Saturday, May 14, 2011

UNTUKMU GURU SEPASANG SUTERA KASEH

kau bagai bulan
menerangi malam gelap
kau bagai mentari
bersinar bila perginya bulan
kau bagai lilin
menerangi kesyahduan malam
kau bagaikan cahaya
yang sentiasa menjadikan
malam itu amat terang

kau bagai berlian
pada cantik sebentuk cincin
kau bagai mutiara
yang indah di celah tiram
kau bagai kerlipan
segala kristal cantik
kesukaan seorang perempuan

Itulah puisi indah
yang datang setiap Sambutan Hari Guru
bagaikan guru itu adalah cahaya
penerang alam..
sungguh indah kita seorang guru

syukurlah padamu guru juga aku
menjadi insan yang amat dihargai
sungguh bertuah kita
dilahirkan untuk menjadi seorang guru
terima kasih pada ayah bonda
yang merestui aku menjadi guru
walaupun adakala jawatan guru itu
adalah pilihan yang terakhir..

Duhai pendidik
mari kita renungkan
walaupun gaji kita sedikit cuma
berbanding dengan jawatan lain
namun pernahkah kita terfikir
hanya hari kita (Hari Guru)
yang disambut penuh syahdu
penuh gembira
penuh MAGIS

aku bayangkan....
anak-anak muridku
bagai nak runtuh segala kedai cenderahati
mencari hadiah buat gurunya
ibubapa pula mencari duit
bagi memenuhi hasrat anaknya
bayangkan anak murid yang tiada apa..
duduk menung..
mahu apa diberi pada guru kesayangannya
tentu rasa sedih kerana ketidakmampuannya
walau mahu membeli sebatang pen buat kecintaannya

Begitulah...
kita amat dihargai
maka ...mari kita berjanji pada diri
mahu menjadi bulan dan matahari
mahu menjadi berlian dan mutiara
mahu menjadi penerang semesta alam
mahu terus mencurah bakti
selagi ada hayat dikandung badan
selagi kudrat ini bisa berbakti

duhai cahayaku
terangilah alam ini
dengan cahaya keikhlasanmu
sinarilah malam ini
dengan penuh rasa insaf
jadikanlah anak didik kita
seorang insan berhati waja
seorang insan berjiwa kental
seorang insan berhati mulia

muga bila kita
tidak lagi bergelar guru
ada seorang anak muda berjaya
datang menziarahi kita
dan memanggil "cikgu"
lalu menghulur
SEPASANG SUTERA KASEH

No comments: