Wednesday, April 11, 2012

KAU SINGGAH SEKEJAP DI HATI KAMI






Sayang,
kau datang dalam rahim ibumu
membawa harapan yang amat tinggi
kau diam dalam rahim ibumu
bagai memberi harapan yang tidak tahu capainya
kau datang dan tinggal dalam naluri ibumu dengan riang

Sayang,
ibumu bawa kamu dengan semangat
ibumu dodoi kamu dalam lena dakapan kasih
ibumu bawa kamu dalam derita sengsara
tapi senyum tetap di bibir biar hati keluh kesah

Sayang,
kau hampir di beri padaNya lebih awal
tapi ibumu mahu melihat kau hadir dalam hidupnya
biarpun cuma sekejap
walaupun nyawa digadai

Sayang,
doa demi doa ditadah
harapan terus diberi
lahirmu diharap
wajahmu mahu ditatap

Sayang,
dalam gelisah dan redha
ibumu berjuang untuk membesarkanmu di dalam rahim ciptaan Illahi
dengan denyut jantungmu
ibumu harungi hidup bersamamu selama 38 minggu
dengan penuh semangat.

Sayang,
11/4/2012 jam 4.57
kau hadirjua
tapi hadirmu tanpa suara
kau pergi,semasa di rahim ibumu
tidak mahu melihat kami
walau cuma seminit dua

Sayang,
kami pasrah
setiap yang terjadi adalah ketentuan
wajahmu comel kami tatap
bersama iringan airmata
pergilah sayang
ibumu amat kuat
bersama ayah dan abang-abangmu
bergembiralah di syurga
dan nantilah ibumu di sana

Sayang,
terima kasih kerana hadir
terima kasih kerana memberi denyut rasa nadi pada ibumu
terima kasih kerana memberi rasa sayang pada kami
terima kasih kerana sudi hadir dalam dakapan ibumu

Sayang ,
TERIMA KASIH
KERANA HADIR DALAM HIDUP KAMI
WALAU SEKEJAP
DAN KAMI HANTAR KAMU
DALAM DAKAPAN RINDU
KE SYURGA......

2 comments:

mrs. atong said...

bderai air mata baca coretan k.ani.... sedih, hiba, pilu yg kita rase tp mcm mana la k.nisah nk hadapi semua ni.... semoga Allah memberikan jutaan kekuatan buat mereka sekeluarga!

Puan Rohani said...

Muga mamanya kuat .