Tuesday, July 26, 2011

HARUM SYURGA DI WAJAHMU ANAK






Pernahkah kalian memegang tangan anak yatim?
pernahkan kalian usap pipi anak yatim?
pernahkah kalian bertanya makan apakah kamu di rumah hari ini nak?
pernah kah????

tahukah kamu...
dikalangan murid kita,ada anak yang tidak makan berlauk sedap
hanya nasi yang lauk telur dan ikan masin
tidurnya entah berbantal atau apa selimutnya
yang mungkin malamnya tidak indah ,dan tidurnya bersulam airmata

tahukah kita...
entah apa makan minum murid kita di waktu pagi
entah apa belanja nya ada atau tiada
melihat kawan makan diwaktu rehat dan dia menelan air liur
tahukah kita.....

Mungkin kita rasa kita tidak perlu ambil tahu
pandailah ibunya atau ayahnya menguruskan anak mereka
kerana..dalam jiwa kita sentiasa berkata
"aku pun ada anak"

Memanglah begitu..
manusia akan lupa bila sudah tinggi di awan
lupa bahawa rezeki itu adalah manis untuk dikongsi bersama
makan bersama anak yatim,berbual bersamanya
bercerita tentang hidupnya...
amat indah kalau kita dapat berkongsi segala yg kita ada

Tapi adakala hati dan jiwa kita lupa
kita berada di awan tinggi
tidak perlu malah tidak layak bersama
apa lagi mereka adakala berbaju buruk dan busuk
belajar pula...malas dan lembab
maka..apa perlu kita dekati mereka

Namun ...aku amat bersyukur
ditugaskan menjaga mereka
adakala mahu menarik diri tetapi hati tidak kesampaian
mungkin,ini amanah dari ALLAH yang perlu aku jaga
maka andai aku menolak tugas ini
bermakna aku tidak pegang amanah ALLAH
ampunkan aku

Bila aku dengar ada majlis anak yatim tahun ini
hati aku melonjak gembira
apalagi ada sisipan untuk anak-anak tahun 6
menumpang solat hajat UPSR
kadangkala kita tidak sedar
kenapa majlis ini perlu digandingkan
atau kenapa berbalah dan tarikh ini dipilih
segalanya punya HIKMAH yang tersembunyi

Dari apa yang dapat aku bayangkan
anak-anak yang sempurna punya ayah ibu
dapat melihat kekurangan anak yatim ini
maka...akan tertanam sikap mahu belajar dengan kuat
kerana suatu hari nanti mereka juga akan kehilangan ayah ibu
anak-anak dapat diserapkan nilai hormat,dan sayang-menyayangi
menghargai ayah ibu selagi adanya mereka
mengajar anak kita,agar sentiasa merendah diri
walau berada di awan tinggi,istana mewah,keliling rezeki melimpah
ajar anak agar menghargai segalanya

Maka inilah yang mahu aku perjuangkan
biarpun aku tahu aku dikata nista
walaupun aku anggap aku menumpang majlis orang
tapi...aku amat mahu dan teramat ingin
anak-anak yatim ini menadah tangan mendoakan anakku dan anak-anak lain
agar mencapai impian cemerlang dalam UPSR
Ya ALLAH....
aku dapat bayangkan tangan kecil ini menadah bubur yang diberi
dengan rasa amat gembira kerana mereka diraikan
lalu kesyukuran itu mereka menadah tangan mengucap terima kasih
dan mendoakan keberkatan untuk semua gurunya
aduhhhhh...hancur luluh hatiku..
apa ada pada tangan kecil miskin itu
apa ada pada tangan yang menadah itu

Tapi kita lupa pada janji ALLAH;
menceriakan wajah seorang anak yatim
dari rasa hiba sendu mereka
keberkatan yang amat tinggi akan kita dapat
aku sanggup lakukan apa sahaja demi itu

Terima kasih pada kawan-kawan tahun 6 dan guru-guru lain
yang dalam tidak suka mungkin,terpaksa tinggalkan keluarga
hanya untuk 1 malam Ramadhan
bersama anak yatim dan anak-anak tahun 6
hadirlah dengan penuh rasa syukur dan rendah diri
ikhlaslah dengan apa yang kita lakukan
kerana ALLAH amat memandang tinggi terhadap insan
yang meraikan anak yatim

Bukalah hati dan redhalah
jangan jadikan majlis ini penghalang
andai kalian rasa tidak perlu hadir
jangan memaksa diri...
datanglah bersama hati yang putih bersih
dan jadikan majlis itu majlis paling indah dalam hidup kalian

Sesungguhnya,,budi dan keikhlasan kalian
amat tinggi darjatnya di sisi ALLAH
dan muga apa yang kalian buat dengan ikhlas tanpa keluhan
balasannya amat besar ALLAH janjikan

Rebutlah tugas ini..walau hati rasa berat
akan tenang segalanya andai hadirmu dengan senyuman
kerana

ADA HARUM SYURGA DI WAJAH SI YATIM KECIL

No comments: