Thursday, August 21, 2014

ANDAI YANG PULANG ITU AKU-MH17



Sepurnama sudah berlalu
pesawat itu ada aku
mendarat bukan ditempatnya
dan entah...
aku sudah tiada agaknya
dirumah...
suami/isteri
anak anak menanti
doa dan airmata sentiasa mengiringiku
mereka menanti aku
yang entah bila pulangnya
saban waktu
mereka doakan
agar aku pulang
seperti aku yang dulu
doa itu termakbul jua
yaaaaa..
aku pulang..dan pasti pulang
tapi tanpa suara dan ketawa
aku pulang sekujur tubuh
buat tatapan seluruh dunia
buat tatapan suami tercinta
buat tatapan ibunda tersayang
buat tatapan anak anak buah hatiku

Terimalah aku seadanya
kebumikan aku seindahnya
doakan aku seikhlasnya
terima kasih kalian..
kerana mencari cari aku
untuk dibawa pulang kepersada negaraku
untuk aku sama-sama meraikan negara merdeka
Sampaikan salamku pada semua
pada rakyat Malaysia kecintaanku
pada semua yang merindui aku
terima kasih atas segalanya.

Selamat tinggal sayang
izinkan aku pergi dulu
kerana 'Kekasihku' sudah menanti
Jangan kau tangisi
Kerana kita berpisah sementara
dan akan bertemu ESOK
di dunia yang kekal abadi

Andai Yang Pulang Itu Aku
Play Video
instrumental
www.youtube.com
instrumental

Wednesday, August 6, 2014

SEBUAH HATI DALAM SEBUAH CINTA

Semalam
adalah hari hari yang indah
semalam
adalah sebuah senyuman
semalam
juga ada tangisan
semalam
ada sebuah mimpi
dan semalam
semua sudah berlalu
hari ini
jangan tanya
cinta tetap ada
antara kuat atau rapuh
terletak pada hati
jawapan tak perlu tahu
hati penentu segala