleh kebanyakkan orang bawahannya dan tidak memerlukan pakar khusus.
  • Seorang pemimpin yang baik mempunyai perhubungan baik dengan orang-orang bawahannya. Dia mengenali mereka sebagai individu-individu yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Pada kebiasaannya, pemimpin yang baik jarang berkasar dengan orang-orang bawahannya.
  • Seseorang pemimpin yang baik pandai membahagikan masa. Dia tahu bila masa bertugas dan bila masa di luar tugas dan bertindak bersesuaian dengan keadaan. Pemimpin yang tidak cekap selalu merasa runsing dan bimbang dengan hal-hal tugas di mana juga dia berada.
  • Dalam sesebuah organisasi terdapat pelbagai jenis manusia: ada yang malas, ada yang rajin dan ada yang boleh diharap serta ada yang tidak boleh diharap. Seorang pemimpin yang bijak tidak lemah semangat dengan keadaan ini. Dia menerima hakikat sedemikian dan menggunakan sebaik-baiknya apa yang ada.
  • Seorang Pemimpin yang baik tahu dan mahu berbincang denganorang-orang bawahannya mengenai sesuatu hal yang dia sendiri tidak pasti. Dia tidak hanya pandai mengeluarkan arahan saja.
  • Seorang pemimpin yang baik mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman mengenai tugas dan manusia.
  • Seorang pemimpin yang baik pandai memperkembangkan kebolehan bekerja orang bawahannya. Dia tahu mengagihkan tugas kepada mereka.
  • Seorang pemimpin yang bijak tidak sekali-kali lemah semangat dan cepat mengaku kalah apabila berdepan dengan sesuatu masalah. Kalau masalah tidak dapat diselesaikan dengan satu cara, dia menggunakan cara lain. Dia sentiasa bersikap positif.
Melalui perbincangan mengenai ciri-ciri pemimpin berkesan di atas, beberapa kesimpulan dapat dibuat. Diantaranya ialah kepimpinan ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa, bertindak dengan cara-cara tertentu. Dalam hal ini seorang pemimpin harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang berkerja dengannya dan harus menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan. Dia juga harus berjaya mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat masa depan.
Seseorang pemimpin boleh menonjolkan kepimpinannya hanya melalui penglibatannya dalam kumpulan. Dalam kumpulan pula kekerapan interaksi bersama kakitangan membolehkan keberkesanan kepimpinannya. Kalau seorang pemimpin sentiasa “bersembunyi” dalam biliknya dan tidak mempunyai masa untuk berinteraksi dengan kakitangannya, maka kepimpinannya kurang berkesan.
Kepimpinan bukan bergantung sepenuhnya kepada jawatan. Status jawatan yang disandang hanya satu daripada punca potensi kepimpinan. Kejayaan kepimpinan adalah fungsi kedua-dua kuasa; secara formal melalui jawatan dan secara tidak formal yang bukan kerana jawatan, iaitu penerimaan orang-orang bawahan .

kongsi dari blog KULANZ.

JADUAL GAJI 2012

UNTUK PEMAIN KUTU


JADUAL NI PENTING UNTUK KALIAN

Friday, December 16, 2011

KERABU APPLE


boring-boring,tengok resepi ni kat blog
aduh...sedap kan nampaknyer
tak pernah buat
tapi dah cuba,memang sedap
masa buat,akak tambah dan ubah-ubah sikit bahannya

Bahan-bahan

2 biji apple hijau
1 biji carrot
(dihiris memanjang,rendam dlm air,masuk peti ais)
hiris bawang/cili merah.cili api
kalau suka salad,hiris salad
tumbuk udang kering bersama satu biji cili merah besar

bila nak makan,campurkan semua bahan
perah air limau,gula dan garam

Hidangkan bersama nasi panas


dan lebih enak bersama ikan bakar


MARI KITA CUBA

RENDANG DAGING









Bahan-bahan
1 kilo daging dipotong kecil
1/4 cawan kerisik
2 biji kelapa-ambil santannya
garam
gula melaka / gula

BAHAN YANG DIKISAR
5 labu bawang besar
1 labu bawang putih
8 batang serai
halia
lengkuas
10 biji cili kering
10 biji cili api

Daun kunyit dihiris halus


Cara-cara

-panaskan minyak
-tumis bahan kisar
-masukkan daging,santan
-masak dengan api perlahan
-apabila daging sudah empuk,masukkan kerisik,
gula melaka/gula/garam/asam keping-2keping
-masak terus,kacau perlahan
-bila hampir kering,masukkan daun kunyit.
-angkat,hidangkan

SELAMAT MENCUBA

Wednesday, December 14, 2011

SBPA


Setiap hari diperkatakan
nak tahu lebih lanjut gi lah tengok internet
apa SBPA..tentu susah nak faham
tapi kena faham gak
aku kekadang pening mikio
apa kebende ini semua
aku tahu, aku dah sain 58 umur bersara
itu pun dah silap besar
ini nak sain 60...terharu sungguh

adakala duduk memikir
macam apa dah jadi dasar dibuat
nak cari pekerja berkualiti
atau pekerja dah nak mati niiiii...
memang kadangkala mulut senang bicara
ala....kena semangat,kena semangat
berfikiran terbuka,cuba,kita boleh..bla,bla,bla

cakap di mulut memang senang dek oiii..
yang kerja pejabat,boleh kot...boleh ke?
dah tua dok berendam dalam aircoooooonnnnn
sejuk urat kot nenek oiiii...atokkk,boleh ke tok wannn?
yang cikgu macam aku ni,boleh ke?
kuat lagi ke nak panjat tangga tingkat 4.5
boleh ke opah,boleh ke tok abah?

Kena ajar PJ...ha ha..gelak gak tengok atok dan nenek
ajar tendang bola...larat ke lagi atok
nenek main bola jaring,cun giler nenek
bagus gak tu....bersenam untuk kesihatan.

anak murid pulak,macamana yer
yang Tahun 1 tu,apa nak panggil cikgu ni yer
dalam hati"nenek aku pun muda lagi"
tapi seronok gak ya,ajar cucu cicit kat sekolah
oneng-oneng pun sempat kot.

bagi yang dah berpenyakit
kena lak selalu gi hospital.MC manjang
semput,kencing manis,darah tinggi dan gout
alahai.pening GPK buat relif dan guru pula nak ganti kelas
BOLEH KE GURU MUDA BERLEBIH KURANG DENGAN GURU OPAH DAN TOK AYAH NIH
BOLEH????????????????????

Apa-apa pun..segalanya masih mahu dan perlu difikirkan
tapi nak sain tanda setuju nih...dah nak sampai tarikh
amacam...pening gak kan?
jadilah kita bertugas dalam keadaan dihambat rasa serba salah
sampai umur 60
entahlah....buat ajelah apa yang dikata dan disuruh
segalanya nak ditanggung atas kepala sendiri
kalau dah sain,kena buat
ambil gaji ,tak buat kerja
amatlah berdosanya
bukan di dunia mahu difikir
di akhirat jugak akan dipersoalkan
maka...bagaimana

Mari kita kongsi bersama
lihat gambar dan bakar semangat.......


Assalamualaikum atok....eh cikgu kita laaaa



morning nenek....oppssss



mari kita lintas jalan sama-sama...



perhhhhh...garangnyer.....



WOOOOOOWWWWW...terbaekkkkk...lah.Ini macam aku suka gi sekolah.


APA-APA PUN MARI KITA FIKIR-FIKIRKAN


Sunday, December 11, 2011

Sunday, December 4, 2011

SEMAKAN KE ASRAMA PENUH,MRSM.KRK DSB






DIharap senarai tarikh permohonan kemasukan SBP, SBPI, MRSM, SMKA, KRK, KV, SMV, SMT, MTD, Matrikulasi dan institusi yang lain ini dapat membantu para pelajar dan ibubapa yang berkenaan.
LEPASAN UPSR

Tingkatan 1 SBP
Tarikh Rujukan
Permohonan Dibuka 1 September 2011 MOE
Permohonan Ditutup 15 Oktober 2011
Keputusan Permohonan Disember 2011
Permohonan Rayuan Disember 2011
Pendaftaran Pelajar Baru Januari 2012
Keputusan Rayuan:Pengambilan ke 2 Februari 2012

Tingkatan 1 MRSM
Tarikh Rujukan
Permohonan Dibuka Hari keputusan UPSR MARA
Permohonan Ditutup 14 hari selepas dibuka
Keputusan Permohonan Januari 2012
Permohonan Rayuan Januari 2012
Pendaftaran Pelajar Baru Februari 2012
Keputusan Rayuan:Pengambilan ke 2 Februari 2012
Keputusan Rayuan:Pengambilan ke 3 Mac 2012

Tingkatan 1 KRK
Tarikh Rujukan
Permohonan Dibuka Hari keputusan UPSR Sekolah & PPD
Permohonan Ditutup 14 hari selepas dibuka Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
Keputusan Permohonan 21 Disember 2011
Permohonan Rayuan Disember 2011
Pendaftaran Pelajar Baru Januari 2012
Keputusan Rayuan Februari 2012

Tingkatan 1 SMKA & KAA
Tarikh Rujukan
Permohonan Dibuka Hari keputusan UPSR Sekolah & PPD
Permohonan Ditutup 24 November 2011 Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
Keputusan Permohonan Disember 2011
Permohonan Rayuan Disember 2011
Pendaftaran Pelajar Baru Januari 2012
Keputusan Rayuan Februari 2012
LEPASAN PMR

Tingkatan 4 SBP
Tarikh Rujukan
Permohonan Dibuka 1 September 2011 MOE
Permohonan Ditutup 15 Oktober 2011
Keputusan Permohonan Januari 2012
Permohonan Rayuan Januari 2012
Pendaftaran Pelajar Baru Februari 2012
Keputusan Rayuan:Pengambilan ke 2 Februari 2012

Tingkatan 4 MRSM
Tarikh Rujukan
Permohonan Dibuka 3 Oktober 2011 MARA
Permohonan Ditutup 20 Oktober 2011
Tarikh Akhir Hantar Dokumen 26 Oktober 2011
UKKM 28 Nov – 2 Dis
Keputusan Permohonan Februari 2012
Permohonan Rayuan Februari 2012
Pendaftaran Pelajar Baru Februari 2012
Keputusan Rayuan:Pengambilan ke 2 Mac 2012
Keputusan Rayuan:Pengambilan ke 3 April 2012

Tingkatan 4 MTD
Tarikh Rujukan
Permohonan Dibuka 15 Ogos 2011 MTD
Permohonan Ditutup 30 September 2011
Keputusan Permohonan Januari 2012

Tingkatan 4 KV/SMV/SMT
Tarikh Rujukan
Permohonan Dibuka 1 September 2011 MOE
Permohonan Ditutup 19 Disember 2011
Keputusan Permohonan Disember 2011
Pendaftaran Pelajar Baru Januari 2012
LEPASAN SPM

Kolej Matrikulasi
Tarikh Rujukan
Permohonan Dibuka 1 Julai 2011 MOE
Permohonan Ditutup 30 November 2011
10 Oktober 2011
Semakan Permohonan Februari 2012
Keputusan Permohonan April 2012
Permohonan Rayuan April 2012
Pendaftaran Pelajar Baru Mei 2012
Keputusan Rayuan Jun 2012

Darul Quran
Tarikh Rujukan
Permohonan Dibuka 1 September 2011 Darul Quran
Permohonan Ditutup 14 Oktober 2011
Semakan Temuduga 24 Oktober 2011
Keputusan Temuduga 28 November 2011
Surat Tawaran 5 Disember 2011
Pendaftaran Pelajar Baru 4 Januari 2012

IPTA – Sijil, Asasi & Diploma
Tarikh Rujukan
FASA 1 – Pendaftaran Maklumat Permohonan Nov – Dis 2011 UPU
FASA 2 – Pengesahan Permohonan & Pilihan Program Pengajian Jan –Apr 2012
Permohonan Ditutup April 2012
Keputusan Permohonan Mei 2012
Pendaftaran Pelajar Baru Mei/Jun/Julai 2012

NOTA
##Ehsan dari Blogger Amboiii

Maklumat di atas adalah berdasarkan makluman dari ePutra. Maklumat ini tertakluk kepada pindaan oleh pihak berkuasa yang berkenaan. Jika ada maklumat mahukan maklumat terkini harap dapat berkunjung ke ePutra, terima kasih.

KSSR