Monday, July 25, 2011

ANTARA SAHABAT DAN PERSAHABATAN




Bicara aku lagi,sekadar memenuhkan minda
menulis di hati kosong bisu
dalam bait-bait rindu pada teman
yang baru ketika lalu ketawa bersama
dan kini sunyi kerana kesibukan masa mungkin
atau kerana haluan perahu tidak lagi sama
atau mungkin gelodak jiwa kerana aku tersilap bicara

Adakala persahabatan yang kita bina tidak kukuh
adakala hati mudah bicara tanpa fikir ada hati lain terluka
menjaga erti persahabatan bukan mudah...
adakala kita hadapi hadapi teman yang menjengkelkan
tetapi..persahabatan itu mempunyai nilai yang amat indah

Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman,suka dan duka
dihibur, disakiti, diperhati,dikecewa,diabai, dibantu
dan adakala dibuang jauh
Proses dari teman menjadi sahabat bukan mudah
semua orang memerlukan sahabat,namun tidak semua orang
berhasil mendapatkannya.

Adakala kita amat bahagia bila mempunyai sahabat
dalam masa gembira,maka ramailah sahabat
adakala dalam ada sahabat setia,jiwa tertusuk duri jua
namun segalanya mungkin tidak disengajakan

Mempunyai teman sejati seorang adalah lebih baik
dari beribu teman mementing diri
dalam masa susah,kita kenaL teman
dalam masa memerlukan teman,kita kenal teman sejati

bukan susah mengenal teman
mencari teman sejati jua tidak sukar
apabila kita dalam kepayahan
ada teman mahu menangis bersama
dalam kita dalam kebuntuan,
ada teman beri kata semangat
dalam kita perlukan hati sebersih salju
ada teman datang bawa penyejuk jiwa
dalam kita panas ,sedih,pilu
ada teman menyabarkan kita

Aku ada teman sejati mungkin
seorang bukan seagama mungkin
dari dulu...sudah lama dulu
sentiasa memberi nasihat,tunjuk ajar
menyejukkan hati panasku
memberi bantuan amat banyak

teman ini ( Buatmu )
aku amat sanjung tinggi
tidak pernah menyakitkan hatiku
amat pengasih dan amat luhur hatimu
mungkin ini sahabat sejati
yang lama sudah aku cari-cari
tidak perna mahu menagih balasan
mahu diberi selalu ditolak

Aku harap persahabatan ini akan terus kukuh
walau sekuat besi...tidak berkarat dimahah suhu panas hujan
muga ia akan lebih kukuh walau sekuat mana gelombang menghempas
kita tidak akan goyah..patah..dan hancur

Dan aku juga mula mahu menjadi sahabat
pada insan selalu dikhianati
mahu menjadi awan pelindung
buat insan yang kerdil ini
mahu jadi payung,lindung bila ditomah keji
mahu aku jadi lilin ,bakar atau terbakar bersama
aku mahu jadi sebaik mungkin
belajar dari banyak kesilapan orang dan yang aku buat
menjadi penyayang dan menangis demi insan lain
mahu melihat ada cahaya di hutan kelabu
tidak akan berundur..dan pegang pada kata pertama

Aku akan cuba...untuk tidak melatah
pada angin-angin ribut yang sering melanda
aku mahu berdiri teguh,pada kaki tua dan semangat bara
aku mahu jadi bayu,lembut pada terik mentari petang
mahu jadikan gurun gersang,bagai lurah hijau subur nyaman
aku mahu jadi segalanya
sebelum ajalku datang melambai
kerana

AKU MAHU JADI CAHAYA YANG SENTIASA DINANTI BILA MALAM MENJENGAH.
DAN MAHU MENJADI SINAR BILA PAGI DATANG BERKUNJUNG.

No comments: