Saturday, May 7, 2011

SIAPALAH KITA.....HANYA INSAN BIASA

Di sini aku mahu bicara
kerana rasanya aku perlu bicara
dari hati yang amat tulus dan ikhlas
buat kita renung bersama
sebelum kita jauh terpisah
dari dunia kita seorang pendidik

Sabtu lalu,kita mengadakan 2 aktiviti
Road Run dan meeting /ladap
memang amat letih dan amat meletihkan
namun aku puas hati akan apa yang aku telah lakukan
walaupun aku tidak sihat pada awalnya
singgah mengambil injection kerana masalah bengkak badan
tidak aku jadikan alasan untuk tidak hadir
kerana mahu bersama mendapatkan sedikit ilmu
dan akur sebagai penjawat awam yang telah aku pikul
23 tahun yang lalu

Memang tidak dapat dinafikan
pengisian pada hari itu adalah biasa-biasa sahaja
dan hanya ada sedikit penambahan sahaja
jauh di sudut hati....aku pun berbisik
ahhhh.....hanya ulangan dari hari yg sudah2
tapi...siapalah kita yang nak kata bosan,buang masa,itu dan ini
siapa kita?

Aku fikir semula....kenapa kita perlu diingat selalu
kerana kita tidak buat apa yang kita perlu buat
siapa nak tegur kita,kalau tidak orang dalaman
siapa kita?
adakah kita insan cemerlang yang tidak boleh ditegur
atau tidak layak ditegur
atau..adakah kita yang ada sekeping ijazah
memang tidak perlu ditegur lagi
walaupun kita memang bersalah

Wahhhh.....hebat betul kita ni...
sehebat mana kita?
adakah kita sudah dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
maka kita sudah cukup cemerlang
kita tidak perlu menghadiri
apa-apa projek sekolah yang mahu kita terus bermotivasi
apakah kita sudah cukup hebat

Maaf kalau aku amat emosi sekali
dulu aku juga punya anak kecil
4 anakku.Suami jauh bertugas.hujung minggu baru balek
aku menjadi kuat kerana aku adalah aku
tidak mahu bergantung hidup pada suami 100 peratus
mahu berhati waja dan mahu kuat menghadapi rintangan
maka aku susun jadual sebijaknya

Dari situ..aku mengajar anak-anakku agar berjiwa berani dan kuat
perlu memahami ibunya dan mereka juga perlu berhati waja
syukur.....liku-liku yang aku lalu menjadi tauladan
dan anak-anakku menjadi insan kuat dan taat serta hormat pada ketua
hinggakan anakku Fitrah yang masa itu ditahun 1 ,tidak pernah mencari aku
di sekolah semasa membeli alat tulis dan ke kantin
kerana abang-abangnya berpesan
"kau jangan mengada-gada sebab mak kita cikgu,abang dulu,mak tak benarkan panggil
mak kat sekolah"
"kau mesti jadi murid lain,yang maknya tak ada kat sekolah"
mungkin kerana pesan abangnya itulah dia tidak pernah mencari aku di sekolah
kecuali dia tidak sihat

Kadangkala terfikir aku
mengapa kita degil
tidak mahu dan membangkang keputusan pentadbir
adakala kita langsung tidak peduli dan nampak benar kita amat degil
Nak ke mana kita dik?
Nak pindah? atau tinggal di sini bertugas dalam keadaan yang tidak selesa
Rasanya semua itu membuatkan kita bagai terpaksa
dan di mana keikhlasan kita untuk datang bertugas
dan sampai bila

Lalu aku mahu lari dari suasana ini
aku mahu menjadi aku dan tidak peduli untuk dimarahi atau ditegur
kalau itu untuk kebaikan
biarkanlah
Kerana...adakala aku terpikir
adakala kita menghadapi masalah bersama parent
kerana tidak secara sengaja melukakan anak mereka
siapa yang kita cari waktu itu?
adakah suami yang selalu marah kerana bermeeting selalu?
atau kawan-kawan yang mengajak kita menjadi degil?
atau kita sendiri boleh berdepan dengan parent itu?
tidak ada mereka disisi kita waktu itu dik
aku sudah alami ini semua
kawan-kawan?....ada masa mula jauhkan diri
tak berani mengeluarkan pendapat
adakala buat tak tau bila kita menangis
kawan....
hanya bersama bila kita ada
bersama bila kita gembira
bersama bila mahu menjadikan kita negatif
suami.....sekadar diam membisu
kerana mereka tidak ada hak untuk bercakap
kerana itu bukan bidang mereka

Maka siapa kita cari?
ya....mereka yang kita selalu kata
adakala kita hina keji
mereka inilah yang akhirnya menolong menjernihkan
keadaan dan menyelesaikan masalah kita

Kita selalu berkata...
mereka tidak mahu memberi kerjasama pada kita
Cuba pula kita tanya
adakah kita memberi kerjasama pada mereka?
mereka tahu dik
siapa yang selalu mengecam mereka
kerana wall fb kita adakala boleh dibaca mereka

Maka tidak hairan kenapa mereka tidak memberi kerjasama
adakah kita akan memberi kerjasama pada orang yg pernah hina maki kita?
rasanya susahkan...kalau ada pun ..tentu secara terpaksa
jadi marilah kita ambil beberapa perkara ini sebagai langkah positif

andai orang itu berhati keras,maka kita lembutkan dengan kata-kata
andai orang itu berbicara kasar,patahkan dengan kehalusan lidah kita
andai orang itu selalu beremosi,maka biarkan dia dgn emosinya
jangan kita jua berhati keras
jangan kita jua berbicara kasar
jangan kita juga beremosi
berdoalah ,muga suatu hari nanti
kita boleh menjadi sahabat baik pada insan ini

Ingatlah adik-adikku
amat mulia dirimu di sisi Allah andai kamu selalu memaafkan
insan yang menganiya kamu
terlalu tinggi darjatmu di Akhirat nanti andai kamu mudah
merendahkan diri pada keangkuhan orang lain
KERANA Nabi Muhammad pun akan memaafkan umatnya
yang mengaku Islam tapi jahil
dan mendoakan mereka di neraka agar ke syurga jua akhirnya
betapa sucinya hati Nabi kita kan dik

Maka siapa kita untuk tidak memaafkan insan ini
marilah sayang...dengar cakap kakak tua kamu ini
akak memohon dengan linangan air mata
anggaplah dia ibu kita yang kerdil dan tua
yang mahu melihat anak-anaknya berjaya
yang bebelannya,marahnya,herdiknya cuma seketika
andai esok ibu kita pergi...biar dia pergi dengan meninggalkan
satu tanggungjawab yang telah ia lakukan dan insan tua itu
tidak akan ada hutang terhadap Allah.
Berfikiran positiflah adik-adikku
muga kita akan sentiasa diberkati
dan akan selalu gembira
dan memikul AMANAH ALLAH ini dengan penuh kesyukuran

Maafkan kakak tuamu ini andai coretan ini
melukai hatimu yang memangnya sudah bersih cuma...
ada sedikit tercalar oleh sesuatu yang tidak diduga.
Salam sayang untuk semua dan ingatlah
HANYA KITA YANG TAHU SIAPA DIRI KITA

No comments: