Tuesday, April 24, 2012

PINJAMKAN AKU NYAWAMU



Kau hadir dalam hidupku bagai sebatang lilin
dalam malam kelam kau beri aku cahaya
kau datang bagai mentari pagi
terang beri cahaya pada semua

Kau hadir dalam hidupku semalam
bersama wajah penuh sayu
memanggil cintaku yang kaku
dan kau beri aku sebuah harapan

Dalam meniti hidup bersama
kau jaga aku dengan penuh rasa cinta
kau belai aku dalam malam-malam sepi
kau lenakan aku dalam alunan rindu

Kita layari bahtera ciptaan
bersama bunga-bunga cinta kukuh
kita semai benih-benih cinta abadi
lalu tercipta zuriat indah di lipatan hati

Ada kala,istana kita goyah
kita paku bersama kukuh semula
adakala angin bertuip juga
tidak kita jadikan ia taufan melanda

Ada kala kasih kita layu
kita siram segar semula
ada kala cinta kita kering
kita siram ia basah subur kembali

Sejujurnya.....aku selalu berharap
cinta kita akan kekal subur mekar
bagai kuntum mawar yang wangi
dan akan abadi selamanya

Izinkan aku menyimpan kasihmu
izinkan aku menyimpan hatimu
izinkan aku menumpang cintamu
izinkan aku memaut rindumu

Sesungguhnya....
terima kasih kerana menjagaku
terima kasih kerana beri aku kasihmu
terima kasih menjadikan aku suri hatimu
terima kasih lindung hidupku

Tanpamu....
aku bagai musafir
mencari -cari cinta dan kasih
mencari-cari rindu hatiku
dan mati aku tanpa dirimu

TERIMA KASIH SUAMIKU
KERANA .....
KAU PINJAMKAN AKU NYAWAMU



No comments: