Saturday, January 26, 2013

INSAN CEMERLANG,JIWA TENANG,HATI SENANG




 Kita adalah insan
Menumpang atas dunia
Aku dengan caraku
Yang sederhana

Kita adalah hamba
Berbakti pada Yang Esa
Aku mencari sinar
Keredhaannya

Kita sama sahaja
Bezanya cuma amalan kita
Engkau dan juga aku
Saling perlukan

Oh cinta yang murni
Sebagai ikatan
Yang kukuh di hati
Demi masa depan
Jangan dihancurkan
Hidup yang indah ini
Akibatnya merana

Jangan hancurkan
Hidup yang indah
Kita adalah hamba Yang Esa

Indah sungguh bait-bait kata lagu ini.Inilah sedikit dari pengisian LADAP 1 kami hari ini.Sebanyak sedikit tercuci jugalah minda dan hati.Memang kita insan yang perlu diingat dan mengingati sesama sendiri.Selagi bergelar manusia,kita tidak boleh lari dari melakukan kesilapan.

Namun dalam apa suasana,kita perlu teruskan hidup.Memang kita akan selalu hadapi pelbagai masalah,dan kita akan stress.Tapi kita perlu pandai tangani masalah strees ini.Sebagai orang beragama...agama apa sajalah,kita ada TUHAN tempat mengadu.Pada kengkawan yang memahami dan mengerti ,adalah salah satu tempat melepaskan stress kita.Tapi awas,jangan salah pilih teman,makan diri dan  takut,kita jadi bahan fitnah mereka.Apa-apa pun lah,kekuatan dalam diri amat penting.

Kadangkala,kita perlu akur,akan kesilapan yang kita buat.Perbaiki diri dan jangan ulangi kesilapan.Biarlah orang nak kata apa sahaja,kita redhakan ajelah.Sekurang-kurangnye,kita dah nampak jalan lurus yang tidak berliku.Mereka yang masih di dada gelombang,masih terus terkapai-kapai mencari daratan.Tak apalah.Kita kena pujuk hati kita.Kena jadi kental.Kalau setakat duri-duri jalanan,kita tak boleh hadapi,bagaimana mahu ikut ke lurah penuh ranjau dan ular berbisa.

Ayuhhh....jangan gentar.Dalam hidup,kita kena ada "TARGET".Nak ke arah itu,bukan senang.Banyak rintangan yang perlu kita lalui.Nak jadi cemerlang,bukan mudah.Bukan setakat duri kecil nak dipijak-pijak....banyak lagi laluan-laluan sukar perlu dihadapi.Dan bila kita kuat menghadapinya...insyaallah,kita akan capai apa yang kita inginkan.

TAPI JANGAN LUPA...walau apa pun motivasi diberi..yang penting,tanya diri...mahu berubahkah kita.Atau setakat memenuhkan apa yang perlu dipenuhkan.Hati kita...masih kosong.Kita masih di takok lama.Hati masih itu-itulah.Jumpa masih tak bertegur sapa.Cakap I lOVE U,MAAFKAN SAYA..harap panas itu sampai ke mati.Tak cuma hanya sehari,dua hari..paling lama seminggu mungkin.

Segalanya..bermula dari hati.Memang mudah kata SAYA BOLEH..Pengisian ke arah itu perlu bersama niat di hati.MAHU BUAT?BOLEH BUAT?...cuba dulu.Perlahan-lahan.Jangan kalut...takut patah di tengah jalan,bersama semangat yang terjunam ke bumi..Apa pun ...relax..cuci minda.cuci hati.Pelan-pelan atur langkah.Silap atau tergelincir,,merayap dulu,merangkak,pelan-pelan duduk,pegang dinding atau apa sahaja,bangun.Jangan terus berlari..kerana belum tentu saraf anda masih berfungsi.Jalan pelan-pelan,berhenti,jalan lagi...dan cubalah berlari semula.

Apa-apa pun...kekuatan dalaman sangat penting.Bersama doa,bergeraklah.Jua iringan semangat dari hati...buatlah apa pun.Ikhlas itu penting.Kita buat kerja kita.Usikan-usikan suara belakang tabir,itu bukanlah urusan kita.Kita serahkan diri kita pada ALLAH.Hanya dia yang tahu apa kata isi hati kita.Jangan gundah .Kan kita dah janji,nak buat sebaik mungkin.Ingat!!!kita kena ikhlas dalam apa sahaja.Kan kita dah janji..mahu bersama menuju ke "TARGET" kita.Maka...ayuh.Jangan patah hati,patah semangat.Terus buat apa yang kita sedang buat.INGAT..ALLAH lihat apa kita buat.Tak perlu tunggu org lain datang lihat.Pujuk hati kita.Kata pada diri.Aku buat sebab aku diamanahkan.Dan ALLAH suka melihat apa yang kita buat,kalau ia jalan untuk kebaikan.Maka...
jangan SENTAP bila ditegur.Kan teguran itu untuk membina jati diri kita.Dan kita perlu sayang kengkawan yang sudi menegur kita.Tak perlulah sangat rasa diri hebat.Tanya diri kita,ADAKAH AKU HEBAT DI SISI ALLAH.Itu sudah cukup.

Wah.!!!!!..LADAP tadi taklah banyak mcm ni.Tapi bila digabungkan 2 pakar motivasi tadi,maka inilah yang boleh dibuat kesimpulan.

Sebelum berundur,mari kita sama-sama fikirkan:
Jika ada 100 orang yang cemerlang
aku adalah antaranya.
Jika ada 10 orang cemerlang
akulah orang yang pertama
Jika ada seorang cemerlang
akulah orangnya.....

Nak tambah sikit
Mahu juga cemerlang di sisi ALLAH.

Sahabat yang sudi mendengar resah hati kita,sudah cukup meringankan beban.                     


Mohon maaf andai kita pernah melakukan kesilapan.Andai selepas itu kita tak dimaafkan,itu bukan urusan kita lagi.Berdoalah mencari keredhaan ALLAH.                           




































































Friday, January 25, 2013

2013

Wah.... agak lama jugak tak berceloteh di blog.
terlalu sibuk rupanya
menjalani hari-hari sebagai pendidik
apatah lagi tahun ini memegang sedikit jawatan
nak kata berat,sedikit ringanlah

Menjadi manusia yang kira baru belajar
menjadi ketua buat adik-adik Tahun 1
alhamdulillah...
atas bantuan dan kerjasama yang adik-adik guru berikan
dapatlah agak jalankan beberapa aktiviti dengan baik

Sibuk di sekolah,di rumah sebagai ibu
tidak dapat lari dari kesibukkan
melayan anak dara akak FITRAH
persiapan yang tak pernah cukup
untuk ke asrama

Memang selalu rindulah pada budak seorang ini
kawan dan teman kelahi sepanjang cuti sekolah
dan bila sekolah dibuka
sunyi rumah tanpa suaranya....

Dah jadi kakak di asrama
harap bertambah matang
dan pandai menilai erti hidup
mmg nyata...dia amat matang
dan mahu terbang jauh...lepas SPM nanti...
Doakan dia yer ..pembaca budiman
agar menjadi gadis manis berilmu
sopan dan muslimah sejati..

Pada anak murid tercinta
apalagi yang perlu diukir bicara
mengajar ajalah mereka
sedaya mampu
muga gaji yang akak dapat
halal semuanya

Tak baik kan,mengeluh kata penat.,
apa lagi..marah dan benci
kekadang rasa juga dalam hati
tersebut juga ..kita hanya insan biasa
manalah suci benar hati ini
masih ada kotoran2 yang perlu dibersihkan

Muga tahun ini,dapat sedikit mencuci hati
sekadar membuang daki2 semalam
buat diisi ilmu Allah yang agung
muga sentiasa dirahmati
dan diterima amal ini oleh yang empunya alam

Untuk melewati hari-hari yang mendatang
rindu juga pada keindahan alam
untuk pembaca yang sudi singgah
ikhlas dari akak....





CREAM PUFF

Kongsi dari Dapur Mama-Rakan blogger.TQ

Cream puff


Bahan-bahannya :
(untuk 28 biji cream puff)

125 gm self raising flour atau tepung gandum
2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur

Bahan-bahan untuk inti jagung :

1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 cawan jagung dalam tin
1/2 cawan tepung kastard
5 sudu besar gula

Cara-cara untuk buat puff :

Panaskan air, gula dan butter dalam periuk sampai mendidih. Masukkan tepung, kacau hingga adunan tak melekat pada periuk. Sejukkan. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan lebih kurang 30 minit. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipekan inti jagung.

Cara-cara untuk membuat inti :

Kacau tepung kastard dengan air. Masukkan kedalam periuk bersama susu cair dan gula. Kacau hingga naik wap. Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak. Biarkan sejuk sebelum dimasukkan kedalam puff. Selamat mencuba.:)

Makaroni Bakar

Dari dapur Mama

Makaroni bakar


Bahan-bahannya :

2 camca besar minyak masak
2 camca besar jintan manis, digiling halus
2 camca besar jintan putih, digiling halus
1 cm halia, digiling
2 camca besar rempah kari daging
1/2 cawan air
250 gm daging kisar
100 gm bawang goreng
375 gm makaroni, direbus dan disejat
2 1/2 cawan pati santan
5 biji telur
2 tangkai daun sup, dihiris halus
1 cawan sayur campur
2 camca besar tepung gandum, dibancuh bersama air
garam dan serbuk perasa jika suka.

Cara-cara membuatnya :

1- Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan giling, rempah dan sedikit air. Kacau sehingga rempah garing.

2- Masukkan daging dan kacau rata. Apabila hampir kering, angkat.

3- Masukkan bawang goreng, makaroni, pati santan dan telur yang dipukul sedikit, daun sup, sayur campur, bancuhan tepung, garam dan serbuk perasa.

4- Sediakan acuan yang dilengser dengan minyak dan bakar makaroni 30 minit pada suhu 190 darjah celcius.

Thursday, December 13, 2012

KSSR-DIDIK HIBUR


Didik Hibur
oleh:
Dr . Zailah Zainudin, IPG Kampus Raja Melewar

Pengenalan.
Didik hibur adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan murid-murid. Walaupun murid seronok tetapi objektif pengajaran dan pembelajaran masih dapat dicapai seperti yang ditetapkan. Oleh itu, guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran agar isi kandungan mata pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan

Latar Belakang Didik Hibur
Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran bermula apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang memutuskan bahawa PPSMI dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjelang tahun 2012.

Kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur di sekolah rendah untuk merealisasikan hasrat transformasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Adalah diharapkan pendekatan didik hibur dalam bilik darjah akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif serta berpusatkan murid. Justeru pengajaran guru akan lebih mudah dihayati dan difahami oleh murid.
 
Definisi
Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati

Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi secara sistematik dan terancang.

Ciri-Ciri Didik Hibur
Antara ciri-ciri didik hibur dalam pengajaran adalah seperti berikut:
 
(i)     Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.
 
(ii)     Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur.
 
(iii)     Murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif, gembira dan tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya.
 
(iv)    Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan  pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.
 
(v)     Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti p&p.
 
(vi)    Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.
 
(vii)    Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.
 
(viii)    Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik  dalam keadaan terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik.
 
(ix)      Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya dalam keadaan terkawal.
 
(x)       Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.
 
Faktor Yang Mempengaruhi Pelaksanaan Didik Hibur.
Guru:
Kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu adalah terletak kepada kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan perancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai guru, beberapa perkara berikut perlu dipatuhi, iaitu:
 
( i )   Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakut atau menggerunkan murid
 
( ii )  Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid.
 
(iii)   Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak.
 
(iv)   Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik.
 
(v)    Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti.
 
(vi)   Guru boleh membuat pelbagai suara.
 
(vii)   Boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik.
 
(viii)  Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian.
 
(ix)   Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian mendadak
 
(x)   Guru atau fasilitator seorang yang fleksibel

Aktiviti
Kejayaan didik hibur secara kerkesan bergantung kepada aktiviti yang dirancang. Walau bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira oleh guru semasa merancang aktiviti didik hibur dalam bilik darjah, iaitu:
 
( i )   Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar.
 
( ii )   Jalankan aktiviti yang murid-murid sedia ketahui berdasarkan silang budaya yang sama.
 
( iii )  Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan masa pembelajaran yang sesuai atau waktu yang fleksibel.
 
( iv )  Aktiviti didik hibur boleh dilaksana, dijalan dan diselesaikan bersama murid-murid tanpa ada banyak masalah atau halangan.
 
( v )  Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara murid.
 
( vi )  Sediakan peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti oleh murid.
 
( vii ) Aktiviti didik hibur yang dirancang juga perlu memberikan kepuasan kepada mereka yang menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin murid.

Penutup
Pada dasarnya amalan penyerapan didik hibur bukanlah perkara yang baru dalam siri pendidikan negara. Untuk tujuan penegasan istilah didik hibur digunakan secara jelas sebagai komitmen yang bersungguh-sungguh kerajaan untuk mengaplikasikan pendekatan ini yang diadaptasikan menerusi pendekatan ‘Fun Learning’ yang digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran
 

KSSR -MENAAKUL


Apakah Kemahiran Menaakul?
Apakah itu menaakul (reasoning)? Sebenarnya pelbagai istilah boleh digunakan bagi menerangkan apakah itu menaakul (reasoning). Antara istilah yang biasa digunakan ialah pemikiran kritikal (critical thinking), pemikiran aras tinggi (higher-order thinking), penaakulan secara logic (logical reasoning) atau penaakulan mudah (simply reasoning).

Istilah-istilah tersebut digunakan secara berbeza berdasarkan kepada bidang yang dibincangkan. Namun demikian, daripada pelbagai jenis bidang tersebut ianya mempunyai perkaitan dan kesamaan. Kemahiran menaakul biasanya digunakan dalam proses menyelesaikan masalah dan ia merujuk kepada kebolehan kognitif seseorang yang melibatkan pemikiran secara sistematik dan abstrak. Kemahiran berfikir dalam aras yang lebih tinggi adalah semakin penting dan perlu bagi pembangunan modal insan bagi abad ke 21. Bagi menyediakan rakyat ke arah tersebut, perubahan kepada tahap pemikiran pelajar-pelajar di sekolah harus segera dilaksanakan. Usaha-usaha tersebut adalah sangat diperlukan daripada pihak guru-guru di sekolah dalam menerapkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru-guru perlu lebih kreatif 
dalam memberikan aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar kepada pelajar sebagai asas dalam melahirkan pelajar yang mampu membuat penaakulan secara logik dan sistematik yang mana akhirnya mereka mampu bersaing dalam dunia pekerjaan yang semakin mencabar. Pemikiran secara kritikal sperti menjalankan kajia, membuat hubung kait dan menilai segala aspek permasaalahan dari pelbagai situasi adalah amat perlu bagi melahirkan pelajar yangberfikiran aras tinggi.

Setiap pelajar mempunyai potensi kearah pemikiran aras tinggi dan kemahiran menaakul merupakan satu asas dalam mengembangkan potensi tersebut terutamanya dalam matematik. Untuk menjadikan pelajar itu lebih yakin dan mampu menjana idea pembelajaran sendiri, mereka perlu berkembang dalam kebolehan berfikir secara logic dan bertindak dengan lebih kreatif. Untuk membekalkan situasi pembelajaran berkenaan berlaku, adalah penting penekanan diberikan kepada kemahiran menaakul dalam apa jua aktiviti pembelajaran yang dijalankan.

Dr . Zailah Zainudin, IPG Kampus Raja Melewar menerangkan Kemahiran Menakul adalah seperti berikut:

Pemahaman dan penguasaan kemahiran kritis, kemahiran kreatif dan strategi berfikir akan menjadi lebih mudah sekirannya seseorang individu berkebolehan membuat penaakulan secara induktif dan deduktif. Melalui penaakulan secara induktif seseorang boleh membuat satu kesimpulan atau pengitlakan, manakala penaakulan secara deduktif seseorang boleh membuat pertimbangan dari satu situasi umum ke beberapa contoh atau situasi yang spesifik. Kemahiran menaakul ini bertindak sebagai pelincir semasa menggunakan kemahiran kritis, kreatif dan startegi berfikir.

Definisi Membuat Penaakulan
Kemahiran membuat pertimbangan secara logik, rasional, adil dan saksama.

Kemahiran digunakan untuk Meningkatkan keberkesanan:
(i)    Membuat interpretasi, analisis, sintesis, penilaian, pengitlakan dan kesimpulan.
(ii)   Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
 
Penaakulan Induktif
Langkah Penggunaan:
(i)     Teliti beberapa contoh atau situasi yang spesifik
(ii)     Perhatikan cirri yang sepunya
(iii)    Buat satu kesimpulan atau pengitlakan
 
Penaakulan secara Deduktif
Langkah Penggunaan:
(i)     Teliti situasi umum
(ii)    Daripada situasi umum dapatkan contoh atau situasi yang spesifik
 

Monday, December 10, 2012

CERITA IKAN,NORZULIYANTI,BABY HARJIT DAN SANISAH

 Pagi tadi sedang melayari FB,terpandang ikan percik yang Yanti masak.Aduhai...budak ni.Buat air liur akak meleleh.Dia bakar dalam pemanggang ajaib tu lahhh.Akak tak ada pemanggang ni.Jelezzzz akak ni.Mesti beli jugak lah nampaknya.


                                            Inilah ikan percik Yanti yang amat sedap

Akak dan Baby Harjit yang memang suka makan ni,bukanlah main ghairah sekali untuk cuba jugak resepi Yanti ni.
Lalu,akak pun ke kolam akak.Ikan apa nak masak ni.Ikan kap ada,talapia ada,rohu pun ada.


                                                                 Ini kolam ikan akak

Akak pun mulalah menangguk ikan.Akak dapat 4 ekor.Tak cukup.Tangguk lagi 2 ekor.Dapat 5 ekor talapia dan sekor rohu.

                                          


                                                               Inilah ikannye


                                                                  Ni,nak masak asam pedas.ha ha


                         
                                                  Proses mandi limau.Untuk awet muda



                                                       Bersedia untuk masuk sauna



                                                        Pemanggang AJAIB akak




                                                            Proses melumur santan



         
                                                              Proses pengeringan

Maka...masaklah.ikan akak tu.Bagai baunyer sampai kat sek 20,Sanisah antar pulak buah pulasan.Macam kau tahu pulak yang akak suka buah ini.





Maka..dapatlah Sanisah rasa ikan percik akak yang tak sesedap ikan YANTI.Apa-apa pun terima kasih kat Yanti sebab berjaya mengorbankan 6 ekor ikan di kolam akak hari ini.Dan yang paling semangat,akak kena beli PEMANGGANG AJAIB itu secepat mungkin.Alangkah bertuahnya,kalau ada orang nak hadiahkan akak sempena ulang tahun akak yang ke 48 pada 4 jan depan.Ha ha.Cepat-cepat,sapa nak hadiahkan akak.Akak mesti sayang kamu lebih.he he.PERASAN!!!!!!

Itulah cerita akak.......IKAN KEKEK MATI DI SAUNA

Saturday, December 8, 2012

TAHAJUD CINTA




Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga
Ku haus di tengah laut
Lemas mencari tempat berpaut
Kirimkan aku kekuatan
Serta pedoman dikesesatan
Ku sunyi dalam gembira
Perih pedih tanggung derita
Sungguh aku bukan wali
Yang suci dari hina dan benci
Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga..
wooo..ooo
waaa…haa
Terlalu lama aku mencuba
Terlalu banyak cinta yang ku damba
Tiada yang sempurna hanyalah fana
Tuhan.. ampuni hambaMu
aa….
hmmm….
woo.. Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga..
Ku rebah di dada malam
Memecah dendam yang lama diam
Ku tanggalkan baju dunia
Dakapku dengan selimut syurga
Ya Tuhanku hanya padaMu
Tempat mengadu segala rindu
Limpahiku rahmat kasihmu
Dalam Tahajjud Cinta bersujud

MUARA KASIH





Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati dan tetap setia

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntun mu kepada ku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali... padamu

Aku ada kerna engkau ada
Tercipta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku berhujung padamu

Kemanapun kan pasti kembali o..

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali...

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasa
Sesuatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu... biarkan aku merasuk dalam hati cinta..





Monday, December 3, 2012

CINTA KITA-SONATA MUSIM SALJU




Mendengar lagu ini
Airmataku mengalir
Wajah suami yang kurindui
Datang bagai lajunya arus sungai

Mengamit memori semasa bersama
Dan kami akan bersama selamanya
Dan kukuh cinta kami berdua
Bagai Tembok Besar Cina

Membaca lirik lagu ini
Hatiku pilu bercampur bahagia
Cinta kami masih utuh
Dan akan tetap utuh selamanya

Menjelang 7 dec
Ulang tahun perkahwinan kami
Selama 27 tahun kami bersama
bagai baru semalam kami bertemu

Kusimpan kukuh cinta kita
Kupahat pada pelamin kasih
Walau kita selalu terpisah
Perpisahan itu menguatkan cinta kita
Berdua...

Sayang..adakala aku pasrah
Pada tiap perpisahan kita
Yang hanya sekejap
Dan kerana kuat cinta kita
Aku juga kuat menanti kau pulang

Memori bersamamu
Kita susah bersama
Menangis bersama
Kita redah payahnya hidup

Kita makan apa sahaja
Kita lindung atap yang bocor
Kita berjalan melintas danau
Kita menangis dalam kepayahan

Segalanya,kita kuat bersama
Kita jadikan pondok usang
Sebuah mahligai indah
Dan kita bahagia di dalamnya

Kerana cinta itu
Aku lahirkan putera dan puterimu
Aku didik mereka
Menjadi insan berguna

Tiada hadiah indah dariku
Andai aku pergi dulu darimu
Jagalah zuriat kita ini
Kerana..
Merekalah lambang cinta kita

Doaku dari jauh
Muga cinta kita
Tidak akan digugat
Walau apa yang datang

Kerana....

CINTA KITA BAGAI SONATA MUSIM SALJU







Sunday, December 2, 2012

Durian Salju


Durian Crepe ni bagai sunami melanda Malaysia.Akak ,mula-mula malas gak nak buat.Tapi kerana suka memasak,akak juga mahu mencuba.Memang sedap.Tapi bagi yang berminat.Ada masanya,orang tak suka,sebab dia dok dalam lempeng.Ha ha.Nanti nak cuba,letak dalam benda lain lak.Mungkin org suka.Apa-apa pun akak guna resepi akak sendiri.Sebab aku tak reti ikut bancuhan orag lain.Apa pun terima kasih pada rakan blogger yang amat bijak dalam hal memasak ni.
Ok,jom kita buat Durian Salju ni..

   
Jom gi cari durian dulu.Akak suka yang kuning cam ni.Rasa nya bila digigit...mmm sodapp!!!
Kopek,dan tanggalkan isinya dari biji.Akak pakai garpu ngan pisau.Sebab tak beli sarung tangan.Jadi isi durian akak kasar kasarlah.Sedap bila digigit.Simpan jap dalam peti ais,dalam bekas bertutup.

                                                           
Gi kedai BAGUS kat Sek. 13,beli pulak yang ni.jangan salah beli.Mula-mula akak beli yang lain.Aduhhh...salah.Gi kali ke2,baru jadi.he he.Punyalah semangat.Haa..masukkan dalam apa-apa yang korang ada tu,pemukul telor ke,senduk kayu ke..he he.pukul sampai kembang tau.kembang sesangat.macam ni tau

 Mari kita buat,lempeng dia.
5 sudu tepung gandum+3 susu tepung custard+3 sudu tepung ubi+1 biji telur+2 sudu planta yang dah cair+ 2 sudu gula + sedikit vanila+sedikit pewarna kuning +susu cair 1 cawan+1 1/2 cawan air
(semua di atas,masukkan dalam blendar,blend dan tapis)

Panaskan kuali.Kuali yang tak melekat tulah.He he.Sapukan kuali dgn planta sikit.Pastu,masukkan bancuhan tepung tadi.Pusing2kan kuali,mcm nak buat kuih dadar.Akak telangkupkan dalam piring plastik.Yang bawah tu ke ataslah.yang atas tadi ke bawah.Bayang2kan lah cam ne.Sejuk kan.Buatlah berulang kali.Penat gak buat ni tau.Kalau salah bancuh,melekatlah dia.Kena banyak sabar tau.

Bila lempeng dah sejuk,sapukan whipping cream tadi,sikit je.pastu,letak durian di atas cream.pastu,letak cream lagi.lipat mcm buat lepat.Nak belajar melipat ni,gi kat Blog Cahaya Cintaku.
lepas tu simpan dalam peti ais.dah sejuk baru makan.

Inilah hasil lepat durian salju akak.





                                            

Monday, November 26, 2012

UNTAIAN CINTA BUAT SUAMI


Hidup penuh kasih sayang
Membawa seribu makna
Pada masa-masa yang berlalu
Dan masa yang akan datang


Rindu semalam dan hari ini
Mendakap rasa sunyi
Terkenang pada memori manis
Semasa kita pernah bersama


Bagaimana aku bisa bernafas
Tanpa ada kau di sisi
Memberi aku semangat dan rasa cinta
Yang membuat aku kuat menghadapi hidup


Kau selalu memberi aku kata manis
Memujuk bila aku dalam kesedihan
Menyusun kata cinta penguat hati dan semangat
Dan kau beri aku cahaya dalam kilau malam yang sepi


Adakala,mana bisa aku melupakan
Tiap bait-bait suara cinta darimu
Dan bila aku basah di jalanan hujan
Kau datang payung aku dengan rasa rindu dan kasih



Aku sentiasa berharap,juga berdoa
Agar antara kita,tiada yang tengah
Dan kita akan hidup bersama berdua
Buat selamanya ..hanya berdua


Semuga,cahaya cinta akan sentiasa menyinari hati kita
Membawa kita menuju jalanan lurus tidak berliku
Menjadikan kita kekasih bersama ke akhir hayat
Dan mati kita bagai LAILA DAN MAJNUN

ABADILAH CINTA KITA

Sunday, November 25, 2012

SURAH QURAN


QUR'AN 2981c.jpg


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari






















Surah (سورة)- sūratun merupakan perkataan arab bagi "bab Dalam al-Qur'an". Surah-surah tersebut telah diturunkan sepanjang 23 tahun dan mempunyai ciri-ciri dan kronologi masa yang tersendiri. Jumlah surah yang terdapat dalam Quran adalah 114; yang mana nama-nama dan had-had bagi setiap surah serta susunan ayat itu sendiri adalah menurut ketentuan yang telah ditetapkan dan diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Sebahagian dari surah-surah mempunyai satu nama dan ada yang mempunyai lebih dari satu nama.

Pengkelasan Surah

Surah yang terdapat dalam al-Quran dikelaskan kepada beberapa ciri kategori iaitu tempat penurunan dan panjang. Bagi tempat penurunan, surah dikelaskan kepada dua iaitu
  • yang diturunkan di Makkah (13 tahun pertama) yang dikenali sebagai surah Makkiyyah
  • yang diturunkan di Madinah (10 tahun kemudiannya) yang dikenali sebagai surah Madaniyyah.
Bagi kepanjangan pula, surah dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu:

Senarai Surah

Senarai 114 Surah adalah:
1. Surah Al-Fatihah (Pembukaan) سورة الفاتحة
2. Surah Al-Baqarah (Sapi Betina) سورة البقرة
3. Surah Ali 'Imran (Keluarga Imran) سورة آل عمران
4. Surah An-Nisaa' (Wanita) سورة النساء
5. Surah Al-Maa’idah (Hidangan) سورة المائدة
6. Surah Al-An'aam (Binatang Ternakan) سورة الأنعام
7. Surah Al-A’raaf (Tempat Tinggi) سورة الأعراف
8. Surah Al-Anfaal (Rampasan Perang) سورة الأنفال
9. Surah At-Taubah (Taubat) سورة التوبة
10. Surah Yunus (Nabi Yunus a.s.) سورة يونس
11. Surah Hud (Nabi Hud a.s.) سورة هود
12. Surah Yusuf (Nabi Yusuf a.s.) سورة يوسف
13. Surah Ar-Ra’d (Guruh) سورة الرعد
14. Surah Ibrahim (Nabi Ibrahim a.s.) سورة إبراهيم
15. Surah Al-Hijr (Kawasan Berbatu) سورة الحجر
16. Surah An-Nahl (Lebah) سورة النحل
17. Surah Al-Israa’ (Perjalanan Malam) سورة الإسراء
18. Surah Al-Kahfi (Gua) سورة الكهف
19. Surah Maryam (Siti Maryam) سورة مريم
20. Surah Taahaa سورة طه
21. Surah Al-Anbiyaa’ (Para Nabi) سورة الأنبياء
22. Surah Al-Hajj (Haji) سورة الحج
23. Surah Al-Mu’minun (Golongan yang Beriman) سورة المؤمنون
24. Surah An-Nuur (Cahaya)سورة النّور
25. Surah Al-Furqaan (Pembeza Kebenaran dan Kebatilan) سورة الفرقان
26. Surah Asy-Syu’araa (Para Penyair) سورة الشعراء
27. Surah An-Naml (Semut) سورة النّمل
28. Surah Al-Qasas (Cerita-cerita) سورة القصص
29. Surah Al-‘Ankabut (Labah-labah) سورة العنكبوت
30. Surah Ar-Rum (Masyarakat Rom) سورة الرّوم
31. Surah Luqman (Luqman) سورة لقمان
32. Surah As-Sajdah (Sujud) سورة السجدة
33. Surah Al-Ahzab (Golongan yang Bersekutu) سورة الأحزاب
34. Surah Saba’ (Kaum Saba’) سورة سبأ
35. Surah Faatir (Pencipta) سورة فاطر
36. Surah Yaasin سورة يس
37. Surah As-Saaffat (Yang Berbaris Dengan Teratur) سورة الصافات
38. Surah Saad سورة ص
39. Surah Az-Zumar (Rombongan) سورة الزمر
40. Surah Al-Mu’min (Orang yang Beriman) سورة غافر
41. Surah Fussilat (Dijelaskan) سورة فصّلت
42. Surah Asy-Syuraa (Permesyuaratan) سورة الشورى
43. Surah Az-Zukhruf (Perhiasan Emas) سورة الزخرف
44. Surah Ad-Dukhaan (Kabut/Asap) سورة الدّخان
45. Surah Al-Jatsiyah (Yang Berlutut) سورة الجاثية
46. Surah Al-Ahqaaf (Bukit-bukit Pasir) سورة الأحقاف
47. Surah Muhammad (Nabi Muhammad s.a.w.) سورة محمد
48. Surah Al-Fath (Kemenangan) سورة الفتح
49. Surah Al-Hujurat (Bilik-bilik) سورة الحجرات
50. Surah Qaf سورة ق
51. Surah Adz-Dzariyaat (Angin yang Menerbangkan) سورة الذاريات
52. Surah At-Tur (Gunung) سورة الطور
53. Surah An-Najm (Bintang) سورة النجم
54. Surah Al-Qamar (Bulan) سورة القمر
55. Surah Ar-Rahman (Yang Maha Pemurah) سورة الرحمن
56. Surah Al-Waqi’ah (Peristiwa yang Tidak Dapat Dielakkan) سورة الواقعة
57. Surah Al-Hadid (Besi) سورة الحديد
58. Surah Al-Mujadilah (Perempuan yang Merayu) سورة المجادلة
59. Surah Al-Hasyr (Pengusiran) سورة الحشر
60. Surah Al-Mumtahanah (Perempuan yang Diuji) سورة الممتحنة
61. Surah As-Saff (Barisan) سورة الصف
62. Surah Al-Jumu’ah (Hari Jumaat) سورة الجمعة
63. Surah Al-Munafiquun (Golongan Munafik) سورة المنافقون
64. Surah At-Taghabun (Saling Untung dan Rugi) سورة التغابن
65. Surah At-Talaq (Cerai) سورة الطلاق
66. Surah At-Tahrim (Mengharamkan) سورة التحريم
67. Surah Al-Mulk (Kerajaan) سورة الملك
68. Surah Al-Qalam (Pen) سورة القلم
69. Surah Al-Haaqqah (Keadaan Sebenar) سورة الحاقة
70. Surah Al-Ma’arij (Tempat-tempat Naik) سورة المعارج
71. Surah Nuh (Nabi Nuh a.s.) سورة نوح
72. Surah Al-Jin (Jin) سورة الجن
73. Surah Al-Muzammil (Yang Berselimut) سورة المزّمّل
74. Surah Al-Muddathir (Yang Berselimut)سورة المدّثر
75. Surah Al-Qiamah (Kebangkitan) سورة القيامة
76. Surah Al-Insaan (Manusia) سورة الإنسان
77. Surah Al-Mursalat (Yang Diutus) سورة المرسلات
78. Surah An-Naba’ (Berita Besar) سورة النبأ
79. Surah An-Naazi’aat (Yang Mencabut) سورة النازعات
80. Surah ‘Abasa (Dia Bermasam Muka) سورة عبس
81. Surah At-Takwiir (Menggulung) سورة التكوير
82. Surah Al-Infitar (Pecah Belah) سورة الإنفطار
83. Surah Al-Mutaffifiin ( Golongan yang Curang) سورة المطفّفين
84. Surah Al-Insyiqaaq (Terbelah) سورة الإنشقاق
85. Surah Al-Buruj (Gugusan Bintang) سورة البروج
86. Surah At-Taariq (Pengunjung Malam) سورة الطارق
87. Surah Al-A’laa (Yang Tertinggi) سورة الأعلى
88. Surah Al-Ghaasyiah (Peristiwa yang Menggelisahkan) سورة الغاشية
89. Surah Al-Fajr (Fajar/Sinar Mentari) سورة الفجر
90. Surah Al-Balad (Negeri) سورة البلد
91. Surah Asy-Syams (Matahari) سورة الشمس
92. Surah Al-Lail (Malam) سورة الليل
93. Surah Adh-Dhuha (Pagi yang Cemerlang) سورة الضحى
94. Surah Al-Insyirah/Al-Syarah (Kelapangan) سورة الشرح
95. Surah At-Tin (Buah Ara) سورة التين
96. Surah Al-‘Alaq (Gumpalan Darah) سورة العلق
97. Surah Al-Qadr (Kemuliaan) سورة القدر
98. Surah Al-Baiyinah (Bukti yang Nyata) سورة البينة
99. Surah Al-Zalzalah (Kegoncangan) سورة الزلزلة
100. Surah Al-‘Aadiyaat (Yang Berlari Kencang) سورة العاديات
101. Surah Al-Qari’ah (Hari Yang Hingar Bingar) سورة القارعة
102. Surah At-Takathur (Bermegah-megah) سورة التكاثر
103. Surah Al-‘Asr (Waktu) سورة العصر
104. Surah Al-Humazah (Pengumpat) سورة الهمزة
105. Surah Al-Fiil (Gajah) سورة الفيل
106. Surah Quraisy (Kaum Quraisy) سورة قريش
107. Surah Al-Ma’un (Barangan Berguna) سورة الماعون
108. Surah Al-Kauthar (Melimpah-ruah) سورة الكوثر
109. Surah Al-Kafirun (Golongan Kafir) سورة الكافرون
110. Surah An-Nasr (Pertolongan) سورة النصر
111. Surah Al-Lahab (Nyalaan Api) سورة المسد
112. Surah Al-Ikhlas (Tulus Ikhlas) سورة الإخلاص
113. Surah Al-Falaq (Subuh/Dinihari) سورة الفلق
114. Surah An-Nas (Manusia) سورة النّاس