Thursday, July 19, 2012

KUAT HATI SEORANG ISTERI



Menjadi aku sorang isteri
adalah impian lama tersurat dihati
sejak dulu,kini dan selamanya
dulu sudah berikrar
akan setia selamanya
mahu hidup mati bersama

Jangan hanya berjanji setia
mahu korban dan renang lautan api
tanda bukti cinta abadi
jangan hanya mahu bersumpah
hanya sebelum bergelar isteri


Kena kuat dalam segala
menjadi batu ,besi dan kayu
jadi awan ,langit dan gunung
jadilah segala
tanda kuat cinta terpatri

Bukan mudah harungi gelora
bina pondok jadi istana
dalam istana hiasi cinta
bina taman cinta firdausi
lahirkan putera dan puteri
bina sebuah keluarga berjaya
bukan mudah



Adakala gelora melanda
sunami juga adakalanya
berperahu pun pecah juga
namun bangun dan bina semula
menjadi bahtera kuat kayunya
tidak pecah dilanda gelombang
dan terus belayar membawa haluan
menuju pulau syurga menanti

Bukan mudah kecapi bahagia
dalam alunan cinta berdua
tidak seindah bicara cinta
kalau tak difahami maksud pengorbanan
jadikan segala bunga indah
hiasi taman bina bahagia
ada duri mencucuk tangan
anggap cuma mimpi semalam

Muga hatiku kuat buat selamanya
terus menjadi isteri mulia
hanya untuk seorang suami
tiada lain tujuan hidupku
kuabadi dihatimu
buat selamanya
dan mahu terus berbakti
sampai hujung nyawaku




No comments: