Wednesday, October 19, 2011

HADIAH MANIS BUAT AYAH IBU

16hb Oktober 2011
Adalah hari yang amat bermakna buat kami sekeluarga
aku dan juga suamiku
menarik nafas panjang lega
penuh kesyukuran
penantian 17 tahun berakhir jua

Tarikh penuh keramat itu
membawa seribu kenangan manis
pada Muhammad Fikri Che Mokhtar
anak sulung kami
mengenggam segulung ijazah Kejuruteraan Kimia
berakhir sudah penat lelahnya selama 5 tahun diUTP
dan bertambah manis lagi apabila ijazah itu
diterima dari seorang tokoh negarawan yang amat aku kagumi
TUN DR.MAHADHIR MOHAMAD

Dari jauh mengalir air mataku
apabila melihat anakku menerima ijazah
hilang rasa penat lelah mendidiknya
syukur kepada Allah kerana menjadikan aku kuat
dalam mendidik anak-anak yang berbagai ragam
Terima kasih Allah..kau makbulkan  segala doaku
sesungguhnya Kau ada segalanya

Terima kasih kerana menjadikan aku manusia kuat
tabah dan sabar dalam mendidik anak-anak
yang ada ketika membuat pelbagai masalah
dan aku sebagai ibu,hanya mampu menasihati dari jauh
jadilah anak yang baik
jadilah anak yang berjasa
jadilah insan berguna

Ada kala.....pening juga aku
menjaga remaja hari ini
dikelilingi hidup antara kemajuan sains teknologi
adakala menjerit keluar anak tekak
pening kepala memikir masa depan mereka
susah hati..takut gagal dalam pelajaran

Tapi itulah tugas seorang ibu ayah
memastikan anak-anak berjaya dalam hidup
bukan ibu itu mahu mengongkong
mahu ambil tahu mana anak itu pergi
cuma hati seorang ibu itu risau
jauh di luar sana banyak manusia yang sudah hilang arah
takut anak itu tersilap langkah
maka.....itulah sebab ibu itu risau

Bukan mudah menjadi manusia berjaya
bila sudah berjaya,jangan mudah mendabik dada
jangan sombong diri dan lupa jasa orang tua
ijazah...hanya segulung kertas
sebuah pengertian ia satu kejayaan baru
kasih ibu bapa adalah lautan luas yang tiada sempadan akhirnya
letaklah segunung emas sekali pun
tidak sama dengan kasih sayang yang ibubapa curahkan
cukup sekadar mengingati kami
dan mendoakan kesejahteraan kami

Jangan sesekali kau guris hati kami
bukan wang ringgit yang kami mahu
cukup sekadar ingatan dan doa

INGAT ITU!!!!!!!!

Kenangan manis ini mahu kukongsi bersama























































No comments: