Monday, October 8, 2012

RASA ADA,SELERA TAK SAMA

lama sudah blog aku sunyi
tidak ada apa bual bicara
walau rindu memaut rasa
namun rasa malas menjadi sempadan kata

Hari ini perjumpaan kami Guru2 Tahun1
Tidak ada yang penting sangatlah
cuma ada sedikit kekeliruan dalam tugas
mengisi Band2 murid yang masih kelabu asap

Hampir 3 jam bermeeting,bersoal jawab
adakala ketawa berderai,seloka kata aku yang tua
Amnah dan aku yang mulut mmg riuh rendah
walaupun berdepan dengan yang tak manis-manis

Terungkai beberapa soalan yang lama terpendam
mahu bertanya,rasa tak ada kaitan pada diri
namun,permintaan teman,aku bertanya jua
kuaju soalan,terjawab sudah

Bertanya aku,kenapa ada peralihan guru KSSR ke KBSR
tidakkah rasa ada kerugian,pada guru yang sudah mantap KSSRnya
bukankah kemahiran yang ada pada guru itu adalah aset
untuk membentuk murid dan pencapaian sekolah terbilang

Bukan aku mahu membantah akan apa dirancang
sekadar mahu bertanya,agar semua faham
maafku pohon andai soalan melanggari undang-undang
atau marah di hati dan rasa aku sudah bijak berontak

Aku bukan guru yang mahu bersidai dikamar itu
mahu tanya pelbagai masalah teman
aku suka bertanya terus,bersaksi teman seperjuangan
dan senang untuk aku bicara,bila saksi melebihi 4

Jawapan diberi,aku terima
Sebelum kata putus dibuat,sudah difikir baik buruknya
keperluan dan kepentingan sekolah diambil kira
guru terpilih tersenarailah sudah

Setiap yang dibuat ada hikmahnya
mungkin ada rezeki dibalek gelisah
mungkin anda yang terpilih ada cahayanya
mungkin anda insan terbaik

Janganlah gundah di mana saja kita
usah rasa sedih,marah dan tidak puas
cuba harungi walau tidak berdaya
tidak lama gundah itu,ada riang jua akhirnya

Kekadang,kita perlu pujuk gelora hati
perlu berani korbankan rasa
perlu berani gadaikan bahagia
demi sesuatu kejayaan yang kita tak pasti

Terimalah dengan apa cara pun
mmg pada mula rasa kecewa
apakan daya kita manusia biasa
bekerja di bawah perentah

Anggaplah bila dimarah asam garam dalam bertugas
anggaplah herdik itu satu suara pemberi semangat
anggaplah teguran itu pembekal rasa jati diri yang kuat
anggaplah apa yang menyakitkan hati itu bagai debu-debu yang terbang pergi

Dan kita pada hari ini
adalah pendidik yang punya jati diri yang kukuh
tidak gentar andai ombak ganas datang
tidak takut pada sunami melanda

Mari kita sama-sama cuba bangun
hadapi segalanya dengan kuat
biar ada luka dan airmata
kita redah dan terus berjuang

Dalam hati,jangan lupa
buat seikhlas mungkin
jangan hidup berpura-pura
keberkatan itu membawa bahagia

Kerana sesungguhnya

RASA ITU ADA,TETAPI SELERA KITA BERBEZA

No comments: