Tuesday, July 12, 2011

ANTARA ECHO ,DRACULA DAN FEDERAL HIGHWAY





13 julai adalah sejarah. Aku MC hari ini kerana temujanji dengan PPUM. Atas kesihatan yang memaksa aku ke sana,aku memontengkan anakku FITRAH. Hari ini kena pereksa jantung.Almaklumlah dah tua.Nafas selalu tersekat-sekat. Takut jugak mati mengejut...adehhh...tak sempat bermenantu aku nanti.

Pada mulanya nak naik teksi aja.Tapi tahulah...naik teksi pi balek RM50.Sayang duit aku. Lagi pun pagi-pagi teksi tak mau hantar. Suamiku outstation. Hati berbelah bagi.Dalam hidup aku tak pernah bawak kereta sejauh melebihi 10 km.Apalagi kalau nak ke PPUM. Dari malam tak senang hati.

Fitrah kata..bawak aja lah mak oiiii...mak ni..penakut..Amboiiii..jahatnya mulut.Awal pagi jam 8,aku keluar rumah.Wahh..bawak kereta.Ingat nak parking kat depan
kedai depan taman tu aje.Tapi aku terus aje bawak kereta dan masuk Federal Highway...adohhhh!!!!!mati-mati..sesaknya jalan.Sejuk kaki aku.Meleleh embun badan aku.Pecah semua lemak tepu aku.Nak pusing balek...aku dah panic...

Kita parking kat subang parade je Fitrah.Pas tu kita naik teksi.Aku dah takut nihhh.
Naya tak sampai PPUM.Dalam pada takut-takut...aku terus jugak.Mak,tak parking kat subang ke???tanya Fitrah...Laaa...dah terlepas lah dik!!!! aduhhhh...Jalan memang sesak giler.

Aku tarik nafasssss...hembusssss....tekan minyakkkk.....broooommmmmm...FEDERAL HIGHWAY AKU PUNYERRRR.....Wahhhhh...semangat aku datang.Muka KITTY,SANISAH,YANTI,MENI-MENI,KWN KILANG KICAP,SUHAIZA,LIM,AMUTHA,MARINA,HUDA,ILLA...TETIBA MENJELMA DALAM KEPALA OTAK AKU.Inilah mereka yang selalu bagi semangat kat aku.

Akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....aku sampai ke PPUM.Adehhhhhhh...Memang sejarah lah.Tak sangka..kerana semangat anakku FITRAH juga...aku sampai ke PPUM...Syukur.syukur. Hari ini aku berjaya jugak.

Lepas menjalani rawatan ECHO dan ambil darah...makan kat Secret resepi(meraikan kejayaan melintasi Federal Highway) ha ha..lawak tol aku nih...Lepas tu aku pun balek ke Batu 3 dengan gagah perkasanya...hu hu.oooo jap,aku singgah jap kat Subang Parade beli baju...he he

Sampai rumah,aku senyum sendirian.Senyum bangga yang teramat.Aku mahu kongsi cerita ini dengan suamiku nanti.Mlm nanti aku mesejlah...

Kesimpulannya ,bolehlah aku bagi sedikit ilmu:

1. hidup perlu ada semangat.Semangat yang kuat mengatasi segala rasa takut.

2. adakala hidup perlu berdikari.Tidak perlu bergantung selalu dengan suami.Belajar
sendiri dan selalu anggap kita boleh buat.

3. semangat anak kecil perlu kita sanjung dan cuba buktikan bahawa semangat yang anak
anak berikan itu..adalah bermakna

4. dalam menjalani hidup,perlu kekuatan dalaman yang amat kental.Bila semangat kental
itu sudah terpahat dalam hati...kita akan berani dan pasti berjaya

5. Selalu ingat kepada Allah kerana kekuatan kita adalah redha dariNya.Terima kasih
TUHANKU kerana kau beri aku kekuatan.

6. Suami adalah segala-galanya...Redha suami juga adalah keberkatan.Terima kasih
Abang.Kaulah sumber kekuatanku.Kau banyak mengajarku menjadi wanita kuat walau
pun kau selalu tiada di sisi.

BEGITULAH AKU.AKU ADALAH AKU.

Wednesday, July 6, 2011

TENTATIF PROGRAM LADAP 2011(GOLD COAST RESORT ,MORIB)




16 JULAI 2011

9.00-9.30 - Pendaftaran

9.30-10 - House keeping.
Perasmian LADAP oleh Puan GB

10 - 12 - Slot 1
Sekolahku Sayang ....dot...dot...dot..
(En.Othman Mohammad-JPNS)
(En.Ahmad Tan Sri Hassan-JPNS)

12 - 1 - Makan Tengahari

1 - 3 - Slot 2
Lakonan Dalam P&P
(En.Azizul Abd Ghani-YB SKSek.20)

2.00 - Check in -keluarga (suami atau isteri guru-ambil kunci pada suria)
(semua guru tidak dibenarkan keluar dari bilik kuliah)

3 - 3.30 - Check in guru/solat zuhur
(haaa... masa ni uruskan anak-anak dan pasangan di bilik)

4 - 5.00 - Minum petang/asar

5 - 7.00 - Senamrobik/ telematch/riadah
(haaa...masa ni nak berendam sampai kecut pun ok)

7 - 8.00 - makan malam/maghrib

8 - 10.00 - Slot 3
Cemerlang Di Rumah,Gemilang Di Sekolah
( Hj.Mohamad Ghazali Hj Hamzah - JPNS)

KUDAPAN MALAM......TIDURRRRRRR

17 JULAI 2011

7 - 8 - Sarapan pagi

8 - 10 - Slot 4
Etika dalam Perjawatan Awam
(En.Sukri Darus -GPK SK Sepang )

10 - 11 - Kudapan Pagi (Check Out untuk Guru)

11 - 12 - Pelaporan -Piala Raja Muda kali -1

1.00 - CHECK OUT-FAMILY......BALEK RUMAH


Inilah tentatif yang terkini.Andai ada sebarang masalah berurusanlah
dengan Puan Suria.

Sekiranya ada masalah yang kecil,itu perkara biasa.Mari kita sama-sama
berbincang.Untuk memuaskan hati 100%,tentunya tak dapatlah.

Biasalah....akan berlaku rasa tidak puas hati...maka anggap itu perkara biasa.
Kita pergi dengan gembira,dan balek dengan gembira.
Harap tidak ada sesuatu yang mencacatkan perjalanan LADAP kita.
Sebarang kekurangan harap dimaafkan

Selamat Berladap

SEKOLAH KITA WAJAH KITA

MANAKAH HALUAN JENERASI AKAN DATANG



9 JULAI 2011

Satu tarikh yang amat keramat
tarikh yang kita mahu lihat mungkin
menyaksikan satu perhimpunan ciptaan manusia
yang tidak pasti apa mahu mereka

Andai jadi perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil(BERSIH)
maka jadilah ibu kota dengan warna-warni kuning,merah dan putih
Yang sudah bagai berada di kota Bangkok
maka jadi apalah kita nanti
yang buat perhimpunan bukan calang manusia
cerdik pandai hasil ajar didik kaum guru seperti kita

Apa yang tidak diajar disekolah?
pelbagai adap budaya,nilai murni
macam-macam kursus guru pergi
untuk dipupuk dalam diri tiap murid kita
macam-macam kem motivasi diujudkan
untuk ditanam,dipahat,disuntik di jiwa pelajar

Namun segalanya...entah mana pergi nilai itu
payah sungguh mahu mengerti erti KEDAMAIAN
mahu melihat ramai yang mati
mahu melihat negara kecoh
dan mahu melihat porak peranda
kerana semuanya mahu ikut rasa hati
mahu bergelar JUARA mungkin

Adakala terfikir juga
jumlah bangsa manakah yang paling ramai?
malu aku mahu bicara
kerana aku juga MELAYU
tapi itu sudah lumrah politik
ada perkara perlu diikut
ada perkara perlu ditentang
Aku cuma mahu bicara
andai terjadi maka
ia menjadi medan perpecahan sesama Melayu
yang terbesar dalam sejarah negara
apa yang lebih malang...
gelombang perpecahan ini berpunca daripada
usaha memenuhi cita-cita POLITIK

Apa-apa pun yang mungkin berlaku
implikasi terhadap jiwa remaja dan anak-anak
wawasan 2020..diimpi Mahadhir..
akan dibawa dalam mimpi anak jenerasi akan datang
sikap keras,kasar ,kejam dan dendam
tertanam dalam diri mereka
kukuh,teguh dan kental
maka...di mana nilai murni yang dilaung-laungkan
bagai menyiram air di daun keladi

Maka....di mana anak-anak kita akan datang
di mana pelapis cendiakawan yang akan lengkapkan
hasrat Mahadhir( Mantan PM yang aku kagumi)
lelapkah mata mantan semua PM
Aku cuma insan kerdil
seorang pendidik berjiwa patriotik
tidak mungkin dapat duduk semeja
dengan mereka berpangkat dan kaya jutawan
aku guru cuma seorang pendidik
yang ajar baca tulis
dan selalu meniup semangat di jiwa muridku:

JANGAN BERGADUH SESAMA SENDIRI
NEGARA KITA KECIL SAHAJA
RAMAI KELILING MEMERHATI DENGAN SENYUM
MENANTI BILA MAHU MENGAMBIL BUMI BERTUAH INI
MAKA ,
MAHUKAH KITA GADAI BUMI INI
APA JADI JENERASI ANAK CUCU KITA
YANG SEMANGATNYA SUDAH KITA TANAM SEMANGAT "BAKAR,BAKAR,BAKAR"

MAKA,MARI KITA FIKIR,APA PERLU KITA BICARA?

KEMANAKAH HALA TUJU JENERASIKU 30 TAHUN MENDATANG.
MASIHKAH DI BUMI MERDEKA ATAU MUSAFIR DI BUMI SENDIRI.

Saturday, July 2, 2011

ANTARA SEMUT DAN DURI.YANG MANA SATU SAKIT?

Haaaaaahhh....tarik nafas lega.Selesailah sudah larian 1 malaysia.Aku bersyukur kerana semuanya sudah selamat.Makanan dan minuman pula mencukupi.Air sarsi kak ani kantin...aduhhhhh....sejuk sedap.Bertong-tong.Bagai boleh dibuat air penawar panas badan,panas hati...aikkkk...ishhhhh....aku dan kau,kau,dan kau saja yang tahu.

Sesekali seronok gak macam ni.Menari senamrobik ala-ala hindi,tarian sarawak yang unik,bersenam sambil membuang peluh bercampur toksin....alahai...gini-gini boleh buat aku kurus.Tapi...itu panggilan kantin,bagai PANGGILAN PULAU yang amat berhantu.Makanan bagai OTEL 5 BINTANG. Menu bagai berada di negara bersalji...uwehhhhh...telor mata,sosej kukus,beans,mee hoon,nasi goreng,nugget,timun dihiris nipis,kuih karipap,roti bakar....bla..bla...bla...adehhhhh.1gm berat turun...jap lagi 2 kilo berat naik...sudah aku kabo...kantin tu amat UNIC.Maka usah nak datang jual ubat kurus kat kami....kami guru bagus.Kami beli.Kami makan/minum DIET tu....tapi..mata kami buntang ..kira macam bulat mcm telor mata tulah jugakkk.

Dalam sedap cerita makan...kat padang pulak.Lepas terima hadiah..budak-budak ada main-main lah kiranya..Kat padang kami ada banyak semutlah pulak.Agaknya dia tak rela menjadi tuan rumah PIALA RAJA MUDA kot...atau dia malu nak jumpa Raja Muda Selangor nanti gamaknya.Aihhhhhh.....Ada pulak sedikit duri menjalar-jalar kat padang tu...Tercucuk kaki...hati...adoiiii...syakit!!!!!!

Ceritera antara semut dan duri....GB kena gi tengok nihhh...amat bahaya.Nanti budak-budak bersenam,kena gigit,bengkak badan....aduhai....komplen lagi...payahh.Gi tengok Puan Guru Besar.Ada busut semut kot kat tengah padang tu!!!!!!

Tak banyak sangat ceritalah ari ni.Biasa-biasa aje.Aku ingin ucapkan terima kasih pada semua kengkawan yang balik sama ngan aku.Kul 12.20 t.hari.Yang balik terawal,mereka ada sebablah kot.Harap semua selamat.Bagi yang tergigit semut atau digigit semut,harap sapu ubat cepat-cepat.Bagi yang tercucuk DURI...haraap lukanya tak dalam.....ha ha.ha Gelak tak baik kan!!!

CUMA AKU NAK TANYA

ANTARA DURI DAN SEMUT YANG MANA SAKIT?

Wednesday, June 29, 2011

CERITA AKULAH.

Hari ini aku tidak mahu berpuisi.Aku mahu bercerita tentang aku.Tentu nak tahu kan.Aku ni anak kampung.Kampung sungguh.Mak aku orang Pulau Pinang.Bapak aku orang Muar Johor.Mereka berdua bertemu kat KL.Tapi mereka dah tak ada.(alfateha)Aku anak ke3.OOOO aku ni manje sikit lah.Sampai sekarang pun,manje lagilah.Adik beradik aku tahu lah tu..he he

Bila besar,jadi cikgu.Seronok gak.Tercapailah cite-cite kiranya.Tapi lulusan maktab
je.Nak sambung belajar,otak aku tak jalan dah aihhh.Pada anak-anak,aku pesan,nanti belajar rajin-rajin.Bila dapat ijazah nanti,mak pinjam jubah jap.Nak merasa.Ha ha..
apa nak kato .Pada kengkawan yg dah pakai jubah...tahniahlah.

Aku ada 4 anak.3 hero dan 1 puteri sentubong.2 hero hindi aku dah kat U.Harap dapatlah mereka ijazah.Tapi alahai...hero hindi no 1 aku tu...sejak dapat amoi ni...macam lupalah pulak nak balek umah.Apo nak kato.Jangan jadi tanggang udah le ye yop.Tak apalah.Harap semua bahagia.

Hero hindi aku no 2 pulak...pon ada minah jugak..alahai...harap menantu aku tak mcm hantu lah ya..

Nak cerite pasai anak ni...mmg tak pernah abih.Pasai abang sayang aku pulak,haiii..terbang selalu.Kerja kuat kira sampai abih rambut.Alahai...dia kata rambut dia abih sebab bela aku.Amboiiii....aku macamlah mata duitan.(adakala duitan mata gak) Nak hidup kan!!!!!!Apa-apa pun dia kira HERO akulah.Tak ada gantinya.Kalau dia outstation,aku kira lalok mabok lah.Kira rindu tahap nenek gaban lah.Abih bantal dia aku cium-cium untuk lolap....adehhhhh...kematulah nenek nihhhh...Sayang oooo.Dari tingkatan 4 kawan dah..lamaaaaaaaaaaaaaaa.Gadoh-gadoh,tumbuk-tumbuk,baru kawin...eeeeee...brutel lah aku nih.

Pasal hobi....aku amatlah suka masak.Macam-macam aku cuba.Dari kurus sampai gemok aku nihhhh....Apa nak buat.Tangan aku gatal kalau tak masak.Buat karipap jual kat sekolah.Seronok gak dapat duit.Walau pun tak kaya-kaya.Ada ke jual karipap boleh kaya.Baru jer macam nak kaya,dah tak boleh jual kat kengkawan.Adehhhh...Tu camno.
Gitu lah aku...

Cerita pasal sekolah...uhhhhh..amatlah hebat.Macam filem RAMBO pun ada.
macam-macam ada.Macam ASTRO
adakala seronok,adakala mcm gila,adakala macam lawak.Adakala kami cikgu kena jadi badut.Adakala...macam Tarzan.Ada kala mcm hantu....adakala macam Drakula.Senang cakap kami ni serba boleh lahhh.
Kat sekolah aku ni...aku paling sukalah.Terutama dan aku rasa paling hebat,pasal MAKAN lah.Kat kantin aku,macam RESTORAN 7 bintang gitew.Lauk pauk..40 jenis dalam sehari.Buntang mata tengok.Kalau tak ditahan nafsu makan,gelora perut ni,boleh mati makan aku nih...Kira cikgu aku ni,tak yah sibuk-sibuk nak masak masa balek lah.Bungkus jer.Sampai umah,letak dalam pinggan bunga-bunga....hias salad sikit,letak air oren,kepit hirisan limau kat gelas.....puhhhhhhh....pandainyer bini aku masak....sedap sungguh.Ini lah yang abang cayang BEDAH amat-amatlah cangat...
He he..nonggek-nonggek pungguk goyang dipuji..Ishhhhh...PALSU.
Lembu punya susu ,sang sapi dapat nama.

Pasal anak murid...hu haiii...demam selalu.Ragam?? telebih beragam.Tapi apa-apalah.Ajar ajalah sampai dia boleh jadi orang.Yang lebih tu...mak ayah dialah nak jadikan dia REMPIT berwawasan atau barisan MENTERI KABINET alaf 2020.Masa tu aku rasa aku dah tak ada lagi kot...ishhhhh...

Ehhh...nanti ceritera citer lagi ya....mai-mai kita tido dulu.

Tuesday, June 28, 2011

SUNGGUH PANAS TAPI ADA SALJU

(BUAT INSAN-INSAN YANG AKU SAYANG)

Lama sudah tidak bicara
agak bosan juga meniti hari-hari yang panas
adakala sesekali hujan turun
adakala angin bertiup kencang
adakala kukira sunami sedikit melanda

ha..ha..
perlu kita fikir,mari kita fikir
kenapa,mengapa,siapa,apa benda???
ehhhh....bisa bicara
apa perlu bicara?
ya...sedikit mungkin
maaf seawalnya...andai bicara tua
bisikan sayang ini,usikan manja ini
bikin hati kalian ribut
tapi cuma komentar...orang tua gersang

Ada ketika
hidup kita dilambung gelombang
ada ketika
perjalanan hidup dihalang duri ranjau
ada ketika
senyuman riang..tetiba..ada kecewa di hati

Biasa...biasa..biasa...
hidup biasa begini
dilanda musibah yang tidak dijangka
dihempas gelombang tidak diharapkan
semuanya adalah lumrah alam

Maka..mari kita fikir
mari kita renung
mari kita tanya
mengapa,kenapa
tanya pada diri
maka kita akan dapat jawapannya

Mulanya..tentu kita akan rasa sedih,marah,payah
sujud padaNYA dan muhasabah diri
tiap yang berlaku ada hikmahnya
salahkan diri dulu..adalah yang terbaik
jangan dengar kata kiri kanan
mereka tidak terlibat
mereka hanya memanaskan hati
mereka hanya tahu bicara
diam......dan berfikir
menyalahkan seseorang tidak selesaikan masalah
mungkin akan kita ulang lagi kesalahan

JADILAH DIRI KITA
Andai kita salah..perbaiki diri
Maafkan adalah terpuji
Andai kita tersilap melakukan
adalah baik kita sedarkan diri seawalnya
masih ada jalan lurus buat kita

Jangan biarkan hati keras,marah,hasad dan rasa dendam
duduk bertahta dalam diri
kerana sikap begini akan memakan,
meranap dan memusnahkan
bukan saja diri,malah semuanya

Masih ada cahaya di depan
jangan pendam lama-lama
sekali kita silap,kita masih boleh berpatah balik
kita hanya insan kerdil
yang kerap melakukan kesilapan
tapi belajarlah dari kesilapan itu

Kerana,,dunia hanya seketika
rentak tari kita hanya di pentas khayalan
sampai masa pentas ini akan hancur
punah....dan hilanggggg..

Marilah.....
cuci hati kita,maafkan pada yang perlu dimaafkan
insan itu anggaplah ia tidak tahu
insan itu dalam pencarian yang tak pasti

Jangan susah dan payah
Dalam setiap warna kelabu
ada warna jernih yang sudi berkawan
menyulam senyum ikhlas
dan selalu memberi semangat kuat
dan selalu mahu menangis bersama
jadilah insan kuat,teguh,sasa dan kental
ini hanya perkara biasa
yang datang hanya sekejap
menghantar pesanan dan ingatan
bahawa kita cuma manusia biasa
yang adakala tersilap langkah
tidak apa-apalah
biasa-biasa saja

Dan ingatlah..

DUGAAN ITU MENGAJAR KITA MENJADI INSAN KUAT

Dan anggaplah

ADA SALJU SELEPAS PANAS

Monday, June 6, 2011

MENAGIH JANJI YANG TAK PASTI

Seronok cuti-cuti begini
rasa mahu terus bersara
dari alam pendidikan yang kian mencabar
adakala rasa mahu terus bercuti
merehatkan minda yang amat serabut

Tentunya kawan seperguruanku pun begitu
menjalani cuti yang penuh tenang dan damai
bersama anak-anak bersantai di rumah
adakala terasa lebih mudah jaga anak sendiri
dari jadi BIBIK di sekolah

Bagi ibu yang bekerja
cuti sekolah amat membebankan
mungkin ada yg menghantar anak ke kg
dijaga nenek atok yang dah tua
itulah jalan mudah mereka

Maka rasalahhhhhh
betapa selama ini
guru itu tugas terlalu berat
selain menjadi pendidik
dalam tidak sedar ,guru juga pengasuh
menjaga anak anda dari 7 pagi hingga 1 t.hari
tapi sedikit kesilapan guru....
ahhhh...dimaki hamun guru itu
dicaci,herdik dan pelbagai kata nista dilempar

Bila gaji guru dinaikkan RM50
berkokok satu dunia
pernahkah terfikir
andai satu hari saja semua guru mogok
tidak ke sekolah...
bayangkan......
ke mana ya...nak letak anak-anak
maka semua ibu ayah di Malaysia
terpaksa cuti sama
dan 1 Malaysia pula lumpuh
pejabat lengang

Tapi kita guru
tidak pernah mahu terpikir berbuat demikian
kerana kita utuh kukuh memegang AKU JANJI
tidak akan menunjukkan sikap sedemikian
dan akan kekal,kuat dan akur dengan pemimpin
maka adakala perlu juga didengar
mahupun cuma dikerling pada kami
yang meminta tidak selalu
yang mengharap hanya sedikit
sekadar mahu menambah duit ubat demam anak-anak
yang cuma ingin sekelumit
buat membayar upah lebihan masa pada pengasuh
kerana guru itu perlu pulang lewat
kerana tugas yang tidak pernah habis
dan semakin bertambah

Tapi siapa ya yang mahu peduli
pada mintaan dan harapan kita pendidik
maka...carilah kita pendapatan tambahan
berniaga kecil-kecilan
kelas tambahan di rumah
dan apa saja untuk tambahan wang saku
pada zaman canggih ini
apalagi yang hidup di kota besar
kita buat dengan senyap
kerana yang kita pinta tak tentu dapatnya

Semuga semua pendidik tak akan kecewa
malah tak akan putus asa
dalam mendidik dan mencurah bakti
kerana kita ada dunia lain
yang kekal abadi
dan di situ ada doa anak-anak didik kita
yang akan mendoakan kita sepanjang hayat
kerana itulah kita masih di sini

MENAGIH JANJI YANG TAK PASTI
tapi
ADA DOA MENGHARGAI JASA KAMI

Sunday, May 22, 2011

DI SINI KAMI MENGUKIR JANJI









Dulu................
kita datang ke sini
hanya berbekal sehelai baju
dalam sebuah beg yang lusuh
dan sehelai batik umi
buat penghilang rindu

tangan umi kulepaskan
airmata umi kukesat..
kupeluk umi erat
bagai tidak mahu kulepaskan

umi....usah menangis
aku pergi buat meringankan beban umi
kesian umi....sejak tiada ayah
umi lelah sekali
lalu aku meminta izin utk ke sini
mencari ilmu dunia dan akhirat

Di sini aku bersama yang lain
duduk sebilik bertujuh
bagai adik beradik seibu sebapa
membawa nasib sama
buat meneruskan hidup
kami diajar segala
menjadi anak baik dan soleh
riang ria,tawa tangis
kami bersama

dalam meniti hari-hari mendatang
kami membawa diri bagai sudah biasa
adakala kami gembira
adakala kami bergaduh
ada kala kami menangis

kami mandi bersama
kami makan bersama
kami solat bersama
kami tidur bersama
dan kami bertujuh
mahu ke menara gading bersama
sungguh indah khayalan kami
mahu membina istana buat umi
mahu pakaikan umi baju cantik
mahu jadikan umi ratu dalam diri kami
ahhhh.....kami sentiasa bermimpi mungkin

namun.....cahaya sinar yang kami harap
rupanya...mendung berarak lalu
tiba-tiba...istana tempat kami berteduh
bagai digegar raksaksa
istana yang kami sayang
tiba-tiba gelap dari pandangan
di mana adik-adikku

dalam hujan renyai.....
kami hilang..
kini baru kami sedar
rupanya kami sudah disemadikan
bagai sebuah janji
mahu ke menara gading bersama
rupanya janji kami tidak tinggal janji
kami disatukan dalam lahad yang sama
tinggallah cikgu
tinggallah umi
tinggallah kawan-kawan

maafkan aku umi
tidak bisa bina istana buatmu
tidak sempat pakaikan umi baju cantik
tidak kesampaian mahu memegang segulung ijazah
kerana...
kami sudah dijemput
menemui Dia kekasih hati
kami sudah diundang
bersama bidadari cantik
maafkan kami umi

namun....
kami gembira di sini
bersama kawan-kawan
yang setia
usah sedih kalian
kami bahagia di sini
syukur...
sesungguhnya......

DI SINI KAMI MENGUKIR JANJI

Friday, May 20, 2011

MINGGU YANG MEMBOSANKAN

Entah.....
rasanya minggu ini
amat membosankan
baik di sekolah
mahu pun di rumah
semua dibuat
macam ada yang tak kena
walaupun si Naufil sudah senyum manis
tapi hati aku
masih bosan

memang adakala beginilah kita
menghabiskan hari-hari tua
sebagai pendidik
adakala jiwa rasa macam kuat
adakala jiwa rasa bagai kaku
adakala bagai besi waja
adakala bagai bayu lembut
adakala bagai mahu menjerit
adakala bagai mahu membisu

entah....
maka blog ini tempat aku berbisik
mahu menjadi penulis sampai mati
yang bebas menulis apa saja
yang bebas melahirkan rasa tidak puas
yang bebas menyatakan hati ini amat kacau

blog ini walau ia bisu
ia bisa mengubat lelahku
bisa buat aku tenang
bisa buat aku ketawa ada kalanya
bisa buat aku menangis ada saatnya
bisa buat hatiku lapang
dari ribut-ribut yang tidak diundang

adakala mahu terus berpuisi
bagi menenangkan jiwa tua yang kacau
adakala mahu terus bermadah
pada lidah yang tidak upaya berkata-kata
adakala mahu terus berhujah
walau pidatoku tidak sehebat juara
adakala mahu bertazkirah
walau tidak sepetah ilmuan

begitulah.......
bukan mudah menenangkan jiwa
selain sujud padanya
mencari sedikit penawar
buat mengakhiri hidup
yang DIA sudah tahu bila masanya.........

Tuesday, May 17, 2011

SENTUHAN KASEH DI 16 MEI

16 Mei 2011
adalah tarikh keramat buat aku
seorang pendidik
hari yang sentiasa dinanti
oleh semua keluarga sekolah
maka akulah yang amat gembira
walau penat melayan kerenah
anak murid yang berbagai ragam

Dalam kita menyambut hari guru yang lalu
aku punya cerita untuk dikongsi
antara lucu,sedih dan melampau...

Tentu kalian masih ingat pada Naufil
anak murid yang kata aku garang
yang melalak tak sudah-sudah hingga kini
lepas peristiwa yang lalu
Naufil ditempatkan di 1BAKTI
Tentunya aku rasa amat sedih
walaupun aku garang(takkk...aku tegas)
aku tetap rindu pada Naufil

Dalam diam,saban hari
aku akan intai semasa di perhimpunan
ada tak Naufil datang
kalau ada....oklah
kalau tak ada...demamkah ia
jauh di sudut hati...aku kesian padanya

Di 1BAKTI...Naufil tak tenang juga
menangis setiap pagi
ayahibunya juga mungkin pening kepala
apa penyakit anak ini
kalau dulu dia kata aku garang
dah pindah kelas...masih juga menangis
begitulah setiap hari
geram jugak aku melihatnya
dan dalam rindu...aku buat-buat benci

Pagi 16Mei semasa perhimpunan
aku tgok Naufil menangis
aku malas nak pergi pujuk
Lepas perhimpunan Cikgu Rozita memimpin tgn Naufil
Cikgu Rozita:Kak Ani...naufil nak bagi hadiah
Aku :ahhhh...tak mau.biarkan dia
(kejamnya aku kan)
aku terus kekelas 1 sabar
tak lama kemudian,aku tgok Naufil ada di belakang pintu 1 sabar
aku menjerit bila tgok dia menangis
Aku:Asmahani...nape budak ni kat 1 sabar ni...akak tak mau ajar dia ni.
nanti dia menangis dan kata akak garang...tak mau...tak mau
Asmahani: dia kena masuk 1 sabar semula lak kak ani
Aku : adoiiiii.....
aku terus gi kat naufil dan marah padanya
Aku:saya tak mau ajar awak...kan saya garang.
maka...berjurailah air mata anak kecil itu
adoiii....aku mulalah lemah hati ni...

aku:awak nak masuk 1 sabar semula kee?
Naufil mengangguk kepalanya dalam sedu-sedu
aku memimpin tangannya ke dalam kelas
lalu aku bertanya lagi

"betul ni...nak duduk kat 1 sabar
janji ngan cikgu ani tak nangis lagi..
Naufil anggukkan kepala lagi.
airmata masih menderu keluar tak henti-henti
aku bertanya lagi
"sayang cikgu ani tak?
Naufil anggukkan kepala
"kalau sayang cikgu ani...haaaa...cium cikgu ani"
aku menghulurkan pipiku...
anak kecil itu mencium pipiku..
adoiiiiii.....maka..lemahlah segala urat sarafku
dan marahku ,benciku,yang lalu-lalu
pergi,hilang,terbang entah ke mana
ohhhhhh.......naufil.....
napelah kau begini...
maka...aku pun melalak leeee...hu hu hu hu

naufil terus mengeluarkan sekotak hadiah
dan menghulurkan kepadaku
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
aku melalak lagi...
lepas memujuknya
aku berlari ke tandas
dan menangis sepuas-puasnya
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

maka...itulah kisahnya
trajedi airmata dihari guru 2011
kenangan abadi yang tak dapat aku lupakan
harap Naufil tidak menangis lagi..............
N....A....U....F...I..L

Saturday, May 14, 2011

UNTUKMU GURU SEPASANG SUTERA KASEH

kau bagai bulan
menerangi malam gelap
kau bagai mentari
bersinar bila perginya bulan
kau bagai lilin
menerangi kesyahduan malam
kau bagaikan cahaya
yang sentiasa menjadikan
malam itu amat terang

kau bagai berlian
pada cantik sebentuk cincin
kau bagai mutiara
yang indah di celah tiram
kau bagai kerlipan
segala kristal cantik
kesukaan seorang perempuan

Itulah puisi indah
yang datang setiap Sambutan Hari Guru
bagaikan guru itu adalah cahaya
penerang alam..
sungguh indah kita seorang guru

syukurlah padamu guru juga aku
menjadi insan yang amat dihargai
sungguh bertuah kita
dilahirkan untuk menjadi seorang guru
terima kasih pada ayah bonda
yang merestui aku menjadi guru
walaupun adakala jawatan guru itu
adalah pilihan yang terakhir..

Duhai pendidik
mari kita renungkan
walaupun gaji kita sedikit cuma
berbanding dengan jawatan lain
namun pernahkah kita terfikir
hanya hari kita (Hari Guru)
yang disambut penuh syahdu
penuh gembira
penuh MAGIS

aku bayangkan....
anak-anak muridku
bagai nak runtuh segala kedai cenderahati
mencari hadiah buat gurunya
ibubapa pula mencari duit
bagi memenuhi hasrat anaknya
bayangkan anak murid yang tiada apa..
duduk menung..
mahu apa diberi pada guru kesayangannya
tentu rasa sedih kerana ketidakmampuannya
walau mahu membeli sebatang pen buat kecintaannya

Begitulah...
kita amat dihargai
maka ...mari kita berjanji pada diri
mahu menjadi bulan dan matahari
mahu menjadi berlian dan mutiara
mahu menjadi penerang semesta alam
mahu terus mencurah bakti
selagi ada hayat dikandung badan
selagi kudrat ini bisa berbakti

duhai cahayaku
terangilah alam ini
dengan cahaya keikhlasanmu
sinarilah malam ini
dengan penuh rasa insaf
jadikanlah anak didik kita
seorang insan berhati waja
seorang insan berjiwa kental
seorang insan berhati mulia

muga bila kita
tidak lagi bergelar guru
ada seorang anak muda berjaya
datang menziarahi kita
dan memanggil "cikgu"
lalu menghulur
SEPASANG SUTERA KASEH

Saturday, May 7, 2011

SIAPALAH KITA.....HANYA INSAN BIASA

Di sini aku mahu bicara
kerana rasanya aku perlu bicara
dari hati yang amat tulus dan ikhlas
buat kita renung bersama
sebelum kita jauh terpisah
dari dunia kita seorang pendidik

Sabtu lalu,kita mengadakan 2 aktiviti
Road Run dan meeting /ladap
memang amat letih dan amat meletihkan
namun aku puas hati akan apa yang aku telah lakukan
walaupun aku tidak sihat pada awalnya
singgah mengambil injection kerana masalah bengkak badan
tidak aku jadikan alasan untuk tidak hadir
kerana mahu bersama mendapatkan sedikit ilmu
dan akur sebagai penjawat awam yang telah aku pikul
23 tahun yang lalu

Memang tidak dapat dinafikan
pengisian pada hari itu adalah biasa-biasa sahaja
dan hanya ada sedikit penambahan sahaja
jauh di sudut hati....aku pun berbisik
ahhhh.....hanya ulangan dari hari yg sudah2
tapi...siapalah kita yang nak kata bosan,buang masa,itu dan ini
siapa kita?

Aku fikir semula....kenapa kita perlu diingat selalu
kerana kita tidak buat apa yang kita perlu buat
siapa nak tegur kita,kalau tidak orang dalaman
siapa kita?
adakah kita insan cemerlang yang tidak boleh ditegur
atau tidak layak ditegur
atau..adakah kita yang ada sekeping ijazah
memang tidak perlu ditegur lagi
walaupun kita memang bersalah

Wahhhh.....hebat betul kita ni...
sehebat mana kita?
adakah kita sudah dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
maka kita sudah cukup cemerlang
kita tidak perlu menghadiri
apa-apa projek sekolah yang mahu kita terus bermotivasi
apakah kita sudah cukup hebat

Maaf kalau aku amat emosi sekali
dulu aku juga punya anak kecil
4 anakku.Suami jauh bertugas.hujung minggu baru balek
aku menjadi kuat kerana aku adalah aku
tidak mahu bergantung hidup pada suami 100 peratus
mahu berhati waja dan mahu kuat menghadapi rintangan
maka aku susun jadual sebijaknya

Dari situ..aku mengajar anak-anakku agar berjiwa berani dan kuat
perlu memahami ibunya dan mereka juga perlu berhati waja
syukur.....liku-liku yang aku lalu menjadi tauladan
dan anak-anakku menjadi insan kuat dan taat serta hormat pada ketua
hinggakan anakku Fitrah yang masa itu ditahun 1 ,tidak pernah mencari aku
di sekolah semasa membeli alat tulis dan ke kantin
kerana abang-abangnya berpesan
"kau jangan mengada-gada sebab mak kita cikgu,abang dulu,mak tak benarkan panggil
mak kat sekolah"
"kau mesti jadi murid lain,yang maknya tak ada kat sekolah"
mungkin kerana pesan abangnya itulah dia tidak pernah mencari aku di sekolah
kecuali dia tidak sihat

Kadangkala terfikir aku
mengapa kita degil
tidak mahu dan membangkang keputusan pentadbir
adakala kita langsung tidak peduli dan nampak benar kita amat degil
Nak ke mana kita dik?
Nak pindah? atau tinggal di sini bertugas dalam keadaan yang tidak selesa
Rasanya semua itu membuatkan kita bagai terpaksa
dan di mana keikhlasan kita untuk datang bertugas
dan sampai bila

Lalu aku mahu lari dari suasana ini
aku mahu menjadi aku dan tidak peduli untuk dimarahi atau ditegur
kalau itu untuk kebaikan
biarkanlah
Kerana...adakala aku terpikir
adakala kita menghadapi masalah bersama parent
kerana tidak secara sengaja melukakan anak mereka
siapa yang kita cari waktu itu?
adakah suami yang selalu marah kerana bermeeting selalu?
atau kawan-kawan yang mengajak kita menjadi degil?
atau kita sendiri boleh berdepan dengan parent itu?
tidak ada mereka disisi kita waktu itu dik
aku sudah alami ini semua
kawan-kawan?....ada masa mula jauhkan diri
tak berani mengeluarkan pendapat
adakala buat tak tau bila kita menangis
kawan....
hanya bersama bila kita ada
bersama bila kita gembira
bersama bila mahu menjadikan kita negatif
suami.....sekadar diam membisu
kerana mereka tidak ada hak untuk bercakap
kerana itu bukan bidang mereka

Maka siapa kita cari?
ya....mereka yang kita selalu kata
adakala kita hina keji
mereka inilah yang akhirnya menolong menjernihkan
keadaan dan menyelesaikan masalah kita

Kita selalu berkata...
mereka tidak mahu memberi kerjasama pada kita
Cuba pula kita tanya
adakah kita memberi kerjasama pada mereka?
mereka tahu dik
siapa yang selalu mengecam mereka
kerana wall fb kita adakala boleh dibaca mereka

Maka tidak hairan kenapa mereka tidak memberi kerjasama
adakah kita akan memberi kerjasama pada orang yg pernah hina maki kita?
rasanya susahkan...kalau ada pun ..tentu secara terpaksa
jadi marilah kita ambil beberapa perkara ini sebagai langkah positif

andai orang itu berhati keras,maka kita lembutkan dengan kata-kata
andai orang itu berbicara kasar,patahkan dengan kehalusan lidah kita
andai orang itu selalu beremosi,maka biarkan dia dgn emosinya
jangan kita jua berhati keras
jangan kita jua berbicara kasar
jangan kita juga beremosi
berdoalah ,muga suatu hari nanti
kita boleh menjadi sahabat baik pada insan ini

Ingatlah adik-adikku
amat mulia dirimu di sisi Allah andai kamu selalu memaafkan
insan yang menganiya kamu
terlalu tinggi darjatmu di Akhirat nanti andai kamu mudah
merendahkan diri pada keangkuhan orang lain
KERANA Nabi Muhammad pun akan memaafkan umatnya
yang mengaku Islam tapi jahil
dan mendoakan mereka di neraka agar ke syurga jua akhirnya
betapa sucinya hati Nabi kita kan dik

Maka siapa kita untuk tidak memaafkan insan ini
marilah sayang...dengar cakap kakak tua kamu ini
akak memohon dengan linangan air mata
anggaplah dia ibu kita yang kerdil dan tua
yang mahu melihat anak-anaknya berjaya
yang bebelannya,marahnya,herdiknya cuma seketika
andai esok ibu kita pergi...biar dia pergi dengan meninggalkan
satu tanggungjawab yang telah ia lakukan dan insan tua itu
tidak akan ada hutang terhadap Allah.
Berfikiran positiflah adik-adikku
muga kita akan sentiasa diberkati
dan akan selalu gembira
dan memikul AMANAH ALLAH ini dengan penuh kesyukuran

Maafkan kakak tuamu ini andai coretan ini
melukai hatimu yang memangnya sudah bersih cuma...
ada sedikit tercalar oleh sesuatu yang tidak diduga.
Salam sayang untuk semua dan ingatlah
HANYA KITA YANG TAHU SIAPA DIRI KITA

Thursday, May 5, 2011

MASIH AKU INGAT





aku masih ingat
zaman kecil dulu
masa hidup susah
payah sungguh ibu ayah
cari duit dan besarkan kami
abah dan mak tak pernah mengeluh
abah hanya tersenyum
"sekolah,kalau nak senang"
kata-kata itu buat aku kuat
aku belajar walau serba kekurangan

akhirnya....jadi guru
yang amat aku impikan sejak kecil
kini dah 23 tahun jadi cikgu
dah 4 sekolah aku berkhidmat
dah 4 guru besar menjadi ketuaku
2 GB lelaki,2 GB perempuan

mana sekolah......sama sahaja
aku...mcm dulu jugak
pentadbir ,aku buat kawan
GB pertama Cikgu Yassin.
1 tahun aku dah disahkan dlm jawatan
terima kasih cikgu.

Gb ke2 lelaki jugak,Cikgu Chin Kow Ming
masa tu,aku selalu semput....
maka setiap minggu aku mesti MC
cikgu chin ada kata
"hari-hari MC...aiya"
aku...apalah nak jawab
aku cuma kata
"cikgu,saya pun tak mau sakit,tapi itu sakit sudah mari,
saya apa mau bikin"
he he.....aku kan pandai jawab
Gb ke 3 Pn Siti Minah
Ahhhh.....amat garang
aku dekat-dekat padanya
kena marah selalu
sebab suka bawak makanan kat sekolah
"mintak maaflah puan,saya suka masak,tepong banyak kat umah,
nanti berkutu pulak"
he he...aku kan pandai jawab
sebab pandai jawab beno..
aku dapat APC tahun 2003
he he

Pas tu pindah S Alam
Cikgu Aziz...
ahhhh...dia ni lembut...sporting abih
tapi bila cikgu tak dengo kata dia
maka dia pun sedih dan menangis
alahai.....aku pun layan sedihnya
uwa...uwa

Bila cikgu Aziz pindah...
Haaa...mari pulak Pn.Norsima
Garang gakkkk....
cuba dekat-dekat gak...
tapi bukan bodek.
bodek tak main haaaa
kipas-kipas lagi tak main haaa
kat bilik GB dah ada aircooooooonnnn

aku macam-macam biasa jer
rasa nak jawab ,aku jawab
rasa salah,I'am sory

apa lagi aku boleh kata
selalu gak kami tahun 1 kena marah
alahhhhh......diam ajelah
orang lama kan.
Marahnya tak lama
kena marah...ketawa jer

kalau salah perbetulkan
kalau tak salah....
anggaplah salah dengoooo

Jangan fikir banyak-banyak
lama lagi nak kerja nih
nak pindah mana?
dok aje diam-diam
fikir gi sekolah nanti
nak ketawa ngan suraya,ngan suhaiza
ngan amutha,ngan amnah,ngan lim
fikir nak lawan perut ngan sanisah,ngan kitty
ngan tomato.....

ahhhhh......aku seronok
dan mahu abihkan alam pendidikan ini
di sini................
kerana aku percaya
AKU ADALAH AKU

Sunday, May 1, 2011

KENANGAN DI HOMESTAY SG. SIREH,TG.KARANG







Kenangan buat puteriku
Kem Jati Diri 2011
terima kasih buat Guru Tahun 6
kenangan yang tidak dapat aku lupakan

Merempit bersama Ustazah Wazni
bawak ven membelah sawah padi jam 1 pagi
bagai dikejar hantu raya

sarapan pagi bersama Junaidah
di rumahnya
2 loyang besar kuih talam
me hoon,nasi lemak
pulut panggang
tea,kopi
apam tepung beras
ahhhh.....kenyang sungguh

agak pening bapak Jun tgok kami
anak angkatnya yg tak berdaftar
Lim
amutha dan karthik
Rozita
Kak Jem
Siti
Haliza
Wazni
Rozimah
Hayat
Redzua dan isteri and adam
Aku ...Rohani
Suzana yang semput ditgh malam...ciannn

Ahhhhhhhhhhh
kenangan abadi yang tidak dpt dibayangkan
masih segar dalam ingatan
Muga kenangan ini akan dpt
kita kecapi lagi
di masa-masa mendatang..

Sunday, February 20, 2011

SUKAN TAHUNAN SKS 20-PUSAT SUKAN NEGARA PANASONIC
















INILAH KENANGAN YANG SEMPAT DIABADIKAN.NANTI AKAN KUTAMBAH FOTO2 YANG MENARIK UNTUK TATAPAN KITA SEMUA

Tuesday, February 15, 2011

KEAGUNGAN ILLAHI

Ratu malam sang rambulan
Raja siang sang matahari
keduanya selalu bertentangan

tarik menarik
dorong mendorong
saling menguasai
Seolah selalu bertanding tiada henti

Tiada yang kalah
Tak ada yang menang
Kerana dengan kedua sifat yang bertentangan ini
seluruh alam semesta bergerak

Dunia berputar
Saling mengisi
Yang satu melengkapi lain
Tanpa yang satu
Takkan ada yang lain

Siang dan malam
baik dan jahat
Tanpa ada yang satu
Apakah yang lain itu akan ada
Tanpa ada gelap
Dapatkah kita mengenal terang!

Inilah sebuah kenyataan
Yang telah dikehendaki Allah
Tanpa kehendaknya
Tak kan terjadi apa-apa....

Monday, February 14, 2011

BUAT KAWAN DAN SAHABAT

Aku berkawan dengan semua orang
selagi mana orang itu sudi
selagi aku mampu
tak akan aku biar ia jatuh...
akan aku bangunkan dia
tapi...
satu saja yang aku tak mampu janji
AKU TAK PERNAH SEMPURNA
hargailah aku seadanya

Bila hati ini terguris
sukar benar memulihkannya
bila hati ini dicalari dengan
sikap tidakupayaan
terhadap sahabat sendiri
berat benar bebanan
mahu kutanggung

22 Feb 2011





Ahhhh
mcm bosan pulak aku
cuti-cuti begini
apa nak buat..

layari blog yg dah lama sunyi
tak ku catat sebarang cerita
kesibukan tugas,buat aku lupa
singgah kat blog tua ini

hari ini
dah 22 tahun umur anakku Fikri
dah besar panjang anak bujang sulungku
tahun ini tahun akhir di UTP
dah nak abis belajar pun
tak dapat raikannya
GG kat UTP
tak balek

Cuma ingatan,ucapan dan pesanan
yang dapat diberi
muga semakin matang dalam melayari
hidup penuh cabaran
jadi anak yang berjaya
menyusun jalanan kehidupan

Tarikh hari ini
amat bertuah untuk tahun ke22
dapat meraikan seiring
sambutan Maulidur Rasul
muga ada hikmahnya
mungkin berjaya cemerlang
dan dapat kerja yang bagus

Harap segalanya berjalan lancar
seiring doa emak dan ayah
dan dengan izin Allah jua

Wednesday, December 8, 2010

dec 9

pukul 5 aku dah bangun
hari ini nak berpindah appartment
kat Wang Fujing
berpindah ke tengah2 bandaraya
ambil appt 2 bilik

kerana hari ini anak ke2 irfan
kena balik ke KL
dah ponteng kuliah seminggu
jadi tak perlu appt 3 bilik

jimat gak belanja
kat sini appt 3 bilik 1ooo yuan gitu
Rm 500 semalam lah lebih kurang
kat Wang Fujing mahal sikit
sebab tengah-tengah tempat shopping
appt 2 bilik dalam 1100 yuan (rm 550 semalam)

kat sini tempat,jalan,appt dan apa sahaja amat bersih
macam kat london gak
pelik gak
kenapa malaysia banyak sampah yaaa
beijing adalah kota yang amat besar
tiada rumah teres atau banglo
mereka tinggal kat appt.
bangunan tinggi-tinggi

jalanraya pula kira terbaik lah
kemana sahaja ada Highway 6 lorong
cukup canggih
penduduk cina suka naik subway
kemana sahaja 2yuan
kalau turun satu stesen nak naik balek 2 yuan
pokoknya murah kan....

makanan kat sini susah sikit la
aku bawak bekalan yang cukup
kat sini ada jual produk malaysia
biskut munchy.sardin cap ayam yg muka Chef Wan tu
kira senanglaa
kami tak lapar
maggi aku dah abis
aku masak macaroni pulak
he he

kat sini seronok
tapi musim sejuk tu yg tak tahan
kulit dan mulut pecah-pecah
kena sapu cream pelembab
kalau nak gi kebeijing
pergilah dalam musim bunga
musim sejuk ni
pemandangan tak cantik
tapi aku menunggu jugak kot salji turun
tapi tak dapat rasa kot

tak apalah
suhu sekarang ni pun dah sejuk sangat
kat kedai2 baju sejuk terlalu banyak

ok...stop kat sini dulu..nak kemas2

Zedan

Hari ini 8 dec
suamiku pagi-pagi dah keluar meeting
aku dan anak2 naik subway
gi Zedan
ingat nak beli jugak
tapi malaslah pulak
pusing2 kat Zedan
kami naik subway semula
gi Silk Street lagi
anak2ku nak beli entah apa2 lagi
aku pun temankan

ingat nak cari handbag satu
malas pulak
nyampah tengok jurujual tu
suka tarik2 tangan beli barang mereka
cuma melihat gelagat jurujual di sini

kalau nak beli
mereka suruh kita tekan culculatur
tekan je berapa harga nak beli
kalau dia berkenan ha...bolehlah berkira
kena pandai gak main cara mereka
kalau tidak....habis kena goreng

aku memang pandai goreng
he he
kalah juga mereka
ada yang suka tarik tangan
ceh!!!! aku marah tol kat mereka
"don't touch me"
ewah.....aku buat2 marah
ha....tak berani nak touch2 aku
he he

lama gak aku dok cuci mata
sampai bertaik mata aku..
melihat gelagat minah sepet ni

kul 5 balek appt
masak
makan
esok nak gi jalan lagi
fulussssss dah kurus.....

Tianjin

Sudah pun sampai ke Tianjin
Singgah tadi hantar suami
keCPP .China Petroleum
ada meeting
kami bukan gi makan angin saja
tempat tu kat Langpang City
jauh gak

lepas suamiku gi opis CPP
kami dibawa oleh simata sepet
ke Tianjin
Gi shopping sket kat Antique Street
pusing-pusing kat Tianjin
balek semula kat Langpang City
amek suami

Kami balek semula keBeijing
berpindah appartment
kami ke silk market lagi
anak2 tak puas membeli
aku tinggalkan mereka bertiga di Silk Market
mereka balik ke appt.naik subway

aku balik keappt
letih benar

Tuesday, December 7, 2010

Perjalananku



2 dec 5.30 pagi
pagi lagi dah bangun
mandi dan bersolat
jam 6....dah keluar rumah
ke KLIA untuk ke Beijing
Seronok gakkk

Jam 9.40 pagi
terbanglah ke Beijing
dalam kapalterbang mengucap banyak2
takut pun mati he he

Cuaca di atas kurang baik
tapi naik MAS makan diberi banyak sekali
aduh ..berat kapalterbang ni kang
risau aku..

Alhamdulillah..
jam 5.30 selamat mendarat diOriental Airport
kami disambut oleh senyum manis orang cina
namanya Qiang...dalam umur 30 an
mata sepet..pandai berbahasa Inggeris
senanglah nak berbicara
malah Inggerisnya terlebih kelondonannya
syrahh...syrahhh..

anak-anak ku yang 3 lelaki fahamlah
apa yang siQiang cakap
aku yang tak pandai inggeris sangat ni
angguk-angguklah mcm burung belatuk mabuk
ha..ha.. maklumlah
sekolah melayu
bahasa inggeris aku dulu pun gagal
macamana jadi cikgu pun aku tak tahu
he he
yang penting aku boleh ajar murid tahun 1
BAHASA MELAYU KOW..KOW punya

kami ke Appartment Olympic
dulu tempat peserta olympic duduk
dekat dengan Stadium Sarang Burung tuuu
ada 3 bilik
rehat dan malam keluar jap gi stadium
sejuk nak mampuih..
kejap je jalan..aku cabut balek ke appartment

3 dec
kami dibawa ke Great Wall
nak tercabut lutut memanjat tangga
semangat punya pasal aku merangkak jugaklah
anak-anak bagi semangat.
aku entah berapa kali terduduk
tapi...aku nekad
Great Wall akan kutawan
Akhirnya aku sampailah jugak
walaupun entah berapa kali ubat semput aku sedut

bila nak turun
masalahlah pulak
seram jugak tengok bawah
bila bayangkan penderitaan org dulu bina tembok ini
aku jadi kagum dengan semangat mereka
dan kerana semangat wira itulah
aku memanjat tangga2 Great Wall
walaupun aku sebenarnya tidak berdaya
Kenangan abadi dalam hidupku
dan tak akan aku lupa selamanya


3 dec
kami melawat Forbidden City
merupakan istana Maharaja Cina dahulu
omak aiii
banyak bilik-bilik
memang ratusan bini dan gundiknya
hampir 2 jam berjalan dalam istana tu
aduhai...hebat betul maharaja cina dulu
rakyatnya......tahulah jawapannya kan
baca sejarah!!!!!

balik dari situ
singgah jap kat Silk Market
aduhai...
aku gila mabuk kat situ
baju sejuk,tebal-tebal gila
cincin.loket.batu permata
entah apa-apa lagi lahhh
7 tingkat rasanya..
jalan jap jer
nanti nak gi lagi esok

ada juru jual yg pandai cakap melayu
dapatlah aku beli alas meja yg memang
murah kow-kow lahh...
banyak gak aku beli...
nak jual
sapa mau....

4 dec
kami ke Chengde
tidor satu malam kat sana
sejuk sangat
malam suhu -13
gila
gi kat Summer Resort
tempat makan angin atau istana musim bunga
maharaja cina
omak aiii
bosar boto...
air tasik tu beku sebab sejuk sangat
anak-anak aku pun apa lagi
bermain diatas air batulah
pertama kali dalam hidup tuuuu
aku takut gak nak pijak
terjelos....ha meninggal aku
tapi kang anak aku kata mak ni penakut
aku pun buat-buat beranilah
sebenornya takut gila aku
maklomlah..kan aku ni berattt
ok lah...nak stop dulu
nak gi jalan-jalan lagi
nanti aku cerita lagi
bye dulu

Monday, November 29, 2010

NAPO...LAMBAT BONAR

2 dec...
lambat mcm kura-kura pulak
hari tu birthday Fitrah juga
hari tu nak gi makan angin

harap perut aku tak kembong
makan angin ...laparrr
nak bawak apa ni
nak beli apa ni

aku ngan fitrah
hari-hari tarik beg baju
nak bawa beg mana?
yang besar?yang kecil

ahhhhh...dua beranak ni
main tarik-tarik beg
tak sabar sebenarnya
nak gi china tu

apa ada kat sana?
orang cina la kan!!!
petaling street pun banyak
apa ada kat sana?
baju...
ahhh...kat KL pun banyak

apa rupa orang cina tu
Mcm Puan Lim lah kan..
apa lahhhh...
seronok bonar nak kebeijing tu...

he he...
saja nak pi buang duit
main kutu 1 tahun
buang kat China...membazir

tak pe...tahun 2011 main kutu lagi

ingat nak buat rendanglah
mcm tak lalu nak makan kat sana tu
nak beli sardin jugak
nak beli mcm2
takut gak aku
kalau mati tak makan
he he

oppppsss..
ubat semput.ubat sakit badan,ubat darah tinggi
jangan lupa
nak gi beli juga
takut mati kat china nanti
satu hal pulak
tak dapat jumpa kawan-kawan
tak dapat tulis blog
tak dapat jumpa Hairin..

rindu aku pada kawan-kawan FB
amutha,lim,baby.chombee.suraya
kak liza m.tanah.suhaiza
shariah,puan norsima..he he
budak opis yang baik hati
dan semua kawan-kawan
yang aku rindu

pada kakak dan adikku rejab dan bobok
pada anak buahku yang baik hati mereka
mak tam sayang kamu semua

hee
harap doakan kami sekeluarga
pergi dan balek dengan selamat

hu..hu...
sedih pulak aku
tak sangka rupanya
dalam rock aku ni ..
aku kememeh rupanya

JALAN DULU KENGKAWAN..

Wednesday, November 24, 2010

KSSR & PBS

Baru bulan lepas mengikuti kursus KSSR
perubahan yang besar dalam membina RPH
belum lagi memahami arus perubahan itu
belum lagi aku bagi in house training
pada guru BM tahun 1
aku diarah pergi mengikuti kursus lagi
PENATAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Aduhhhhhh
sekali lagi bagai batu besar jatuh di atas kepala
kali ini rasa macam sukar untuk aku angkat semula
berat dan amat berat sekali

Murid tahun 1 2011 merupaka perintis projek ini
menjelang 2016 murid ini akan berada ditahun 6
inilah murid yang akan di nilai 40/60

murid di nilai dari portfolio dan database
setiap murid mesti ada 3 fail
BM.MT dan BI

apa yang ada dalam fail itu?
1.carta perkembangan murid (sumatif)
2.laporan perkembangan murid
3.borang gred purata murid
4.item pentadsiran yang di jalankan
5.segala hasil kerja yang berkaitan dengan pentaksiran

Penskoran berdasarkan pencapaian Band 1-band 6
Pelaporan berdasarkan band yang telah dicapai
Guru matapelajaran diberi kuasa penuh keatas pemarkahan murid mereka.

memang banyak dan masih kabur projek dan matlamat serta objektif LPM ini
rasanya masih banyak yang perlu dipelajari.

cuma..
bayangkan betapa banyak fail yang perlu seorang guru itu kendalikan
kalau mengajar BM 2 kelas=80 fail
kalau ajar mat 3 kelas =120 fail murid perlu di pikul
tidakkah membebankan

namun segalanya perlu digalas
kehendak lembaga peperiksaan malaysia
buat sajalah
BIAR MATI DITIMPA FAIL

Wednesday, November 3, 2010

Beijing...tunggu kami




Tanggal 2Dec...masih jauh
Namun tidak sabar rasanya
mahu berada di sana
Tiket sudah pun dibeli
cuma menunggu tarikh keramat ini

Anak-anak
dah tak sabar lagi
mungkin mahu melihat salji
harap sampai waktu itu

sukan 2010






Wednesday, August 25, 2010

Terkenang Aku

Bulan ramadan datang lagi
Bulan aku menangis
Terkenang pada emak dan abah
Rindu pada suara merdu abah
Mengalun bacaan AlQuran

Rindu aku pada masakan mak
Emak pandai masak
Sambl emak aku rindu
Aku menangis

Aku rindu pada abah
Aku sayang abah
Aku rindu emak
Amatttt rindu

Tiada siapa di sisi
Bila aku rindu pada mereka
Kenapa emak abah pergi cepat
Sebelum aku puas memberi mereka
Apa yang ingin aku berikan

Apa ada aku
Yatim piatu
Tidak punya mereka
Apa ada aku
Harta tidak sama kasih mereka

Apa ada aku
Miskin kasih sayang
Emak dan abah
Apa ada akuuu

Emak.....abah....
Aku amt rindu pada kalian
Teramat rindu
Muga emak dan abah
Hadirlah dalam mimpiku
Ingin aku tatap
Wajah kalian dalam lenaku......

Wednesday, July 28, 2010

ADUH!!!!!

Hari ini aku masuk kelas 1B
Murid bagi tahu kerusi tak cukup
Aku jerit...
"kerusi cikgu pun tak ada"
Aku pergi ke kelas 1A
cari kerusi untuk aku dan muridku
Dapat 2 kerusi
Tiba-tiba..muridku menjerit
"Cikgu Aniiiiii..."
"Aiman Danish kata Cikgu buta"
haaaaaaa aku jerit
Rupanya kerusi guru diletakkan bawah meja guru
Aduh......aku tak marah.memang buta pun

Masuk kelas 1I pula
Aku marah sebab muridku tak menulis
Dalam marah...aku ketawa pulak
Sebab ada murid yang tersengeh pandang aku
Aku tanya
Mengapa awak tersengeh?"
Selamba dia menjawab
"hari ni Cikgu Ani kena sampuk ya"
Aduh....aku tak marah
Memang selalu kena sampuk pun
Angin meroyannnn....

MEGA MENDUNG

Panassss......
Cukup panas
Yang bertiup taklah kuat sangat
Angin itu
taklah kencang sangat
Cuma ada kipas-kipas nakal
Menghayun hati yang tengah panas

Marilah
kita cari air
kita siram ramai-ramai
kita cari air zam-zam
kita minum ramai-ramai

Dah nak puasa ni
Emak kita merajukkkk
Mak Ngah kita juga merajuk
Mari kita pujuk ramai-ramai

Jangan kita jadi angin
Jangan kita jadi jahat
Kan kita adik beradik
Mari kita cakap yang baik-baik

Mari kita pujuk Mak dan Mak Ngah kita
Kita doakan yang baik-baik juga
Marilahhhhhhh
Kan kita sayang pada mereka
Nanti hari raya tak seronok
Kan nak salam-salam
Kan nak pelok-pelok

Apa-apa pun....
Kami sayang Mak dan Mak Ngah

Wednesday, July 14, 2010

Apa Kau Mahu Datang Bertandang?

Awal tahun kau datang
Kami sambut dengan senyum lebar
Lembut suaramu
Kami sangka kau bagai mutiara
Bagai sutera yang amat lembut
Akan menjadi sinar di sini
Gedung ilmu yang sudah lama malap!

Memang menyerlah diri kamu
Aku mula minat pada caramu
Menjalankan tugas dengan penuh didikasi
Penuh minat,dan.....
Aku cukup teruja
Inilah sinarrrr

Hari berlalu,
Aku mendengar
ceritera sedih ttg kamu
Ada sedikit kelemahan dalam diri
Yang memang tidak patut berlaku

Ada hati yang terluka
Mungkin kau tidak sengaja lukakan
Mungkin kau terlalu teruja
Menjadi yang baru di sini

Tak apalah adikku
Harapan dan doa
Muga teguran dan rasa marahku
Akan membina semula dirimu
Dan kau akan menjadi kau yang baru

Duhai adik
Hidup kita tidak lama
Hari ini perlu ada kasih sayang
Antara kawan-kawan
Bagai isi dengan kulit
Bagai irama dan lagu
Bagai warna-warna pelangi

Jangan adikku
Jangan jadi manusia hipokrit
Jangan jadi racun
Jangan jadi duri

Jadi angin, adikku
Sejukkan badan bila panas terasa
Jadi selimut, adikku
Lindungi kawan bila ada musuh datang ganggu
Jadi air,adikku
Siram bila kering dan kontang
Jadi jarum dan benang,adikku
Jahit bila koyak
Jadi bulan,adikku
Beri sinar bila malam gelap
Jadi badut, adikku
Beri rasa riang pada kawan sedang gundah sedih

Jadilah segala-galanya
Bagai pelindung
Bagai penyelamat
Bagai kakak yang sayang adik-adiknya
Bagai ibu yang rindu pada anak-anaknya
Bagai suami yang kasih pada isterinya

Jadilah......
Mutiara yang kecil,hidup di dasar lautan
Amat berharga nilainya

Jadilah......
Bola ragbi
Yang dikejar direbut dengan penuh sengsara
Bila dapat dipeluk erat enggan dilepas
Dijaga oleh kumpulan dengan rapi
Agar tidak dirampas pihak lawan

Jadilah .....
Embun
Sejukkan pohon
Sejukkan hangat malam
Dan sentiasa sejuk selamanya

Aku tahu
Senyum manismu
Amat jujur dan manis sekali
Sejuk hati melihat senyummu
Mahu aku memelukmu setiap hari

Yang pasti
Aku mahu kamu berubah
Dan aku tahu
Kamu amat baik dan sangat baik


PASTIKAN DATANGMU PENUH KEBERKATAN
DAN PULANGMU ESOK AKAN SENTIASA DITANGISI KAWAN-KAWAN

JAUH........... DISUDUT HATI..
AKU SAYANG PADAMU

Thursday, April 22, 2010

Kenal Diri

Ada rasa sedih
Ada rasa terharu
mengenang insan ini
yang amat garang di mata orang
tapi hatinya kecil tapi berani

aku berbicara
mulanya aku rasa resah
takut teguranku salah
kuberanikan diri
dup dup jantung ku

tapi akhirnya aku kenali
siapa aku
siapa dia

insan kecil yang berjiwa besar
dalam berani dia ada hati yang suci
menangis bersamaku
sebak aku melihatnya
tidakku sangka
mudah berlinang airmatanya
aduh....

kamu tak hadapinya
kawan.....
jiwa tua itu
merintih rupanya
berdosa aku
selama ini menyampuk bila orang mengata
banyaknya dosa aku
aduh....

aku belajar lagi
jangan mendengar kata orang
terus masuk ke telinga
dan simpan di hati
siasat kawanku
dekati insan yang lemah itu
buat penilaian
jangan..jangan...
jangan dengar hasutan orang.....

Thursday, April 1, 2010

KUCARI TAYAR KERETAKU

8.00 pagi
suamiku msg
Abang "Perasan tak tayar spare Naza hilang?"
Aku "Tak,mana abang tau?"
Abang "Last night ada,cuba gi tgok"
Aku "Jap,ada kelas ni,jauh lah"
Abang "Ok,nanti gi tgok"
Aku "Tayar spare tu letak kat mane?"
Abang "Kat bawah badan kereta,kena tonggeng sikitlah,
baru nampak"
Aku "Ok..

selepas memberi kerja pada anak murid 1I,aku bergegas ke kereta.
Dalam hati....masih fobia bila tayar kereta skyline di belah dengan pisau.
Aduh....sapa pulak dah curi tayar kereta aku pulak
Nak jual ke mana tayar tu...
Fikiranku mula fikir macam-macam.

Sampai kat kereta
Alamak...nak menonggeng ni
Badan dahlah comel
Aduhhh..
Mataku memandang keliling
Maalomlah..nak menonggeng
Malu kalau dilihat anak murid atau guru-guru
Apa pulak penyakit aku ni..
Menonggeng2

Selepas pasti keadaan selamat
Aku pun melabuhkan lutut
Eh!!!! ada pulak tayar ni
Tak hilang pun
Tayar spare ada 2 ke?
Aku meraba2 kalau-kalau mataku silap
Yaa,,ada tayar ni.

Aku call suamiku.
"Abangg,apa ni,tayar tu adalah,
Abang rabun apa.Penat tau saya tonggeng2 tgok bawah
kereta.Adoiii. sakit pinggang"
Keluh aku pada suami.marah dan geram pun ada.
Kerja bodoh aje..kalau orang lihat,tentu gelak

Tiba-tiba abang ketawa terbahak-bahak.Aku hairan.
"Nape ketawa? aku tanye.
Dengan nada penuh kasih,dan masih ketawa abang kata,

"APRIL FOOL"
Aduhhhh....kantoi aku.
Nanti abang,,siap balik nanti.

Rasanya...kenangan itu tak dapat kulupakan sampai bila-bila.
Sepanjang perjalan balek ke kelas
Aku ketawa sorang2.Suamiku memang nakal!

Wednesday, March 24, 2010

MARI DIET

Day 1
Breakfast : LEC + 1 hard boiled egg
Lunch : Chicken without skin 4 pcs + 1/2 mee hoon + steam vege
Tea break : LEC
Dinner : Udon mee 1/2 bowl + taufu 1/2 pc + 1 bowl steam vege

Day 2
Breakfast : LEC + 1/2 bowl dong fun
Lunch : 1 apple + steam fish
Tea break : LEC
Dinner : 1/2 bowl fish porridge + 1 apple

Day 3
Breakfast : LEC + 1 hard boiled egg
Lunch : vege salad
Tea break : LEC
Dinner : 1/2 bowl udon mee + 1 cup steam egg

Day 4
Breakfast : LEC + apple
Lunch : 1 corn + 1/2 dong fun
Tea break : LEC
Dinner : 1/2 bowl mee hoon + 1 bowl steam vege

Day 5
Breakfast : LEC + scramble egg
Lunch : 1/2 chicken porridge + 1 grape fruit
Tea break : LEC
Dinner : 1 kiwi + 1 steam fish

Day 6
Breakfast : LEC + 1 kiwi
Lunch : 1 bowl mee hoon + 1 dragon fruit
Tea break : LEC
Dinner : 1 bowl steam vege + 1 hard boiled egg

Day 7
Breakfast : LEC + 1 apple
Lunch : 1 bowl vege + 1 dragon fruit
Tea break : LEC
Dinner : 1/2 bowl mee hoon + 2 hard boiled egg

** Drink at least 3 litre plain water a day
** 30 min of light exercise a day
** all food cook with low salt and low oil method

@@@@@ CUBA LAH...KOT-KOT TERDAYA @@@@@

Wednesday, March 17, 2010

REHAT

Cuti cuti begini
aku menghabiskan masa dengan berehat secukupnya
aku memasuki kelas menjaga kesihatan
2/3 hari sekali aku ikuti kelas
oklah...bayaran bolehlah tahan
semua ditanggung suami
demi kesihatan katanya
terima kasih abang

adakala
agak boring jugak
menanda kertas peperiksaan UB1
tapi buat jugak
demi tugas

Hari ini nak gi jalan-jalan jap
rehat minda
habiskan duit jugak.....

Thursday, March 11, 2010

BICARA HATI

Lama tidak berblog
Ada rasa bosan dalam hati
Kadang-kadang rasa jemu
Malas bicara pun ada
Ada masa jiwa memberontak
Benci pada banyak perkara
Adakala rasa suka
Pada yang manis dan pahit juga
Dunia sering berubah
cabaran demi cabaran datang
adakala mahu pergi jauh
Ambil angin negara orang
Tapi waktu dan tugas menghalang
Ohhhhhhhh bosan melanda diri.....

Friday, February 12, 2010

TUA JUA KITA AKHIRNYA

Rindu aku pada basikal tua
Yang pernah abah kayuh
Basikal itulah yang membawa aku ke sekolah
Masih dalam ingatan ...
Dan tak akan aku lupakan

Rindu aku pada abah
Senyum manis abah
Tunggu aku di pagar sekolah
Bangga aku
Membonceng basikal tua abah
Tak akan pudar dari ingatan

Rindu aku pada suara abah
mengajar aku baca sifir
Mengajar aku baca surah
Menyanyikan aku lagu Lompat Katak

Rindu aku pada abah
Yang tak akan datang lagi menjenguk aku
Yang sudah bergelar guru ini
Yang lama dulu abah impikan

Abah...
Aku adalah mutiara hatimu dulu
Aku adalah puteri kesayanganmu dulu
Aku adalah gadis comelmu dulu

Kini
Aku tetap seperti dulu
Berjiwa kental,kuat,berani
Semangat yang kau bekalkan
Akan tetap kupegang,kuukir
Malah sudah kupahat dalam hatiku

Pergilah abah
Aku tetap sayang padamu
Aku tetap rindu padamu
Kita akan berjumpa di syurga nanti

Untukmu Abah.....ALFATEHAH.

CUTI

Cuti panjang sempena Tahun Baru Cina bermula
Guru-guru mungkin rasa relax buat seminggu
Ada juga yang bawak balek kerja bertimbun ke rumah
Pada hakikatnya....tak cuti juga
Anak murid mungkin gembira
Lagi-lagi yang mmg malas ke sekolah
Ibu bapa pula...
Rasa mcm terbeban
Kena jaga anak di rumah
Yang bekerja.....
Tak tau ke mana nak letak
Nenek di kampung jadi sasaran

Apa pun,bagi seorang guru
Cuti-cuti begini
Membolehkan mereka menyiapkan kerja-kerja yang tersangkut
Membuat beberapa perancangan P&P untuk munggu depan
Menanda buku anak murid
Ahhhhh....banyak kerja jugak...
Cuci dapur,longkang dan tandas..
Juga kerja guru di rumah
Bukan semua guru itu ada Bibik..

Begitulahhhhh
Indah jugak jadi guru
Penat di rumah...ke sekolah
Gelak tawa murid,keletah nakal mereka
Adakalanya menghilangkan bosan
Cuti-cuti begini....adakala rindu pada
Senyum manis anak murid comel-comel tahun 1
Anda akan rasa lebih rindu bila anda bersara nanti...

Monday, February 8, 2010

Meeting hari ini dptlah disimpulkan:
1.Usah menjatuhkan air muka orang di khalayak ramai.
2.Jgn pandang kesilapan orang sahaja.bila anda buat,anda akan ditertawakan.
3.Orang akan mencatat,mendengar dan melihat apa yang anda boleh buat
4.Kadangkala manusia tu diam.Jangan ambil kesempatan dengan diam mereka
5.Biar kita kena marah,dalam diam ambil tindakan yang patut.
6.Andai kita bersalah,perbaiki diri,andai kita tidak bersalah,berdoalah kepada Allah.

Saturday, February 6, 2010

KAWAN LAMA



Hai.....
Adik-adikku
bertemu kalian diFB
terasa rindu.
5 tahun tak bersembang
akhirnya kita berjumpa
seronok akak
dapat bertanya khabar.