Tuesday, January 19, 2010

TENANG

Hari ini ....
aku tenang
tiada yang berserabut dalam otak
aku mula ada sedikit gembira di sekolah
mula bergurau senda dengan anak muridku
tidak seperti semalam yang agak panas....
aku boleh tenang...
balek rumah
rehat dan mahu lenakan diri
layan sekejap cafe world aku
seronok jugak jadi chef...
memang sudah lama nak buka cafe
masak apa suka..
cuba resepi ibu dulu dulu
mahu namakan CAFE UMI
mahu cantikkan cafe
dalam bentuk klasik
mahu bagi yang pelik dan terbaik
tapi entah bila
impian itu akan kugapai.......

Monday, January 4, 2010

BUNGA-BUNGA KASIH BERSEMI


Hari ini 4/1 ulang tahun kelahiranku.Aku gembira kerana hari ini juga adalah hari sekolah bermula.Aku ke sekolah seperti biasa.Memulakan hari-hari bermakna dalam hidup.Gembira kerana hari lahirku tahun ini,aku menerima murid baru.Hadiah paling berharga.
Sedang mengajar di dalam kelas,aku menerima panggilan telefon dari pejabat,menyuruh aku ke pejabat.Aku menyatakan tidak dapat ke pejabat kerana ada penjaga sedang
berurusan denganku. Aku terus menerima panggilan ke2 dan ke3.Aku biarkan sahaja.Tidak kujawap.Nanti apa pula kata penjaga muridku.Dalam hati marah juga pada kerani sekolah kerana tidak memahami.
Aku terus menjalankan tugasku.Nantilah....aku akan ke pejabat nanti
Dari dalam kelas aku lihat Pn Rahimah naik dengan sejambak bunga di tangan.Amboi...bunga siapa tu..bisik hatiku.Cantikkk.Untung sapa yang punya.Pn Rahimah masuk ke kelas dan menghulurkan bunga itu dan mengucapkan Happy Birthday.Aku dan penjaga muridku tergamam.Aku terus memeluk Rahimah.
Aduhhhh....bunga dari suamiku rupanya...Dihantar oelh pekerjanya Rafiq.Terima kasih abang.Tidak kusangka kasih sayangmu terlalu luhur.Terima kasih pada Rafiq kerana menyusahkan kamu.Kasihmu abang akan kusimpan rapi dan akan kujaga dengan penuh rasa tanggungjawab.Terima kasih atas segalanya...Muga jodoh kita akan kekal selamanya di dunia dan akhirat.

Sunday, December 27, 2009

Balik Kampung

Jumaat 25 dec
pulang kejap ke Kedah
jumpa ibu mertua dan atuk
semua sihat..alhamdulillah
perjalanan selamat walaupun sesak
nasib tak bertembung dengan kemalangan ngeri itu

sampai kampung relax
hirup udara nyaman.
orang kedah kata musim timur
kering dan berangin
malam..sejuk

27hb..buat bubur asyura
orang kedah punya bubur lain
tak macam bubur Shah Alam
sedap gakkk

Pukul 1 petang bertolak balek ke Shah Alam
Pukul 7 malam sampai rumah
Malam...bakar kambing
makan dengan sos lada hitam
rehattttt....

Thursday, December 24, 2009

Masih mahu bercerita.

Aduhai
lama tidak bermanja dengan blog
mahu rasa tidur dan berehat sahaja
jauh perjalanan masih lagi terasa letihnya
minggu depan dah mula ke sekolah
meeting guru kali pertama untuk 2010
apakah tahun depan banyak cerita sedih pilu
atau tawa ria seperti selalu
dan yang lepas-lepas

Dalam meniti usia menghitung tahun
untuk aku bergelar pesara
rasa macam mahu saja bersara awal
duduk di rumah menghabiskan waktu-waktu tua
berehat sahaja di atas sejadah

Rasanya sudah tidak berdaya untuk mendidik
anak-anak yang banyak memberi cabaran
kawan-kawan yang banyak memberi dugaan
kerenah demi kerenah alam pendidikan
yang banyak peliknya.....

Entah....
berdayakah aku sebagai guru
mendidik anak bangsa
yang berbilang bangsa
yang adakalanya
dengki pada bangsa sendiri
entah.....

Sunday, December 13, 2009

Bertugas

Hari ini hari pertama Fikri
Mula menjalani praktikalnya
Awal dah bangun
Haaa....
Bertugaslah
Belajar hidup susah
Menjalani hidup sebagai pekerja

Itu baru praktical
Tak payah fikir gaji
Rumah kereta yang nak dibayar
Rasalah peritnya

Ayah ibu yang menjaga kamu
Perlu fikir semua
Rumah,kereta,makan pakai anak-anak
Fikirlah......

Monday, December 7, 2009


Sampai Dubai pkul 10 pagi.Terus ke ABC Arabian Suites Dubai.Kami keletihan,terus tidur.Malamnya kami keluar ke Kota Dubai menghayati malam di Dubai.Sungguh indah....
Menghabiskann malam di Dubai Mall tidak dapat diucap dengan kata-kata.
Esoknya...kami jelajah Dubai.Banyak tempat menarik kami lawati.Dubai adalah sebuah bandar moden yang ulung di dunia.Sungguh kaya...
Malamnya...kami pun pulang ke KL jam 3 pagi...Sampai di KLIA pukul 2 petang.Selamat pulang ke Malaysia...


Hari ke6 dan ke7
Kami meneruskan perjalanan ke Birmingham.Di sana kami menghabiskan masa berjalan sekitar kota sahaja.Tidak lama di sini.Kami pulang ke London untuk ke Dubai pula.Sempat pusing-pusing kota London untuk mengucapkan Good Bye.Entah bila dapat datang semula...Malam jam 2 pagi kami terbang ke Dubai.Selamat tinggal London.

Hari ke 4 dan ke5
Kami menyewa MPV menuju ke Manchester.Tidur di Premier Appt.Dari situ,kami jelajah seluruh Manchester,Liverpool,Leeds dan New Castle.Amat indah pemandangan di sana.Rumah mereka,bangunan sejarah,kebersihan dan segalanya diambil berat.Tidak aku jumpa sampah berlonggok,remaja melepak,bunyi motor memekak telinga....hairan...ke mana pergi remaja England.
Tempat menarik sekali ialah di Liverpool.Tidak dapat kugambar dengan bicara.Nikmatnya rasalah sendiri bila anda ke sana.Anak-anakku amat gembira bila dapat bergambar di Stadium Manchester dan Liverpool.Mungkin ini bagai mimpi yang menjadi kenyataan setelah lama berangan-angan.
Di Leeds dan New Castle,kami tidak lama.Sampai dah malam.Pusing-pusing keliling,kami pulang semula ke Manchester.Kami habiskan malam di shooping mall Manchester saja...Besar sungguh...tak habis jalan pun..

Hari ke2 dan ke3 di London,cuaca kurang baik.Hujan serta kesejukan membataskan pergerakan kami.Kami menggunakan perkhidmatan London Sightseeing Tours.Menaiki bas dua tingkat,jelajah seluruh Kota London,sukar untuk kami lupakan.Banyak gambar kami ambil.Anda boleh lihat di Facebook saya.Kami melawat Big ben,London Eye,Buckingham Palace,Menaiki Cruice menyusuri sungai Thames.....semuanya indah belaka.Rasanya tidak terulang sejarah itu.Mungkin itu sekali dalam hidupku.

Kenangan di London


26/11/2009
Perjalananku bermula di sini.Menaiki Emirate satu kenangan yang tidak akan dilupakan.Sampai di London,udara sejuk menanti kami.Setelah ke Earls Courts,kami jelajahi malam di kota London...amat teruja dan indah.Bandar moden dan penduduk yang telah lama maju merungkai persoalan...kenapa manusia ini maju.Aku telah tahu jawapannya.Menaiki underground train,kami jelajahi malam penuh sinar cahaya di london.Pulang lewat jam 12mlm.ami berehat di appt. Earls Courts.

Wednesday, November 25, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA


Maafkan segala kesalahanku....
Halalkan makan minumku
Doakan kesejahteraan kami sekeluarga

Persiapan Terakhir..

Tinggal satu hari sahaja untuk kami bersiap-siap sebelum bertolak ke England.Aku ke klinik mencari bekalan ubat untuk aku dan anak-anak.Risau jugak...mana tahu..kot semput nanti.Sempat jugak mencari rendang yang sudah siap dimasak.Boleh jugak cicah dengan roti.Nak buat sendiri dah tak larat.kemudian lari pula ke bank....ambil sedikit wang..tukar ke pounds.sikit je duit England.Apa nak beli ni...ahhh..jalan ajalah kat london tu...murah beli.mahal tak payah..he he
Apa-apa pun aku akan menulis di blog lagi.Daaaaa...

Tuesday, November 24, 2009

DOA AKU SEORANG IBU

Malam-malam begini
aku tidak lena
bangun....
menulis lagi
hati rasa sunyi
terkenang anakku..
anakku sipari-pari juga
apa sedang kau buat

Paling kurindu...
pada sipari-pari
amat kurindu
entah mengapa
kasihku makin menebal

Hai....sipari-pari
kenapa aku begini
mengapa tuhan jadikan
aku....merinduimu
ahhhhhh.....keluh kesah

Selamat Malam Si Pari-pari

KAWAN-KAWAN



Indah bersama kawan-kawan
tidak mungkin kulupakan

Saturday, November 21, 2009

CUTI SEKOLAH BERMULA

Cuti sekolah dah pun bermula.Isnin hingga Rabu masih perlu ke sekolah atas arahan.Menghabiskan kerja-kerja yang perlu sebelum cuti panjang.Aku bertugas di bilik APD.mengemaskini fail-fail bilik APD.Ada banyak perkara perlu diserahkan kepejabat juga.
Aku juga mahu bertemu kawan-kawan sebelum meneruskan perjalanan jauhku.Memohon maaf sempena Aidil Adha.Terima kasih pada kawan-kawan FB yang tak jemu-jemu melayan kerenahku.Terima kasih pada pentadbir juga.
Saya sayang kamu semua..

Monday, November 16, 2009

CINTA LUAR BIASA



Sungguh indah cinta ini
hanya yang memahami
tahu apa makna cinta ini
menumpang kasih yang entah
siapa empunya diri
merasa hangat cinta suci
dari hati yang cukup luhur...

Wednesday, November 11, 2009

SEBELUM MENGEMBARA

Riang hati anak-anak bila suamiku membawa pulang tiket yang sudah dibeli untuk kami sekeluarga.Aku pun tumpang gembira.Sudah lama kami mahu membawa anak-anak berjalan ke negara orang.Mula-mula mahu ke Beijing saja,tapi suamiku mahu membawa kami menjelajah seluruh England.Untuk beberapa minggu ini aku agak sibuk di hujung minggu.Membeli pakaian musim sejuk untuk kami semua.Malas nak fikir panjang,kami shooping aje kat Universal Traveller.Aku memilih pakaian yang agak memuaskan hati semua anak-anakku. Kami juga ke kedai kasut,mencari kasut untuk Fitrah.Cerewetnya dia.Pusing-pusing diSunway,,aku penat..dan kami pun pulang.Suamiku sibuk mengatur perjalanan.Kami pergi tidak melalu travel agency.Suamiku juga sudah menempah hotel di London.Sememangnya 26 nov terlalu lambat bagi anak-anakku.Begitu jua aku....he he...Muga percutian yang dirancang ini berjalan baik.

Sunday, November 8, 2009

KENANGAN SILAM

Ahhhhhh!!!!!!!! hujan-hujan begini
ingatanku semasa zaman kecil
bermain di anak sungai
mengail ikan,puyu,keli,putih
mandi di sungai....

Abah...mendalamkan parit
untuk laluan air yang melimpah
tapi,,,tiga hari hujan tak henti
banjir...

Aku tidak ke sekolah
duduk di dalam rumah
makan ubi rebus
cicah sambal dan ikan masin
kopi 0 panas

terkenang aku..
emak goreng ikan keli
masak sambal
sedap!!!!

Bila kukenang
airmata genang dipipi
susah hidup anak-anak kampung dulu
tapi semangat amat kental
mahu berjaya dalam hidup

untuk anak-anakku
rasalah sedikit
keluhan dan rintihan kami
keluh kesah membesarkan kalian
mahu menjadikan kalian yang terbaik
buat bekalan kalian di masa depan

Ingat anak-anakku..
Hidup perlu banyak pengorbanan
perlu punya hati yang kuat dan cekal
untuk kau terjah segala rintangan
perlu ada....Kesabaran

Saturday, November 7, 2009

2 MINGGU LAGI

2009,kulalui sebagai pendidik hampir kepenghujungnya.2 minggu lagi akan bercutilah anak-anak didikku.Aku sebagai pendidik pula mula menarik nafas sedikit lega.Keluh kesah mendidik juga nampaknya hampir berakhir sudah.Ahhhh...penat juga jadi pendidik ni.Sudah 22 tahun aku bergelumang dengan tugas ini.Jauh di sudut hati aku belum puas sebenarnya.Itulah seorang guru.Walau sudah bersara pun mereka akan rindukan alam persekolahan.Suara anak-anak didik di sekolah tidak sama dengan suara anak-anak di rumah.Walau pun penat ,aku tetap rindu pada anak-anak didikku.Apa lagi bila lihat anak-anak itu berjaya.Yang tak berjaya pun,ia telahku bekalkan sedikit nasihat supaya sentiasa bersyukur dengan kebolehan yang Allah anugerahkan.Muga tahun depan aku tetap bersemangat menerima pelajar baru pula...