Wednesday, November 16, 2011

ANTARA 5A DAN RM100



Esok 17/11/2011
tarikh keramat
untuk anak-anak Tahun 6
termasuk puteriku seorang
apa hasil 6 tahun belajar
ada cahaya terang atau sedikit malap
dalam hati aku bertanya
mampukah anakku tersenyum bangga
atau ada lelehan airmata sedikit kecewa





sebagai ibu,apalagi pendidik seperti aku
5A adalah harapan walau adakala hati pasrah
namun ibu mana tidak mengharap
tapi saja tidak mahu ditunjuk
takut anak patah hati
tapi segala usaha telah dibuat
hanya tawakal saja meniti bicara

dalam kerisauan aku seorang ibu
ada risau diwajah anak
disembunyi balek gelak tawanya
namun aku tahu....dia juga amat risau
takut ayah ibu kecewa

namun...segalanya kita serahkan
PadaNya yang menentukan
balasan pada yang sudah berusaha
kegagalan pertama bukan pengakhir usaha
tetapi kejayaan pertama amat penting
untuk mengorak langkah ke arah lebih cemerlang

jangan kata ini baru tahun 6
permulaan mesti cemerlang
itu aku amat pasti dan akan pasti terusan
maka..doaku terbaik untuk semua Murid tahun 6


Esok juga...sumbangan RM100



Untuk setiap murid di sekolah
untuk persediaan bukak sekolah
Nak tanya....adakah ia digunakan untuk apa yang kerajaan mahukan
meringgankan beban ibubapa
untuk membeli alatan persekolahan anak-anak
buka sekolah 2012

Atau bagi ibubapa yang susah
persediaan ke sekolah bukan terlalu penting bagi mereka
rezeki yang diberi ditadah syukur dan meringgankan beban dapur
untuk anak-anaknya makan
dan bila buka sekolah nanti
hanyalah seperti tahun-tahun biasa
serba kurang tetapnya
buku ,alat tulis,baju,kasut,beg,masih 2011 yang dulu
Ahhhh....RM 100...hanya sepasang baju dan sedikit alat tulis.
buku pun tak lepas....tentu alasan itu diberi
biasalah..manusia.tidak pernah mahu bersyukur
dan masih lama lagi mahu difikir tentang buka sekolah 2012
dan sumbangan itu bagai hadiah untuk mula bercuti
dan sebagai belanja menunggu gaji november selepas kering di Raya Haji
TIDAKKAH BEGITU....harap tidaklah

Cuma.sebagai pendidik
aku mahu melihat
setakat mana ia berjaya
agar diawal pembukaan sekolah,tidak ada suara muridku berkata
"cikgu.mak kata.buku nanti tunggu gaji,baru nak beli"
dan tentunya aku tak perlu lagi belikan muridku sebatang pensel pun
untuk permulaan sekolah 2012.

Untuk semua ibubapa
gunakan sebijaknya apa yang diberi
walau tidak banyak pun jumlahnya
tunjukkan pada anak...itu hak mereka
dan jadikan RM100 itu langkah permulaan menyimpan
andai anak itu belum ada sebarang akaun di Bank

JADILAH IBUBAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB KERANA KITA ADALAH
CERMIN KEPADA ANAK-ANAK KITA

No comments: