Friday, September 9, 2011


BUNGA-BUNGA CINTA





hujan......petang yang sejuk
duduk melihat burung petang
bersama bunyi angin kejap-kejap berdesir
dan bunyi percikan air dari kolam kecil
di pinggir rumah

teringat pada pagi tadi
gelak bersama kawan-kawan
kuih raya penuh mulut
dan gossip ringan memecah sunyi tanpa murid tahun 1




kadangkala ketawa berderai lagi
bermacam resepi disalin
entah bila nak buatnya..tak tahu
bab kedai mamak dirompak
menjadi topik lucu dan menakutkan
roti canai ,tose teh tarik
bagai berita pagi yang hebat

adakala keluar cerita anak-anak
pelbagai ragam bila dewasa
yang lelaki begini yang perempuan begitu
cerita anak-anak masa depan yang penuh mencabar
mana duit nak cari sampai tamat universiti
itulah cerita kami 2 hari ini
sambil memeriksa buku-buku yang berlambak

tahun 2011 belum berakhir
merancang ala kartun tahun 2012
siapa ke pagi siapa ke petang
dan siapa tahun 1 teman kami yang baru
harap tahun depan tidak ada teman yang hadir di tahun 1
seorang teman yang memecah keharmonian kami
guru tahun 1 yang amat menyimpan rahsia buruk kawan
yang menerima buruk kawan dgn hati senang
dibela dan selalu membantu kawan
tanpa ada rasa iri hati dan benci
kawan susah dibantu
kawan sedih kami buat sampai ia ketawa




itulah kami guru tahun 1
buruk kawan tak pernah sampai ke telinga atasan
kami redah bersama dan nasihat menasihati
kami bagai adik beradik
nun jauh duduk di hujung dunia
kami sentiasa ketawa dan riang
bersama keletah anak tahun 1




andai esok 2012
hadir insan baru
jangan kasih kami digugat
jangan sayang kami dibelah bahagi
jangan ada racun dalam manis madu
kami tak rela
andai ada..
akan kami mamah kunyah insan itu
akan kami putar piuh telinganya
akan kami cubit cabai mulutnya
kami tak rela punya kawan
manis depan pahit dan jahat hatinya
mengadu domba tak tentu hala
jangan berani sentuh adik-adikku....
kau perlu berdepan dengan kakak ini
andai mulut celupar kamu dapat kami kesan




andai mahu bersama kami
pastikan mulut dan hatimu bersih
niat jahat kau cuci sebelum tangga tahun 1 kau jejaki
datang mengajar dengan ikhlas
jangan kau tuai padi emas
kau pijak-pijak jeraminya
jangan kau telan madu yang manis
kau tendang-tendang sarang lebahnya




kami sudah berjanji
kami mahu kekal seperti seadanya
kami mahu menjadi yang terbaik
mahu jadi pendidik yang ada wawasan
mahu jadi pendidik yang bersih hatinya
mahu jadi insan setulus-tulusnya
andai ada kesilapan perbaiki bersama
bukan menyalahkan sesama sendiri
andai kami dimarah atasan
kami senyap membisu
membawa lara hati bersama
memujuk sesama sendiri
agar jangan patah hati
mungkin silap kita bersama
di hujung tanjung itu
kami bersama muhasabah diri
adakala malu dimarah tegur dikhalayak murid dan rakan teman
kami cekal,tabah,dalam hati yang sayu sedih
itulah kami tahun 1

yang mengerti hanya insan ini
selalu membakar semangat adik-adik
jangan patah hati,patah semangat
terus berjuang demi anak bangsa
teguran adalah perkara biasa
marahnya adalah sementara
jadikan semua itu bagai haruman wangi
dan anggaplah itu satu cabaran

Dan akan kami sulam cinta kasih kami
walau kami dicaci cerca
akan kami jahit baju yang koyak
lalu kami tampal bunga-bunga sayang
buat pakaian kami di malam bersalju
dalam meniti musim-musim yang tidak diduga
panas,sejuk,angin dan sunami



Itu lah sumpah kami....
mahu bersama?
silakan...dan penuhi dada anda
dengan bunga-bunga CINTA


No comments: