Saturday, November 5, 2011

SISTA BUAH PINGGANG





Sista buah pinggang kebiasaannya lebih kerap ditemui di kalangan mereka yang berusia lebih lima puluh tahun. Kira-kira sembilan puluh peratus daripada pesakit sista buah pinggang tidak menyedari bahawa mereka menghidapinya. Sista buah pinggang mempunyai tanda-tanda yang sangat sedikit. Gejala sista buah pinggang termasuk sakit di belakang atau tepi, demam atau sakit bahagian atas abdomen dan kadang-kadang tekanan darah tinggi. Terdapat dua jenis sista buah pinggang, iaitu sista buah pinggang ringkas atau sista buah pinggang komplek.

Majoriti mereka yang mempunyai sista buah pinggang kebiasaannya dari jenis sista buah pinggang mudah. Sista jenis ini adalah dari jenis bukan kanser dan biasanya akan hilang sendiri. Sista buah pinggang kompleks dipanggil begitu kerana sista jenis ini mempunyai beberapa ciri kanser buah pinggang. Sekiranya anda menghidapi sista jenis kompleks, doktor anda boleh membincangkan rawatan kanser buah pinggang dengan anda.

Anda juga boleh mempunyai sista buah pinggang dua hala. Ini adalah sista di kedua-dua buah pinggang. Dan kemungkinan besar ianya dari jenis sista buah pinggang mudah. Umumnya sista jenis ini tidak memerlukan rawatan. Sista buah pinggang mudah juga kebiasaannya tidak dapat dikesan melainkan anda mempunyai beberapa jenis imbasan biasanya untuk masalah lain. Dalam beberapa kes doktor anda akan memeriksa untuk memastikan bahawa anda adalah sista mudah dan bukan komplek.

Sekiranya masalah sista buah pinggang menyebabkan anda mengalami ketidakselesaan, maka anda harus cuba mengamalkan diet buah pinggang. Diet ini akan membantu anda mengurangkan gejala-gejala tersebut. Selain itu anda juga harus berjumpa dengan pakar kesihatan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang gejala yang anda hadapi.

Anda juga seharusnya sedar dan berhati-hati dengan tanda-tanda kegagalan buah pinggang. Tanda-tanda seperti bengkak di kaki, sangat sedikit pengeluaran air kencing, kerap dahaga, kadar denyutan jantung laju, pening yang semakin meningkat, kehilangan selera makan, loya dan muntah juga boleh termasuk dalam simptom sista buah pinggang. Tetapi harus diingat, hanya kerana anda mempunyai beberapa gejala-gejala ini tidak bermakna anda telah mengalami kegagalan buah pinggang, tetapi anda perlu buat pemeriksaan dengan doktor anda.

No comments: