Thursday, January 26, 2012

DI MANA KESEDARAN ITU



 Melihat video ini.perlahan airmata mengalir
merenung jauh pada nasib diri dan insan
yang sentiasa angkuh pada dunia
yang sentiasa mahu bergaduh sesama sendiri
yang sentiasa mendabik dada tanda dia amat berkuasa

Ada kala bertanya aku pada diri
sampai bila mahu membangga diri
tidak mahu menerima hakikat kita salah
adakala hairan jiwa kecilku
menegur tidak diterima,,tidak difikir benar salahnya
masih mahu mengatakan benar
walau diri memang sudah tahu salahnye

Seketika aku duduk berfikir
andai sudah nampak ada gelombang
mahu ku nasihat bina beting pasir
katanya aku bagai penyibuk
tak perlu guna pakai  ,jauhi ,jangan ambil pusing
aku adakala,nampak gelombang itu
sekadar beri pendapat,perlu beting pasir itu
agar bila gelombang datang mengganas
kita selamat atas seia sekata

Aku cuma insan yang mahu kedamaian
tidak suka pada hasad dan dengki
tidak suka pada kejian yang berpanjangan
tidak mahu pada keruntuhan moral dan pemikiran kolot
walau kita semua taraf atasan yang sentiasa menjadi banggaan diri

Namun,siapa hati ini,yang adakala difitnah
mahu menjadikan yang baik,tapi disalah ertikan
jauh di sudut hati....
aku sudah menjalankan satu amanah
supaya menegur bila ada yang rasa pelik
cuba mencabut duri-duri yang kurasa menyucuk kaki
terpulang untuk kalian menentukan
kerana itulah harga yang aku perlu bayar
dan risikonya akan kutanggung dengan rasa puas
kerana aku sudah menjalankan apa yang perlu

Bagi yang amat bangga dengan kehidupan ini
yang masih mahu meneruskan rentak tari tidak diredhai
terpulanglah......
dunia sudah tua
hidup kita sudah sampai ke hujungnya
aku mahu membawa diri
membersihkan hati yang kotor tentunya (jangan rasa hati kita suci)
mencari erti kehidupan sebenar
tidak mahu menilai siapa dia,baikkah dia,itu dan ini
aku mahu duduk menilai diri
perbaiki dosa-dosa semalam,dan tidak mahu menambah lagi

Sesungguhnya......besar dosa mencari salah orang
besar dosa membenci orang
besar dosa menyuruh orang bergaduh
balasannya esok....kunyah bangkai insan dikata
Ya Allah...jauhkan aku dari perkara ini
supaya tidak tercampak lama di neraka
Ya Allah,terima kasih kerana memberi petunjuk
kerana aku tahu..Kau masih sayang pada hambamu ini
memberi kesedaran....aku pasrah
Sesungguhnya aku insan kerdil dan jahil di sisiMu
Kau hantar aku ke duniaMu
buat sementara,untuk aku mengenali pahala dan dosa

Dan aku amat memahami
kerana esok Kau akan datang mengambilku semula
     
       SESUNGGUHNYA

AKU TAHU DI MANA KESEDARAN ITU




















































 





No comments: