Sunday, May 20, 2012

HADIAH UNTUK IBU-DARI ANAKKU RAFIQ


"mak,lagu ni khas apit bagi untuk mak,apit tahu mak dah banyak berkorban untuk apit and seluruh keluarga,apit sayang mak sangat sangat,kalau dulu mak tak rotan apit time kecik kecik dulu,apit rasa mesti apit jadi hantu sekarang,walaupun apit tak dapat result bagus untuk SPM,tapi apit akan berusaha lebih gigih masa di University nanti,thanks mom,iloveyousomuch and yeah you know you are only my special  girlfriend ♥ "- to Kak Anie


Ibu mithali ibu yang sejati,
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami.