Thursday, January 26, 2012

DI MANA KESEDARAN ITU



 Melihat video ini.perlahan airmata mengalir
merenung jauh pada nasib diri dan insan
yang sentiasa angkuh pada dunia
yang sentiasa mahu bergaduh sesama sendiri
yang sentiasa mendabik dada tanda dia amat berkuasa

Ada kala bertanya aku pada diri
sampai bila mahu membangga diri
tidak mahu menerima hakikat kita salah
adakala hairan jiwa kecilku
menegur tidak diterima,,tidak difikir benar salahnya
masih mahu mengatakan benar
walau diri memang sudah tahu salahnye

Seketika aku duduk berfikir
andai sudah nampak ada gelombang
mahu ku nasihat bina beting pasir
katanya aku bagai penyibuk
tak perlu guna pakai  ,jauhi ,jangan ambil pusing
aku adakala,nampak gelombang itu
sekadar beri pendapat,perlu beting pasir itu
agar bila gelombang datang mengganas
kita selamat atas seia sekata

Aku cuma insan yang mahu kedamaian
tidak suka pada hasad dan dengki
tidak suka pada kejian yang berpanjangan
tidak mahu pada keruntuhan moral dan pemikiran kolot
walau kita semua taraf atasan yang sentiasa menjadi banggaan diri

Namun,siapa hati ini,yang adakala difitnah
mahu menjadikan yang baik,tapi disalah ertikan
jauh di sudut hati....
aku sudah menjalankan satu amanah
supaya menegur bila ada yang rasa pelik
cuba mencabut duri-duri yang kurasa menyucuk kaki
terpulang untuk kalian menentukan
kerana itulah harga yang aku perlu bayar
dan risikonya akan kutanggung dengan rasa puas
kerana aku sudah menjalankan apa yang perlu

Bagi yang amat bangga dengan kehidupan ini
yang masih mahu meneruskan rentak tari tidak diredhai
terpulanglah......
dunia sudah tua
hidup kita sudah sampai ke hujungnya
aku mahu membawa diri
membersihkan hati yang kotor tentunya (jangan rasa hati kita suci)
mencari erti kehidupan sebenar
tidak mahu menilai siapa dia,baikkah dia,itu dan ini
aku mahu duduk menilai diri
perbaiki dosa-dosa semalam,dan tidak mahu menambah lagi

Sesungguhnya......besar dosa mencari salah orang
besar dosa membenci orang
besar dosa menyuruh orang bergaduh
balasannya esok....kunyah bangkai insan dikata
Ya Allah...jauhkan aku dari perkara ini
supaya tidak tercampak lama di neraka
Ya Allah,terima kasih kerana memberi petunjuk
kerana aku tahu..Kau masih sayang pada hambamu ini
memberi kesedaran....aku pasrah
Sesungguhnya aku insan kerdil dan jahil di sisiMu
Kau hantar aku ke duniaMu
buat sementara,untuk aku mengenali pahala dan dosa

Dan aku amat memahami
kerana esok Kau akan datang mengambilku semula
     
       SESUNGGUHNYA

AKU TAHU DI MANA KESEDARAN ITU




















































 





Wednesday, January 4, 2012

PERPISAHAN YANG SEMENTARA


4Jan 2012
adalah ulang tahunku
hari ini jua
puteriku Fitrah melangkah
mengapai bintang
seawal jam 6 pagi selepas subuh
berangkat kami menuju ke Cheras
Ke Sekolah Sains Selangor

Syukur aku kepada Allah
mempermudahkan segala jalan
meringankan yang berat
menjadikan impian kami
menjadi realiti

Allah mudahkan segalanya
dari mula duduki upsr exam
hingga ke hari ini
segalanya berjalan tenang

Semasa pendaftaran
Fitrah di beri seorang kakak angkat
yang menguruskan segalanya
pendaftaran No 1......sebab org pertama sampai...he he
kakak angkatnya tingkatan 5
duduk pulak satu dorm.Arisa namanya
baik budaknya.melayan fitrah ke sana sini

Di sini ,murid ting.1 akan duduk dalam dorm
bersama senior ting. 2/3/4/dan 5
dalam dorm tu ada 2 org je budak tingkatan 1
jadi..kakak2 tulah yg jaga adik yang bongsu ni.
Fitrah satu kelas dengan Veronica (1 Jaya)
Pilihan bahasa dua-dua org ambil Bahasa Mandarin
Boleh belajar dengan Allycia anak Lim
bila bercuti nanti
tapi fitrah dan vero tak sama dorm

tgh kemas,fitrah kata tertinggal kasut sukan
nasib dekat.
Akak dan abang balek ambik jap
datang semula kat SMSS
dah kemas,bawak lak fitrah kuar minum
(benonyer susah nak berpisah)
muka fitrah dah mula mendung
ayahnya pulak tetiba demam dan selsema
(he he...mcm nangis jer)
akak dah mula keras dada
nak buat org tak perasan
pura-pura tanya,ada monyet tak kat sekolah ni
ada ke tanya soalan tu kat fitrah

Minggu orientasi ada 2 minggu
jadual macam padat
baju boleh basuh mesin
sekali basuh RM2 utk 7 kilo pakaian
malam ,belajar sampai kul 11.
bangun kul 5 pagi....sedia ke sekolah kul 7
(tambah kurus fitrah)
kat SMSS murid lelaki ramai
Nisbah- 2 :1
Disiplin macam ketat jugaklah
banyak tudung yang beli kena bwk balek semula
pakai tudung mesti tutup dada
jadi kena beli yang labuh laaa
warna pun putih dan hitam je


pukul 4.30, kena gak berpisah
akak boleh tahan lagi
tak nangis....uwa..uwa..dalam hati
apa-apa pun....harap Fitrah cekal
memang dia akan sedih
tapi akak rasa kuat sebab ada Arisa
yang berjanji akan tengokkan dan jaga Fitrah.
Syukur.....

Yang Pasti...Sabtu....
Aku akan datang lagi...
































































Thursday, December 29, 2011

CONTOH FAIL PBS

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (tq pada sekolah di bawah)


MBMMBI (MEMERTABATKAN BAHASA MELAYU MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS

Kementerian beri 5 alasan MBMMBI dilaksana pada 2012

Oleh Azrina Ahzan
bhnews@bharian.com.my

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran semalam mengemukakan lima sebab bagi menjawab persoalan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dilaksanakan pada 2012, bukan pada 2010 seperti didesak beberapa pihak.

Lima alasan itu berkaitan penyediaan buku teks, menggubal kurikulum, latihan kepada guru, mengenal pasti buku rujukan yang sesuai dan menyediakan perkakasan seperti makmal Bahasa Inggeris (BI) yang mencukupi.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata tempoh yang panjang juga dapat memastikan segala kelemahan sewaktu pelaksanaan program Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak berulang.
"Kementerian Pelajaran memerlukan tempoh sekurang-kurangnya dua tahun untuk menyediakan segala keperluan seperti buku teks, kurikulum, latihan kepada guru, menambah jumlah guru, mengenal pasti buku rujukan yang sesuai dan lain-lain perkakasan seperti makmal BI.

"Tempoh yang panjang itu juga perlu bagi mengelakkan kecelaruan di kalangan pelajar kerana selama ini mereka mengikuti pengajian mengikut dasar PPSMI, selain memastikan guru benar-benar bersedia melaksanakan dasar baru ini," katanya pada sidang media mengenai hasil mesyuarat meja bulat panel MBMMBI di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan beberapa pihak yang mahu MBMMBI dilaksanakan tahun depan dan bukannya pada 2012 berikutan keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI pada Julai lalu.
Mengenai dasar PPSMI, katanya, guru besar dan pengetua diminta memastikan guru terus melaksanakan dasar itu hingga 2012, sejajar keputusan Kabinet.

Beliau berkata, guru yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan tindakan kerana melanggar dasar ditetapkan kerajaan.

"Guru besar dan pengetua perlu memantau keadaan kerana dasar PPSMI akan kekal sehingga 2012.

"Lagipun, perkara ini tidak sepatutnya berlaku (mengajar dalam BM) kerana sukatan pelajaran, perisian komputer dan buku teks subjek Sains dan Matematik masih dalam BI," katanya.
Mengulas tindakan sekolah mengadakan peperiksaan dalaman dalam BI, Alimuddin berkata, kebanyakannya membabitkan sekolah di kawasan bandar kerana sekolah di luar bandar selalunya memilih mengadakan peperiksaan dalaman dalam dwibahasa iaitu BM dan BI.
Berita Harian Online: 20 Ogos 2009

Sunday, December 18, 2011

CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG BAIK



ciri-ciri pemimpin
Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya, iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. Pemimpin (atau Ketua Jabatan) secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada rakan sejawatnya kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau lebih. Seorang daripadanya cuba membimbing dan mendorong yang lain dalam usaha mencapai matlamat sistem. Dalam proses perhubungan Ketua Jabatan dan kakitangan, terdapat banyak aspek yang perlu diberi perhatian.
Misalnya, bagaimanakah seorang Ketua Jabatan mempengaruhi tingkah laku kakitangan supaya dapat menghasilkan output yang sempurna. Sebagai contoh dalam situasi sekolah misalnya, pengetua/guru besar dan guru-guru berusaha melahirkan pelajar yang sempurna dari segi mental, fizikal, rohani dan jasmani. Seorang pengetua/guru besar mesti mempunyai ciri-ciri kepimpinan, agar mendapat kerjasama dan diterima oleh semua kakitangan di sekolah.
Apabila seseorang itu berjaya memimpin, ini bermakna dia berjaya mempengaruhi anggota-anggota yang lain di dalam organisasi itu. Kebolehan mempengaruhi bergantung kepada unsur yang penting iaitu kuasa yang ada pada seseorang itu. Mengikut Dr Robiah Sidin (1988), dalam bukunya ‘Asas Pentadbiran Pendidikan’, beliau menegaskan bahawa secara umumnya ada dua jenis kuasa yang boleh dipegang oleh seseorang pemimpin itu. Pertama, kuasa yang datang dengan jawatannya di dalam organisasi itu dan kedua, kuasa yang berpunca daripada keadaan dirinya sendiri atau kuasa individu. Kuasa yang bersangkut paut dengan jawatan adalah penting kerana memberi kepercayaan kepada anggota-anggotanya. Walaubagaimanapun untuk seseorang itu kekal menjadi pemimpin dia mesti juga mempunyai kuasa yang berunsurkan kebolehan tersendirinya. Ini termasuklah:
1. Mentaliti
  • Kebijaksanaan atau kebolehan membuat perhitungan yang jauh sebelum bertindak dengan menilai antara yang baik dan buruk berdasarkan pertimbangan ilmu dan pengalaman.
  • Keberanian atau kesungguhan serta kesanggupan menghadapi cabaran dan masalah serta risiko, baik yang berpunca dari luar diri atau dalam diri sendiri.
  • Mempunyai inisiatif atau tindakan yang dimulakan sendiri tanpa menunggu orang lain dating kepadanya minta bertindak.
  • Mempunyai kreativiti sendiri, terutamanya dalam menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam organisasi.
2. Kemasyarakatan
  • Kesediaan memberi dan menerima pendapat.
  • Sikap positif dan terbuka.
  • Daya penggerak dan semangat juang yang kuat.
  • Kebolehan berkomunikasi secara berkesan.
3. Moraliti
  • Mempunyai disiplin diri yang unggul.
  • Kebersihan jiwa terutamanya dari segi keadilah, amanah, ketenangan, kesabaran, keteguhan pendirian dan ketahanan diri.
  • Iman yang teguh, terutama orang yang beragama Islam.
Antara ketiga-tiga ciri yang dinyatakan, moraliti adalah yang terpenting untuk menilai seseorang pemimpin sama ada baik atau buruk, berkesan atau tidak, boleh bertahan lama atau tidak.
Pemimpin memerlukan juga sikap tertentu untuk mempengaruhi orang lain. Perkara yang paling penting ialah pemimpin harus mempunyai pengertian dan tanggapan yang tajam terhadap individu-individu yang saling berurusan dengannya. Selain daripada itu seorang pemimpin juga harus mempunyai:
  • Empati; iaitu kebolehan untuk memahami perasaan orang lain dan bersimpati.
  • Kesedaran; akan kelemahan dan kekuatan dirinya sendiri. Sedar tentang bagaimanakah dirinya dianggap oleh orang lain. Hanya apabila ini berlaku maka barulah kepercayaan kebolehan dirinya akan timbul.
  • Kebolehan: untuk melihat secara objektif akan masalah-masalah dan tingkah laku anggota-anggota lain. Pemimpin harus bersikap adil boleh memberi analisa yang adil dan tidak emosional.
Selain itu, sekiranya seseorang itu ingin menjadi pemimpin yang baik, dia hendaklah mengamalkan perkara-perkara yang diketahui, dilihat dan diterima sebagai baik:
  • Seseorang pemimpin harus bersedia untuk belajar dari siapa sekalipun apa yang dia tidak tahu kerana kepimpinan itu sesuatu yang boleh terus menerus dipelajari dari latihan dan pengalaman.
  • Seseorang pemimpin mesti berani memberi jawapan yang tegas kepada sesuatu yang difikirkan baik atau tidak baik kepada organisasinya.
  • Seseorang pemimpin yang baik berupaya memudahkan semua kerja, dengan menjadikannya kerja-kerja biasa yang boleh dilakukan oleh kebanyakkan orang bawahannya dan tidak memerlukan pakar khusus.
  • Seorang pemimpin yang baik mempunyai perhubungan baik dengan orang-orang bawahannya. Dia mengenali mereka sebagai individu-individu yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Pada kebiasaannya, pemimpin yang baik jarang berkasar dengan orang-orang bawahannya.
  • Seseorang pemimpin yang baik pandai membahagikan masa. Dia tahu bila masa bertugas dan bila masa di luar tugas dan bertindak bersesuaian dengan keadaan. Pemimpin yang tidak cekap selalu merasa runsing dan bimbang dengan hal-hal tugas di mana juga dia berada.
  • Dalam sesebuah organisasi terdapat pelbagai jenis manusia: ada yang malas, ada yang rajin dan ada yang boleh diharap serta ada yang tidak boleh diharap. Seorang pemimpin yang bijak tidak lemah semangat dengan keadaan ini. Dia menerima hakikat sedemikian dan menggunakan sebaik-baiknya apa yang ada.
  • Seorang Pemimpin yang baik tahu dan mahu berbincang denganorang-orang bawahannya mengenai sesuatu hal yang dia sendiri tidak pasti. Dia tidak hanya pandai mengeluarkan arahan saja.
  • Seorang pemimpin yang baik mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman mengenai tugas dan manusia.
  • Seorang pemimpin yang baik pandai memperkembangkan kebolehan bekerja orang bawahannya. Dia tahu mengagihkan tugas kepada mereka.
  • Seorang pemimpin yang bijak tidak sekali-kali lemah semangat dan cepat mengaku kalah apabila berdepan dengan sesuatu masalah. Kalau masalah tidak dapat diselesaikan dengan satu cara, dia menggunakan cara lain. Dia sentiasa bersikap positif.
Melalui perbincangan mengenai ciri-ciri pemimpin berkesan di atas, beberapa kesimpulan dapat dibuat. Diantaranya ialah kepimpinan ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa, bertindak dengan cara-cara tertentu. Dalam hal ini seorang pemimpin harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang berkerja dengannya dan harus menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan. Dia juga harus berjaya mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat masa depan.
Seseorang pemimpin boleh menonjolkan kepimpinannya hanya melalui penglibatannya dalam kumpulan. Dalam kumpulan pula kekerapan interaksi bersama kakitangan membolehkan keberkesanan kepimpinannya. Kalau seorang pemimpin sentiasa “bersembunyi” dalam biliknya dan tidak mempunyai masa untuk berinteraksi dengan kakitangannya, maka kepimpinannya kurang berkesan.
Kepimpinan bukan bergantung sepenuhnya kepada jawatan. Status jawatan yang disandang hanya satu daripada punca potensi kepimpinan. Kejayaan kepimpinan adalah fungsi kedua-dua kuasa; secara formal melalui jawatan dan secara tidak formal yang bukan kerana jawatan, iaitu penerimaan orang-orang bawahan .

kongsi dari blog KULANZ.

JADUAL GAJI 2012

UNTUK PEMAIN KUTU


JADUAL NI PENTING UNTUK KALIAN

Friday, December 16, 2011

KERABU APPLE


boring-boring,tengok resepi ni kat blog
aduh...sedap kan nampaknyer
tak pernah buat
tapi dah cuba,memang sedap
masa buat,akak tambah dan ubah-ubah sikit bahannya

Bahan-bahan

2 biji apple hijau
1 biji carrot
(dihiris memanjang,rendam dlm air,masuk peti ais)
hiris bawang/cili merah.cili api
kalau suka salad,hiris salad
tumbuk udang kering bersama satu biji cili merah besar

bila nak makan,campurkan semua bahan
perah air limau,gula dan garam

Hidangkan bersama nasi panas


dan lebih enak bersama ikan bakar


MARI KITA CUBA

RENDANG DAGING









Bahan-bahan
1 kilo daging dipotong kecil
1/4 cawan kerisik
2 biji kelapa-ambil santannya
garam
gula melaka / gula

BAHAN YANG DIKISAR
5 labu bawang besar
1 labu bawang putih
8 batang serai
halia
lengkuas
10 biji cili kering
10 biji cili api

Daun kunyit dihiris halus


Cara-cara

-panaskan minyak
-tumis bahan kisar
-masukkan daging,santan
-masak dengan api perlahan
-apabila daging sudah empuk,masukkan kerisik,
gula melaka/gula/garam/asam keping-2keping
-masak terus,kacau perlahan
-bila hampir kering,masukkan daun kunyit.
-angkat,hidangkan

SELAMAT MENCUBA

Wednesday, December 14, 2011

SBPA


Setiap hari diperkatakan
nak tahu lebih lanjut gi lah tengok internet
apa SBPA..tentu susah nak faham
tapi kena faham gak
aku kekadang pening mikio
apa kebende ini semua
aku tahu, aku dah sain 58 umur bersara
itu pun dah silap besar
ini nak sain 60...terharu sungguh

adakala duduk memikir
macam apa dah jadi dasar dibuat
nak cari pekerja berkualiti
atau pekerja dah nak mati niiiii...
memang kadangkala mulut senang bicara
ala....kena semangat,kena semangat
berfikiran terbuka,cuba,kita boleh..bla,bla,bla

cakap di mulut memang senang dek oiii..
yang kerja pejabat,boleh kot...boleh ke?
dah tua dok berendam dalam aircoooooonnnnn
sejuk urat kot nenek oiiii...atokkk,boleh ke tok wannn?
yang cikgu macam aku ni,boleh ke?
kuat lagi ke nak panjat tangga tingkat 4.5
boleh ke opah,boleh ke tok abah?

Kena ajar PJ...ha ha..gelak gak tengok atok dan nenek
ajar tendang bola...larat ke lagi atok
nenek main bola jaring,cun giler nenek
bagus gak tu....bersenam untuk kesihatan.

anak murid pulak,macamana yer
yang Tahun 1 tu,apa nak panggil cikgu ni yer
dalam hati"nenek aku pun muda lagi"
tapi seronok gak ya,ajar cucu cicit kat sekolah
oneng-oneng pun sempat kot.

bagi yang dah berpenyakit
kena lak selalu gi hospital.MC manjang
semput,kencing manis,darah tinggi dan gout
alahai.pening GPK buat relif dan guru pula nak ganti kelas
BOLEH KE GURU MUDA BERLEBIH KURANG DENGAN GURU OPAH DAN TOK AYAH NIH
BOLEH????????????????????

Apa-apa pun..segalanya masih mahu dan perlu difikirkan
tapi nak sain tanda setuju nih...dah nak sampai tarikh
amacam...pening gak kan?
jadilah kita bertugas dalam keadaan dihambat rasa serba salah
sampai umur 60
entahlah....buat ajelah apa yang dikata dan disuruh
segalanya nak ditanggung atas kepala sendiri
kalau dah sain,kena buat
ambil gaji ,tak buat kerja
amatlah berdosanya
bukan di dunia mahu difikir
di akhirat jugak akan dipersoalkan
maka...bagaimana

Mari kita kongsi bersama
lihat gambar dan bakar semangat.......


Assalamualaikum atok....eh cikgu kita laaaa



morning nenek....oppssss



mari kita lintas jalan sama-sama...



perhhhhh...garangnyer.....



WOOOOOOWWWWW...terbaekkkkk...lah.Ini macam aku suka gi sekolah.


APA-APA PUN MARI KITA FIKIR-FIKIRKAN


Sunday, December 11, 2011

Sunday, December 4, 2011

SEMAKAN KE ASRAMA PENUH,MRSM.KRK DSB






DIharap senarai tarikh permohonan kemasukan SBP, SBPI, MRSM, SMKA, KRK, KV, SMV, SMT, MTD, Matrikulasi dan institusi yang lain ini dapat membantu para pelajar dan ibubapa yang berkenaan.
LEPASAN UPSR

Tingkatan 1 SBP
Tarikh Rujukan
Permohonan Dibuka 1 September 2011 MOE
Permohonan Ditutup 15 Oktober 2011
Keputusan Permohonan Disember 2011
Permohonan Rayuan Disember 2011
Pendaftaran Pelajar Baru Januari 2012
Keputusan Rayuan:Pengambilan ke 2 Februari 2012

Tingkatan 1 MRSM
Tarikh Rujukan
Permohonan Dibuka Hari keputusan UPSR MARA
Permohonan Ditutup 14 hari selepas dibuka
Keputusan Permohonan Januari 2012
Permohonan Rayuan Januari 2012
Pendaftaran Pelajar Baru Februari 2012
Keputusan Rayuan:Pengambilan ke 2 Februari 2012
Keputusan Rayuan:Pengambilan ke 3 Mac 2012

Tingkatan 1 KRK
Tarikh Rujukan
Permohonan Dibuka Hari keputusan UPSR Sekolah & PPD
Permohonan Ditutup 14 hari selepas dibuka Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
Keputusan Permohonan 21 Disember 2011
Permohonan Rayuan Disember 2011
Pendaftaran Pelajar Baru Januari 2012
Keputusan Rayuan Februari 2012

Tingkatan 1 SMKA & KAA
Tarikh Rujukan
Permohonan Dibuka Hari keputusan UPSR Sekolah & PPD
Permohonan Ditutup 24 November 2011 Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
Keputusan Permohonan Disember 2011
Permohonan Rayuan Disember 2011
Pendaftaran Pelajar Baru Januari 2012
Keputusan Rayuan Februari 2012
LEPASAN PMR

Tingkatan 4 SBP
Tarikh Rujukan
Permohonan Dibuka 1 September 2011 MOE
Permohonan Ditutup 15 Oktober 2011
Keputusan Permohonan Januari 2012
Permohonan Rayuan Januari 2012
Pendaftaran Pelajar Baru Februari 2012
Keputusan Rayuan:Pengambilan ke 2 Februari 2012

Tingkatan 4 MRSM
Tarikh Rujukan
Permohonan Dibuka 3 Oktober 2011 MARA
Permohonan Ditutup 20 Oktober 2011
Tarikh Akhir Hantar Dokumen 26 Oktober 2011
UKKM 28 Nov – 2 Dis
Keputusan Permohonan Februari 2012
Permohonan Rayuan Februari 2012
Pendaftaran Pelajar Baru Februari 2012
Keputusan Rayuan:Pengambilan ke 2 Mac 2012
Keputusan Rayuan:Pengambilan ke 3 April 2012

Tingkatan 4 MTD
Tarikh Rujukan
Permohonan Dibuka 15 Ogos 2011 MTD
Permohonan Ditutup 30 September 2011
Keputusan Permohonan Januari 2012

Tingkatan 4 KV/SMV/SMT
Tarikh Rujukan
Permohonan Dibuka 1 September 2011 MOE
Permohonan Ditutup 19 Disember 2011
Keputusan Permohonan Disember 2011
Pendaftaran Pelajar Baru Januari 2012
LEPASAN SPM

Kolej Matrikulasi
Tarikh Rujukan
Permohonan Dibuka 1 Julai 2011 MOE
Permohonan Ditutup 30 November 2011
10 Oktober 2011
Semakan Permohonan Februari 2012
Keputusan Permohonan April 2012
Permohonan Rayuan April 2012
Pendaftaran Pelajar Baru Mei 2012
Keputusan Rayuan Jun 2012

Darul Quran
Tarikh Rujukan
Permohonan Dibuka 1 September 2011 Darul Quran
Permohonan Ditutup 14 Oktober 2011
Semakan Temuduga 24 Oktober 2011
Keputusan Temuduga 28 November 2011
Surat Tawaran 5 Disember 2011
Pendaftaran Pelajar Baru 4 Januari 2012

IPTA – Sijil, Asasi & Diploma
Tarikh Rujukan
FASA 1 – Pendaftaran Maklumat Permohonan Nov – Dis 2011 UPU
FASA 2 – Pengesahan Permohonan & Pilihan Program Pengajian Jan –Apr 2012
Permohonan Ditutup April 2012
Keputusan Permohonan Mei 2012
Pendaftaran Pelajar Baru Mei/Jun/Julai 2012

NOTA
##Ehsan dari Blogger Amboiii

Maklumat di atas adalah berdasarkan makluman dari ePutra. Maklumat ini tertakluk kepada pindaan oleh pihak berkuasa yang berkenaan. Jika ada maklumat mahukan maklumat terkini harap dapat berkunjung ke ePutra, terima kasih.

KSSR


Sunday, November 27, 2011

Portal Pendidikan Utusan | ADaP | Santapan Rohani | KATA-KATA HIKMAH

Portal Pendidikan Utusan | ADaP | Santapan Rohani | KATA-KATA HIKMAHKATA-KATA HIKMAH
12 Oct 2011, 12:11 PM | Santapan Rohani

kadang - kadang seseorang itu riak dengan hanya memiliki rupa yang cantik, wajah yang tampan yang boleh membuatkan sesiapa yang memandang terpesona.

kadang - kadang seseorang itu takbur dengan hanya memiliki wang dan pangkat yang boleh menguasai dunia.
...
kadang - kadang seseorang itu alpa dengan hiburan di dunia realiti yang boleh membuatkan mereka berseronok dengan imaginasi.

kadang - kadang seseorang itu tidak sedar masa mereka semakin suntuk dan perjalanan hidup semakin pendek .

syurga atau neraka destinasinya ?

Sama - sama hayati dan beringat. Wallahu'alam....... ^_^


Penafian: Artikel/Info ini disalin dari laman web http://www.layarsukses.com/. Pihak Portal Pendidikan tidak bertanggungjawab terhadap isi kandungannya.

Portal Pendidikan Utusan | ADaP | Motivasi | Bagaimana Seorang Pelajar Mengatasi Penyakit Tidur Dan Malas

Portal Pendidikan Utusan | ADaP | Motivasi | Bagaimana Seorang Pelajar Mengatasi Penyakit Tidur Dan MalasBagaimana Seorang Pelajar Mengatasi Penyakit Tidur Dan Malas
25 Oct 2011, 12:26 PM | Motivasi

PENYAKIT mudah tidur dan malas merupakan halangan utama bagi seorang pelajar untuk membaca dan belajar.
Pelajar yang berjaya selalunya mengurangkan waktu tidurnya,dia tidak mengalah kepada mengantuk dan malas.
Tips-tips yang boleh mengelakkan seseorang pelajar daripada tidur:

1: Apabila sesorang itu mengantuk dan berasa malas,jangan turutkan perasaan itu,sebaliknya ubahlah ketempat lain atau lakukan aktiviti lain atau mandi atau berborak dengan kawan seketika,selepas itu dia akan cergas semula.
Apabila kamu menuruti perasaan kamu untuk tidur maka ia akan menjadi kebiasaan kamu apabila kamu terasa untuk tidur kamu terus tidur. Ini akan merugikan kamu di dalam pembelajaran.
“ Barangsiapa menguasai nafsunya sekali dia akan mengusai dirinya selama-lamanya”

2: Fikirkan Kamu Adalah Harapan Umat Dan Agama
Apabila kamu terasa mengatuk dan malas,kamu cuba fikirkan kamu adalah harapan agama dan umat. Cuba bayangkan betapa ruginya agama dan umat apabila kamu tidur. Sebagai seorang pelajar kamu harus sedar bahawa ramai dikalangan umat Islam tidur waktu pertengahan malam atau tidur sampai kesubuh,kalau yang berjaga pun, dia tidak membaca buku.
Maka kalau kamu sebagai pelajar pun tidur, maka siapa yang mempertahankan agama dan umat ini,dalam masa yang sama agama dan umat akan lemah dan ketinggalan.

3: Membaca Buku-Buku Kisah Orang Berjaya
Di antara perkara-perkara yang membantu seseorang pelajar tidak mudah tidur dan malas ialah membaca buku-buku kisah orang yang berjaya. Pembacaan seperti ini penting untuk menanam minat dan semangat untuk mencapai kejayaan di dalam menuntut ilmu.
Apabila sesorang pelajar selalu membaca buku-buku kehidupan ulama,dia akan mendapati bahawa kejayaan di dalam menuntut ilmu tidak akan dicapai dengan berehat sebaliknya ia dicapai dengan kepenatan.
Berkata seorang ulama “ Tidak akan merasai nikmat ilmu mereka yang tida merasai kepenatan di dalam menuntut ilmu”.
Pelajar perlu bezakan di antara kejayaan di dalam peperiksaan dan kejayaan di dalam ilmu. Kejayaan di dalam peperiksaan mungkin kita boleh capai dengan sedikit usaha tetapi ilmu tidak mungkin dicapai melainkan dengan usaha sebab ilmu lautan yang perlu diredah. Dan kebiasaannya orang yang berenang dia merasai kepenatan.

4: Bergaul Dengan Orang-Orang Rajin
Di antara ubat yang paling mujararab seklai kita bergaul dengan orang rajin, tidak membuang masa kepada perkara –perkara yang sia-sia. Selalu menjaga waktunya. Menunaikan kewajipan sebagai pelajar. Tidak menangguhkan kerja yang boleh disiapkan hari ini kepada hari esok kerana sikap suka menangguh kepada hari esok itu adalah sikap orang-orang lemah.
Kata ulama, manusia seperti angin,kalau ia berada ditempat yang wangi,ia akan menjadi wangi,kalau ia berada ditempat yang busuk maka ia akan menjadi busuk. Begitulah manusia. Sebab itulah kata ulama “ Duduklah dengan seseorang,kamu akan jadi sebangsa dengannya”. Maka kita duduk dengan orang rajin insyallah kita akan jadi rajin.

5: Berdoa
Inilah senjata kita yang paling ampuh dengan kita selalu meminta doa kepada Allah Taalaagar dihindari penyakit malas dan mudah tidur bukan pada waktunya. Bacalah doa yang Nabi صلى الله عليه وسلم ajar
اللهم أني أعوذ بك من الهم والحزن، وأعوذ بك من العجز والكسل وأعوذ بك من غلبة الدين وقهر الرجال
Ulanglah doa ini berkali-kali agar kita menjadi muslim yang rajin dan cergas serta kuat. Orang mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah Taala daripada mukmin yang lemah.
Muda-mudahan tulisan ini memberi menfaat kepada saya dan pembaca. Amin


Penafian: Artikel/Info ini disalin dari laman web http://fauwazfadzil.blogspot.com/2010/06/bagaimana-seorang-pelajar-mengatasi.html. Pihak Portal Pendidikan tidak bertanggungjawab terhadap isi kandungannya.

Saturday, November 19, 2011

KASIH SEORANG IBU

Kisah Benar Ibu Yang Berhati Mulia
(CERITA DIPETIK DARI DUNIA MACAM-MACAM)




Kisah ini adalah kisah benar sebuah keluarga yang sangat miskin, yang mempunyai seorang anak laki-laki di sebuah negara. Ayahnya sudah meninggal dunia, hanya tinggal ibunya yang sudah tua dan anak lelakinya sahaja tempat menumpah kasih sayang.

Ibunya bersusah payah membesarkan seorang anaknya, pada masa itu kampung tersebut belum memiliki elektrik. Semasa membaca buku, anaknya tersebut hanya diterangi sinar lampu minyak tanah, sedangkan ibunya dengan penuh kasih sayang menunggu anaknya sambil menjahitkan baju untuk sang anak.

Semasa memasuki musim luruh, adalah waktu bagi anaknya untuk memasuki sekolah menengah atas. Tetapi pada masa itulah ibunya menderita penyakit radang sendi-sendi atau Rheumatoid Arthritis ( RA ) yang parah sehingga tidak boleh lagi bekerja di sawah.

Di sekolah itu, setiap bulannya waris murid-murid diwajibkan membawa 30 kg beras untuk di bawa ke kantin sekolah. Anak ini mengerti bahawa ibunya tidak mungkin boleh memberikan tiga puluh kg beras tersebut.

Berkatalah ia kepada ibunya: ” Bu, saya mahu berhenti sekolah sahaja dan membantu ibu bekerja di sawah”.

Ibunya mengusap kepala anaknya dan berkata : “Niat kamu sungguh mulia nak, kamu memiliki niat seperti itu saja ibu sudah senang, tetapi kamu harus pergi bersekolah. Jangan khuatirkan ibu ya nak. Cepatlah pergi daftarkan ke sekolah nanti berasnya biar ibu yang akan mengantarkannya kesana”.

Namun, anaknya tetap berkeras tidak mahu mendaftar ke sekolah, ibunya mula marah dan menampar anak tersebut. Dan ini adalah pertama kalinya anak ini dipukul oleh ibunya.Dengan berat hati, akhirnya anaknya pergi juga kesekolah. Ibunya terus berfikir dan merenung dalam hati sambil melihat bayangan anaknya yang pergi menjauh.

Tidak berapa lama kemudian, dengan lemah longlai dan nafas tercungap-cungap ibunya datang ke kantin sekolah dan menurunkan sekampit beras dari bahunya, pengawas yang bertanggung jawab menimbang beras dan membuka kampit beras lalu mengambil segenggam beras tersebut dan menimbangnya. Tiba tiba dia berkata :” Hai waris murid, kami tidak menerima beras yang isinya campuran beras dan antah. Jangan menganggap kantin saya ini tempat mengumpul beras campuran”. Begitu malunya ibu ini, hingga tak henti hentinya berkali-kali meminta maaf kepada ketua pengawas tadi.




Awal bulan berikutnya ibu ini memikul sekampit beras dan masuk kedalam kantin. seperti biasanya beras tersebut diteliti oleh pengawas. Dengan dahi yang mengerut, ketua pengawas berkata: “Masih dengan beras yang sama”. Selepas ini kalau begini lagi, maka saya tidak boleh menerimanya”.

Ibu ini sedikit takut dan berkata : “Tuan pengawas, beras di rumah kami semuanya seperti ini jadi bagaimana?Pengawas itu pun tidak mahu tahu dan berkata : “Berapa luas sawah yang ibu kerjakan, sehingga berasnya boleh bercampur seperti ini”. Mendengar sindiran pertanyaan seperti itu ibu tersebut akhirnya tidak berani berkata apa-apa lagi.

Awal bulan ketiga, ibu ini datang kembali ke sekolah. Ketua pengawas kembali marah besar dengan kata-kata kasar dan berkata: “Kamu sebagai waris murid kenapa begitu keras kepala, kenapa masih tetap membawa beras yang sama. Bawa pulang saja berasmu itu !”

Dengan berlinang air mata ibu ini pun berlutut di depan pengawas tersebut dan berkata: “Maafkan saya tuan, sebenarnya beras ini saya dapat dari mengemis”.

Mendengar kata ibu ini, pengawas itu terkejut dan tidak boleh berkata apa-apa lagi. Dilihatnya ibu tua tadi duduk di atas lantai, menggulung seluarnya dan memperlihatkan kakinya yang sudah mengeras dan membengkak.

Ibu tersebut mengesat air mata dan berkata: “Saya menderita sakit radang sendi-sendi , malah untuk berjalan pun susah, apalagi untuk bercucuk tanam. Anakku sangat mengerti keadaanku sehingga mahu berhenti sekolah untuk membantuku bekerja disawah. Tapi saya melarang dan menyuruhnya terus bersekolah.”

Selama ini saya tidak pernah memberi tahu sanak saudara yang ada di kampung . Lebih-lebih untuk memberitahu pada anakku, aku takut menjatuhkan harga dirinya.

Setiap hari pagi-pagi buta dengan kampit kosong dan bantuan tongkat, aku pergi ke pasar, tempat orang menjual beras, hanya untuk mengemis beras beras yang tercecer di pelantar. Dengan susah payah aku pergi kedai demi kedai hanya untuk mencari beras tercicir.Sehingga hari sudah gelap, aku pun perlahan-lahan kembali ke kampung sendiri. Sehingga pada awal bulan semua beras yang terkumpul memenuhi syarat untuk diserahkan kesekolah.

Pada masa ibu tua itu bercerita, secara tidak sedar air mata Pengawas itupun mulai mengalir, kemudian mengangkat ibu tersebut dari lantai dan berkata: “Bu sekarang saya akan melapor kepada pihak sekolah, supaya boleh diberikan sumbangan untuk keluarga ibu.”

Ibu tadi buru- buru menolak dan berkata: “Jangan, kalau anakku tahu ibunya pergi mengemis untuk sekolah anaknya, maka itu akan menjatuhkan harga dirinya. Dan itu akan mengganggu pelajarannya. Saya sangat terharu dengan kebaikan hati tuan pengawas, tetapi tolong ibu agar boleh menjaga rahsia ini.”

Akhirnya masalah ini diketahui juga oleh pihak sekolah. Secara diam- diam Pengetua sekolah tidak meminta biaya sekolah dan biaya hidup anak tersebut selama tiga tahun. Setelah tiga tahun kemudian, anak tersebut lulus masuk ke perguruan tinggi Qing hua dengan nilai 627 point.

Di hari anugerah sekolah, Pengetua sekolah sengaja mengundang ibu anak ini duduk di tempat duduk utama. Ibu ini merasa aneh, begitu banyak murid yang mendapat nilai tinggi, tetapi mengapa hanya beliau yang diundang.

Yang lebih aneh lagi di sana masih terdapat tiga kampit beras. Pengawas sekolah tersebut akhirnya maju ke depan dan menceritakan sebuah kisah tentang seorang ibu yang mengemis beras demi sekolah anaknya.Pengetua sekolah pun menunjukkan tiga kantong beras itu dengan penuh terharu dan berkata kepada para hadirin seraya menunjuk pada ibu tadi : “Inilah sang ibu dalam cerita tadi.”

Dan mempersilakan ibu yang luar biasa tersebut untuk naik ke atas pentas. Anak ibu tersebut dengan ragu-ragu melihat ke arah gurunya yang sedang menuntun ibunya berjalan ke atas pentas.




Ibu dan nak ini pun saling bertatapan. Pandangan ibu yang tajam dan lembut kepada anaknya membuatkan anak tidak dapat untuk menahan tangisnya, dipeluknya susuk tua dihadapannya itu dan merangkul erat ibunya sambil terisak sambil berkata: “Begitu mulianya engkau Ibu, sungguh aku tak boleh untuk membalasnya..

ANDAI KAMU MASIH ADA IBU,TANYA DIRI...DI MANA KAMU LETAK IBUMU...JUGA AYAHMU...

KELEBIHAN MEMBANTU ANAK YATIM



PAHALA MEMBANTU TETANGGA DAN ANAK YATIM
20/11/2011






Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, tertidur di Masjidil Haram. Dia telah bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit lalu yang satu berkata kepada yang lain, "Berapa banyak orang-orang yang berhaji pada tahun ini?"

Jawab yang lain, "Enam ratus ribu."

Lalu ia bertanya lagi, "Berapa banyak yang diterima ?"

Jawabnya, "Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang sepatu dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq."

Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka terbangunlah ia dari tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama Muwaffaq itu sehingga ia sampailah ke rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya.

Jawab orang itu, "Muwaffaq."

Lalu Abdullah bin Mubarak bertanya padanya, "Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan sehingga mencapai darjat yang sedemikian itu?"

Jawab Muwaffaq, "Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku, tetapi mendadak aku mendapat wang tiga ratus dirham dari pekerjaanku membuat dan menampal sepatu, lalau aku berniat haji pada tahun ini sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita jiranku itu.

Jawab jiranku, "Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan untuk mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk makanan kamu."

Ketika aku mendengar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil wang tiga ratus dirham dan keserahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya itu.

"Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku." Kata Muwaffaq lagi.

Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahawa membantu jiran tetangga yang dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat anak-anak yatim.

Rasulullah ada ditanya, "Ya Rasulullah tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila kuamalkan akan masuk syurga."

Jawab Rasulullah, "Jadilah kamu orang yang baik."

Orang itu bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahawa aku telah berbuat baik?"

Jawab Rasulullah, "Tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau sebenarnya jahat."

TANYA DIRI,DAN MARI KITA FIKIRKAN

Thursday, November 17, 2011

AKHIRNYA....KUGAPAI BUNGA-BUNGA BINTANG







Kata orang.......
biar menangis dahulu
biar susah dahulu
biar penat dan sakit
di depan pasti ada hasilnya

biar anak dimarah
biar anak dirotan
biar anak dileter
biar anak menangis
di depan ada cahaya

orang kata......
apalah tahu anak kecil itu
jangan dimarah dia kecil lagi
jangan dirotan
dia masih mentah
biar dulu dia bermain
masih sekolah rendah
awal lagi mahu disusun hidup
biarkan dulu dia dengan kengkawan
jangan dirotan,jangan

tapi bagi aku..
kususun anakku dari kecil
dari tadika kucorak langkah
dari tadika kucoret capainya
kerana aku mahu anak ini rasa ada yakin
pada diri mahu disusun
mahu diukir kejayaan hidup
masa diguna ada harganya
mainan dimain ada fungsinya

hidup seronok ada masanya
hidup gembira perlu diukur
ada masa perlu juga menangis
airmata pengingat rasa
agar tidak tersadung
kayu di jalanan
agar tidak tersungkur
batu batu bergolek

segalanya kususun dengan ilmu sedikit ada
kujadikan panduan pada susah-susah dahulu
agar jenerasiku akan datang
adalah jenerasi berguna untuk negara

maka...aku dapat
apa yang telah aku dapat
melakar kejayaan anak-anak
adalah harapan
dan impianku tercapai sudah
menjadikan anak-anak insan berjaya
merasa 5A,8A,7A
terima kasih-anak-anakku
menolong emak ayah melakar bintang
bukan untuk kami adanya
untuk kalian jua akhirnya

Hari ini..
mari kita sujud syukur
untuk adik kalian yang seorang ini
melakar sebuah bintang untuk kita
dan doakan adik kalian ini
terus mengapai bintang itu
dan sinarnya...

KITA BANGGA BERSAMA.


Wednesday, November 16, 2011

ANTARA 5A DAN RM100



Esok 17/11/2011
tarikh keramat
untuk anak-anak Tahun 6
termasuk puteriku seorang
apa hasil 6 tahun belajar
ada cahaya terang atau sedikit malap
dalam hati aku bertanya
mampukah anakku tersenyum bangga
atau ada lelehan airmata sedikit kecewa





sebagai ibu,apalagi pendidik seperti aku
5A adalah harapan walau adakala hati pasrah
namun ibu mana tidak mengharap
tapi saja tidak mahu ditunjuk
takut anak patah hati
tapi segala usaha telah dibuat
hanya tawakal saja meniti bicara

dalam kerisauan aku seorang ibu
ada risau diwajah anak
disembunyi balek gelak tawanya
namun aku tahu....dia juga amat risau
takut ayah ibu kecewa

namun...segalanya kita serahkan
PadaNya yang menentukan
balasan pada yang sudah berusaha
kegagalan pertama bukan pengakhir usaha
tetapi kejayaan pertama amat penting
untuk mengorak langkah ke arah lebih cemerlang

jangan kata ini baru tahun 6
permulaan mesti cemerlang
itu aku amat pasti dan akan pasti terusan
maka..doaku terbaik untuk semua Murid tahun 6


Esok juga...sumbangan RM100



Untuk setiap murid di sekolah
untuk persediaan bukak sekolah
Nak tanya....adakah ia digunakan untuk apa yang kerajaan mahukan
meringgankan beban ibubapa
untuk membeli alatan persekolahan anak-anak
buka sekolah 2012

Atau bagi ibubapa yang susah
persediaan ke sekolah bukan terlalu penting bagi mereka
rezeki yang diberi ditadah syukur dan meringgankan beban dapur
untuk anak-anaknya makan
dan bila buka sekolah nanti
hanyalah seperti tahun-tahun biasa
serba kurang tetapnya
buku ,alat tulis,baju,kasut,beg,masih 2011 yang dulu
Ahhhh....RM 100...hanya sepasang baju dan sedikit alat tulis.
buku pun tak lepas....tentu alasan itu diberi
biasalah..manusia.tidak pernah mahu bersyukur
dan masih lama lagi mahu difikir tentang buka sekolah 2012
dan sumbangan itu bagai hadiah untuk mula bercuti
dan sebagai belanja menunggu gaji november selepas kering di Raya Haji
TIDAKKAH BEGITU....harap tidaklah

Cuma.sebagai pendidik
aku mahu melihat
setakat mana ia berjaya
agar diawal pembukaan sekolah,tidak ada suara muridku berkata
"cikgu.mak kata.buku nanti tunggu gaji,baru nak beli"
dan tentunya aku tak perlu lagi belikan muridku sebatang pensel pun
untuk permulaan sekolah 2012.

Untuk semua ibubapa
gunakan sebijaknya apa yang diberi
walau tidak banyak pun jumlahnya
tunjukkan pada anak...itu hak mereka
dan jadikan RM100 itu langkah permulaan menyimpan
andai anak itu belum ada sebarang akaun di Bank

JADILAH IBUBAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB KERANA KITA ADALAH
CERMIN KEPADA ANAK-ANAK KITA

Monday, November 14, 2011

MAMPUKAH AKU MELAWAN TAKDIR?


11.11.11
Aku menghantar Fitrah ke latihan sempena Piala Raja Muda
sambil menunggu jam 6 petang...aku mahu menghabiskan kerja yang belum selesai.
Ke pejabat kerana mahu mengambil kad kedatangan murid.Puas aku mencari tapi tak jumpa.
Selama hampir 2 jam mencari..aku mula rasa letih.Dadaku rasa macam sesak.Rata tempat aku cari.
Hingga ke bilik guru besar,Kak Sham,pejabat,bilik guru dan dalam kereta.Memang pun sudah seminggu aku tidak berapa sihat.
Kugagahkan jugak ke sekolah kerana di hujung tahun banyak kerja perlu di selesaikan.Jam 5,akhirnya baru dapat jumpa buku kedatangan murid.Rupanya ada yang pinjam.Tak boleh salahkan guru ni.Dia ada tugas nak guna buku tu.Cuma,diharap lain kali kalau sesiapa guru yang mahu membawa keluar buku kedatangan kelas,tolong bagi tau pihak pejabat.Harap ia tidak akan berulang.

Sekembali dari sekolah petang itu,aku terus demam.Leher rasa amat tegang.Badan terus tak berdaya.Kenapa ni?Aku tersandar di kusyen.Sambil makan ubat,aku berehat dan menarik nafas panjang.Malamnya aku tak boleh masak pun.Makan ubat dan tidur.Jam 3 pagi,
nafasku rasa sesak.Dada sakit.Aku bertahan sampai pagi.Tengah hari gi klinik.Ambil gas dan suntikan.Rehat.Sempat emailkan nama murid 1A yang pejabat mahukan untuk penerimaan wang RM100 tu.

Malamnya jam 10,dadaku sakit balek.Tak dapat bernafas.Muka mula pucat.Bila tengok kuku dah biru,aku sudah syak,aku kurang oksigen.Aku minta suami hantar ke PPUM sahaja,kerana aku dah ada rekod.Tapi suami hantar kat KPJ saja.Senang nak datang tengok dan Fitrah nak gi sekolah senang.Aduhhhhh.(aduh ada makna tu weiiii)

Sampai bilik kecemasan terus diberi oksigen dan suntikan.1 jam di kecemasan tak kurang apa pun.Masuk pulak ICU.Aduhhh.Di ICU aku dok katil arwah kak Ros duduk dulu.He he...malamnye tak boleh tidur aku.Hujung pintu bilik ICU tu dah menunggu troli yang letak mayat pulak.Adehhhh.Tapi aku buat-buat relax jelah.Dalam tu ada 5 pesakit yang nyawa-nyawa lipas.Lagilah aku gelisah.Aku berdoa muga cepat keluar dari situ.Paginya dek terlalu ngantuk,terlelap gak.Sedar2 jarum tercabut dari tangan.Menyembur darah.Alahaii.

Petangnya 12 hb,aku dipindahkan ke wad 522.Ahhhh..lega sikit rasanya.Darah di ambil.Keputusan amat menyedihkan pulak.Ada kuman dalam darah.maka kenalah diberi suntikan antibiotik.Dalam wad biasalah.Makan ubat,ambil nebuliser,oksigen dan bagai-bagai.Boring tol.Terima kasih pada teman-teman guru yang datang menziarahi.Dalam kesibukkan Piala Raja Muda,mereka sempat datang memberi aku semangat.He he.Akak memang semangat dik.Cuma usia benonya dah tak daya sangat.Tapi aku akan kuat untuk terus berdiri sebagai pendidik yang masih mahu berbakti pada anak anak bangsa.Cuma tahun 2012,kena ubah strategi .Kena buat sesuatu bagi tidak STRESS.
Bagaimana?kena fikir masa cuti panjang ni.Sebagai guru yang dah berusia,kena buat sesuatu .Kena kawal bagi tak STRESS.Ini amat penting.Kalau tidak,mungkin boleh mati tegak kat sekolah.Lagi-lagi kalau dah bertugas sampai jam 4.30 petang.Kena bersedia mental dan fizikal.Kena pandai main peranan.Kena atur rancangan untuk sekolah dan keluarga dengan amat terperinci.Kalau silap percaturan,boleh buat sakit jiwa.Maka perlu perancangan yang amat teliti.

Sesungguhnya..biar apa yang melanda,aku tetap bersyukur,Suami tersayang banyak berkorban wang ringgit.Terima kasihlah abang.He he.Kalau beli rantai dah sampai pusat ni tau.Ahhhh...dugaan.Dan aku akan terus menjadi yang kuat dan tabah.Hidup perlu diteruskan.Ubat perlu dihabiskan.Salam untuk semua.

Saturday, November 5, 2011

SISTA BUAH PINGGANG





Sista buah pinggang kebiasaannya lebih kerap ditemui di kalangan mereka yang berusia lebih lima puluh tahun. Kira-kira sembilan puluh peratus daripada pesakit sista buah pinggang tidak menyedari bahawa mereka menghidapinya. Sista buah pinggang mempunyai tanda-tanda yang sangat sedikit. Gejala sista buah pinggang termasuk sakit di belakang atau tepi, demam atau sakit bahagian atas abdomen dan kadang-kadang tekanan darah tinggi. Terdapat dua jenis sista buah pinggang, iaitu sista buah pinggang ringkas atau sista buah pinggang komplek.

Majoriti mereka yang mempunyai sista buah pinggang kebiasaannya dari jenis sista buah pinggang mudah. Sista jenis ini adalah dari jenis bukan kanser dan biasanya akan hilang sendiri. Sista buah pinggang kompleks dipanggil begitu kerana sista jenis ini mempunyai beberapa ciri kanser buah pinggang. Sekiranya anda menghidapi sista jenis kompleks, doktor anda boleh membincangkan rawatan kanser buah pinggang dengan anda.

Anda juga boleh mempunyai sista buah pinggang dua hala. Ini adalah sista di kedua-dua buah pinggang. Dan kemungkinan besar ianya dari jenis sista buah pinggang mudah. Umumnya sista jenis ini tidak memerlukan rawatan. Sista buah pinggang mudah juga kebiasaannya tidak dapat dikesan melainkan anda mempunyai beberapa jenis imbasan biasanya untuk masalah lain. Dalam beberapa kes doktor anda akan memeriksa untuk memastikan bahawa anda adalah sista mudah dan bukan komplek.

Sekiranya masalah sista buah pinggang menyebabkan anda mengalami ketidakselesaan, maka anda harus cuba mengamalkan diet buah pinggang. Diet ini akan membantu anda mengurangkan gejala-gejala tersebut. Selain itu anda juga harus berjumpa dengan pakar kesihatan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang gejala yang anda hadapi.

Anda juga seharusnya sedar dan berhati-hati dengan tanda-tanda kegagalan buah pinggang. Tanda-tanda seperti bengkak di kaki, sangat sedikit pengeluaran air kencing, kerap dahaga, kadar denyutan jantung laju, pening yang semakin meningkat, kehilangan selera makan, loya dan muntah juga boleh termasuk dalam simptom sista buah pinggang. Tetapi harus diingat, hanya kerana anda mempunyai beberapa gejala-gejala ini tidak bermakna anda telah mengalami kegagalan buah pinggang, tetapi anda perlu buat pemeriksaan dengan doktor anda.