Tuesday, September 6, 2011

RAMADHAN DAN SYAWAL DALAM KENANGAN


Lama sudah tidak berblog.
kesibukan tugas menghalang minda berfikir dan berkarya.
lama jugak rupanya blogku suci tanpa coretan.
berpuasa di ramadhan berakhir sudah.
syukur...segalanya dapat dilalui dengan tabah dan berjaya.
mengajar aku erti kehidupan susah seorang musafir,
lapar dahaga menanti huluran tangan memberi makanan.
menjadikan aku tambah tabah dalam mengharungi dunia
penuh lakonan dan adakala menjadikan aku kuat.
ramadhan mengajar aku erti kesabaran
dalam menjalani liku-liku kehidupan penuh ranjau.
segalanya mengajar aku menjadi manusia
yang faham erti pengorbanan juga.

Syawal...kulalui dengan biasa-biasa sahaja.
duduk di Shah Alam menunggu orang kampung
datang bertandang.
bersama menemani anak-anak belajar,
kerana peperiksaan yang sedang dan akan dihadapi.
segalanya perlu pengorbanan.
kita perlu meninggalkan anak-anak
yang berilmu untuk mengharungi masa depan mereka,
kerana..hidup kita hanya sementara.
esok lusa kita akan pergi.
aku tiada tanah atau harta yang banyak untuk kutinggalkan.
hanya ilmu sahajalah yang dapat kuberikan.
maka...aku perlu berkorban..
terima kasih pada mertua yang amat memahami
dan datang berkunjung menemui cucunya.

Minggu ini dan minggu depan
anak-anakku bertarung hebat.
Fikri...final exam untuk Final Year.
fitrah..utk UPSR
dan rafiq Trial Exam SPM.
muga semua berjaya cemerlang.
terima kasih pada semua guru-guru yang mendidik anak-anakku
sehingga menjadi manusia .
halalkan segala titik peluh kalian
yang mendidik anak-anakku dari tahun 1.
Yanti,sanisah,baby,marina,syidah,asmaliza,
bob,suzana,amutha,norliza ramli,lim,wazni,siti,
elinda,rahsyid,azizah,kak jem,suami siti,rozita ibrahim
rohana,kak syam,ustaz safri dan ustaz mahadhir,
yang selalu bacakan yassin.
(maaf kalau tak sebut nama...ramai betul cikgu sek 20)
maafkan segala dosa anak-anak akak ya,
juga dosa akak...kalau akak terkasar bahasa.

DOAKAN KEJAYAAN ANAK-ANAK AKAK YA....
TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA.
BUDI KALIAN KUBAWA MATI.


No comments: