Sunday, January 26, 2014

2014
Lama sudah kutinggalkan bloq ini
berkarat berhabuk di sana sini
belum ada yang mahu kubicarakan
masih terasa bahang 2013
yang belum banyak kugapai
sekadar tempias hidup
yang belum lebat hasilnya

2014
datang mu tak diundang
intai pun aku tidak endah
sekadar kau datang bertandang
dan kau mahu buang yang lama
dan datangmu tetap datang
dan akan berundur jua esok


No comments: