Wednesday, May 2, 2012

KUSIMPAN MIMPIKU SEMALAM






Sungguh indah lena semalam
bulan berseri berteman awan malam
bayu lembut berbisik rindu
dan aku lena dalam dakapan malam


Berkata bulan dengan penuh sayu
aku adalah kekasih sepanjang masa
mahu hidup selamanya
dan mahu berkorban untuk alam semesta
dan mahu terus menerangi malam sepi


Adakala aku mahu berlindung
pada celahan pohon-pohon kayu
lari dari awan yang sentiasa mengejarku
dan berlindungan dicelahan daun-daun
agar tidak kelihatan buat selamanya


Tapi malam terus datang
dan menjemputku
mahu sinar
mahu cahaya
dan teranglah
dan aku terus hadir
dan hadir lagi


Lalu.. aku lukiskan mimpiku
dalam hati
dan aku bawa berlari
bersama awan berteman
dan aku terus simpan
buat selamanya
dalam hati dan sampai mati

No comments: